Perbankan Peribadi

Terma dan Syarat Umum

   

Tarikh Kuat Kuasa 20 Oktober 2017

 

 

Kandungan

 

BAHAGIAN A. TERMA DAN SYARAT UMUM


A.         AKAUN

¨        Pembukaan Akaun 

¨        Pembukaan Akaun Dalam Talian

¨        Akaun Bersama 

¨        Akaun Berkongsian 

¨        Akaun Berkongsian Liabiliti Terhad 

¨        Faedah/ Hibah

¨        Deposit dan Pengeluaran 

¨        Pembayaran dan Pemindahan Dana

¨        Penyata Akaun

¨        Pengendalian dan Penutupan Akaun

 

B.         KAD 

¨        Pengunaan Kad Mesin Juruwang Automatik (ATM)

¨        Pengunaan Kad Debit

 

C.        PERKHIDMATAN

¨        Perkhidmatan Perbankan Telefon

o    ID, PIN dan Ciri Keselamatan Lain

o    Tanggungjawab Anda Bagi Keselamatan

o    Arahan

o    Penyata Perbankan Telefon

o    Pertanyaan Akaun dan Kadar

¨        Perkhidmatan Perbankan Internet dan Mobil

o    Aplikasi kepada Akses Perbankan Internet

and/or Mobile Banking

o    Senarai Perkhidmatan Elektronik

o    PIN dan Ciri Keselamatan Lain

o    Tanggungjawab terhadap Keselamatan

o    Masa Operasi

o    Arahan

o    Hak dan Liabiliti Pihak Ketiga

o    Peralatan dan Perisian

o    Sekatan ke atas Penggunaan Perbankan Internet/Mobil

o    Pemilikan Hak Harta Intelek

 

C.        PERKHIDMATAN (sambungan)

o    Liabiliti dan Tanggung Rugi

o    Penggantungan atau Penamatan Perkhidmatan

o    Penyata Elektronik

o    Keselamatan

o    Bukti

o    Keistimewaan Lifestyle Privileges

o    RHB Pay Anyone

o    Siri Voice Command feature

¨        Mesin Deposit Cek atau Peti Deposit

¨        Pemindahan dan Pengiriman Wang

o    IBG, FTT dan Pengiriman Wang

o    Perkhidmatan Penghantaran Wang Western Union

 

D.       UMUM 

¨        Fi, Caj dan Cukai

¨        Penepian

¨        Representasi dan Waranti

¨        Tanggung Rugi, Liabiliti Terhad dan

Force Majeure

¨        Notis Umum

¨        Arahan dan Notis tentang Akaun

¨        Pemberitahuan Elektronik dan Peringatan

¨        Hak untuk Menolak Urus Niaga

¨        Antipengubahan Wang dan Menentang Pembiayaan Keganasan

 

E.       MAKLUMAT, KEIZINAN, PERISYTIHARAN DAN NOTIS PRIVASI 

¨        Maklumat

¨        Pengesahan, Kebenaran dan Perisytiharan

¨        Notis Privasi

¨        Usaha Wajar Pelanggan

¨        Pindaan Terma dan Syarat

¨        Undang-undang yang Mengawal/Badan Pengawalseliaan

¨        Berasingan

¨        Waris Terikat

 

F.            PERTANYAAN 

 

G.            TAKRIFAN

 

 

BAHAGIAN B. TERMA DAN SYARAT KHUSUS


A.         AKAUN

¨     Akaun Semasa

o    Cek dan Buku Cek

o    Pengeluaran Melebihi Had

o    Cek Tak Laku

o    Penyata Akaun

o    Akaun MaxCash

o    RHB Smart Account

¨     Akaun Simpanan 

o    Buku Bank

o    Penyata Akaun Simpanan

o    Akaun Simpanan Junior

o    Akaun Simpanan Masa Depan RHB

¨     Deposit Tetap

o    Peletakan deposit

o    Faedah/Hibah

o    Penarikan Balik Deposit Tetap

o    Deposit Tetap Senior dan Deposit Tetap PAYS

¨     Akaun Berbilang Mata Wang/ Komoditi

o    Umum

o    Akaun Komoditi MCA

 

B.         PENGURUSAN HARTA

¨     Perkhidmatan Pelaburan

o    Maklumat pelaburan dan permohonan

o    Pemegangan Pelaburan

o    Penebusan Pelaburan

o    Jualan atau Pemindahan Pelaburan

o    Menukar Pelaburan

o    Pendapatan daripada Pelaburan

o    Urus Niaga dan Rekod Urus Niaga

o    Kebenaran dan Arahan

o    Fi, Caj dan Perbelanjaan

o    Tanggung Rugi

o    Penamatan

o    Ketidak Eksklusifan

o    Umum

¨     Pelaburan Berstruktur

o    Ketersediaan Produk Pelaburan Berstruktur

o    Perjanjian untuk Melabur dalam Pelaburan Produk Berstruktur

o    Faedah/Hibah ke atas Pelaburan Produk Berstruktur

o    Pengesahan

o    Kematangan

o    Penebusan Awal atau Penamatan

o    Pembayaran

o    Pembayaran Balik

o    Percanggahan Kepentingan

o    Mata Wang Asing

o    Akaun Bersama

o    Akaun Perkongsian

o    Akaun Syarikat

o    Kuasa Bank

o    Representasi, Waranti dan Aku Janji

o    Tanggung Rugi

o    Terma Lain

 

C.         ISLAMIC

 

 


Terima kasih kerana memilih kami sebagai rakan kongsi yang anda percayai. Kami menawarkan pelbagai jenis Perkhidmatan yang boleh disesuaikan dengan keperluan perbankan anda. Perkhidmatan ini tersedia di cawangan kami di Malaysia dan menerusi sistem perbankan elektronik. Perkhidmatan ini dikawal oleh Terma dan Syarat yang telah disediakan di dalam dokumen ini. Luangkan masa anda membaca dokumen ini kerana terma dan syaratnya mengikat anda.

 

DOKUMEN INI dibahagikan kepada dua seksyen. Seksyen pertama, "Bahagian A. Terma dan Syarat Umum", memberikan terma dan syarat umum akan hubungan perbankan peribadi dan perbankan elektronik kami dengan anda. Seksyen kedua, "Bahagian B. Terma dan Syarat Khusus", mengandungi terma dan syarat yang terpakai kepada setiap produk atau perkhidmatan yang anda beli atau daftar dengan kami. Terma dan Syarat ini dipakai bersama-sama dengan dokumen penggunaan produk yang lain yang telah anda baca, fahami dan persetujui sebagai lembar pendedahan produk yang sedemikian.

 

Sila ambil perhatian bahawa jika anda bukan penduduk Malaysia, terma dan syarat tambahan akan terpakai sebagaimana yang akan kami maklumkan pada bila-bila masa.

 

Anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan terma dan syarat ini. Kami boleh membuat apa-apa tambahan dan/atau pindaan dan/atau perubahan dari semasa ke semasa dalam cara yang diberikan dalam Fasal 22 dan 31 di bawah.

BAHAGIAN A. TERMA DAN SYARAT UMUM

A.     AKAUN

1.     Pembukaan Akaun

1.1      Anda boleh membuka sebuah Akaun tertakluk pada keperluan dan tatacara yang relevan (termasuk umur, deposit minimum, rujukan, maklumat dan dokumen sokongan yang boleh kami terima) dan mengikut terma dan syarat yang dinyatakan di dalam borang permohonan yang relevan, dan bahagian B Terma dan Syarat Khusus.

1.2      Kami boleh menerima atau menolak permohonan anda dan penerusan Akaun adalah atas budi bicara kami sepenuhnya.

1.3      Anda akan diberikan Kad ATM/Kad Debit apabila membuka Akaun dan akan dikawal oleh Bahagian B yang berikut dan terma dan syarat lain yang kami kenakan berkaitan Kad ATM/Kad Debit tersebut.

 

2.     Pembukaan Akaun Dalam Talian

2.1      Perkhidmatan ini ditawarkan kepada pelanggan yang ingin memohon pembukaan akaun dalam talian menerusi RHB Now.

2.2      Pembukaan akaun dalam talian adalah melalui laman sesawang selamat yang disediakan untuk anda menerusi RHB Now.

2.3      Perkhidmatan pembukaan akaun dalam talian biasanya tersedia dalam laman Sesawang kami dari 7 pagi - 12 tengah malam, tujuh (7) hari seminggu melainkan dinyatakan sebaliknya secara khusus dalam Terma dan Syarat ini atau dalam Laman Sesawang kami.

2.4      Perkhidmatan pembukaan akaun dalam talian boleh diakses melalui RHB Now dan mungkin tidak boleh diakses pada masa tertentu disebabkan keperluan penyenggaraan lazim, tidak berfungsi atau kegagalan sistem, permintaan berlebihan bagi sistem dan/atau keadaan yang di luar kawalan kami.

2.5      Dengan memberikan maklumat anda untuk pembukaan akaun dalam talian, anda memberikan keizinan untuk dan membenarkan kami untuk melaksanakan carian tentang anda, (jika berkaitan) bagi tujuan pembukaan akaun dalam talian dan semua fi carian hendaklah anda tanggung.

2.6      Pelanggan yang Baharu dengan Bank, pelanggan tanpa akses kepada RHB Now dan pelanggan dengan produk kad kredit tersendiri dengan atau tanpa akses RHB Now menyedari dan memahami bahawa akaun anda akan menjadi tidak aktif kerana anda tidak akan dapat melaksanakan apa-apa urus niaga perbankan menerusi RHB Now melainkan anda telah mengaktifkan akaun anda di cawangan dengan melakukan pengesahan Pengenalan ("ID") dalam masa 10 hari kalendar dari tarikh pembukaan akaun.

2.7      Akaun anda akan ditutup secara automatik oleh sistem pada hari ke-11 jika anda tidak memenuhi yang berikut:

                        i.      Tidak melakukan pengesahan ID dan mengaktifkan akaun dalam masa 10 hari kalendar dari tarikh pembukaan akaun; atau

                       ii.      Gagal menyediakan apa-apa dokumen sokongan tambahan yang kami perlukan untuk tujuan pengesahan ID anda; atau

                      iii.      Maklumat yang diberikan kepada kami tidak tepat; atau

                      iv.      Gagal memenuhi apa-apa keperluan tambahan kami.

2.8      Proses pengesahan ID akan memerlukan anda memberikan dokumen yang sah yang akan kami gunakan untuk tujuan penentusahan. Jika maklumat yang anda berikan semasa permohonan berbeza daripada maklumat di dalam dokumen ID yang sah, maka akaun anda tidak akan diaktifkan dan secara automatik ditutup oleh sistem. Akaun ini juga tidak akan diaktifkan jika penentusahan oleh Malaysian Government Multipurpose Card (GMPC) / MyKad ke atas anda didapati salah dan/atau gagal.

2.9      Kami boleh meminta anda memberikan apa-apa dokumen sokongan tambahan untuk mengesahkan ID anda dan/atau apa-apa maklumat yang anda berikan semasa permohonan dan anda dikehendaki memberikan dokumen yang dimohon dalam masa 10 hari kalendar sebelum pengaktifan akaun, yang sekiranya gagal dilakukan, akaun anda akan ditutup oleh sistem secara automatik. Selanjutnya, kami tidak akan memberikan apa-apa pengecualian atau pelanjutan untuk 10 hari kalendar tersebut.

2.10   Jika anda berjaya log masuk RHB Now, anda boleh memohon pembukaan akaun secara dalam talian dan jika permohonan anda memenuhi keperluan, akaun anda akan diaktifkan serta-merta dan anda boleh melaksanakan apa-apa urus niaga dalam talian menerusi RHB Now.

2.11   Kami berhak, menurut budi bicara mutlak kami untuk menolak permohonan pembukaan akaun secara dalam talian anda dan/atau menutup akaun anda jika anda tidak memenuhi keperluan kami untuk pembukaan akaun secara dalam talian.

2.12   Jika anda ingin melaksanakan apa-apa urus niaga di kaunter di cawangan dan/atau memohon buku cek, anda dikehendaki pergi ke cawangan bank dan memberikan tandatangan anda untuk tujuan mengendalikan Akaun ini dan memohon cek.

2.13   Buku cek akan hanya dikeluarkan apabila anda membuat permohonan dan tertakluk pada syarat bagi memberikan buku cek kepada anda. Bagi pelanggan bukan pemastautin, anda dikehendaki memberikan nama dan butiran perhubungan bagi dua orang yang memperkenalkan anda yang merupakan pemegang akaun Semasa sedia ada dengan kami dan menyenggara akaun Semasa yang aktif dan memuaskan dengan kami selama sekurang-kurangnya 6 bulan. Kami berhak menurut budi bicara kami untuk menolak permohonan buku cek jika anda tidak memenuhi keperluan kami untuk permohonan buku cek.

2.14   Perkhidmatan RHB Rider untuk Pembukaan Akaun Dalam Talian:

Kelayakan

2.14.1  Perkhidmatan RHB Rider ("Perkhidmatan") ini ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan yang telah membuka akaun dalam talian melalui RHB Now dan dikehendaki mengaktifkan akaun mereka di mana-mana cawangan bank. Perkhidmatan ini menawarkan pilihan kepada Pelanggan-pelanggan untuk mengaktifkan akaun dalam talian melalui Perkhidmatan RHB Rider.

2.14.2  Perkhidmatan ini akan hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan lebih yang memegang Kad Pelbagai Guna Kerajaan Malaysia (GMPC)/MyKad.

2.14.3  ad Pelbagai Guna Kerajaan Malaysia (GMPC)/MyKad ini diperlukan untuk tujuan pengesahan ID semasa pengaktifan akaun dalam talian oleh wakil/kakitangan bank.

2.14.4  Pelanggan-pelanggan perlu memilih mana-mana cawangan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai cawangan pemastautin untuk membuka akaun dalam talian melainkan bagi cawangan yang berikut: Rawang, Tanjung Karang, Banting, Jenjarom, Tanjung Sepat dan Sungai Pelek.

2.14.5  Untuk memohon perkhidmatan ini, pelanggan-pelanggan perlu memberikan alamat pejabat atau rumah mereka dengan poskod di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Wilayah Persekutuan Putrajaya, hanya semasa permohonan akaun dalam talian. Sila rujuk di Lampiran 1 untuk maklumat lanjut poskod-poskod.

 

Appendix 1

Poskod

Bandar

Negeri

Poskod

Bandar

Negeri

40000

Shah Alam

Selangor

47800

Petaling Jaya

Selangor

40100

Shah Alam

Selangor

47810

Petaling Jaya

Selangor

40150

Shah Alam

Selangor

47820

Petaling Jaya

Selangor

40160

Shah Alam

Selangor

47830

Petaling Jaya

Selangor

40170

Shah Alam

Selangor

50000

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

40200

Shah Alam

Selangor

50050

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

40300

Shah Alam

Selangor

50088

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

40400

Shah Alam

Selangor

50100

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

40450

Shah Alam

Selangor

50150

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

40460

Shah Alam

Selangor

50200

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

40470

Shah Alam

Selangor

50250

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

41000

Klang

Selangor

50300

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

41050

Klang

Selangor

50350

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

41100

Klang

Selangor

50400

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

41150

Klang

Selangor

50450

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

41200

Klang

Selangor

50460

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

41250

Klang

Selangor

50470

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

41300

Klang

Selangor

50480

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

41400

Klang

Selangor

50490

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

42100

Klang

Selangor

50500

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

43000

Kajang

Selangor

50586

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

43009

Kajang

Selangor

50603

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

43200

Cheras

Selangor

50684

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

43300

Seri Kembangan

Selangor

50694

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

43400

Serdang

Selangor

51000

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

43650

Bandar Baru Bangi

Selangor

51100

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

43700

Beranang

Selangor

51200

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

43800

Dengkil

Selangor

52000

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

46000

Petaling Jaya

Selangor

52100

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

46050

Petaling Jaya

Selangor

52200

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

46100

Petaling Jaya

Selangor

53000

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

46150

Petaling Jaya

Selangor

53100

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

46200

Petaling Jaya

Selangor

53200

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

46300

Petaling Jaya

Selangor

53300

Setapak

Kuala Lumpur

46350

Petaling Jaya

Selangor

54000

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

46400

Petaling Jaya

Selangor

54100

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

47000

Sungai Buloh

Selangor

55000

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

47100

Puchong

Selangor

55100

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

47110

Puchong

Selangor

55200

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

47140

Puchong

Selangor

55300

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

47150

Puchong

Selangor

56000

Cheras

Kuala Lumpur

47160

Puchong

Selangor

56100

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

47170

Puchong

Selangor

57000

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

47180

Puchong

Selangor

57100

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

47190

Puchong

Selangor

58000

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

47200

Subang Airport

Selangor

58100

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

47300

Petaling Jaya

Selangor

58200

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

47301

Petaling Jaya

Selangor

59000

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

47400

Petaling Jaya

Selangor

59100

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

47410

Petaling Jaya

Selangor

59200

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

47500

Subang Jaya

Selangor

60000

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

47510

Puchong

Selangor

62000

Putrajaya

Putrajaya

47600

Subang Jaya

Selangor

63000

Cyberjaya

Selangor

47610

Subang Jaya

Selangor

68000

Ampang

Selangor

47620

Subang Jaya

Selangor

68100

Batu Caves

Kuala Lumpur

47630

Subang Jaya

Selangor

 

47650

Subang Jaya

Selangor

 

 

2.14.6  Perkhidmatan ini hanya akan disediakan di alamat pejabat atau rumah pelanggan-pelanggan yang diberikan kepada Bank semasa membuka akaun dalam talian.

 

Caj

2.14.7  Semua fi lain yang dikenakan ke atas pelanggan-pelanggan adalah mengikut Terma dan Syarat Umum dan Khusus Bank atau Lembar Pendedahan Produk individu.

 

Pemungutan Deposit Awal dan Fi Perkhidmatan

2.14.8  Wakil/kakitangan Bank tidak dibenarkan memungut wang tunai atau cek daripada pelanggan-pelanggan untuk apa-apa deposit awal atau untuk apa-apa tujuan lain.

2.14.9  Pelanggan dikehendaki melaksanakan pemindahan Inter Bank (Interbank Bank GIRO/ Pemindahan Dana Antara Bank), deposit wang atau cek ke dalam mesin deposit wang tunai RHB atau mesin deposit cek.

 

Ketersediaan Perkhidmatan

2.14.10 Perkhidmatan ini tersedia dari hari Isnin hingga Sabtu pada pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam tidak termasuk hari cuti awam melainkan dinyatakan sebaliknya secara khusus dalam Terma & Syarat ini atau dalam laman sesawang Bank.

2.14.11 Jika Perkhidmatan ini dijadualkan pada hari Sabtu atau jika sistem tidak berfungsi, akaun dalam talian akan diaktifkan pada hari bekerja yang berikutnya.

2.14.12 Perkhidmatan mungkin tidak tersedia pada hari Ahad, cuti awam atau pada masa tertentu disebabkan keperluan penyenggaraan rutin, sistem tidak berfungsi atau gagal berfungsi, lebihan permintaan pada sistem dan/atau apa-apa keadaan lain yang di luar kawalan Bank.

2.14.13 Anda akan dihubungi pada hari bekerja yang berikutnya untuk mengaturkan temu janji sebaik sahaja anda menghantar permohonan untuk mendapatkan Perkhidmatan ini.

 

Keperluan Penentusahan ID (Pengenalan Diri) untuk Pengaktifan Akaun

2.14.14 Pelanggan-pelanggan yang Baharu dengan Bank, pelanggan tanpa capaian RHB Now dan pelanggan dengan produk kad kredit kendiri dengan atau tanpa capaian RHB Now sedar dan faham bahawa akaun mereka akan menjadi tidak aktif kerana pelanggan-pelanggan tidak dapat melaksanakan apa-apa urus niaga perbankan menerusi RHB Now melainkan pelanggan-pelanggan telah mengaktifkan akaunnya di cawangan atau dengan Perkhidmatan ini, dengan melaksanakan penentusahan Pengenalan Diri ("ID") dalam masa tiga puluh (30) hari kalendar dari tarikh pembukaan akaun.

2.14.15 Akaun dalam talian pelanggan-pelanggan akan ditutup secara automatik oleh sistem pada penghujung hari ke-tiga puluh (30) jika Pelanggan tidak memenuhi perkara yang berikut:

i.   Melaksanakan penentusahan ID dan mengaktifkan akaunnya dalam masa tiga puluh (30) hari kalendar dari tarikh pembukaan akaun; atau

ii.  Menyediakan apa-apa dokumen sokongan tambahan yang diperlukan oleh Bank untuk membuka akaun dalam talian bagi tujuan mengesahkan ID anda; atau

iii.  Menyediakan maklumat yang tepat; atau

iv.  Memenuhi apa-apa keperluan tambahan yang diperlukan oleh Bank untuk membuka akaun dalam talian.

2.14.16 Proses penentusahan ID untuk mengaktifkan akaun pelanggan-pelanggan dan perbankan internet RHB Now, pemberian dan pendaftaran PIN Kad Debit dan pendaftaran nombor telefon mudah alih untuk mendapatkan Kata Laluan Sekali (OTP) bagi perbankan internet RHB Now memerlukan anda memberikan Kad Pelbagai Guna Kerajaan Malaysia (GMPC)/MyKad yang sah yang akan kami gunakan untuk tujuan pengesahan.

2.14.17 Sekiranya terdapat apa-apa perubahan pada maklumat peribadi pelanggan-pelanggan, pelanggan-pelanggan tersebut dikehendaki mengemas kini maklumatnya menerusi perbankan internet RHB Now atau di mana-mana cawangan Bank.

2.14.18 Akaun dalam talian tidak akan diaktifkan jika penentusahan ID pada Kad Pelbagai Guna Kerajaan Malaysia (GMPC)/MyKad gagal dan tidak sah.

2.14.19 Bank boleh meminta dokumen sokongan tambahan daripada pelanggan-pelanggan untuk mengesahkan ID Pelanggan dan/atau apa-apa maklumat yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan semasa permohonan dalam talian dan pelanggan-pelanggan dikehendaki memberikan dokumen yang diminta dalam masa tiga puluh (30) hari kalendar untuk mengaktifkan akaun di mana-mana cawangan Bank sebelum pengaktifan akaun dalam talian, yang sekiranya gagal dilakukan, akaun pelanggan-pelanggan akan ditutup secara automatik oleh sistem. Bank tidak akan memberikan apa-apa kekecualian atau pelanjutan berkaitan dengan tempoh tiga puluh (30) hari kalendar yang disebut di atas.

 

Hak untuk Menolak

2.14.20 Maka dengan ini Bank berhak mengikut budi bicaranya untuk menolak permohonan Perkhidmatan sekiranya Pelanggan tidak memenuhi keperluan Bank untuk mengaktifkan akaun dalam talian menerusi Perkhidmatan ini.

 

3.    Akaun Bersama

3.1    Jika Akaun dibuka dan disenggarakan atas nama bersama atau lebih nama, yang berikut akan terpakai:

3.1.1  Pemegang Akaun berhak mendapat apa-apa baki deposit atau kredit dalam Akaun bergantung pada syarat pengendalian akaun bersama (sama ada simpanan, deposit tetap, semasa atau akaun lain).

3.1.2  Liabiliti dan obligasi setiap Pemegang Akaun adalah secara bersama dan berasingan dan notis kepada seorang pemegang Akaun akan dianggap sebagai notis kepada semua Pemegang Akaun.

3.1.3  Setiap Pemegang Akaun bersama membenarkan kami mengumpul dan menerima untuk tujuan kredit bagi akaun bersama, apa-apa cek yang kena dibayar kepada mana-mana seorang Pemegang Akaun bersama secara peribadi atau kepada dua atau lebih secara bersama, dan bersetuju bahawa kami tidak mempunyai obligasi untuk memastikan cara dana yang dikreditkan sedemikian digunakan atau dikeluarkan selagi penggunaan atau pengeluaran adalah menurut mandat yang diberikan kepada kami.

3.1.4   Sekiranya berlaku kematian mana-mana pemegang Akaun, kami berhak mengendalikan Akaun dalam cara yang berikut:

 

Akaun dikendalikan secara bersama oleh Pemegang Akaun

Akaun dikendalikan oleh salah seorang Pemegang Akaun bersama

Jika mana-mana seorang Pemegang Akaun bersama meninggal dunia, maka wang dalam akaun bersama tersebut akan dibekukan sehingga kami menerima surat kuasa atau probet atau perintah pejabat tanah atau perintah daripada mana-mana pihak berkuasa yang relevan (mana-mana yang berkaitan) berkaitan Pemegang Akaun yang meninggal dunia sebelum pengaktifan semula akaun bersama.

Jika mana-mana seorang Pemegang Akaun bersama meninggal dunia, maka wang dalam akaun bersama tersebut akan dipegang oleh Pemegang Akaun bersama yang masih hidup dan pembayaran yang kami buat berkaitan amaun baki dalam akaun bersama kepada Pemegang Akaun bersama yang masih hidup adalah pelepasan penuh kami berkaitan akaun bersama tersebut.

 

Jika mana-mana seorang Pemegang Akaun bersama meninggal dunia, dan Pemegang Akaun bersama yang masih hidup ialah seorang yang di bawah umur, maka wang dalam akaun bersama tersebut akan dibekukan. Kami akan membuat pembayaran wang dalam akaun bersama kepada wasi atau pentadbir harta Pemegang Akaun yang meninggal dunia dan pembayaran yang kami buat berkaitan amaun baki dalam akaun bersama kepada wasi atau pentadbir adalah pelepasan penuh

Jika mana-mana seorang Pemegang Akaun bersama meninggal dunia, dan Pemegang Akaun bersama yang masih hidup ialah seorang yang di bawah umur, maka wang dalam akaun bersama tersebut akan dibekukan. Kami akan membuat pembayaran wang dalam akaun bersama kepada wasi atau pentadbir harta Pemegang Akaun yang meninggal dunia dan pembayaran yang kami buat berkaitan amaun baki dalam akaun bersama kepada wasi atau pentadbir adalah pelepasan penuh kami berkaitan akaun bersama tersebut. Kami akan membuat pembayaran wang dalam akaun bersama kepada Pemegang Akaun bawah umur tersebut jika dia telah mencapai umur 18 tahun dan lebih, apabila disertakan dengan Sijil Kematian Pemegang Akaun/Pemegang Amanah.

 

Jika semua Pemegang Akaun Bersama meninggal dunia, maka wang dalam akaun bersama tersebut akan dibekukan. Kami akan membuat pembayaran wang dalam akaun bersama kepada wasi atau pentadbir pertama harta mana-mana pemegang Akaun yang meninggal dunia dan pembayaran yang kami buat berkaitan amaun baki dalam akaun bersama kepada wasi atau pentadbir tersebut adalah pelepasan penuh kami berkaitan akaun bersama tersebut.

Jika semua Pemegang Akaun Bersama meninggal dunia, maka wang dalam akaun bersama tersebut akan dibekukan. Kami akan membuat pembayaran wang dalam akaun bersama kepada wasi atau pentadbir pertama harta mana-mana Pemegang Akaun yang meninggal dunia dan pembayaran yang kami buat berkaitan amaun baki dalam akaun bersama kepada wasi atau pentadbir tersebut adalah pelepasan penuh kami berkaitan akaun bersama tersebut.

 

4.           Akaun Perkongsian

4.1    Rakan kongsi hendaklah terikat secara bersama dan berasingan melalui terma dan syarat ini dan akaun perkongsian termasuklah liabiliti dan perkhidmatan.

4.2    4.2 Arahan dan mandat yang diberikan untuk pengendalian akaun perkongsian hendaklah kekal berkuat kuasa sehingga dibatalkan secara bertulis dan digantikan dengan arahan baharu secara bertulis. Sekiranya berlaku kematian mana-mana rakan kongsi, kami berhak membekukan operasi Akaun tersebut dan menentukan tindakan seterusnya menurut budi bicara kami

 

5.           Akaun Perkongsian Liabiliti Terhad

5.1    Rakan kongsi hendaklah terikat secara bersama dan berasingan melalui terma dan syarat ini dan akaun perkongsian dengan liabiliti terhad termasuklah liabiliti dan perkhidmatan.

5.2    Tanpa mengambil kira apa-apa perubahan dalam keahlian perkongsian melalui kematian, kebankrapan, pencen atau selainnya, kami berhak meneruskan pengendalian Akaun dan mandat yang diberikan kekal berkuat kuasa sehingga dibatalkan secara bertulis dan digantikan dengan arahan baharu secara bertulis. Untuk mengelakkan keraguan, "perkongsian liabiliti terhad" bermaksud perkongsian dengan liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.

5.3    Kami berhak meminta agar akaun sedia ada yang disenggarakan di bawah syarikat peribadi atau perkongsian ditutup dan Akaun baharu dibuka bagi perkongsian dengan liabiliti terhad.

 

6.           Faedah / Hibah

6.1    Faedah/Hibah, jika ada, akan kami bayar pada kekerapan dan pada kadar yang kami tentukan.

6.2    Kadar faedah/hibah tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa atas budi bicara kami dan kadar faedah/hibah terkini boleh dilihat di www.rhbgroup.com

6.3    Kami berhak mengenakan keperluan bagi kelayakan faedah untuk CASA, seperti baki yang hendak dikekalkan dalam Akaun yang layak mendapat faedah. Kami berhak mengubah keperluan untuk kelayakan faedah dengan memberikan notis kepada anda menurut Fasal 29 di bawah.

6.4    Tidak ada faedah/hibah yang kena kami bayar berkaitan Akaun tanpa faedah. Selanjutnya, kami berhak menarik balik atau memohon anda mengembalikan apa-apa faedah/hibah yang telah terakru atau dikreditkan berkaitan Akaun tanpa faedah/hibah.

6.5    Faedah/Hibah ke atas deposit tetap akan berakhir pada tarikh kena dibayar.

 

7.           Deposit dan Pengeluaran

7.1    Deposit dan pengeluaran mesti dibuat menurut keperluan deposit minimum kami, pengeluaran dan baki minimum yang hendak disenggarakan dalam Akaun.

7.2    Apabila membuat deposit di cawangan kami atau menerusi mana-mana terminal deposit tunai dan deposit cek, anda dikehendaki memeriksa butiran urus niaga sedemikian (jika diberikan selepas tamat urus niaga sedemikian) adalah betul sebelum meninggalkan premis. Apa-apa percanggahan mestilah dilaporkan dengan serta-merta kepada kami, yang sekiranya gagal dilakukan, tiada liabiliti akan dipegang terhadap kami.

7.3    Penerimaan cek atau instrumen wang yang lain untuk kredit Akaun hendaklah atas budi bicara kami.

7.4    Semua cek dan instrumen wang yang diterima untuk kredit Akaun tertakluk pada pengumpulan keuntungan.

7.5    Kami berhak memulangkan pembayaran apa-apa wang yang bukan ditujukan untuk Akaun tersebut atau apa-apa wang untuk cek atau instrumen wang yang kemudiannya tidak laku.

7.6    Anda atau wakil anda yang dibenarkan boleh memungut apa-apa cek atau instrumen wang yang tak laku daripada kami atau dikembalikan melalui pos ke alamat terakhir anda yang diketahui yang didaftarkan dengan kami atas risiko dan perbelanjaan anda sendiri.

7.7    Deposit dan pengeluaran boleh dibuat di mana-mana cawangan kami. Kami boleh menolak untuk menerima apa-apa deposit atau membenarkan apa-apa pengeluaran apabila berlaku kerosakan atau kegagalan dalam sistem komputer dalam talian yang menjejaskan mana-mana cawangan kami sama ada kerosakan atau kegagalan sedemikian adalah sepenuhnya atau sebahagiannya.

7.8    Semua pengeluaran antara bank hanya boleh dibuat di cawangan kami (melainkan dinyatakan sebaliknya) di Malaysia tertakluk pada syarat yang dinyatakan (termasuk had pengeluaran) dan penghasilan dan/atau pelaksanaan dokumen sedemikian sebagaimana yang kami anggap perlu.

7.9    Anda hendaklah memastikan terdapat dana yang mencukupi dan dana yang diluluskan dalam Akaun untuk melaksanakan apa-apa urus niaga yang anda arahkan melainkan anda telah membuat perkiraan terlebih dahulu dengan kami dan yang telah kami persetujui bagi perkara yang sama secara bertulis.

 

8.           Pembayaran dan Pemindahan Dana

8.1      Anda mesti mempunyai dana yang mencukupi dalam Akaun untuk membolehkan kami menyempurnakan apa-apa arahan untuk mendebit Akaun dan melaksanakan pemindahan dana.

8.2      Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kelewatan atau kegagalan pemindahan dana. Dicadangkan agar anda memberikan masa yang memadai untuk kami melaksanakan pembayaran bil/pemindahan dana dan/atau memberitahu anda akan apa-apa masalah atau sekatan dalam melaksanakan perkara yang sama. Kami akan hanya dipertanggungjawabkan terhadap pemindahan dana jika kami telah mengesahkan secara bertulis kepada anda yang perkara itu telah dilaksanakan.

8.3      Bagi pihak anda kami adalah bebas untuk menggunakan mana-mana pihak ketiga yang bebas dalam apa-apa pengeluaran draf permintaan, perintah juruwang atau dalam melaksanakan apa-apa jenis pengiriman wang yang lain dan tidak akan mengambil apa-apa tanggungjawab terhadap apa-apa kelewatan, tiada pengiriman wang atau tiada penerimaan wang bagi hasil yang sedemikian yang timbul di pihak ketiga yang bebas yang sedemikian.

8.4      Kami akan, atas budi bicara kami, menentukan keutamaan pemindahan dana yang anda arahkan, dan boleh atas budi bicara kami menggunakan kemudahan overdraf anda (jika berkaitan) untuk melaksanakan pemindahan dana sedemikian dan bukannya Akaun yang lain (jika tidak anda dinyatakan) dan seterusnya boleh memindahkan dana daripada mana-mana Akaun anda untuk melengkapi mana-mana amaun yang terlebih dikeluarkan dalam akaun semasa anda. Selain itu, kami adalah bebas untuk melaksanakan pemindahan bagi penyelesaian penuh semua pembayaran kad kredit yang masih belum dijelaskan jika kad kredit anda dibatalkan.

8.5      Sekiranya anda memindahkan apa-apa dana daripada Akaun anda kepada mana-mana akaun anda yang lain atau kepada mana-mana akaun yang dimiliki oleh pihak ketiga, amaun tersebut hendaklah secara automatik didebitkan daripada Akaun anda apabila selesai urus niaga tersebut dan dianggap telah dipindahkan kepada akaun penerima dan anda tidak berhak memohon kepada kami untuk membayar balik atau mengkreditkan semula Akaun anda atas apa-apa sebab sekalipun.

8.6      Apa-apa arahan untuk pemindahan dana tertakluk pada apa-apa persetujuan yang sedia ada atau yang boleh kemudian dari ini wujud antara anda dengan kami berkaitan Akaun anda atau apa-apa persetujuan perbankan yang diberikan kepada anda. Khususnya, kami dengan ini berhak untuk:

                      i. Menolak pada bila-bila masa untuk menjalankan mana-mana satu atau lebih arahan pemindahan dana anda (sama ada berkaitan pemindahan dana sekali gus atau arahan tetap/pembayaran bil berulang) tanpa memberikan apa-apa sebab kerananya; dan/atau

                     ii. Mengenakan had, sekatan atau syarat ke atas pemindahan dana anda (sama ada berkaitan jenis, tujuan wang, bilangan atau apa-apa aspek lain daripadanya sebagaimana yang mungkin kami atau mana-mana pihak berkuasa yang relevan kehendaki).

 

9.           Penyata Akaun

9.1    Kami mungkin menghantar penyata akaun bagi setiap Akaun atau menghantar penyata gabungan untuk semua Akaun dan gabungan jenis akaun dalam penyata tertakluk pada perubahan.

9.2    Anda dikehendaki mengesahkan ketepatan dan kelengkapan setiap penyata akaun yang diterima daripada kami dan memaklumkan kami dalam masa empat belas (14) hari dari hari terakhir penyata akan apa-apa percanggahan, pengeluaran, ketaktepatan atau masukan yang tidak betul, yang sekiranya gagal dilakukan, penyata akaun tersebut akan dianggap betul, tepat dan lengkap dan juga muktamad serta mengikat ke atas anda.

9.3    Jika anda memilih penyata berasaskan kertas dan Akaun anda menjadi dorman, anda berhak dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada kami untuk tidak meneruskan pengeluaran penyata berasaskan kertas. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan kami bersama-sama dengan pemberitahuan yang diterima berkaitan status dorman tersebut untuk mendapatkan penyata berasaskan kertas daripada cawangan kami.

 

10.         Pengendalian dan Penutupan Akaun

10.1 Akaun Dorman

10.1.1  Jika tiada urus niaga yang dilakukan ke atas Akaun dalam tempoh yang kami tentukan, kami boleh menganggap Akaun tersebut Dorman dan boleh mengenakan caj atau fi ke atas Akaun dan menutup Akaun dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda.

10.1.2  Kami boleh juga menutup Akaun atau menarik balik, menggantung atau menamatkan mana-mana atau semua perkhidmatan dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda menurut mana-mana garis panduan atau peraturan BNM atau mana-mana badan/pertubuhan/pihak berkuasa pengawal selia atau Bank. Anda memperakui bahawa kami berhak untuk tidak menjalankan apa-apa arahan dan/atau menggantung penggunaan Akaun dalam keadaan berikut, termasuklah tetapi tidak terhad pada:

                                  i.   apabila kami meragui kesahan arahan sedemikian; atau

                                 ii.   sekiranya berlaku apa-apa pertikaian antara Pemegang Akaun bersama, pihak yang dibenarkan untuk menandatangani, rakan kongsi (sama ada berkaitan perkongsian konvensional atau perkongsian liabiliti terhad) atau pengarah sesebuah syarikat; atau

                                iii.   ika kami menerima arahan bertentangan daripada orang yang disenaraikan di bawah (ii) di atas; atau

                                iv.   jika anda gagal membayar apa-apa fi dan caj yang kami kenakan.

10.1.3  Anda boleh menamatkan Akaun tersebut atau menggantung atau menamatkan penggunaan mana-mana perkhidmatan dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Kami boleh juga menutup Akaun atau menggantung atau menamatkan mana-mana atau semua perkhidmatan dengan memberikan notis bertulis kepada anda.

10.1.4  Caj perkhidmatan dalam jumlah sebagaimana yang boleh kami tentukan akan dikenakan jika mana-mana Akaun ditutup dalam masa enam (6) bulan (atau dalam tempoh sedemikian sebagaimana yang kami tentukan) dari tarikh Akaun dibuka.

10.1.5  Di bawah Akta Wang yang Tidak Dituntut 1965, atau mana-mana pindaan undang-undang, apa-apa wang dalam Akaun yang tidak dikendalikan selama tujuh (7) tahun termasuk apa-apa faedah yang terakru terhadap kredit Akaun mesti diwartakan sebagai "Wang Tidak Dituntut": dan hendaklah diremitkan kepada Pendaftar Wang yang Tidak Dituntut dan Akaun kemudiannya ditutup.

 

10.2 Hak kami untuk membekukan Akaun

Kami berhak untuk tidak melaksanakan atau melakukan apa-apa urus niaga termasuk tetapi tidak terhad pada pembayaran apa-apa wang, cek atau apa-apa instrumen wang lain, atau apa-apa arahan untuk pembayaran Akaun dan/atau penerimaan dan/atau pemungutan cek, deposit wang atau apa-apa instrumen lain, atau apa-apa arahan untuk melaksanakan penerimaan pembayaran ke dalam Akaun apabila tetapi tidak terhad pada kejadian mana-mana satu perkara yang berikut:

10.2.1  Apabila kami diberitahu atau menyedari bahawa Pemegang Akaun telah melakukan tindakan kebankrapan, dan/atau suatu petisyen untuk penggulungan atau untuk kebankrapan telah dikemukakan terhadap Pemegang Akaun, dan/atau mana-mana satu atau lebih Pemegang Akaun atau pengarahnya, yang merupakan penandatangan Akaun diadjukasi sebagai bankrap, dan/atau kami diberitahu atau menyedari bahawa apa-apa notis di bawah Seksyen 218 Akta Syarikat 1965, dikemukakan terhadap Pemegang Akaun;

10.2.2  Apabila kami diberitahu dan/atau diminta oleh mana-mana pihak berkuasa termasuk tetapi tidak terhad pada BNM, Polis atau mana-mana pihak berkuasa undang-undang atau kawal selia sama ada tempatan atau antarabangsa ("Pihak Berkuasa") untuk berhenti daripada melaksanakan apa-apa urus niaga di bawah Akaun;

10.2.3  Jika kami, Polis dan Pihak Berkuasa melakukan apa-apa penyiasatan ke atas mana-mana urus niaga tidak sah atau urus niaga yang disyaki tidak sah yang dilaksanakan menerusi Akaun, salah guna atau disyaki berlaku apa-apa salah guna Akaun atau apa-apa urus niaga bersifat penipuan berkaitan Akaun termasuk tetapi tidak terhad pada pendepositan cek dengan anda tidak berhak ke atasnya sebagai penerima hak;

10.2.4  Apabila kami mengesyaki apa-apa aktiviti bersifat penipuan melibatkan Akaun dan kami, pada pendapat munasabah kami berpandangan bahawa maklumat/dokumen yang diberikan kepada kami untuk membuka Akaun telah didapati palsu dan/atau tidak betul dan/atau dibega dengan dan/atau berlaku salah tafsiran pengenalan;

10.2.5   Apabila kami menyedari akan kematian Pemegang Akaun, dengan Pemegang Akaun adalah seorang individu;

10.2.6  Apabila kami menyedari bahawa apa-apa cek dan/atau instrumen wang dan/atau jumlah yang telah dikreditkan ke dalam Akaun adalah hasil apa-apa instrumen yang dipalsukan dan/atau dibega dan/atau arahan dan/atau urus niaga bersifat penipuan, dengan atau tanpa penglibatan anda;

10.2.7  Apabila kami telah dimaklumkan dan menyedari bahawa terdapat apa-apa tuntutan yang bertentangan, sebaliknya atau bercanggah oleh mana-mana rakan kongsi, pengarah, pemegang saham atau ahli atau pemegang akaun bersama yang lain atau oleh mana-mana orang yang mendakwa sebagai rakan kongsi, pengarah, pemegang saham atau ahli berkaitan mana-mana Akaun perkongsian, perkongsian liabiliti terhad dan/atau syarikat atau Akaun mana-mana organisasi lain, badan, jawatankuasa yang mempunyai status sah, berkaitan hasil atau baki Akaun sedemikian atau pengendalian Akaun sedemikian atau mandat pengendalian

10.3 Tolak Selesai dan Penggabungan

Kami berhak dengan memberikan notis terlebih dahulu yang tidak kurang dari tujuh (7) hari kalendar dalam cara yang dihuraikan dalam Fasal 26 di bawah untuk menggabungkan atau menyatukan Akaun dengan mana-mana atau semua akaun lain yang anda senggarakan dengan kami untuk menolak selesai atau memindahkan apa-apa jumlah yang ada dalam kredit bagi mana-mana akaun sedemikian termasuk akaun bersama terhadap jumlah yang terhutang kepada kami bagi memenuhi mana-mana atau semua liabiliti terhadap kami, sama ada liabiliti sedemikian adalah sebenar, luar jangka, primer, kolateral, berasingan atau bersama. Apabila baki kredit dan jumlah terhutang adalah dalam mata wang berbeza, kami mungkin menukar satu mata wang kepada mata wang yang lain pada kadar penukaran yang akan kami tentukan. Hak kami untuk tolak selesai di sini tidak akan terjejas oleh kematian, ketakwarasan, kebankrapan, kecairan, penggabungan anda dengan pemiutang lain atau apa-apa prosiding undang-undang terhadap anda.

 

B.    KAD

11.         Penggunaan Kad Mesin Juruwang Automatik (ATM)

11.1 Apabila menerima kad ATM, anda mengakui dan bersetuju bahawa anda mesti menandatangani kad ATM dengan serta-merta, bahawa kad ATM tersebut tidak boleh dipindah milik dan hanya anda sahaja yang boleh menggunakannya dan kad ATM hanya boleh digunakan semasa tempoh sah yang dinyatakan pada kad.

11.2 Kad ATM tidak boleh anda gunakan selepas pembatalan kad tersebut atau pengeluaran dan/atau apabila anda anda tidak lagi menjadi pelanggan kami dan/atau selepas pemberitahuan kami kepada anda akan apa-apa kehilangan, salah guna atau kecurian Kad atau pendedahan PIN kepada pihak ketiga, sama ada dibenarkan atau tidak dibenarkan dan/atau sementara menunggu pengeluaran kad ganti dan PIN kepada anda.

11.3 Anda hendaklah menyimpan Kad ATM dan PIN anda dengan selamat dan rahsia di bawah kawalan dan penggunaan anda. Anda mesti tidak mendedahkan PIN kepada mana-mana orang, termasuk mana-mana kakitangan kami.

11.4 Anda mesti memberitahu kami dengan serta-merta akan apa-apa kehilangan atau kecurian mana-mana kad ATM atau pendedahan (atau disyaki pendedahan) mana-mana PIN atau kata laluan. Anda adalah bertanggungjawab terhadap semua urus niaga yang boleh berlaku sebelum anda memberitahu kami.

11.5 Jika anda menyedari atau mengesyaki PIN anda diketahui atau boleh diketahui atau diketahui oleh mana-mana orang lain selain anda dan/atau Kad anda hilang, dicuri atau musnah dan/atau Kad mungkin telah atau telah dipalsukan dan/atau terdapat atau mungkin terdapat urus niaga yang tidak dibenarkan atau akses menggunakan Kad dan PIN yang berkaitan, anda mesti memberitahu kami dengan serta-merta sama ada dengan mengunjungi mana-mana cawangan terdekat atau menghubungi Khidmat Mesra Pelanggan kami atau membuat laporan di alamat sebagaimana yang diberikan dalam Bahagian F di bawah. Kami tidak akan memegang anda bertanggungjawab terhadap apa-apa urus niaga yang dilaksanakan selepas anda memberitahu kami akan apa-apa urus niaga yang tidak dibenarkan, kehilangan, salah guna, kecurian atau kemusnahan Kad dengan syarat anda hendaklah menanggung rugi Bank berkaitan urus niaga yang dilaksanakan sebelum pemberitahuan sedemikian sehingga amaun maksimum harian yang dibenarkan diurusniagakan dalam setiap kemudahan perkhidmatan.

11.6 Anda boleh pada bila-bila masa menamatkan penggunaan perkhidmatan dengan memberikan kepada kami notis bertulis akan penamatan dan notis sedemikian hendaklah hanya dianggap telah kami terima setelah ditentusahkan oleh pegawai kami dan apabila direkodkan sewajarnya sebagai telah kami terima.

11.7 Jika anda memindahkan apa-apa dana daripada Akaun anda kepada mana-mana akaun anda yang lain atau kepada mana-mana akuan yang dimiliki oleh pihak ketiga, amaun tersebut hendaklah secara automatik didebitkan daripada Akaun anda apabila lengkap urus niaga dan dianggap telah dipindahkan kepada akaun penerima dan anda hendaklah tidak berhak memohon kepada kami pengembalian semula atau pengkreditan semula Akaun anda atas apa-apa sebab sekalipun.

 

12.         Penggunaan Kad Debit

12.1 Jika anda berumur 18 tahun dan lebih, anda mesti melengkapkan borang permohonan yang disediakan dan menyerahkannya kepada kami atau melantik penama namaan atau ejen yang dilantik bersama-sama dengan salinan fotokopi kad pengenalannya (bahagian depan dan belakang), buku bank CASA atau penyata dengan nombor akaun dan semua dokumentasi lain dan pembayaran sebagaimana yang dinyatakan di dalam dokumen ini. 

12.2 Jika anda berumur antara 12 hingga 17 tahun, anda mesti melengkapkan borang permohonan yang disediakan dengan fasal tanggung rugi adalah mandatori untuk ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga sah anda dan menyerahkannya kepada kami atau kepada penama namaan atau ejen yang dilantik bersama-sama dengan salinan fotokopi kad pengenalan anda (bahagian depan dan belakang), dan kad pengenalan ibu bapa/penjaga sah anda (bahagian depan dan belakang), buku bank CASA atau penyata dengan nombor akaun dan semua dokumentasi lain dan pembayaran sebagaimana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

12.3 Apabila menerima Kad, anda hendaklah dengan serta-merta menurunkan tandatangan di panel tandatangan yang berkaitan pada Kad. Dengan menggunakan Kad, anda bersetuju untuk terikat sepenuhnya dengan terma dan syarat yang dinyatakan (sebagaimana yang boleh kami ubah dari semasa ke semasa dengan memberikan notis dua puluh satu (21) hari kalendar dalam cara yang dihuraikan dalam Fasal 26).

12.4 Untuk tujuan menguatkuasakan kad ATM dan urus niaga yang menunjukkan Kad, kami akan mengeluarkan PIN dan memberikannya kepada anda atas risiko anda sendiri. PIN ini adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana orang di bawah apa-apa keadaan atau dengan apa-apa cara sekalipun.

12.5 Kad ini sah hanya sehingga Tarikh Sah. Apabila tamat tempoh Tarikh Sah, anda hendaklah memotong Kad merentasi jalur magnetik dan cip bagi memastikan kad benar-benar rosak dan mengembalikan kad yang dimusnahkan kepada kami untuk mendapatkan Kad baharu, yang akan dikeluarkan atas budi bicara kami.

12.6 Kad ini ialah kad debit dengan Akaun anda akan didebitkan apabila pembelian dibuat menggunakan Kad. Kad ini boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan di Malaysia dan di luar negara di tempat pedagang yang menyertainya selagi terdapat amaun baki tunai yang setara dalam Akaun pada tempat jualan. Anda bertanggung jawab memastikan bahawa terdapat baki tunai yang mencukupi dalam Akaun sebelum menggunakan Kad untuk membeli barangan dan/atau perkhidmatan. Pembelian sedemikian adalah tertakluk pada had maksimum amaun yang terdapat dalam Akaun.

12.7 Berkuat kuasa 1 Jun 2015, mana-mana urus niaga luar negara atau dengan kad tidak ditunjukkan akan disekat secara lalai melainkan anda memilih untuk melaksanakan urus niaga luar negara atau dengan ketiadaan kad.

12.8 Anda boleh menggunakan Kad di Malaysia di mana-mana ATM kami atau di mana-mana ATM lain yang memaparkan HANYA MEPS/Bankcard untuk pengeluaran tunai daripada Akaun. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan Kad di luar Malaysia di mana-mana ATM yang memaparkan Visa atau MasterCard atau Visa Plus atau Cirrus untuk pengeluaran tunai daripada Akaun.

12.9 Semua urus niaga menggunakan Kad Debit tertakluk pada had pengeluaran harian ATM masing-masing dan had pembelian harian Kad Debit.

C.   PERKHIDMATAN

13.         Perkhidmatan Perbankan Telefon

13.1  Perkhidmatan Perbankan Telefon akan tersedia untuk anda 24 jam tertakluk pada apa-apa arahan atau pemberitahuan berkaitan aksesnya dan penggunaan perkhidmatan yang kami keluarkan dari semasa ke semasa. Sesetengah atau semua Perkhidmatan Perbankan Telefon yang boleh diakses menerusi telefon mungkin tiada pada masa tertentu disebabkan disebabkan keperluan penyenggaraan lazim, tidak berfungsi atau kegagalan sistem, permintaan berlebihan bagi sistem dan/atau keadaan yang di luar kawalan kami. Kami tidak membuat apa-apa waranti bahawa Perkhidmatan Perbankan Telefon (atau mana-mana bahagian daripadanya) yang disediakan menerusi telefon akan tersedia pada masa yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

o    Perkhidmatan Aras 1 - Pertanyaan berkaitan produk dan perkhidmatan.

     Dalam apa-apa cara pun tanpa mengehadkan atau menyekat hak kami di bawah Fasal 12.2, Perkhidmatan Aras 1 tersedia kepada anda.

o    Perkhidmatan Aras 2 - Pertanyaan berkaitan maklumat akaun, baki dan rekod urus niaga.

     Dalam apa-apa cara pun tanpa mengehadkan atau menyekat hak kami di bawah Fasal 12.2, Perkhidmatan Aras 2 tersedia kepada anda jika anda mempunyai Akaun sedia ada dengan kami atau mana-mana cawangan kami dan yang Akaunnya adalah sah apabila perkhidmatan tersebut diakses dan/atau digunakan.

o    Perkhidmatan Aras 3 - Permintaan untuk melaksanakan urus niaga kewangan, pembayaran dan pemindahan.

     Dalam apa-apa cara pun tanpa mengehadkan atau menyekat hak kami di bawah Fasal 12.2, Perkhidmatan Aras 3 tersedia kepada anda jika anda mempunyai Akaun sedia ada dengan kami atau mana-mana cawangan kami dan yang Akaunnya adalah sah apabila perkhidmatan tersebut diakses dan/atau digunakan DAN tiada keperluan untuk:

                                       i.      Mendapatkan tandatangan pemegang Akaun bersama yang lain, dengan anda merupakan pemegang akaun bersama, untuk melaksanakan apa-apa urus niaga kewangan menurut Terma dan Syarat ini; atau

                                      ii.      Melantik wakil yang dinamakan untuk bertindak bagi pihak anda

13.2 Kriteria kelayakan di atas untuk akses dan menggunakan Perkhidmatan Perbankan Telefon tidak muktamad dan tidak dalam apa-apa cara pun menyekat kami daripada mengenakan dari semasa ke semasa kriteria tambahan dan keperluan lain atau untuk meminda atau mengubah kriteria kelayakan di atas untuk akses dan penggunaan perkhidmatan Perbankan Telefon atas budi bicara kami.

 

ID Log Masuk, PIN dan ciri keselamatan lain Perbankan Telefon

13.3 Anda dikehendaki memasukkan ID Log Masuk dan PIN Perbankan Telefon setiap kali anda mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan Perbankan Telefon.

13.4 Kami berhak pada bila-bila masa, untuk tidak mengesahkan atau membatalkan ID Log Masuk dan PIN Perbankan Telefon dengan atau tanpa notis terlebih dahulu (walaupun anda akan dimaklumkan sebaik sahaja boleh dilakukan selepas itu). Ketaksahan atau pembatalan sedemikian biasanya akan dilakukan jika integriti atau keselamatan ID Log Masuk dan/atau PIN Perbankan Telefon terjejas atau disyaki telah terjejas, atau jika keselamatan Perkhidmatan diancam dalam apa-apa cara sekalipun. Walau bagaimanapun, kami tidak mempunyai obligasi untuk berkongsi alasan kami dengan anda dan tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan yang mungkin anda tanggung disebabkan ketaksahan atau pembatalan sedemikian.

 

 Tanggungjawab Anda untuk Keselamatan

13.5 Untuk memastikan hanya anda yang boleh mengakses dan memberikan arahan menggunakan perkhidmatan Perbankan Telefon, anda mesti mengikuti dengan ketat tatacara keselamatan yang berikut:

                    i.   Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa ID Log Masuk dan PIN Perbankan Telefon kekal rahsia. Anda dan/atau Wakil yang Dilantik mesti tidak mendedahkan ID Log Masuk dan PIN Perbankan Telefon kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jika dia ialah Pemegang Akaun bersama anda, pengarah, pemegang saham atau kakitangan lain, jika berkaitan, atau kakitangan kami atau Ejen Perkhidmatan Pelanggan kami. Jika anda menyedari bahawa ID Log Masuk dan PIN Perbankan Telefon anda diketahui oleh orang lain, anda dikehendaki mengubah PIN secara elektronik menerusi Perkhidmatan Perbankan Telefon secepat mungkin. Jika anda gagal berbuat demikian atas apa-apa sebab sekalipun, anda mesti dengan serta-merta melaporkan pendedahan yang disyaki dengan menghubungi mana-mana cawangan atau menghubungi Ejen Perkhidmatan Pelanggan kami. Anda tidak boleh menggunakan atau mencuba untuk menggunakan perkhidmatan Perbankan Telefon sehingga kami mengeluarkan penggantian ID Log Masuk dan PIN Perbankan Telefon anda dan/atau anda menukar PIN.

                   ii.   Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa Wakil Dilantik anda kekal anda benarkan untuk mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan Perbankan Telefon dan memegang ID Log Masuk dan PIN Perbankan Telefon bagi pihak anda. Jika Wakil Dilantik sedemikian tidak lagi anda benarkan untuk mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan Perbankan Telefon bagi pihak anda menurut terma dan syarat ini, anda hendaklah memberitahu kami dengan serta-merta dengan cara bertulis supaya ID Log Masuk dan PIN Perbankan Telefon boleh dibatalkan sewajarnya. Selanjutnya, anda dikehendaki memohon ID Log Masuk dan PIN Perbankan Telefon baharu untuk Wakil Dilantik yang baharu menurut tatacara kami pada masa yang material. Tanpa mengambil kira Fasal 43, kami tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa jenis kehilangan atau kerosakan yang anda tanggung atau alami atau mana-mana pihak ketiga yang terhasil daripada kegagalan anda atau ketiadaan anda untuk melaksanakan tanggungjawab dalam subfasal 12.5 ini.

                  iii.   Kami boleh menggantung akses anda dan penggunaan perkhidmatan Perbankan Telefon sehingga ID Log Masuk dan PIN Perbankan Telefon yang baharu telah disediakan.

 

Arahan

13.6   Tanpa boleh batal anda bersetuju dan membenarkan kami untuk bertindak terhadap semua arahan anda (termasuk pemindahan dana, pembayaran bil, arahan penghentian pembayaran dan sebagainya) menerusi Perkhidmatan tersebut, sama ada dipindahkan kepada kami secara elektronik atau menerusi ejen perkhidmatan anda, dan menerima tanggungjawab sepenuhnya bagi semua arahan dan terutamanya untuk memastikan ketepatan dan kelengkapan arahan anda, dan juga untuk memastikan bahawa arahan yang sama tidak dipindahkan secara tidak sengaja kepada kami dua kali.

13.7   Semua arahan yang dikeluarkan selepas anda berjaya mengakses Perkhidmatan, apabila kami terima, akan dikuatkuasakan menurut tatacara, had dan syarat yang kami tentukan dan apa-apa undang-undang yang terpakai dari semasa ke semasa. Kami boleh melengahkan atau enggan menjalankannya atau menentukan keutamaan bagi atau melaksanakan apa-apa arahan sedemikian, tanpa memberikan notis terlebih dahulu dan atas budi bicara kami, pada bila-bila masa tanpa memberikan apa-apa sebab kepada anda. Perlu diingatkan bahawa urus niaga tertentu hanya boleh diproses semasa waktu perbankan biasa dan boleh mengambil masa beberapa hari bekerja untuk lengkap, walaupun waktu operasi Perkhidmatan dilanjutkan.

13.8   Semua arahan yang dikeluarkan setelah anda berjaya mengakses perkhidmatan Perbankan Telefon, hendaklah mengikat ke atas anda sebaik sahaja dipindahkan kepada kami tanpa mengira sama ada arahan tersebut anda keluarkan atau dikeluarkan oleh orang lain, sama ada dibenarkan atau tidak dan tanpa mengira apa-apa kesilapan atau penipuan. Kami tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan (termasuk tanpa had, dana) yang anda alami atau tanggung disebabkan:

                       i.   Apa-apa arahan yang tidak dibenarkan atau urus niaga yang dilaksanakan menggunakan ID Log Masuk dan PIN Perbankan Telefon, disebabkan ketakpatuhan anda terhadap obligasi di bawah Fasal 12.3.

                      ii.   Keengganan kami untuk bertindak ke atas mana-mana arahan yang diberikan kepada kami di bawah keadaan yang pada pendapat kami adalah mencurigakan atau tidak seragam;

                     iii.   Kami melaksanakan arahan tanpa mengesahkan ketepatan dan/atau kelengkapan arahan sedemikian, walaupun kami berhak menurut budi bicara kami untuk mendapatkan pengesahan sedemikian daripada anda; atau

                     iv.   Ketakpatuhan anda akan mana-mana terma dan syarat ini, termasuk tetapi tidak terhad pada cek tak laku, yang disebabkan dana yang tidak mencukupi dalam Akaun anda selepas mendebitkan fi dan caj di bawah Fasal 13.32, dan ketakpatuhan anda akan Fasal 12.18.

13.9   Setelah memberikan arahan kepada kami, anda tidak dibenarkan untuk membatalkan atau meminda arahan tersebut. Walau bagaimanapun, atas permintaan anda, kami boleh atas budi bicara kami (tetapi tidak dipertanggungjawabkan) bersetuju untuk menarik balik, membatalkan memulangkan atau sebaliknya meminda mana-mana arahan awal anda. Semua kos dan caj yang kami tanggung dalam menerapkan apa-apa permintaan anda yang sedemikian hendaklah anda tanggung dan anda dengan ini membenarkan kami mendebit perkara yang sama daripada Akaun anda sebagaimana yang kami anggap sesuai.

 

13.10 Hendaklah menjadi tanggungjawab anda memberitahu kami dengan serta-merta:

                       i.   Apabila menerima data atau maklumat daripada kami yang tidak lengkap, mengelirukan atau tidak tepat atau maklumat daripada kami akan apa-apa dan semua arahan, urus niaga atau penggunaan lain perkhidmatan Perbankan telefon; dan

                      ii.   Apabila menyedari, atau apabila anda mengesyaki atau mempunyai apa-apa alasan untuk mempercayai bahawa apa-apa arahan yang diberikan kepada anda belum kami terima atau adalah tidak tepat, termasuk tanpa had apa-apa kesilapan, penipuan atau pembayaran yang tidak dibenarkan atau pemindahan dana daripada atau kepada Akaun anda.

13.11 Anda dengan ini membenarkan kami untuk merekodkan semua arahan yang anda buat sama ada secara bertulis, merakam pita atau apa-apa kaedah perekodan lain dan dalam apa-apa bentuk atau medium yang apa jua pun, dan rekod arahan sedemikian dan/atau urus niaga hendaklah mutakhir, muktamad dan mengikat ke atas anda.

13.12 Anda boleh menghantar pengesahan urus niaga kewangan menurut amalan dan tatacara sedia ada pada takat masa kewujudannya atau takat masa relevannya. Sebaik sahaja pengesahan diberikan kepada anda, pengesahan sedemikian hendaklah mutakhir, muktamad dan mengikat ke atas anda.

13.13 Untuk mengelakkan keraguan, istilah "selepas anda berjaya mengakses perkhidmatan Perbankan Telefon" bermaksud selepas anda mendapat akses kepada perkhidmatan Perbankan Telefon dengan memasukkan ID Log Masuk dan PIN Perbankan Telefon.

Penyata Perbankan Telefon

13.14 Semua urus niaga yang dilakukan menggunakan perkhidmatan Perbankan Telefon ini akan digambarkan dalam penyata akaun berkala anda. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 9.2, anda dikehendaki mengesahkan ketepatan dan kelengkapan setiap penyata akaun yang diterima daripada kami dan memaklumkan kami dalam masa empat belas hari (14) dari hari terakhir penyata akan apa-apa ketakseragaman, peninggalan, ketaktepatan atau masukan yang salah.

13.15 Kami tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kerosakan, kehilangan atau perbelanjaan yang anda tanggung disebabkan kegagalan, kelengahan atau peninggalan anda dalam mematuhi peruntukan yang dinyatakan dalam Fasal 13.14 di atas dan anda hendaklah menanggung rugi kami terhadap apa-apa kerugian atau perbelanjaan yang mungkin kami alami atau tanggung berkaitan dengannya.

Pertanyaan tentang Akaun dan Kadar menerusi Perkhidmatan Perbankan Telefon

13.16 Semua Akaun anda (termasuk akaun bersama) akan dipautkan atas permintaan dan boleh diakses di bawah Perkhidmatan tersebut. Anda faham dan mengakui bahawa anda perlu mematuhi dengan ketat obligasi anda di bawah Fasal 12.3 dan 12.5 menurut dokumen ini, dan bahawa kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang anda tanggung walau bagaimana sekalipun timbul daripada ketakpatuhan tersebut. Selanjutnya, tanpa mengambil kira apa-apa yang terkandung di dalam dokumen ini yang sebaliknya, dan tanpa mengambil kira pematuhan peribadi anda dengan tatacara langganan Perkhidmatan, kami berhak (tetapi tidak dipertanggungjawabkan) untuk menyekat akses kepada Perkhidmatan sehingga kami telah menerima kebenaran bertulis anda sebagai pemegang akaun bersama anda (jika terpakai) bagi akses anda kepada dan penggunaan Perkhidmatan.

13.17 Melainkan digambarkan dalam penyata berkala Akaun, anda dengan ini bersetuju dan mengakui bahawa baki dalam Akaun anda yang dilaporkan kepada anda menerusi Perkhidmatan Perbankan Telefon tidak akan atas apa-apa tujuan anda anggap sebagai muktamad dan hendaklah tidak termasuk

                      i.   Deposit anda yang belum kami sahkan, dan

                     ii.   Apa-apa cek yang anda keluarkan yang belum diproses dan/atau kami pungut.

13.18 Apa-apa kadar pertukaran atau kadar faedah/hibah yang kami sebutkan sebagai maklum balas kepada permohonan dan/atau arahan melalui telefon anda sama ada secara elektronik atau menerusi Ejen Perkhidmatan Pelanggan adalah untuk rujukan semata-mata dan tidak mengikat ke atas kami melainkan seterusnya kami sahkan untuk tujuan urus niaga kewangan. Kadar pertukaran sedemikian yang kami sahkan atau kadar faedah/hibah hendaklah mengikat ke atas anda tanpa mengambil kira bahawa kadar pertukaran atau kadar faedah mungkin telah kami sebutkan pada masa yang relevan menerusi cara komunikasi yang lain.

13.19 Untuk semua urus niaga di dalam negara, kadar pertukaran adalah kadar pertukaran yang diamalkan pada hari urus niaga dijalankan di Malaysia. Penyata kami akan kadar pertukaran yang terpakai hendaklah dianggap mengikat dan muktamad.

 

 

14.   Perbankan Internet/Perbankan Mudah Alih

 

Terma dan syarat ini mengawal penggunaan perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih yang kami sediakan untuk anda, untuk membolehkan anda mengakses secara elektronik dan menggunakan Perkhidmatan tersebut dan kemudahan perbankan lain, yang disediakan menerusi laman sesawang.

 

Terma dan syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan terma akses dan Bahagian B: Terma dan Syarat Khusus dan apa-apa arahan penting yang kami sediakan, dan juga apa-apa terma, syarat dan peruntukan lain yang mungkin kami berikan dari semasa ke semasa. Jika terdapat apa-apa percanggahan antara terma dan syarat ini dengan mana-mana perjanjian lain yang telah anda miliki dengan entiti dalam Kumpulan Perbankan RHB dan/atau rakan kongsi perniagaan, terma dan syarat ini hendaklah mendahului sehinggakan mengaitkannya dengan penggunaan Perbankan Internet dan Perbankan Mudah Alih.

 

Apa-apa dan semua komunikasi yang dipindahkan menerusi Perbankan Internet dan Perbankan Mudah Alih hendaklah tertakluk kepada Fasal 21.6 di bawah, tepat dan asli dan hendaklah mempunyai kesan yang sama sebagaimana dokumen bertulis dan/atau yang ditandatangani. Rekod kami akan semua dan apa-apa komunikasi anda semasa atau menurut penggunaan dan akses Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih dalam apa-apa bentuk atau medium (termasuk media penyimpanan maklumat elektronik) hendaklah diterima sebagai bukti muktamad.

 

Permohonan untuk Mengakses Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih

14.1   Tertakluk pada terma dan syarat ini, jika anda mempunyai CASA dan/atau kad debit/kredit dengan kami dan dengan Akaun yang sah, anda berhak membuat permohonan dan mendaftar untuk mendapat capaian kepada Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih dengan melakukan pendaftaran sekali sahaja di laman sesawang untuk mula menggunakan perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih. Tanpa mengambil kira yang di atas, kami boleh atas budi bicara kami untuk menolak pendaftaran bagi mana-mana permohonan dan/atau mengubah kriteria kelayakan tanpa memberikan apa-apa sebab. Akaun tersebut mesti terus sah untuk membolehkan anda terus menggunakan perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih.

14.2   14.2 Untuk pendaftaran dalam talian menerusi Laman Sesawang dan untuk menggunakan perkhidmatan Perbankan Internet, akses pengenalan (ID) dan apa-apa maklumat yang berkaitan seperti PIN ATM/Kad Debit atau CVV2 Kad Kredit akan diperlukan. Selepas itu, anda akan mencipta Nama Pengguna, Kata Laluan dan Kata Rahsia anda sendiri untuk mengakses perkhidmatan Perbankan Internet.

14.3   Apabila berjaya mendaftar dengan Perbankan Internet, anda boleh menggunakan ID dan Kata Laluan yang sama untuk mengakses Perbankan Mudah Alih.

14.4   Selepas mendaftar dan mengakses Perbankan Mudah Alih, anda akan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini dan selanjutnya memperakui dan menerima semua risiko yang sedia ada yang berkaitan dalam melaksanakan apa-apa urus niaga melalui Internet/GPRS/3G atau medium elektronik yang lain yang seumpamanya yang kami luluskan.

14.5   Semua Akaun (termasuk akaun bersama) yang dihubungkan dengan suatu ID akses akan secara automatik dihubungkan dan boleh diakses di bawah perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih menerusi Nama Pengguna anda, tertakluk pada bilangan maksimum Akaun sebagaimana yang kami cadangkan dari semasa ke semasa. Anda boleh memulakan Pautan ke Akaun baharu atau membuang Akaun sedia ada daripada Nama Pengguna anda dengan menggunakan fungsi "Urus Akaun" yang tersedia melalui Perbankan Internet. Anda faham dan memperakui dan dengan itu anda akan mematuhi secara ketat obligasi anda di bawah Fasal 15 dan 17 di bawah, dan bahawa kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang anda alami walau bagaimana sekalipun timbul daripada ketakpatuhan anda akan obligasi sedemikian. Selanjutnya, tanpa mengambil kira apa-apa yang terkandung di dalam dokumen ini yang sebaliknya, dan tanpa mengambil kira pematuhan peribadi anda dengan tatacara langganan perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih, kami berhak (tetapi tidak menjadi obligasi) untuk menyekat akses kepada Perkhidmatan tersebut sehingga kami telah menerima secara bertulis kebenaran pemegang akaun bersama anda (jika berkaitan) bagi akses kepada dan penggunaan perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih.

14.6   Anda dikehendaki menyediakan maklumat yang benar, tepat, semasa dan lengkap tentang diri anda dan Akaun yang disenggarakan di laman sesawang lain dan anda bersetuju untuk tidak salah tafsir identiti atau maklumat akaun tersebut tentang diri anda. Anda juga bersetuju untuk menyimpan maklumat akaun yang terkini dan tepat, dan untuk memberitahu kami jika anda telah mengubah apa-apa maklumat anda, dan bahawa kami tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang anda alami yang timbul daripada ketakpatuhan anda akannya. Tanpa mengambil kira apa-apa yang terkandung di dalam dokumen ini yang sebaliknya, dan tanpa mengambil kira pematuhan peribadi anda dengan tatacara langganan perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih, kami berhak (tetapi tidak menjadi obligasi) untuk menyekat akses kepada perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih Perkhidmatan tersebut sehingga kami telah menerima secara bertulis kebenaran pemegang akaun bersama anda (jika berkaitan) bagi akses kepada dan penggunaan perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih.

 

Senarai Perkhidmatan Elektronik (termasuk semua perkhidmatan Pemindahan Dana, pembayaran Bil, Tambahan Prabayar, permohonan saham "IPO" Tawaran Awam Awal, melihat Akaun dan sebagainya)

 

14.7   Anda mesti menyenggara dana yang mencukupi dalam Akaun bagi membolehkan kami melengkapkan apa-apa arahan untuk mendebit Akaun dan melaksanakan pemindahan dana.

14.8   Kami tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kelewatan atau kegagalan dalam pemindahan dana. Dicadangkan agar anda memberikan masa yang munasabah untuk kami melaksanakan pembayaran bil anda/pemindahan dana/pengiriman wang dan/atau memberitahu anda akan apa-apa masalah atau sekatan dalam melaksanakan perkara yang sama. Kami akan hanya dipertanggungjawabkan terhadap pemindahan dana yang telah disahkan secara bertulis kepada anda yang telah dilaksanakan.

14.9   Bagi pihak anda kami bebas untuk menggunakan mana-mana pihak ketiga yang bebas dalam apa-apa pengeluaran draf permintaan, perintah juruwang atau dalam melaksanakan apa-apa jenis pengiriman wang yang lain (seperti Pemindahan Dana IBG dan perkhidmatan RHB-PayPal) dan tidak akan mengambil apa-apa tanggungjawab terhadap apa-apa kelewatan, tiada pengiriman wang, atau tiada penerimaan hasil sedemikian yang timbul di pihak ketiga yang bebas sedemikian.

14.10 Kami akan, atas budi bicara kami, menentukan urutan keutamaan pemindahan dana yang anda arahkan, dan boleh atas budi bicara kami menggunakan kemudahan overdraf anda (jika berkaitan) untuk melaksanakan pemindahan dana sedemikian dan bukannya bagi Akaun yang lain (jika tidak anda nyatakan), dan seterusnya boleh memindahkan dana daripada mana-mana Akaun untuk melindungi apa-apa lebihan keluaran dalam akaun semasa anda. Selain itu, kami bebas untuk melaksanakan pemindahan bagi penyelesaian penuh semua pembayaran kad kredit yang masih belum dijelaskan dalam akaun semasa anda. Selain itu, kami adalah bebas untuk melaksanakan pemindahan bagi penyelesaian penuh semua pembayaran kad kredit yang belum dijelaskan sekiranya kad kredit anda dibatalkan.

14.11 Apa-apa arahan untuk pemindahan dana adalah tertakluk pada apa-apa pengaturan yang kini wujud atau yang mungkin selepas ini wujud antara anda dengan kami berkaitan Akaun atau apa-apa akomodasi perbankan yang diberikan kepada anda. Khususnya, kami dengan ini berhak untuk:

                      i.   menolak pada bila-bila masa untuk menjalankan mana-mana satu atau lebih arahan pemindahan dana (sama ada berkaitan pemindahan dana sekali gus atau arahan tetap/pembayaran bil berulang) tanpa memberikan apa-apa sebab kerananya; dan/atau

                     ii.   ii. mengenakan had, sekatan atau syarat ke atas pemindahan dana (sama ada berkaitan jenis, mata wang, tujuan, bilangan atau apa-apa aspek lain daripadanya) sebagaimana yang kami atau mana-mana pihak berkuasa yang relevan atau penyedia perkhidmatan pembayaran perlukan.

PIN dan Ciri Keselamatan Lain

14.12 Untuk mengakses dan menggunakan perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih, anda mesti memasukkan nombor kad ATM/Kad Debit dengan PIN kad ATM/Kad Debit atau nombor CVV2 atau CVC2 Kad Kredit sebagaimana yang diperlukan apabila mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih buat pertama kali di Laman Sesawang.

14.12.1    Pengguna Kad ATM / Kad Debit

                                  i.   Untuk mengakses dan menggunakan Perbankan Internet bagi melihat baki CASA dan melaksanakan urus niaga kewangan, anda mesti mendaftarkan Kad ATM/Kad Debit apabila log masuk ke Perbankan Internet buat kali pertama.

                                 ii.   Setelah pendaftaran Kad ATM/Kad Debit diterima, anda akan dikehendaki memasukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan anda. Apabila diterima apa yang disebutkan sebelum ini dan penerimaan terma dan syarat ini, akses kepada Perbankan Internet akan diaktifkan.

14.12.2    Pengguna Kad Kredit

                                  i.   Untuk mengakses dan menggunakan Perbankan Internet bagi melihat baki akaun kad kredit dan ringkasan urus niaga, anda mesti mendaftarkan nombor kad kredit dan nombor CVV2/CVC2 apabila log masuk ke Perbankan Internet buat pertama kali.

                                 ii.   Apabila pendaftaran Kad Kredit diterima, anda akan dikehendaki memasukkan Nama Pengguna, Kata Laluan dan Kata Rahsia anda. Apabila diterima apa yang disebutkan sebelum ini dan penerimaan terma dan syarat, akses kepada Perbankan Internet akan diaktifkan.

14.13 Selepas itu, anda dikehendaki memasukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan hanya untuk akses seterusnya ke Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih. Penentusahan kata rahsia hanya terpakai bagi akses ke Perbankan Internet.

14.14 Apabila tamat pendaftaran yang disarankan dan tatacara pengaktifan menerusi Perbankan Internet, anda akan dibenarkan memuat turun aplikasi untuk pemasangan ke dalam telefon mudah alih anda dan diberikan hak tak eksklusif, tak boleh dipindahkan untuk menggunakan aplikasi, tetapi berdasarkan dan sentiasa tertakluk pada persetujuan anda kepada syarat yang berikut:

14.14.1  Anda tidak akan menggunakan aplikasi tersebut untuk apa-apa tujuan selain daripada untuk mengakses Akaun anda sendiri menerusi Perbankan Mudah Alih menggunakan alat mudah alih anda;

14.14.2  Anda tidak akan memuat turun atau memasang aplikasi ke dalam alat mudah alih yang bukan milik anda atau mempunyai kawalan eksklusif dan anda tidak boleh membenarkan atau membolehkan mana-mana orang lain untuk mengakses aplikasi, atau membiarkan alat mudah alih tersebut tidak berjaga dalam cara yang membolehkan seseorang mengakses aplikasi.

14.15 Untuk melaksanakan urus niaga kewangan atau mengubah profil peribadi seseorang:

14.15.1  Anda dikehendaki mendaftarkan nombor telefon mudah alih anda dengan menghubungi Pusat Mesra Pelanggan menggunakan nombor yang diberikan di Bahagian F di bawah, yang merupakan proses sekali sahaja. Walau bagaimanapun, jika anda telah mengubah nombor telefon mudah alih, anda juga dikehendaki mendaftarkan semula nombor telefon mudah alih anda sebagai langkah keselamatan perbankan dalam talian.

14.15.2  Anda dikehendaki mengesahkan Kod Keselamatan dan memasukkan OTP yang secara automatik dihantar ke nombor telefon mudah alih yang didaftarkan dan berjaya melengkapkan urus niaga

14.16 Urus niaga kewangan Perbankan Mudah Alih hanya dibenarkan untuk pemindahan kegemaran yang telah anda sediakan menerusi Perbankan Internet. OTP tidak terpakai bagi Perkhidmatan ini.

14.17 Kami berhak, pada bila-bila masa, untuk mentaksahkan atau membatalkan apa-apa atau semua Pengenal anda dengan memberikan notis terlebih dahulu sebagaimana yang diberikan dalam Fasal 26 di bawah dan anda akan diberitahu secepat mungkin sebagaimana yang boleh dilakukan selepas itu. Pentaksahan atau pembatalan sedemikian biasanya akan dilaksanakan jika identiti atau keselamatan Pengenal terjejas atau disyaki telah terjejas, atau jika keselamatan dan integriti mana-mana bahagian perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih diancam dalam apa-apa cara sekalipun. Walau bagaimanapun, kami tidak mempunyai obligasi untuk berkongsi alasan kami dengan anda, dan tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang mungkin anda alami disebabkan pentaksahan atau pembatalan sedemikian.

Tanggungjawab untuk Keselamatan

14.18 Anda mesti memastikan yang anda sahaja yang boleh mengakses dan memberikan arahan menggunakan perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih. Anda mesti mematuhi dengan ketat tatacara keselamatan yang berikut:

14.18.1  Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan Pengenal kekal rahsia. Anda mesti tidak mendedahkan mana-mana Pengenal kepada mana-mana orang - walaupun pemegang akaun bersama, atau kakitangan kami, atau seseorang di meja bantu RHB. Jika anda mendapati yang mana-mana Pengenal diketahui oleh orang lain, anda mesti mengubahnya menerusi perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih secepat mungkin. Jika ini tidak boleh dilakukan anda mesti memberitahu kami dengan serta-merta melalui e-mel atau menghubungi nombor yang diberikan di Bahagian F di bawah.

14.18.2  Anda mestilah tidak membenarkan sesiapa pun untuk mengendalikan perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih untuk anda, meninggalkan terminal komputer atau alat mudah alih tidak dijaga sementara anda log masuk Perkhidmatan, tidak juga menyimpan Pengenal pada mana-mana gesaan dalam komputer peribadi atau alat mudah alih (supaya perkara yang sama secara automatik dimasukkan apabila mengakses Laman Sesawang tanpa memerlukan anda memasukkan Pengenal secara fizikal). Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak akan dipertanggungjawabkan atau liabel terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan (termasuk tanpa had apa-apa kerugian dana) yang anda atau mana-mana pihak lain alami atau tanggung sekiranya mana-mana atau semua maklumat atau dana diakses, digunakan atau sebaliknya ditangani walau bagaimana sekalipun oleh pihak ketiga di bawah perkhidmatan ini.

14.18.3  Selain itu, anda juga bertanggungjawab terhadap anti-virus komputer peribadi sendiri dan langkah keselamatan untuk mengelakkan akses oleh pihak yang tidak dibenarkan kepada urus niaga dan Akaun anda menerusi Perbankan Internet.

14.18.4  Anda mesti memeriksa baki Akaun secara berkala dan/atau pada jangka masa yang sesuai berikutan apa-apa urus niaga dan untuk memaklumkan kami jika terdapat apa-apa kesilapan. Jika anda menyedari berlaku urus niaga yang tidak dibenarkan atau akses yang tidak dibenarkan kepada perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih, anda mesti memberitahu kami dengan serta-merta menerusi e-mel atau telefon menggunakan nombor yang diberikan di Bahagian F di bawah.

14.18.5  Anda mesti memastikan aplikasi yang dimuat turun untuk Perbankan Mudah Alih adalah asli.

14.18.6  Semua kata laluan sedemikian mesti dirahsiakan dengan ketat dan mestilah tidak didedahkan kepada mana-mana orang lain.

14.18.7  Anda mestilah tidak meninggalkan komputer/alat mudah alih tidak berjaga atau membenarkan mana-mana orang mengakses komputer/alat mudah alih dalam cara yang membuatkan seseorang itu boleh mengakses Perbankan Internet anda, aplikasi atau Perbankan Mudah Alih, sama ada dengan atau tanpa kebenaran anda.

14.18.8  Jika anda hilang atau menggantikan atau berpisah dengan pemilikan atau kawalan alat mudah alih atau mana-mana peranti lain dengan aplikasinya dipasang, atau jika anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang telah mengakses Akaun anda menggunakan aplikasi tersebut, anda mestilah dengan serta-merta memberitahu dan mengarahkan kami untuk tidak mengesahkan Pengenal dengan serta-merta, dan membuat permohonan baharu untuk mendaftar dengan Perbankan Internet bagi membolehkan anda mengakses Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih;

14.18.9  Jika telefon mudah alih anda hilang atau dicuri, anda mestilah dengan serta-merta melaporkannya kepada kami jika terdapat apa-apa pembayaran yang tidak dibenarkan menerusi perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih disebabkan kehilangan atau kecurian telefon mudah alih.

14.19 Jika kami mengesyaki apa-apa urus niaga yang tidak dibenarkan, kami boleh menggantung akses dan penggunaan perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih anda sehingga Pengenal baharu telah disediakan.

Masa Operasi

14.20 Perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih biasanya disediakan 24 jam, 7 hari seminggu melainkan dinyatakan dalam terma dan syarat ini atau di Laman Sesawang.

14.21 Sesetengah atau semua perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih yang boleh diakses menerusi Laman Sesawang/aplikasi Perbankan Mudah Alih mungkin tidak tersedia pada masa tertentu disebabkan keperluan penyenggaraan rutin, tidak berfungsi atau kegagalan sistem, permintaan berlebihan bagi sistem dan/atau keadaan yang di luar kawalan kami. Kami tidak memberikan apa-apa waranti bahawa perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih (atau mana-mana bahagian daripadanya) yang disediakan di bawah Laman Sesawang/aplikasi Perbankan Mudah Alih akan tersedia pada masa yang dinyatakan di dalam dokumen ini. Jika berlaku kegagalan atau gangguan dalam perkhidmatan (atau mana-mana bahagian daripadanya), anda boleh e-mel atau telefon menggunakan nombor yang diberikan di Bahagian F di bawah. Perlu diingatkan bahawa urus niaga perbankan masih boleh dilakukan menerusi saluran penghantaran perkhidmatan (misalnya cawangan, ATM, perbankan telefon RHB dan sebagainya).

Arahan

14.22 Anda bersetuju dan membenarkan kami bertindak atas semua arahan (termasuk pemindahan dana, pembayaran bil, arahan berhenti membayar, melihat Akaun dan Akaun disenggarakan di laman sesawang lain dan sebagainya) menerusi Perkhidmatan tersebut selepas anda berjaya log masuk perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih, dan menerima tanggungjawab penuh bagi semua arahan, dan terutamanya untuk memastikan ketepatan dan kelengkapan arahan, dan juga untuk memastikan bahawa arahan yang sama tidak ditransmisikan secara tidak sengaja sebanyak dua kali kepada kami.

14.23 Semua arahan yang dikeluarkan selepas anda berjaya mengakses Perkhidmatan, apabila kami terima, akan dikuatkuasakan menurut tatacara, had dan keadaan yang kami tentukan dan apa-apa undang-undang yang terpakai dari semasa ke semasa. Kami boleh melengahkan atau enggan menjalankannya atau menentukan keutamaan bagi atau melaksanakan apa-apa arahan sedemikian, tanpa memberikan notis terlebih dahulu dan atas budi bicara kami, pada bila-bila masa tanpa memberikan apa-apa sebab kepada anda. Perlu diingatkan bahawa urus niaga tertentu hanya boleh diproses semasa waktu perbankan biasa dan boleh mengambil beberapa hari bekerja untuk lengkap, walaupun waktu operasi perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih dilanjutkan.

14.24 Semua arahan yang dikeluarkan selepas berjaya log masuk ke perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih hendaklah mengikat ke atas anda sebaik sahaja ditransmisikan kepada kami tanpa mengambil kira sama ada arahan tersebut anda keluarkan atau dikeluarkan oleh orang lain, sama ada dibenarkan atau tidak, tanpa mengambil kira apa-apa kesilapan, penipuan, atau pemalsuan. Kami tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan (termasuk tanpa had kehilangan dana) yang anda alami atau tanggung disebabkan:

14.24.1  apa-apa arahan atau urus niaga yang tidak dibenarkan yang dilaksanakan menggunakan Pengenal, disebabkan ketakpatuhan terhadap obligasi di bawah Fasal 14.56 di atas;

14.24.2  keengganan kami untuk bertindak terhadap apa-apa arahan yang diberikan kepada kami di bawah keadaan yang pada pendapat kami adalah mencurigakan atau tidak seragam;

14.24.3  Kami melaksanakan arahan tanpa mengesahkan ketepatan dan/atau kelengkapan arahan sedemikian, walaupun kami berhak menurut budi bicara kami untuk mendapatkan pengesahan sedemikian daripada anda; atau

14.24.4  Ketakpatuhan anda akan mana-mana terma dan syarat ini, termasuk tetapi tidak pada pada cek tak laku, yang disebabkan dana yang tidak mencukupi dalam Akaun anda selepas mendebitkan fi dan caj di bawah Fasal 21 di bawah.

14.25 14.25 Setelah memberikan arahan kepada kami, anda tidak dibenarkan untuk membatalkan atau meminda arahan tersebut. Walau bagaimanapun, atas permintaan anda kami boleh atas budi bicara kami (tetapi tidak dipertanggungjawabkan) untuk menarik balik, membatalkan memulangkan atau sebaliknya meminda mana-mana arahan awal anda. Semua kos dan caj yang kami tanggung dalam menerapkan apa-apa permintaan sedemikian oleh anda hendaklah anda tanggung dan anda dengan ini membenarkan kami mendebit perkara yang sama daripada Akaun anda sebagaimana yang kami anggap sesuai.

14.26 Menjadi tanggungjawab anda untuk memberitahu kami dengan serta-merta apabila anda:

14.26.1  menerima data atau maklumat daripada kami yang tidak lengkap, mengelirukan atau tidak tepat bagi mana-mana dan semua arahan, urus niaga atau penggunaan lain di bawah perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih;

14.26.2  menerima apa-apa data atau maklumat yang bukan ditujukan untuk anda dan anda hendaklah membuang data sedemikian dengan serta-merta dan tidak mengekalkan perkara yang sama (atau salinan daripadanya) atau

14.26.3  menyedari, atau mengesyaki atau mempunyai apa-apa alasan untuk mempercayai bahawa apa-apa arahan yang anda berikan belum kami terima atau adalah tidak tepat, termasuk tanpa had apa-apa kesilapan, penipuan atau pembayaran yang tidak dibenarkan atau pemindahan dana daripada atau kepada Akaun anda.

Hak dan Liabiliti kepada Pihak Ketiga

14.27 Pada bila-bila masa anda mungkin memerlukan perkhidmatan dan/atau perisian yang disediakan oleh pihak ketiga, yang bukan di bawah kawalan kami, untuk mengakses dan mengendalikan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih. Dalam hal ini, anda memahami dan bersetuju seperti yang berikut:

14.27.1  Anda bertanggungjawab terhadap dan tidak akan dalam apa-apa cara memegang kami bertanggungjawab atau liabel bagi apa-apa perkhidmatan dan/atau perisian yang menerusinya anda mempunyai akses kepada perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih yang bukan kami kawal;

14.27.2  Anda hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan yang perisian yang dibekalkan kepada anda adalah bersesuaian dengan mana-mana komputer, sistem komputer atau peranti lain yang dengannya anda telah mengakses Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih dan apa-apa perisian lain pada komputer atau mana-mana penyedia lain pada peranti yang lain;

14.27.3  Anda hendaklah terikat dengan semua terma dan syarat yang diberikan oleh perkhidmatan sedemikian dan/atau perisian sebagaimana yang disebutkan sebelum ini yang anda gunakan untuk mengakses Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih tanpa apa-apa tindakan terhadap kami;

14.27.4  Kami tidak akan dipegang sebagai liabel atau bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerosakan atau caj lain atau perbelanjaan yang mungkin anda tanggung dengan menggunakan perkhidmatan dan/atau perisian sedemikian sebagaimana yang disebutkan sebelum ini.

14.28 Anda faham bahawa apa-apa akses kepada Laman Sesawang atau Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih akan dilaksanakan menerusi penyedia perkhidmatan internet yang relevan, penyedia rangkaian atau penyedia rangkaian komunikasi atau apa-apa penyedia lain di dalam negara yang daripadanya perkhidmatan sedemikian diakses, dan sehingga ke tahap ini akses sedemikian akan juga tertakluk pada dan dikawal oleh undang-undang dan peraturan yang relevan bagi negara tersebut dan apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan oleh penyedia perkhidmatan internet yang relevan, penyedia rangkaian atau penyedia rangkaian komunikasi atau apa-apa penyedia lain.

14.29 Kami tidak menjanjikan keselamatan dan kerahsiaan maklumat yang dipindahkan menerusi penyedia perkhidmatan internet yang relevan, penyedia rangkaian atau penyedia rangkaian komunikasi atau apa-apa sistem setara dalam mana-mana bidang kuasa menerusi Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih. Selain itu, anda menerima dan bersetuju bahawa kami tidak akan menanggung tanggungjawab terhadap apa-apa masalah elektronik, mekanikal, kegagalan data atau kerosakan, virus komputer, pepijat atau masalah yang berkaitan yang boleh disebabkan oleh perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana penyedia perkhidmatan internet yang relevan, penyedia rangkaian atau penyedia rangkaian komunikasi atau mana-mana penyedia lain.

14.30 Kami akan, dari semasa ke semasa, dan atas budi bicara kami, memaparkan produk pihak ketiga yang tertentu atau perkhidmatan dalam Laman Sesawang, atau Pautan ke laman sesawang pihak ketiga sedemikian dalam Laman Sesawang. Namun demikian kami akan memastikan kualiti dan standard minimum bagi semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam Laman Sesawang dan aplikasi Perbankan Mudah Alih, kerana pembelian anda akan produk atau perkhidmatan sedemikian adalah secara terus daripada pihak ketiga yang berkenaan, kami tidak membuat apa-apa representasi atau waranti atas pedigri pihak ketiga yang sedemikian dan/atau kualiti atau standard produk atau perkhidmatan mereka.

14.31 Anda hendaklah menanggung rugi, mempertahankan dan memegang kami sebagai selamat daripada dan terhadap apa-apa dan semua dakwaan, tindakan, penghakiman, ganti rugi, kos, kerugian, perbelanjaan (termasuk fi guaman berasaskan seorang peguam dan pelanggan) dan liabiliti lain yang timbul daripada pelanggaran dan/atau kemungkiran dan/atau ketakpatuhan dengan mana-mana peruntukan di bawah Fasal 13 ini.

 

Peralatan dan Perisian

14.32 Anda juga bersetuju bahawa anda bertanggungjawab terhadap komputer, sistem atau peranti lain yang daripadanya anda mengakses Perbankan Internet, termasuk tanpa had penyenggaraan, pengendalian dan penggunaan dibenarkan bagi komputer, sistem atau peranti lain yang sedemikian dan bahawa menjadi obligasi anda untuk mematuhi apa-apa kriteria yang kami kenakan dari semasa ke semasa berkaitan komputer, sistem atau peranti lain yang daripadanya anda mengakses Perbankan Internet (termasuk apa-apa perisian yang digunakan).

14.33 14.33 Anda tidak boleh mengakses Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih menggunakan mana-mana komputer, sistem atau peranti lain yang tidak anda miliki melainkan anda telah mendapat kebenaran pemiliknya. Anda juga hendaklah memastikan bahawa apa-apa komputer, sistem atau peranti lain yang daripadanya anda mengakses Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih hendaklah disenggarakan dengan baik dan hendaklah bebas daripada apa-apa kecacatan, virus atau kesilapan. Selanjutnya, anda hendaklah memastikan yang komputer atau komputer riba dipenuhi perisian anti-virus dan antiintip terkini dan bahawa perisian yang disebutkan adalah pada bila-bila masa dipasang dan dikemas kini dengan corak terkini. Anda hendaklah juga memastikan bahawa aplikasi yang dimuat turun adalah daripada saluran yang dipercayai dan aplikasi tulen dan semua aplikasi yang dimuat turun adalah atas risiko anda sendiri.

14.34 14.34 Apa-apa bahan yang dimuat turun atau sebaliknya diperoleh menerusi penggunaan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih dilakukan atas budi bicara dan risiko sendiri dan anda bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan terhadap sistem komputer atau kehilangan data yang terhasil daripada muat turun bahan sedemikian. Tiada nasihat atau maklumat, sama ada dalam bentuk pertuturan atau bertulis, yang anda peroleh daripada kami atau Penyedia Perkhidmatan daripada atau menerusi perkhidmatan akan menghasilkan apa-apa waranti yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam terma ini.

 

Sekatan Penggunaan Perbankan Internet/Perbankan Mudah Alih

14.35 Sebagai syarat bagi penggunaan aplikasi Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih anda yang dibenarkan, anda mengaku janji bahawa anda tidak akan menggunakan Laman Sesawang/Aplikasi (atau apa-apa perkhidmatan, maklumat atau produk di bawahnya) untuk apa-apa tujuan tidak sah atau haram atau sekiranya sebaliknya dilarang di bawah undang-undang atau melalui terma dan syarat ini. Anda tidak akan menggunakan Laman Sesawang/Aplikasi (atau apa-apa perkhidmatan, maklumat atau produk di bawahnya) dalam apa-apa cara yang boleh merosakkan, melemahkan, membebankan, merosakkan atau menjejaskan Laman Sesawang atau perkakasan atau aplikasi dan sistem perisian, protokol keselamatan, rangkaian penyedia maklumat/perkhidmatan atau operasi lain atau mengganggu penggunaan mana-mana pihak dan untuk menikmati Laman Sesawang. Anda hendaklah tidak mencuba untuk mendapatkan akses yang tidak dibenarkan terhadap mana-mana akaun atau apa-apa perkakasan dan sistem perisian, protokol keselamatan, rangkaian penyedia maklumat/perkhidmatan atau operasi lain yang berhubungan dengan aplikasi Laman Sesawang/Perbankan Mudah Alih, menerusi penggodaman, perlombongan kata laluan atau apa-apa cara lain. Anda hendaklah tidak mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan apa-apa bahan atau maklumat dengan apa-apa cara yang dibuat secara tidak sengaja menerusi Laman Sesawang, Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih.

14.36 Anda tidak boleh mengubah suai, menyalin, menyebarkan, memindahkan, menggunakan atau sebaliknya mengendalikan apa-apa produk, perkhidmatan, maklumat atau aplikasi Kandungan Laman Sesawang atau Perbankan Mudah Alih tanpa mendapatkan kelulusan bertulis daripada kami terlebih dahulu melainkan dinyatakan dengan jelas dibenarkan di bawah terma dan syarat ini. Selanjutnya, anda tidak boleh memuat naik, menghantar atau memindahkan apa-apa Kandungan yang tidak dibenarkan kepada atau menerusi aplikasi Kandungan Laman Sesawang /Perbankan Mudah Alih termasuklah tanpa had, Kandungan yang (i) salah di sisi undang-undang, kasar, lucah, libel, melanggar privasi, mendera atau selainnya boleh dihalang; (ii) "mel remeh", "spam", "surat berantai" atau apa-apa bentuk lain bahan yang tidak dibenarkan; dan (iii) mengandungi virus perisian atau apa-apa fail atau program yang boleh mengganggu, melemahkan, membebankan, merosakkan atau menjejaskan Laman Sesawang atau perkakasan dan sistem perisian, protokol keselamatan, rangkaian penyedia maklumat/perkhidmatan atau operasi lain.

 

Pemilikan Hak Harta Intelek

14.37 Anda dibenarkan menggunakan Kandungan yang dihantar kepada anda menerusi perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih hanya bagi perkhidmatan sebagaimana yang terdapat dalam terma dan syarat ini.

14.38 Kami memiliki dan dengan ini menegaskan sama ada sekarang atau pada masa yang akan datang semua hak yang didaftarkan dan tidak didaftarkan (termasuk semua hak moral) dalam Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih, Kandungan, aplikasi dan Laman Sesawang dan apa-apa hak undang-undang dan hak benefisial lain dan faedah yang apa jua pun sifatnya berkaitan dengannya yang diberikan di bawah undang-undang Malaysia dan semua negara di dunia bagi tempoh penuhnya, bersama-sama dengan apa-apa pembaharuan dan lanjutan daripadanya.

14.39 Tiada dalam terma dan syarat ini yang akan dianggap memberikan apa-apa lesen nyata atau tersirat (atau hak lain) kepada anda untuk menggunakan, menghasilkan semula, menyalin atau sebaliknya mengendalikan dengan mana-mana satu atau lebih harta intelek atau hak milik yang dinyatakan dalam perenggan yang disebutkan sebelum ini. Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih dan hak yang diberikan kepada anda di bawah terma dan syarat ini disediakan untuk anda semata-mata untuk kegunaan dan akses anda sendiri. Apa-apa hak yang tidak nyata yang diberikan di bawah terma dan syarat ini adalah sepenuhnya dan secara eksklusif dikhususkan untuk dan oleh kami.

14.40 Anda melesenkan kepada kami dan Penyedia Perkhidmatan apa-apa maklumat, data, Kata Laluan, bahan atau Kandungan lain (secara bersama, "Kandungan Pelanggan") yang anda berikan menerusi atau kepada perkhidmatan Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih. Kami dan Penyedia Perkhidmatan boleh menggunakan, mengubah suai, memaparkan, menyebarkan dan mencipta bahan baharu menggunakan kandungan Pelanggan untuk memberikan Perkhidmatan kepada anda. Dengan menyerahkan Kandungan Pelanggan, anda secara automatik bersetuju, atau berjanji bahawa pemilik Kandungan pelanggan sedemikian telah dengan nyatanya bersetuju bahawa, tanpa apa-apa had masa tertentu, dan tanpa pembayaran apa-apa fi, kami dan Penyedia Perkhidmatan boleh menggunakan Kandungan Pelanggan untuk tujuan yang dinyatakan di atas. Sebagaimana antara kami dengan Penyedia Perkhidmatan, kami memiliki maklumat akaun anda yang rahsia.

14.41 Anda tidak boleh dengan sendiri atau menerusi mana-mana pihak ketiga melakukan atau cuba melakukan apa-apa tindakan pelanggaran, termasuk tetapi tidak terhad pada memerangkap, menghubungkan secara tidak dibenarkan, metatagging, dan/atau penceranggahan (spidering).

14.42 Anda bersetuju untuk tidak melakukan kejuruteraan balikan atau penyusunan balikan mana-mana teknologi perkhidmatan Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih, termasuk tetapi tidak terhad pada, apa-apa aplet Java yang berkaitan dengan perkhidmatan.

14.43 Dari semasa ke semasa kami boleh mengeluarkan perintah atau arahan berkaitan mana-mana penggunaan hak intelek dan hak milik kami (atau kepada orang yang kami lantik) dan anda hendaklah dengan serta-merta mematuhi mana-mana dan semua arahan dan perintah tersebut.

Liabiliti dan Tanggung Rugi terhadap Perbankan Internet dan Mobil

14.44 Peruntukan dalam Fasal 22.1 akan terpakai tanpa mengambil kira hakikat bahawa kami atau Penyedia Perkhidmatan mungkin telah dinasihati akan kemungkinan kerosakan sedemikian, yang terhasil daripada: (i) penggunaan atau ketakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih; (ii) kos untuk mendapatkan barangan gantian dan perkhidmatan; (iii) apa-apa produk, data, maklumat atau perkhidmatan yang dibeli atau diperoleh atau pesanan yang diterima atau urus niaga yang dilaksanakan, menerusi atau daripada perkhidmatan Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih; (iv) akses yang tidak dibenarkan untuk atau perubahan transmisi atau data; (v) pernyataan perlakuan sesiapa jua dalam perkhidmatan Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih; (vi) penggunaan, ketakupayaan menggunakan, penggunaan tak dibenarkan, prestasi atau tiada prestasi mana-mana pihak ketiga tapak penyedia akaun, walaupun jika penyedia telah dinasihati sebelumnya akan kemungkinan kerosakan sedemikian; atau (viii) apa-apa perkara lain berkaitan perkhidmatan tersebut.

14.45 Tanpa menjejaskan keluasan makna yang disebut di atas, anda faham bahawa secara sendiri anda bertanggungjawab terhadap penggunaan dan akses kepada Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih dan/atau Laman Sesawang, Aplikasi dan dengan itu, bersetuju untuk menanggung rugi, mempertahankan dan memegang kami sebagai selamat daripada dan terhadap apa-apa dan semua dakwaan, tindakan, penghakiman, ganti rugi, kos, kerugian, perbelanjaan (termasuk fi guaman berasaskan seorang peguam dan pelanggan) dan liabiliti lain yang apa jua pun yang timbul dan bagaimana sekalipun terjadi yang boleh terhasil atau yang kami lakukan dalam memberikan perkhidmatan Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih kepada anda, sama ada atau tidak timbul daripada atau berkaitan dengan:

14.45.1  Kegagalan anda untuk mematuhi dengan ketat obligasi keselamatan di bawah Fasal 14.56, dan/atau tindakan seterusnya atau peninggalan mana-mana orang menggunakan Pengenal disebabkan kegagalan untuk mematuhi obligasi keselamatan yang disebutkan sebelum ini;

14.45.2  suatu pelanggaran atau tanda dagangan, atau hak cipta, atau hak milik pihak ketiga (sila rujuk Fasal 13.68);

14.45.3  apa-apa tindakan tidak sah, tidak bermoral dan/atau cuai, kesilapan atau peninggalan menerusi perkhidmatan Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih, termasuk tetapi tidak terhad pada jenayah komputer, fraud, penipuan, fitnah dan sebagainya (sila rujuk Fasal 9) dan/atau kegagalan anda untuk mematuhi undang-undang terpakai dan/atau peraturan terpakai (sila rujuk Fasal 14); dan/atau

14.45.4  Kegagalan anda untuk memastikan terdapat dana mencukupi dalam Akaun, dan/atau mengeluarkan arahan/melaksanakan urus niaga dengan mencukupi terlebih dahulu dan/atau menurut terma dan syarat yang terpakai padanya (sila rujuk Fasal 7.2 dan 9.3, dan Fasal 8 secara umumnya). Pihak-pihak dalam dokumen ini dengan ini bersetuju bahawa peruntukan ini hendaklah berkuat kuasa seluas-luasnya dan sepenuh-penuhnya sehingga ke tahap yang dibenarkan undang-undang.

14.46 Peruntukan Fasal 13.44 dan 13.45 dalam dokumen ini hendaklah berkuat kuasa seluas-luasnya dan sepenuh-penuhnya sehingga ke tahap yang dibenarkan undang-undang.

 

Penggantungan atau Penamatan Perkhidmatan

14.47 Tanpa mengambil kira apa-apa peruntukan lain di dalam dokumen ini, kami boleh, pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis dan tanpa memberikan apa-apa sebab kepada anda, dengan serta-merta tidak meneruskan, menggantung atau menamatkan perkhidmatan Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih (atau mana-mana bahagian daripadanya) atau hak anda untuk mengakses dan menggunakan perkhidmatan Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih (atau mana-mana bahagian daripadanya), tanpa syarat atau sebaliknya, atas budi bicara kami. Kami boleh juga, atas budi bicara kami, mengenakan syarat ke atas penggantungan termasuk tempoh penggantungan dan pengembalian semula perkhidmatan Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih dan keperluannya sebelum apa-apa pengembalian semula dibuat.

14.48 Apabila berlaku penggantungan atau penamatan perkhidmatan Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih, kami tidak akan mempunyai obligasi untuk bertindak terhadap mana-mana arahan, sama ada yang diterima sebelum atau selepas tarikh kuat kuasa penggantungan atau penamatan dan yang belum lagi dikenakan oleh kami, atas budi bicara kami. Jika terdapat apa-apa perkara yang belum dijelaskan atau aktiviti yang kami perlu anda patuhi, anda hendaklah mengambil semua langkah yang kami kehendaki untuk melaksanakan penyelesaian atau penamatan semua aktiviti di bawah atau menurut perkhidmatan atau Laman Sesawang. Apa-apa dan semua hak dan lesen yang diberikan kepada anda menurut dokumen ini akan terhenti dengan serta-merta. Penamatan atau penggantungan perkhidmatan Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih di bawah Fasal 25 tidak akan memberikan hak kepada anda dan anda dengan ini mengetepikan semua hak terhadap apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap kami bagi apa-apa dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung disebabkan kesan langsung atau tidak langsung hasil tindakan penamatan atau penggantungan.

Penyata Elektronik

14.49 Kami akan menyediakan penyata kad kredit dan semua akaun perbankan untuk anda dalam bentuk elektronik menurut opsyen yang dipilih apabila berjaya mendaftar untuk perkhidmatan e-Penyata dengan menghantar e-Penyata terus melalui e-mel ke alamat e-mel internet peribadi anda. Kami berhak menolak pendaftaran anda.

14.50 Apabila berjaya mendaftar untuk perkhidmatan e-Penyata, anda akan menerima suatu pesanan e-mel atau pesanan ringkas ke telefon mudah alih (SMS) setiap bulan atau secara berkala mengikut mana-mana yang berkenaan, bermula dari tarikh penyata berikutnya bagi akaun (melainkan perkhidmatan e-Penyata ditamatkan dan/atau dibatalkan sejajar dengannya) memberitahu anda bahawa e-Penyata adalah tersedia untuk dilihat dan dicetak.

14.51 Anda bertanggungjawab:

14.51.1  Untuk memasang perisian komputer yang sesuai seperti Acrobat Reader dan/atau apa-apa perisian komputer lain yang dikehendaki untuk melihat dan mencetak e-Penyata, sebagaimana yang kami nasihatkan;

14.51.2  Untuk membuat persediaan, penyenggaraan dan mengkaji semula secara kerap susunan, parameter atau konfigurasi berkaitan dengan akses kepada komputer peribadi anda, peti e-mel dan perkhidmatan perbankan internet;

14.51.3  Untuk melihat dan memeriksa e-Penyata dalam cara yang cepat dan tepat pada masanya. Dalam apa-apa keadaan sekalipun, masukan dan baki yang ditunjukkan dalam e-Penyata akan dianggap betul melainkan anda memberitahu kami akan apa-apa percanggahan dalam masa 14 hari dari tarikh dalam e-Penyata tanpa mengambil kira bila anda membuka e-Penyata;

14.51.4  Untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika berlaku kelewatan atau kesilapan/kegagalan dalam penghantaran e-Penyata atau jika terdapat apa-apa ketakseragaman/tuntutan akan apa-apa pendebitan yang tidak dibenarkan yang muncul dalam e-Penyata, jika tidak anda akan dianggap telah menerima dan menyetujui semua butirannya. Sila lihat Bahagian F bagi butiran tentang bagaimana hendak menghubungi kami.

14.51.5  Untuk mengelakkan e-mel e-Penyata dimasukkan ke dalam mel remeh secara automatik, anda dinasihatkan untuk menambah alamat e-mel kami ke dalam buku alamat anda dan/atau senarai pengirim yang diluluskan apabila mendaftar untuk perkhidmatan e-Penyata.

14.52  Penyata akaun dianggap telah dihantar kepada dan anda terima apabila penyata akaun telah dihantar ke alamat e-mel anda pada tarikh penyata yang relevan apabila anda telah memilih untuk menerima penyata menerusi e-mel. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan atau apabila berlaku kejadian tertentu sebagaimana yang kami tentukan, kami boleh menghantar penyata akaun berasaskan kertas ke alamat terakhir anda yang diketahui atau alamat e-mel yang direkodkan.

14.53  Dengan menggunakan perkhidmatan e-Penyata dan/atau e-mel sebagai cara penghantaran, anda bersetuju untuk melepaskan kami daripada apa-apa/semua tanggungjawab dan liabiliti yang timbul daripada salah guna sedemikian dan selanjutnya bersetuju untuk memegang kami bebas dan selamat daripada semua kerugian, kos, kerosakan yang mungkin dialami oleh dan/atau disebabkan anda kerana apa-apa kesilapan, kelewatan atau masalah dalam penghantaran atau pintasan yang tidak dibenarkan atau tak sah, pengubahan, manipulasi data elektronik dan selainnya.

14.54  Apabila berjaya mendaftar untuk perkhidmatan e-Penyata, penyata berasaskan kertas bagi akaun tidak lagi dijana dan dihantar ke alamat terakhir anda yang diketahui. Kami akan menjanakan pada tarikh penyata yang relevan e-Penyata dan anda bersetuju untuk menerima dan melihat penyata akaun tepat pada masanya.

14.55  Pembatalan perkhidmatan e-Penyata boleh dikuatkuasakan sama ada oleh pihak ketiga dengan memberikan notis terlebih dahulu. Apabila dibatalkan, kami akan menjanakan penyata berasaskan kertas pada tarikh penyata yang relevan, dan menghantar ke alamat terakhir anda yang diketahui atau alamat penghantaran yang direkodkan atau dalam cara yang sedemikian sebagaimana yang dianggap sesuai. Tanpa mengambil kira penamatan sedemikian, anda hendaklah terus terikat dengan terma dan syarat sehingga ke tahap penamatan tersebut berkait dengan mana-mana obligasi atau liabiliti anda yang masih perlu dilaksanakan atau dilepaskan.

Keselamatan

14.56  Anda bersetuju untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan Akaun, nombor akaun, ID pengguna dan kata laluan. Anda faham bahawa ID Pengguna dan kata laluan dengan sendirinya atau bersama-sama dengan maklumat berkaitan Akaun anda boleh terdedah kepada akses yang tidak dibenarkan kepada Akaun, e-Penyata atau apa-apa maklumat lain padanya berkaitan Akaun.

 

14.57  Kami mengekalkan standard keselamatan dan tatacara yang ketat untuk mengelakkan akses yang tidak dibenarkan kepada maklumat tentang anda. Kami tidak akan menghubungi anda untuk meminta anda mengesahkan maklumat peribadi seperti ID pengguna, kata laluan atau nombor akaun.

 

Bukti

14.58  Rekod kami akan semua dan apa-apa komunikasi anda semasa atau menurut penggunaan dan akses kepada perkhidmatan Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih dalam apa-apa bentuk atau medium yang apa jua pun (termasuk media penyimpanan maklumat elektronik) hendaklah menjadi bukti muktamad akannya. Apa-apa dan semua komunikasi yang dipindahkan menerusi perkhidmatan Perbankan Internet /Perbankan Mudah Alih menurut dokumen ini hendaklah ditafsirkan sebagai sah, tepat, asli dan hendaklah mempunyai kesan yang sama sebagaimana dokumen yang ditulis dan/atau yang ditandatangani.

 

Keistimewaan Lifestyle Privileges

14.59  Keistimewaan Lifestyle Privileges ialah perkhidmatan yang ditawarkan di Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now ("Aplikasi Mobil RHB Now"), sebuah aplikasi yang kami miliki ("Ciri-ciri").

 

 

 

 

14.60 Bank

Peranan kami adalah untuk memudahkan urus niaga pembayaran antara anda dengan pedagang.

 

14.61 Pembeli dan Produk

Ciri ini membolehkan anda ("Pembeli") membuat pembelian dalam talian bagi barangan dan perkhidmatan yang dipaparkan dalam Aplikasi Mobil RHB Now (selepas ini disebut "Produk"). Pembeli mesti pengguna Perbankan Internet RHB dan/atau Perbankan Mudah Alih yang berdaftar untuk layak membuat pembelian Produk yang berkenaan.

 

14.62 Pedagang

Kami semata-mata menyediakan Aplikasi Mobil RHB Now dengan pedagang yang dipilih (selepas ini disebut "Pedagang") yang kami ambil yang boleh menyediakan produk dalam Aplikasi Mobil RHB Now. Pembelian sebenar anda akan produk akan tertakluk pada terma dan syarat umum jualan Pedagang dan/atau mana-mana terma dan syarat khusus lain yang terpakai untuk produk tersebut. Semua perjanjian berkaitan jualan dan pembelian produk menerusi Aplikasi Mobil RHB Now hendaklah antara anda dengan Pedagang yang berkaitan. Anda akan bertanggungjawab terhadap cukai atau duti (termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan) ke atas produk dan hendaklah menyelesaikan perkara yang sama secara terus dengan Pedagang. Disebabkan produk disediakan oleh Pedagang, menjadi tanggungjawab Pedagang untuk mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan ke atas anda ("GST") sekiranya berkaitan. Walau bagaimanapun, jika pembelian adalah layak untuk mendapat pelepasan di bawah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pelepasan) Perintah 2014 dan anda ingin menuntut pelepasan daripada GST bagi pesanan pembelian tersebut, anda hendaklah menghubungi Pedagang secara terus dengan memberikan butir pembelian untuk pelepasan GST. Butir pembelian boleh diperoleh daripada halaman penghargaan yang juga terdapat nombor rujukan, nama pembeli dan tarikh pembelian.

 

14.63 Umum

Dengan menggunakan Aplikasi Mobil RHB Now untuk membuat apa-apa urus niaga pembelian produk, anda menunjukkan penerimaan akan terma dan syarat yang digariskan di dalam dokumen ini. Jika anda tidak menerima atau tidak bersetuju dengan mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan di dalam dokumen ini, anda dinasihatkan untuk berhenti menggunakan atau mengakses Ciri ini dengan serta-merta.

 

14.64 Polisi Penghantaran

14.64.1  Semua pembelian produk yang dibuat oleh anda akan dilindungi oleh terma penghantaran biasa perniagaan bagi Pedagang. Kami tidak akan bertanggungjawab bagi penghantaran lewat atau kualiti atau kesesuaian produk tersebut.

14.64.2  Tiada penghantaran produk akan dibuat ke alamat Peti Surat.

14.64.3  Penghantaran produk akan hanya dibuat terhadap perakuan penerimaan bertulis produk oleh penghuni alamat rumah penghantaran dan sekiranya alamat sedemikian merupakan alamat pejabat, oleh mana-mana ahli pejabat. Perakuan sedemikian akan dianggap sebagai perakuan penerimaan anda.

14.64.4  Pedagang akan membuat pengaturan penghantaran produk kepada anda dalam tempoh masa yang sedemikian sebagaimana dinyatakan dalam perihalan produk dalam Aplikasi Mobil RHB Now (menyekat apa-apa keadaan yang tidak dijangkakan) berikutan penerimaan pengesahan pembelian dan pembayaran anda.

14.64.5  Penghantaran produk dalam tempoh masa untuk penghantaran hendaklah menjadi tanggungjawab Pedagang dan kami tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk menghantar produk tersebut. Anda hendaklah merujuk terus Pedagang bagi apa-apa penghantaran lewat dan/atau tuntutan bagi produk yang tidak diterima.

 

14.65 Polisi Pengembalian dan Pembayaran Balik

14.65.1  Anda hendaklah merujuk terus Pedagang bagi pengembalian produk. Sekiranya kami menerima aduan anda menerusi saluran perkhidmatan pelanggan, semua pertanyaan, komen dan aduan akan dikemukakan kepada Pedagang berkaitan untuk tindakan mereka selanjutnya.

14.65.2  Pengembalian produk akan tertakluk pada caj tambahan oleh Pedagang dalam keadaan kegagalan produk berkaitan dengan pesanan yang anda buat yang disebabkan kegagalan anda untuk memberikan arahan yang tepat atau lengkap apabila membuat pesanan menerusi Aplikasi Mobil RHB Now.

14.65.3  Semua permintaan pengembalian produk tertakuk pada kelulusan Pedagang berkaitan dan untuk mengelakkan keraguan, tiada pembatalan pesanan atau pertukaran produk dengan barangan lain atau yang sama atau yang berbeza nilainya akan dibenarkan.

14.65.4  Pengembalian produk hendaklah dibuat kepada Pedagang berkaitan dalam keadaan berbungkus yang selamat dan kos penghantaran produk hendaklah anda tanggung.

14.65.5  Semua produk yang dikembalikan akan ditukarkan dengan produk dengan perincian yang sama sebagaimana yang dinyatakan dalam halaman "Pengesahan Pesanan". Pengembalian wang berkaitan produk yang dikembalikan akan hanya dibuat jika Pedagang tidak mempunyai stok produk yang dikembalikan yang mencukupi.

 

14.66 Penggunaan dan Akses kepada Keistimewaan Lifestyle Privileges

14.66.1  Anda boleh melihat daripada Aplikasi Mobil RHB Now bagi penggantian pesanan produk, tertakluk pada sekatan yang dinyatakan dalam terma dan syarat ini.

14.66.2  Anda tidak boleh:

                                      i.      Menerbitkan semula apa-apa bahan produk Keistimewaan Lifestyle Privileges;

                                     ii.      Menjual, menyewakan atau sublesenkan bahan daripada ciri Keistimewaan Lifestyle Privileges;

                                    iii.      Menunjukkan apa-apa bahan daripada ciri Keistimewaan Lifestyle Privilegeskepada awam;

                                    iv.      Menghasilkan semula, menyalin atau selainnya mengeksploitasi bahan ciri Keistimewaan Lifestyle Privilegesuntuk tujuan komersial;

                                     v.      Menyunting atau selainnya mengubah suai apa-apa bahan ciri Keistimewaan Lifestyle Privileges; atau

                                    vi.      Menyebarkan semula ciri Keistimewaan Lifestyle Privileges[kecuali bahan Kandungan yang disediakan secara khusus dan nyata untuk penyebaran semula seperti risalah]

 

14.67 Penafian bagi waranti dan liabiliti Keistimewaan Lifestyle Privileges

14.67.1  Bahan dan maklumat dalam Ciri ini, termasuk tetapi tidak terhad pada perihalan, maklumat, data, teks, imej, audio, video produk. Pautan atau bahan lain ( selepas ini secara bersama dirujuk sebagai "Bahan dan Maklumat") disediakan berasaskan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana yang ada".

14.67.2  Kami akan menggunakan usaha munasabah kami untuk memastikan ketepatan dan kesahan Bahan dan maklumat yang disediakan dalam Ciri ini. Kami tidak membuat apa-apa waranti, wakilan secara nyata atau tersirat atau endorsemen termasuk tetapi tidak terhad pada apa-apa waranti bagi tajuk, kebolehpasaran, kegunaan, kesempurnaan, ketepatan, kualiti memuaskan, kebolehpercayaan, kesesuaian untuk tujuan tertentu Bahan dan Maklumat dan/atau fungsi yang disediakan pada Ciri ini.

14.67.3  Kami tidak akan dalam apa-apa keadaan dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang bagaimana sekalipun timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat atau apa-apa asas, termasuk tanpa had, secara langsung atau tidak langsung, khas, luar jangka, ganti rugi berturutan atau teladan atau kerugian keuntungan atau simpanan yang timbul berkaitan pembelian produk, lebihan atau penggunaan atau ketakupayaan untuk mengakses atau menggunakan Ciri (atau Pautan mana-mana pihak ketiga kepada atau daripada Ciri), kebergantungan pada maklumat yang terkandung pada Aplikasi Mobil RHB Now atau Keistimewaan Lifestyle Privileges, apa-apa kegagalan teknikal, perkakasan atau perisian yang apa jenis pun, gangguan, kesilapan, peninggalan, kelewatan operasi, virus komputer atau selainnya. Fasal kekecualian ini hendaklah berkuat kuasa ke tahap sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang.

 

14.68 Hak Cipta dan Tanda Dagang Keistimewaan Lifestyle Privileges

Semua kandungan yang termasuk dalam Ciri ini, seperti teks, grafik, logo, ikon butang, imej, klip audio, muat turun digital, kompilasi data dan perisian adalah milik kami dan/atau yang kami lesenkan dan/atau adalah pembekal kandungan adalah dilindungi oleh hak cipta, cap dagang dan undang-undang lain. Kompilasi semua kandungan dalam Ciri ini adalah hak eksklusif kami dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta.

 

14.69 Mata Wang

Semua urus niaga dalam Aplikasi Mobil RHB Now Mobile akan dijalankan dan dibayar dalam Ringgit Malaysia (RM), melainkan dinyatakan sebaliknya.

Terma dan Syarat RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/RHB e-Duit Raya - untuk Penghantar

14.70 Definisi dan Tafsiran: Terma dan ungkapan berikut hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: -


"Kod Laluan" bermaksud senarai digit angka yang diberikan kepada penerima oleh penghantar untuk memudahkan pungutan Pembayaran oleh penerima RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/RHB e-Duit Raya

 

"Bank" bermaksud RHB Bank Berhad (No. Syarikat: 6171-M) dan / atau RHB Islamic Bank Berhad (No. Syarikat: 680.329-V), sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan di bawah Akta Perkhidmatan kewangan 2013, yang mempunyai pejabat berdaftarnya di Tingkat 9, Tower One, RHB Centre, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur dan termasuk anak-anak syarikatnya, pengganti dalam hakmilik dan penerima serah hak dan jika berkenaan, mana-mana satu daripada mereka.

 

"PerkhidmatanRHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow Service / RHB e-Duit Raya", perkhidmatan yang mana Penghantar yang meminta pihak Bank untuk melakukan pembayaran untuk penerima untuk pungutan bayaran melalui RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya Pungutan Web atau Pungutan melalui RHB Now Mobile App.

 

"Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow Payment / RHB e-Duit Raya" bermaksud transaksi bagi pemindahan dana oleh Penghantar dari akaun Penghantar yang dikendalikan bank kepada penerima menggunakan perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya .

 

" Pungutan Web RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya" bermaksud pemindahan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya ke dalam mana-mana akaun bank yang dimiliki oleh penerima, yang termasuk/mengambil bahagian di dalam rangkaian Interbank GIRO (IBG) melalui laman web https://logon.rhb.com.my/payanyone

 

"Pungutan RHB Now Mobile App" bermaksud pemindahan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya ke dalam mana-mana akaun bank yang dimiliki oleh penerima, yang termasuk/mengambil bahagian di dalam rangkaian Interbank GIRO (IBG) melalui modul pungutan pembayaran RHB Now Mobile App.

 

"Dasar Privasi" bermaksud dasar dan prinsip yang berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan maklumat peribadi individu dan entiti yang berurusan dengan Bank sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa dan boleh didapati di laman web Bank masing-masing atau mengikut cara yang dianggap sesuai oleh Bank.

 

"Anda" bermakna penghantar. Penghantar ini adalah orang yang melakukan Transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dan memohon Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dilakukan untuk penerima membuat pungutan.

 

14.71 Anda mesti menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat sebelum anda boleh menggunakan Perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya . Jika anda berjaya mendaftar sebagai pengguna Perbankan Internet RHB Now dan/atau Perbankan Mudah Alih, yang berjaya membolehkan anda mengakses kepada Perkhidmatan dengannya, ia akan menjadi pengakuan dan persetujuan anda bahawa terma dan syarat yang mengikat anda dan terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, RHB Bank Berhad dan / atau RHB Islamic Bank Berhad ("Bank"), bagi akses dan / atau penggunaan laman web ini.

 

14.72 Perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya membolehkan anda untuk memindahkan dana kepada penerima melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar di Malaysia, E-mel atau akaun Facebook. Pungutan dana tersebut oleh Penerima boleh dibuat melalui Pungutan Web RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya Web Collection atau Pungutan Perbankan RHB Now Mobile App. Untuk dapat menggunakan Perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya, anda perlu:

                      i.        menjadi pelanggan Bank dan menjadi pengguna Perbankan Internet RHB Now dan/atau Perbankan Mudah Alih yang sah;

                     ii.        telah memasang aplikasi RHB Now Mobile App pada telefon pintar anda;

                    iii.        mempunyai akaun semasa peribadi atau akaun simpanan yang aktif dengan Bank;

                    iv.        mematuhi terma dan syarat-syarat.

 

14.73 RHB e-Ang Pow service is available only during the Chinese New Year festive season, duration of service of which is determined by RHB.

 

14.74 Jika anda mahu menjalankan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya anda perlu mengemukakan permintaan transaksi untuk memulakan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya melalui RHB Now Mobile App, bergantung kepada nombor telefon yang diberikan oleh anda, Bank akan kemudian menghantar pemberitahuan melalui Perkhidmatan Pesanan ringkas (SMS), e-mel atau Private Facebook Wall Post kepada Penerima, memberitahu mereka bahawa RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya pindahan wang daripada anda sudah sedia untuk pungutan. Untuk melakukan permohonan transaksi ini, anda perlu:-

 

                      i.        memberikan maklumat sebagaimana yang diminta oleh Bank (termasuk maklumat perhubungan Penerima); dan

                     ii.        menerima sembilan (9) digit Kod Laluan daripada Bank melalui SMS, yang mana nombor ini akan digunakan oleh Penerima untuk membuat pungutan bayaran berhubung dengan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya yang telah dilakukan. Kod Laluan ini akan luput dalam tempoh tiga (3) hari dari masa permintaan transaksi diterima oleh Bank ("Tempoh Sah"). Maklumat ini boleh didapati apabila mengemukakan permintaan transaksi anda, dinyatakan pada halaman Maklumat Pemindahan.

 

14.75 Sila pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat. Apabila permintaan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya telah dikemukakan, anda tidak akan dapat untuk menarik balik, membatalkan atau membuat apa-apa perubahan kepada permintaan transaksi anda.

14.76 Bank mengikut budi bicaranya berhak untuk melambatkan, menghalang atau menolak untuk memproses atau membatalkan permintaan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dan tanpa perlu memberi sebarang alasan atas sebarang kelewatan, sekatan, penolakan dan/atau pembatalan.

 

14.77 Transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya akan diproses ke akaun anda pada hari yang sama. Sementara menunggu pungutan dari Penerima, akaun anda akan diuntukkan untuk jumlah bayaran yang akan dijalankan ("Peruntukkan Jumlah") itu. Amaun yang diuntukkan ini akan dilepaskan kembali ke akaun anda pada tiga (3) hari terakhir dari tarikh permintaan transaksi diterima oleh bank ("Tempoh Sah"), jika Penerima tidak membuat pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya tersebut .

 

14.78 Untuk Pungutan Web RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya oleh Penerima:

                      i.        Penerima memerlukan kod laluan untuk membuat pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.

                     ii.        Kod Laluan ini dimaklumkan melalui SMS kepada anda oleh Bank selepas pengesahan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya anda

                    iii.        14.78.3 Anda perlu memberi Kod Laluan kepada Penerima melalui panggilan sahaja. Anda tidak boleh:

a.    Mendedahkan Kod Laluan untuk mana-mana orang lain selain daripada Penerima;

b.    Benarkan mana-mana orang selain daripada Penerima untuk melihat, atau mendengar sewaktu anda memberikan Kod Laluan kepada Penerima;

c.    Merakam/merekod Kod Laluan di mana-mana yang boleh menyebabkan kehilangan, kecurian atau penyalahgunaan;

                    iv.        Jika Kod Laluan yang disediakan diterima oleh orang lain selain Penerima, orang lain tersebut mungkin boleh membuat pungutan Penerima Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.

                     v.        Setelah memberi Kod Laluan kepada Penerima, Penerima kemudiannya dikehendaki untuk log masuk ke https://logon.rhb.com.my/payanyone dan melengkapkan butiran-butiran berikut:

a.    Pilih Kaedah Pungutan, sama ada melalui i) Mobile ii) E-mel atau iii) Facebook berdasarkan arahan yang diterima

b.    Masukkan sama ada i) Nombor Telefon ii) Alamat E-mel atau iii) ID Facebook

c.    Masukkan Kod Laluan

d.    Masukkan butiran akaun perbankan di mana Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya hendak didepositkan.

                    vi.        Jika mana-mana butiran di atas adalah tidak betul, pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya mungkin tidak berjaya atau ia akan dikreditkan kepada selain akaun yang betul. Semua butiran yang dimasukkan oleh Penerima pada https://logon.rhb.com.my/payanyone hendaklah betul dan tepat. Sepanjang memprosesan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya, Bank tidak dan tidak boleh bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan dan / atau kesahihan nombor akaun yang diberikan oleh Penerima.

                   vii.        Jika Penerima gagal untuk memungut Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh permintaan transaksi diterima oleh bank, jumlah yang diperuntukkan akan dilepaskan semula ke akaun anda, dan Penerima tidak akan dapat mengutip Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.

                  viii.        Bank akan memaklumkan kepada anda melalui SMS selepas setiap transaksi Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya yang berjaya. Sekiranya Penerima gagal untuk membuat pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dalam tempoh tiga (3) hari, Bank juga akan memaklumkan kepada anda untuk setiap transaksi Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya yang tidak dipungut.

 

14.79 Pungutan RHB Now Mobile App oleh Penerima:

                      i.        Penerima akan memerlukan kod laluan dalam usaha untuk membuat pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.

                     ii.        Kod Laluan ini dimaklumkan melalui SMS kepada anda oleh Bank selepas pengesahan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya anda

                    iii.        Anda perlu memberi Kod Laluan kepada Penerima melalui panggilan sahaja. Anda tidak boleh:

a.    Mendedahkan Kod Laluan untuk mana-mana orang lain selain daripada Penerima;

b.    Benarkan mana-mana orang selain daripada Penerima untuk melihat, atau mendengar sewaktu anda memberikan Kod Laluan kepada Penerima

c.    Merakam/merekod Kod Laluan di mana-mana yang boleh menyebabkan kehilangan, kecurian atau penyalahgunaan

                    iv.        Jika Kod Laluan yang disediakan diterima oleh orang lain selain Penerima, orang lain tersebut mungkin boleh membuat pungutan Penerima Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.

                     v.        Setelah memberi Kod Laluan kepada Penerima, Penerima kemudiannya dikehendaki untuk memuat turun RHB Now Mobile App dari App Store atau Play Store dan pilih "RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya" dan lengkapkan butiran-butiran berikut:

a.    Pilih Kaedah Pungutan, sama ada melalui i) Mobile) E-mel atau iii) Facebook berdasarkan arahan yang diterima

b.    Masukkan sama ada i) Nombor Telefon ii) Alamat E-mel atau iii) ID Facebook

c.    Masukkan Kod Laluan

                    vi.        Jika mana-mana butiran di atas adalah tidak betul, pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya mungkin tidak berjaya. Semua butiran yang dimasukkan oleh Penerima pada Pungutan RHB Now Mobile App hendaklah betul dan tepat. Sepanjang memprosesan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya, Bank tidak dan tidak boleh bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan dan / atau kesahihan nombor akaun yang diberikan oleh Penerima.

                   vii.        Jika Penerima gagal untuk memungut Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh permintaan transaksi diterima oleh bank, jumlah yang diperuntukkan akan dilepaskan semula ke akaun anda, dan Penerima tidak akan dapat mengutip Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.

 

14.80 Anda bersetuju untuk memberitahu Penerima bahawa anda telah memberi maklumat kepada Bank tentang nombor telefon bimbit/ Alamat E-mel / ID Facebook ID mereka untuk tujuan Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.

 

14.81 Ia adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa butir-butir yang diberikan oleh anda adalah betul jika tidak Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya anda mungkin tidak berjaya atau boleh dibayar kepada orang yang tidak diingini. Bank tidak akan mengesahkan bahawa butir-butir yang diberikan oleh anda adalah betul.

 

14.82 Jika Penerima bercadang untuk mempertikaikan sebarang Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya gagal dan/atau jumlah pungutan melalui Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya, Penerima harus terus menghubungi anda.

 

14.83 Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian kepada anda atau Penerima akibat daripada:

                      i.        Anda mendedahkan Kod Laluan kepada mana-mana orang selain daripada Penerima. KOD LALUAN ANDA ADALAH SULIT KEPADA ANDA DAN TIDAK BOLEH DIKONGSI BERSAMA ORANG LAIN SELAIN PENERIMA. ANDA PERLU BERHATI-HATI DALAM MEMBUAT PEMBAYARAN RHB PAY ANYONE ™/ RHB E-ANG POW/ RHB E-DUIT RAYA TERUTAMA KEPADA ORANG YANG TIDAK DIKENALI. RHB BANK TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM SEBARANG KEADAAN/SITUASI JIKA ANDA TELAH BERKONGSI KOD LALUAN KEPADA ORANG LAIN SELAIN PENERIMA.

                     ii.        Anda gagal untuk memberi Kod Laluan kepada Penerima.

                    iii.        Anda gagal memahami bagaimana untuk mengendalikan / menggunakan perkhidmatan ini atau gagal untuk memastikan keselamatan Kod Laluan dan maklumat lain.

 

14.84 Bank TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana orang akibat daripada:

                      i.        Sebarang kegagalan atau kelewatan oleh anda untuk memberikan Kod Laluan kepada Penenrima dengan tepat dan betul untuk tujuan pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya;

                     ii.        Jika ada orang selain daripada Penerima mengetahui Kod Laluan selain daripada akibat berlakunya penipuan atau kecuaian pekerja atau ejen Bank;

                    iii.        Jika Kod Laluan yang dimasukkan oleh Penerima apabila melakukan pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya adalah tidak betul;

                    iv.        Jika Bank menunda, menyekat atau enggan memproses Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya untuk sebarang sebab; dan

                     v.        BANK TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SEBARANG PENANGGUHAN ATAU PENUNDAAN SEBARANG MESEJ PEMBERITAHUAN KEPADA ANDA ATAU PENERIMA.

 

14.85 Jumlah urus niaga yang boleh dipindahkan oleh anda (sama ada menurut suatu permohonan transaksi tunggal atau berbilang) adalah tertakluk kepada had harian maksimum agregat RM 1,000.00 sahaja. Had maksimum harian RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya adalah sub-had daripada had Interbank Giro (IBG). Ini adalah had maksimum yang dibenarkan dan had ini akan ditetapkan semula pada tengah malam (waktu Malaysia) setiap hari. Bank boleh, mengikut budi bicaranya, mengubah apa-apa had atau mengenakan had tambahan pada jumlah transaksi yang boleh dipindahkan oleh anda, sama ada pada setiap transaksi asas atau dan asas agregat, dengan memberikan notis terdahulu kepada anda.

14.86 Anda memperakui dan bersetuju bahawa bagi tujuan Perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya, RHB Now Mobile App akan mengakses dan menggunakan maklumat dalam akaun Facebook anda dan/atau butir-butir perhubungan (contohnya, nama penerima, nombor telefon bimbit, alamat e-mel) yang disimpan pada telefon mudah alih anda, dan anda dengan ini bersetuju kepada Bank untuk akses dan menggunakan maklumat tersebut untuk penyediaan Perkhidmatan RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dan membenarkan Bank untuk menghubungi Penerima yang ditetapkan oleh anda dengan menggunakan maklumat tersebut (termasuk melalui pos peribadi di laman Facebook melalui akaun Facebook anda) bagi pihak anda.

14.87 Bank berhak untuk mengenakan caj sebanyak RM 0.50 atau menyemak semula caj bagi penggunaan Perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dan/atau Aplikasi melalui pemberitahuan bertulis kepada anda. Caj atau semakan tersebut akan berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu. Pada masa anda terus menggunakan RHB Now Mobile App atau mengemukakan sebarang permintaan transaksi selepas pemberitahuan itu, anda dianggap telah bersetuju dan menerima caj atau semakan itu kepada bayaran tersebut.

14.88 

                      i.        Bank dan/atau pembekal perkhidmatan tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai kawalan ke atas apa jua kesesakan trafik SMS, kegagalan rangkaian dan/atau gangguan yang mungkin dialami oleh pembekal perkhidmatan rangkaian telefon mudah alih masing-masing semasa proses menghantar SMS kepada anda yang boleh menyebabkan SMS tidak dihantar atau kelewatan penghantaran SMS selepas permintaan anda untuk transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya

                     ii.        Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat anda dan juga Penerima (dalam kes Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya) dikemas kini, tepat dan lengkap, jika tidak, pihak Bank dan/atau pembekal perkhidmatan tidak bertanggungjawab kerana kegagalan penerimaan SMS selepas permintaan anda untuk transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya

                    iii.        Bank dan/atau pembekal perkhidmatan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawab jika anda dan/atau pembekal perkhidmatan rangkaian telefon mudah alih Penerima anda tidak dapat menyokong menerima sebarang SMS daripada Bank kerana sebarang sebab sekalipun dan anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda dan/atau perkhidmatan (untuk Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya) pembekal perkhidmatan rangkaian telefon mudah alih dapat menyokong menerima mesej SMS daripada Bank dan/atau pembekal perkhidmatan sebelum menggunakan perkhidmatan RHB Pay Anyone™ / RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya

 

14.89 Indemniti

Anda bersetuju dan mengakui bahawa Bank tidak membuat sebarang jaminan atau perwakilan berkenaan dengan RHB Now Mobile App dan/atau Perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya yang disediakan oleh Bank, sama ada nyata atau tersirat dan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang timbul sama ada dalam tort, kontrak atau tanggung rugi, berhubung dengan peruntukan di dalam ini sama ada dialami oleh anda atau mana-mana orang lain.

 

Terma dan Syarat RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya - untuk Penerima

Am/Umum: Ini adalah terma dan syarat pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya untuk menjaga penggunaan anda melalui RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya Web Collection atau RHB Now Mobile App Collection untuk mengutip bayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya yang dibuat oleh penghantar kepada anda.

 

14.90 Definisi dan Tafsiran: Terma dan ungkapan berikut hendaklah mempunyai maksud yang diberikan kepadanya melainkan jika konteksnya memerlukan makna yang lain: -

 

"Kod Laluan" bermaksud senarai digit angka yang diberikan kepada penerima oleh penghantar untuk memudahkan pungutan Pembayaran oleh penerima RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/RHB e-Duit Raya

 

"Bank" bermaksud RHB Bank Berhad (No. Syarikat: 6171-M) dan / atau RHB Islamic Bank Berhad (No. Syarikat: 680.329-V), sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan di bawah Akta Perkhidmatan kewangan 2013, yang mempunyai pejabat berdaftarnya di Tingkat 9, Tower One, RHB Centre, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur dan termasuk anak-anak syarikatnya, pengganti dalam hakmilik dan penerima serah hak dan jika berkenaan, mana-mana satu daripada mereka.

 

"Pengirim" bermaksud individu yang melakukan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dan meminta pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya tersedia untuk dipungut.

 

"Perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow Service / RHB e-Duit Raya", perkhidmatan yang mana Penghantar yang meminta pihak Bank untuk melakukan pembayaran untuk penerima untuk pungutan bayaran melalui RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya Pungutan Web atau Pungutan melalui RHB Now Mobile App.

 

"Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow Payment / RHB e-Duit Raya" bermaksud transaksi bagi pemindahan dana oleh Penghantar dari akaun Penghantar yang dikendalikan bank kepada penerima menggunakan perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya .

 

" Pungutan Web RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya" bermaksud pemindahan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya ke dalam mana-mana akaun bank yang dimiliki oleh penerima, yang termasuk/mengambil bahagian di dalam rangkaian Interbank GIRO (IBG) melalui laman web https://logon.rhb.com.my/payanyone

 

"Pungutan RHB Now Mobile App" bermaksud pemindahan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya ke dalam mana-mana akaun bank yang dimiliki oleh penerima, yang termasuk/mengambil bahagian di dalam rangkaian Interbank GIRO (IBG) melalui modul pungutan pembayaran RHB Now Mobile App.

 

"Dasar Privasi" bermaksud dasar dan prinsip yang berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan maklumat peribadi individu dan entiti yang berurusan dengan Bank sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa dan boleh didapati di laman web Bank masing-masing atau mengikut cara yang dianggap sesuai oleh Bank.

 

"Anda" bermakna penghantar. Penghantar ini adalah orang yang melakukan Transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dan memohon Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dilakukan untuk penerima membuat pungutan.

 

14.91 Pengirim RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow / RHB e-Duit Raya Payment

 

i)     Anda akan diberitahu bahawa Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya sudah boleh dipungut sama ada melalui SMS / Emel / Private Facebook Wall Post, yang dihantar kepada anda oleh Bank. Bank akan menggunakan segala usaha yang munasabah untuk menghantar SMS / E-mel / Private Facebook Wall Post, ini dengan secepat mungkin selepas Pengirim telah melaksanakan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya. Walau bagaimanapun, Bank tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan dalam menghantar ini SMS / E-mel / Private Facebook Wall Post kepada anda.

ii)    Untuk memungut Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya, Pengirim mesti menasihati anda tentang arahan pungutan termasuk Kod Laluan melalui panggilan kepada anda.

iii)   Untuk memungut Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya melalui Pungutan Web RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya atau RHB Now Mobile App Collection, anda mesti memasukkan:

a.    Kod Laluan;

b.    Nombor telefon bimbit / Emel / ID Facebook anda;

c.    butiran nombor akaun anda yang anda ingin Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya untuk didepositkan ke dalam.

iv)   Jika anda tidak memasukkan maklumat yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 3 (c), pungutan wang anda dari Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya tidak akan berjaya.

v)    Semua butiran yang dimasukkan oleh anda mestilah betul. Dalam pemprosesan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya yang dibuat melalui Pungutan Web RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya atau RHB Now Mobile App Collection, Bank tidak akan bertanggungjawab untuk memastikan nombor akaun yang dimasukkan oleh anda adalah tepat dan / atau bersepadan dengan nama akaun atau maklumat yang diberikan. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian (kerugian) atau kerosakan yang berbangkit daripada apa-apa kesilapan dalam arahan yang diberikan oleh anda yang menyebabkan anda tidak menerima Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.

vi)   Anda mesti memungut wang Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh urus niaga seperti yang ditunjukkan di dalam terma dan syarat ( "Tempoh Sah"). Jika anda tidak berjaya memungut Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dalam Tempoh Sah, permintaan untuk Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya akan luput dengan sendirinya dan dana akan menjadi hak milik pengirim. Anda tidak akan dapat memungut Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya selepas Tempoh Sah.

vii)  Sebelum pemprosesan pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya anda oleh Bank, dana yang merupakan hak Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya akan kekal milik pengirim, dan Bank boleh membatalkan kuasa untuk anda untuk memungut Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya pada bila-bila masa sebelum pemprosesan.

viii) Jika pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya anda melalui Pungutan Web RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya atau RHB Now Mobile App Collection berjaya, Pembayaran RHB Pay Anyone™ akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda melalui Interbank Giro (IBG).

ix)   Anda tidak boleh:

a.    mendedahkan Kod Laluan kepada mana-mana pihak lain; atau

b.    merakam mana-mana sahaja Kod Laluan yang boleh hilang, dicuri atau disalahguna.

x)    Bank tidak akan bertanggungjawab:

a.      Di atas sebarang kegagalan atau kelewatan Pengirim untuk memberikan anda data transaksi yang betul untuk memungut Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya (termasuk Kod Laluan);

b.      jika mana-mana orang lain menyedari Kod Laluan tersebut;

c.      jika Kod Laluan atau butiran akaun yang dimasukkan oleh anda adalah tidak betul;

d.      jika RHB Bank membatalkan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya sebelum pemprosesan pungutan anda;

e.      jika RHB Bank lewat, menghalang atau enggan memproses Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya untuk apa-apa sebab.

xi)   Anda mesti menghubungi Pengirim jika Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya tiada untuk anda memungut atau jika anda ingin mempertikaikan jumlah Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.

 

14.92 Persetujuan Memproses Maklumat Peribadi

                      i.        Pihak Bank menyimpan maklumat peribadi anda (contohnya nombor telefon bimbit, alamat e-mel, ID Facebook anda dan / atau butiran akaun bank) untuk membolehkannya memproses pungutan anda daripada Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya. Tanpa maklumat ini, Bank mungkin tidak dapat memproses pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya anda.

                     ii.        Anda dengan ini bersetuju dan membenarkan pegangan, pengumpulan dan penggunaan semua data peribadi yang diberikan kepada Bank dari domain awam, dan juga data peribadi yang timbul akibat daripada peruntukan perkhidmatan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya kepada anda mengikut Dasar Privasi Bank sebagaimana yang dipinda dari masa ke semasa.

 

14.93 Indemniti

Anda bersetuju dan mengakui bahawa pihak Bank tidak membuat sebarang jaminan atau perwakilan dalam apa-apa jua berkenaan dengan RHB Now Mobile App dan / atau Perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya yang disediakan oleh pihak Bank, sama ada nyata atau tersirat dan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang timbul sama ada dalam bentuk tort, kontrak atau indemniti, berhubung dengan peruntukan di dalam ini sama ada dialami oleh anda atau mana-mana orang lain.

Terma dan Syarat RHB Pay Anyone™ dengan ciri arahan suara SIRI

14.94 14.106 Definisi dan Tafsiran: Terma dan penyata yang berikut akan mempunyai maksud yang diberikan kepadanya melainkan jika konteksnya mempunyai makna yang berbeza.
"Pengguna" bermaksud Pengguna Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now melalui Apple iPhone versi 10 dan keatas.
"Siri" merupakan "pembantu pintar" yang direka didalam peranti mudah alih Apple yang dapat mengesan arahan suara bahasa semulajadi untuk penggunaan peranti dan aplikasi didalamnya. Pengguna boleh menyebut arahan tersebut dan menerima pengesahan suara daripada Siri untuk menghantar mesej, membuat panggilan, menetap peringatan, menggunakan iTunes dan lain-lain.
Pengguna boleh menggunakan Siri untuk melancarkan pemindahan dana RHB Pay Anyone™ melalui telefon dengan maklumat mandatori praisi berbanding menaip secara manual ke dalam RHB Pay Anyone™. Informasi praisi boleh disunting sekiranya pengguna ingin menukar butiran yang terdapat pada halaman pratonton.

14.95 Nama penerima yang disebut melalui Siri:

                      i.        Merupakan ekstrak padanan dengan Senarai Pemanggil Pengguna.

                     ii.        Nama Pemanggil yang sepadan dan yang pertama dalam senarai nombor telefon akan di populasikan ke RHB Pay Anyone™ melalui halaman masuk telefon.

14.96 Untuk melengkapkan transaksi, pengguna perlu log masuk ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now dengan memasukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan. Pengguna perlu menyemak dan mengesahkan maklumat dan masukkan OTP di halaman pratonton untuk menghantar pemindahan dana tersebut.

14.97 Data yang dipopulasi akan di gunakan untuk transaksi tersebut sahaja dan tidak akan disimpan dalam Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now.

14.98 Adalah menjadi tanggungjawab Pengguna untuk memastikan kerahsiaan segala maklumat mereka semasa menggunakan ciri arahan suara tersebut. Pengguna dinasihatkan untuk melakukan sendiri langkah berjaga-jaga ketika menggunakan perkhidmatan ciri arahan suara tersebut, terutamanya di kawasan awam kerana ini secara tidak langsung dapat mendedahkan maklumat peribadi atau butiran pembayaran mereka.

14.99 14.112 Terma dan syarat ini perlu dibaca bersama Terma dan Syarat RHB Pay Anyone™ daripada klausa 25 hingga 26. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan diantara terma dan syarat ini dan semua yang terkandung dalam klausa 25 hingga 26, maka terma dan syarat ini akan digunakan untuk tujuan yang berkaitan dengan RHB Pay Anyone ™ dengan ciri arahan suara Siri.

 

 

 

15.  Mesin Deposit Cek atau Peti Deposit

15.1    Kami diberikan kebenaran untuk menerima pendepositan cek ke dalam Akaun dengan menggunakan mesin deposit cek/peti deposit cek cepat yang kami sediakan disertai dengan sampul yang disarankan dan/atau borang deposit yang kami sediakan (jika berkaitan). Apa-apa resit yang dicetak oleh mesin deposit cek/ peti deposit cek cepat hendaklah menjadi bukti mencukupi bahawa cek tersebut didepositkan di dalam mesin dan anda tidak akan memegang kami bertanggungjawab atau liabel jika apa-apa cek tidak disertakan di dalam sampul yang disarankan atau borang deposit tidak diisi penuh dengan maklumat relevan atau jika borang yang disarankan diisikan salah dengan nombor akaun, nama yang salah, atau selainnya atau jika nombor akaun, nama atau amaun salah ditaip pada mesin deposit cek/peti deposit cek cepat.

15.2    Jika cek yang didepositkan menerusi mesin deposit cek/peti deposit cek cepat, sekiranya berkaitan, tidak disertai dengan sampul yang disarankan dan/atau slip deposit cek dan/atau nama dan/atau nombor akaun pihak yang kena dibayar tidak ditulis atau diisikan pada slip deposit cek dan/atau di belakang cek dan/atau sampul tidak dilekapkan dan/atau cek tidak dimasukkan ke dalam peti yang relevan dan/atau berlaku percanggahan antara nama dan nombor akaun pada slip deposit cek dan cek yang didepositkan atau nombor akaun, nama dan/atau jumlah salah ditaip pada mesin deposit cek atau cek ialah cek "Tunai", maka kami berhak untuk melaksanakan hak kami sama ada atau tidak hendak memungut cek tersebut.

 

16.   IBG, FTT dan Kiriman Wang

16.1    Bagi pihak anda kami adalah bebas untuk menggunakan mana-mana cawangan, hubungan, ejen, subejen atau agensi lain dalam mengeluarkan draf permintaan, pesanan juruwang, Interbank Giro (IBG) atau melaksanakan pemindahan telegrafi kami berkaitan aplikasi ini. Semua caj dan fi perbankan yang biasa akan ditolak daripada amaun yang dikirimkan.

16.2    Pertunaian draf permintaan atau pembayaran dana yang dipindahkan adalah tertakluk pada apa-apa kaedah dan peraturan negara tempat draf ditunaikan atau pembayaran dibuat.

16.3    Permintaan untuk penggantian draf permintaan atau perintah juruwang, IBG sebelum tarikh luput atau pembayaran balik dana yang kami pindahkan hendaklah dibuat hanya atas budi bicara kami dan tertakluk pada pematuhan terma dan syarat ini sebagaimana yang kami kehendaki dari semasa ke semasa. Kami berhak mengenakan fi ke atas apa-apa pembatalan/pembayaran balik kiriman wang dan amaunnya tertakluk pada perubahan dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda.

16.4    Bagi pemindahan Dana melalui RENTAS (Pemindahan Elektronik Masa Sebenar bagi Dana dan Sekuriti-Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities) sahaja:

16.5    Kami berhak mengenakan kos pentadbiran bagi apa-apa permintaan yang anda buat untuk membetulkan/menarik balik pembayaran (berasaskan usaha terbaik) menerusi RENTAS.

16.6    Semua caj yang dikenakan oleh bank penerima bagi membetulkan dan/atau mengembalikan pembayaran RENTAS dengan butir pembayaran yang tidak betul/tidak mencukupi akan anda tanggung. Caj pentadbiran pada masa kini di bawah peraturan operasi RENTAS ialah RM200.00 yang boleh dipinda dari semasa ke semasa dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda.

 

17.   Perkhidmatan Pemindahan Wang Western Union®

17.1    Urus niaga perkhidmatan boleh dihantar dan diambil di kebanyakan lokasi penyedia perkhidmatan pemindahan wang di Malaysia ("Penyedia Perkhidmatan" dan ejen Western Union di luar Malaysia ("Ejen Western Union"). Anda boleh menghubungi nombor yang diberikan di dalam borang Western Union bagi alamat dan waktu operasi lokasi berdekatan. Pemindahan wang yang seragam biasanya disediakan dalam waktu yang singkat/beberapa minit untuk dipungut oleh penerima, tertakluk pada waktu operasi lengah bagi lokasi pembayaran dan sekatan lain yang terpakai di negara tertentu.

17.2    Pemindahan wang biasanya dibayar tunai tetapi sesetengah Penyedia Perkhidmatan/Ejen Western Union boleh membayar menggunakan cek atau gabungan tunai dan cek. Semua pembayaran tertakluk pada ketersediaan dan syarat yang terpakai di lokasi pembayaran. Dalam keadaan terhad, pembayaran pemindahan wang boleh dikenakan cukai tempatan dan/atau caj perkhidmatan.

17.3    Pertukaran mata wang asing - Pemindahan wang biasanya dibayar dalam mata wang negara destinasi. Di sesetengah negara, pembayaran disediakan dalam dolar Amerika atau mata wang pilihan yang lain. Selain fi pemindahan yang terpakai bagi setiap urus niaga, suatu kadar pertukaran mata wang akan dipakai bagi menukar dana anda ke dalam mata wang asing. Apa-apa perbezaan antara kadar yang berikan kepada anda dengan kadar yang kami terima akan kami dan Western Union simpan sebagai tambahan fi pemindahan. Fi pemindahan dan wang yang kami dan Western Union buat apabila dana anda ditukar ke dalam mata wang asing boleh berubah berdasarkan mata wang yang membayar yang anda pilih. Sesetengah Ejen Western Union mungkin menawarkan kepada penerima pilihan untuk menerima dana tersebut dalam mata wang berbeza daripada mata wang telah anda pilih. Dalam keadaan sedemikian, Western Union atau Ejen Western Union boleh membuat wang tambahan apabila mengubah dana ke dalam mata wang yang dipilih oleh penerima.

17.4    Jika anda memilih pembayaran mata wang yang berbeza daripada negara tempat anda menghantar wang, pembayaran mata wang yang anda pilih mungkin tidak tersedia di semua lokasi Ejen Western Union di negara tersebut, atau mungkin tidak tersedia di negara dengan mata wang cukup kecil untuk membayar semua wang yang dipindahkan. Dalam keadaan begini, Ejen Western Union boleh membayar semua atau sebahagian pemindahan dalam mata wang negara tersebut.

17.5    Apabila menghantar wang ke negara yang menyediakan pembayaran dalam berbilang mata wang, anda dikehendaki memilih mata wang pembayaran pada masa anda menghantar wang. Fi pemindahan dan wang yang kami dan Western Union buat apabila dana anda berubah kepada mata wang asing mungkin berubah bergantung pada mata wang pembayaran yang telah anda pilih. Sesetengah ejen Western Union mungkin menawarkan kepada penerima pilihan untuk menerima dana dalam mata wang yang telah anda pilih. Dalam keadaan sebegini, Western Union (atau Ejennya) boleh membuat wang tambahan apabila dana anda diubah ke dalam mata wang yang dipilih oleh penerima.

17.6    Apabila menerima wang di sesetengah negara yang menyediakan pembayaran dalam berbilang mata wang, anda boleh memilih untuk menerima wang dalam mata wang berbeza daripada yang anda pilih untuk pembayaran, yang dalam keadaan ini kadar pertukaran mata wang yang digunakan oleh Western Union yang terpakai untuk urus niaga anda mungkin berbeza daripada yang digunakan untuk urus niaga yang dibayar dalam mata wang yang dipilih penghantarnya, dan Western Union (atau Ejennya) boleh membuat wang tambahan apabila dana tersebut diubah daripada mata wang pembayaran yang dipilih oleh penghantar ke dalam mata wang yang telah anda pilih. Anda boleh mendapatkan maklumat tambahan tentang kadar pertukaran dengan menghubungi nombor yang disediakan di dalam borang permohonan untuk Western Union.

17.7    Soalan ujian mungkin secara amnya digunakan hanya jika penerima tidak mempunyai pengenalan yang sah, dan jumlah pokok wang yang dipindahkan tidak melebihi US$1000 (atau setaraan tempatan). Sebelum pembayaran urus niaga, Penyedia Perkhidmatan atau Ejen Western Union, mengikut mana-mana yang berkaitan, mesti mendapatkan maklum balas soalan ujian walaupun jika pengenalan yang betul diberikan kerana keperluan berbeza mungkin terpakai bagi pemindahan wang ke atau dari negara berbeza, urus niaga soalan ujian mungkin memerlukan fi tambahan bagi destinasi tertentu (terutamanya di Afrika), soalan ujian dikehendaki untuk semua urus niaga (tanpa mengambil kira amaun pokok) dan selain itu, penerima mungkin dikehendaki memberikan pengenalan diri. Soalan ujian bukan ciri keselamatan tambahan dan tidak boleh digunakan untuk menentukan masa atau melengahkan pembayaran urus niaga. Soalan ujian dilarang di sesetengah negara.

17.8    Pemberitahuan melalui telefon kepada penerima bahawa pemindahan wang ditawarkan di kebanyakan negara dengan fi tambahan bagi penghantaran Pesanan bagi cek atau draf jurubank terdapat di sesetengah negara bagi destinasi yang terpilih untuk fi Pesanan Tambahan boleh disertakan dengan pemindahan wang yang dihantar ke kebanyakan negara untuk suatu fi tambahan.

17.9    Caj pembayaran balik dan pentadbiran - kami akan membayar balik jumlah pokok bagi pemindahan wang apabila menerima permintaan bertulis pengirim jika pembayaran kepada penerima tidak dibuat dalam masa 45 hari. Kami akan membayar balik fi pemindahan apabila ada permintaan bertulis daripada pengirim jika pemindahan wang tidak disediakan untuk penerima dalam tempoh masa yang munasabah, tertakluk pada waktu perniagaan di tempat lokasi dipilih bagi pembayaran dan syarat lain, termasuk tanpa had, syarat yang di luar kawalan Penyedia Perkhidmatan atau Ejen Western Union, mengikut mana-mana yang berkaitan, seperti cuaca yang buruk atau kegagalan telekomunikasi, Pembayaran sesetengah pemindahan wang mungkin lewat disebabkan penggunaan undang-undang Amerika Syarikat atau undang-undang terpakai yang lain sehingga ke tahap yang dibenarkan undang-undang. Kami boleh menolak caj pentadbiran daripada pemindahan wang yang tidak diambil dalam tempoh satu tahun dari tarikh penghantaran.

17.10  Kami tidak menjamin penghantaran atau penggantian apa-apa barangan atau perkhidmatan yang dibayar dengan cara pemindahan wang. Anda diingatkan terhadap penghantaran wang kepada mana-mana orang yang tidak anda ketahui. Dalam apa-apa keadaan sekalipun kami atau Western Union tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap ganti rugi untuk kelewatan, tiada pembayaran atau kurang pembayaran akan pemindahan wang ini, atau tiada penghantaran apa-apa pesanan tambahan, sama ada yang disebabkan kecuaian di pihak kakitangan kami atau ejen kami (termasuk Ejen Western Union) atau selainnya, yang melebihi jumlah setara dengan 2,000.00 Ringgit (selain membayar balik amaun pokok pemindahan wang dan fi pemindahan). Dalam apa-apa keadaan sekalipun kami atau Western Union tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kerosakan tak langsung, khas, luar jangka, atau turutan.

17.11  Jika kami menerima draf cek, kad kredit atau kad debit atau bentuk lain bukan tunai bagi pembayaran, kami tidak mengambil apa-apa tanggungjawab untuk memproses atau membayar pemindahan wang tersebut jika bentuk pembayarannya tidak boleh dipungut, kami juga tidak akan menanggung apa-apa liabiliti bagi ganti rugi yang terhasil daripada tiada pembayaran pemindahan wang disebabkan keadaan yang tidak dipungut sedemikian. Kami berhak mengubah perkhidmatan tanpa memberikan notis. Kami dan ejen kami boleh menolak untuk memberikan perkhidmatan kepada mana-mana orang.

17.12  Perkhidmatan pemindahan wang yang kami berikan disokong di luar Malaysia oleh Western Union Financial Services, Inc. sebuah syarikat Amerika (bagi pemindahan wang kepada dan daripada Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico, dan urus niaga perkhidmatan komersial) dan Western Union International Limited (bagi semua pemindahan wang yang lain) menerusi rangkaian Ejen Western Union yang dibenarkan di seluruh dunia.

D.    UMUM

18.  Fi, Caj dan Cukai

18.1   Kami berhak dari semasa ke semasa, dengan notis dalam masa minimum dua puluh satu (21) hari kalendar sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 22 di bawah, untuk melevikan fi dan caj sedemikian, atau mengubah fi dan caj yang sedia ada bagi akses dan/atau penggunaan Perkhidmatan atau item yang diberikan dalam Laman Sesawang, menurut apa-apa undang-undang, peraturan atau arahan lain yang terpakai, yang dikenakan oleh pihak berkuasa yang relevan. Akses dan penggunaan Perkhidmatan atau Produk atau item yang berterusan yang disediakan dalam Laman Sesawang hendaklah dianggap sebagai penerimaan anda akan fi dan caj sedemikian.

18.2   Fi dan caj yang dinyatakan di atas hanya bagi akses dan penggunaan Perkhidmatan atau Produk atau Laman Sesawang yang diberikan di bawahnya. Anda boleh juga dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa fi atau caj lain yang kami kenakan bagi urus niaga dan arahan yang dibuat di bawah atau menurut Perkhidmatan atau Produk atau Laman Sesawang ini (termasuk caj, caj pentadbiran, fi pemprosesan, caj faedah dan sebagainya) dan yang kena dibayar kepada kami di bawah terma dan syarat umum atau di bawah apa-apa perjanjian, terma, syarat atau tatacara terpakai yang lain, yang kami tentukan dari semasa ke semasa.

18.3   Anda selanjutnya bersetuju untuk membayar semua cukai, levi, duti setem dan caj perkhidmatan yang timbul daripada akses dan penggunaan Perkhidmatan atau Laman Sesawang.

18.4   Perlu diingatkan bahawa kami berhak untuk mendebitkan Akaun anda secara automatik bagi semua fi dan caj bagi akses dan penggunaan Perkhidmatan atau Laman Sesawang, dan apa-apa fi, cukai, levi dan/atau duti setem kerajaan, dan juga apa-apa fi dan caj lain yang kena dibayar bagi urus niaga yang anda lakukan dari semasa ke semasa, yang disebutkan di dalam dokumen ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk memberitahu anda atau untuk mendapatkan kebenaran anda terlebih dahulu bagi apa-apa pendebitan yang kami lakukan.

18.5   Anda juga diingatkan bahawa sekiranya Akaun terlebih dikeluarkan disebabkan langkah kami melaksanakan hak kami untuk mendebitkan Akaun secara automatik, amaun bagi Akaun yang terlebih dikeluarkan, termasuk faedah dan bagi mana-mana bank lain, caj pentadbiran dan caj bank yang lain yang kami kenakan ialah hutang yang genap masa untuk dibayar dan kena dibayar kepada kami, yang akan menggunakan faedah kemudahan overdraf dan kadar penalti yang biasa.

18.6   Kami berhak mengenakan dan menolak daripada Akaun anda yang berikut:

18.6.1    kos, fi dan caj, termasuk caj bank yang biasa, komisen, duti setem ke atas urus niaga yang dilaksanakan dan bagi perkhidmatan yang kami berikan pada kadar sedemikian sebagaimana yang terpakai dari semasa ke semasa;

18.6.2    apa-apa caj perkhidmatan ke atas Akaun anda dan ke atas perkhidmatan menurut peraturan mana-mana badan/pertubuhan/pihak berkuasa atau Bank;

18.6.3    cukai penahanan atau cukai lain, levi atau caj yang apa jua pun yang boleh dikenakan ke atas atau bagi apa-apa urus niaga atau perkhidmatan atau bagi apa-apa amaun atau faedah yang kena dibayar kepada anda pada masa kini atau pada masa hadapan yang dikenakan melalui undang-undang atau dikehendaki dikenakan caj; dan

18.6.4    semua perbelanjaan guaman yang ditanggung bagi perolehan semula mana-mana keterhutangan anda di bawah mana-mana kemudahan kredit atau akaun dengan kami.

18.7   Jika penolakan tidak dapat dilakukan, jumlah sedemikian dengan faedah padanya pada kadar yang kami tentukan (dikira dari tarikh jumlah sedemikian kami tanggung) hendaklah dibayar kepada kami apabila diminta.

18.8   Kami berhak mengenakan dan/atau mengubah fi dan caj sedemikian dari semasa ke semasa dengan memberikan notis kepada anda terlebih dahulu dan akan berkuat kuasa pada tarikh sedemikian sebagaimana yang kami pilih untuk digunakan. Walau bagaimanapun, apa-apa perubahan dalam kadar faedah akan diberitahu sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum tarikh kuat kuasa pelaksanaan. Atas budi bicara kami, notis bagi tambahan atau pindaan atau perubahan sedemikian boleh dilaksanakan dalam cara yang dinyatakan dalam Fasal 31 di bawah.

18.9   Butiran fi dan caj kami boleh diakses dari laman Sesawang kami di www.rhbgroup.com dan anda bersetuju untuk terikat dengan fi dan caj kami, yang membentuk sebahagian Terma dan Syarat ini. Fi dan caj kami juga tersedia atas permintaan daripada cawangan kami atau mana-mana saluran penghantaran Bank.

18.10 Anda hendaklah menanggung semua fi profesional, cukai (termasuk tetapi tidak terhad pada cukai perkhidmatan atau cukai Barangan dan Perkhidmatan), dan perbelanjaan luar poket yang ditanggung dan apa-apa fi, perbelanjaan atau bantuan lain berkaitan Akaun.

 

19.  Penepian

19.1   Jika kami gagal atau mengabaikan untuk menguatkuasakan mana-mana terma, peruntukan atau remedi di bawah terma dan syarat ini atau selainnya berkaitan Akaun dan/atau perkhidmatan atas apa jua alasan, kami tidak akan ditafsirkan telah mengetepikan hak kami terhadap apa-apa pelanggaran yang sebelumnya, berterusan atau selanjutnya bagi perkara yang sama atau apa-apa peruntukan lain yang dinyatakan dalam terma dan syarat ini.

 

20.  Representasi dan Waranti

20.1   Melainkan diberikan secara khusus di dalam dokumen ini dan sehingga ke tahap yang dibenarkan oleh undang-undang sepenuhnya, anda faham dan bersetuju bahawa penggunaan Perkhidmatan dan maklumat, produk dan Kandungan lain (termasuk maklumat pihak ketiga) yang dimasukkan dalam atau boleh diakses daripada Perkhidmatan adalah atas risiko anda dan disediakan untuk anda hanya untuk akses dan penggunaan persendirian. Perkhidmatan yang diberikan adalah berasaskan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia". Kami dan Penyedia Perkhidmatan dengan nyatanya menolak semua dan apa-apa waranti, representasi, jaminan atau pengendorsan, sama ada yang tersurat atau tersirat, pertuturan atau bertulis, termasuk tanpa had bagi waranti untuk perdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, ketepatan, kualiti, kecukupan, keselamatan, ketersediaan, kebolehpercayaan, ketepatan masa, bukan pelanggaran dan/atau kelengkapan mana-mana produk, perkhidmatan, maklumat, Kandungan atau apa-apa yang lain (termasuk produk, perkhidmatan, maklumat dan Kandungan pihak ketiga) yang terkandung dalam Laman Sesawang atau disediakan untuk anda di bawah atau menurut Perkhidmatan atau terma dan syarat atau prestasi, penggunaan dan operasi apa-apa yang disebutkan sebelum ini. Kami dan Penyedia Perkhidmatan tidak membuat apa-apa waranti bahawa (i) Perkhidmatan akan memenuhi keperluan, (ii) Perkhidmatan tidak akan terganggu, mengikut masa, selamat atau bebas kesilapan, (iii) hasil yang boleh diperoleh daripada penggunaan Perkhidmatan adalah tepat atau boleh dipercayai, (iv) kualiti apa-apa produk, perkhidmatan, maklumat atau bahan lain yang dibeli atau diperoleh menerusi Perkhidmatan akan memenuhi jangkaan, atau (v) apa-apa kesilapan dalam teknologi akan dibetulkan, (vi) perkhidmatan tidak akan digantung, ditamatkan atau dibatalkan atas apa-apa sebab sekalipun.

20.2   Anda bersetuju bahawa anda tidak meletakkan kebergantungan terhadap apa-apa representasi, waranti atau jaminan yang kami buat kecuali dan melainkan bagi representasi, waranti atau jaminan yang telah dinyatakan dengan jelas di bawah terma dan syarat ini. Apa-apa representasi, sama ada bertulis atau bersifat pertuturan yang diberikan oleh mana-mana pegawai kami atau wakil kami adalah terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan undang-undang sekalipun.

20.3   Untuk mengelakkan keraguan, fasal ini hendaklah mengatasi penamatan atau pelupusan terma dan syarat ini atas apa-apa sebab sekalipun.

 

21.  Tanggung Rugi, Had Liabiliti dan Force Majeure

21.1   Anda hendaklah dipertanggungjawabkan terhadap dan menanggung rugi kami, kakitangan kami dan ejen kami sepenuhnya terhadap apa-apa tuntutan, liabiliti, penalti, prosiding, kerugian, dakwaan, kerosakan dan kos (termasuk semua kos guaman) yang kami tanggung dan/atau alami yang timbul daripada:

                      i.        akses yang diberikan kepada Perkhidmatan yang kami sediakan;

                     ii.        kami menguatkuasakan mana-mana hak kami terhadap anda;

                    iii.        penerimaan kami akan apa-apa arahan dan/atau notis yang anda berikan kepada kami (tanpa mengambil kira arahan sedemikian mungkin bersifat penipuan atau tidak dibenarkan);

                    iv.        hasil ratifikasi, pengembalian atau pembayaran balik pembayaran oleh bank penerima menurut permintaan kami/anda atau selainnya dalam menguatkuasakan terma obligasi tanggung rugi bagi pengiriman wang, FTT dan IBG;

                     v.        apa-apa tindakan atau peninggalan atau salah guna atau pelanggaran mana-mana terma dan syarat ini yang anda lakukan berkaitan Perkhidmatan dengan syarat;

                    vi.        Apa-apa tuntutan pelanggaran hak atau hak milik harta yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap kami berkaitan penggunaan dan akses kepada Perkhidmatan dan/atau pembelian produk; dan/atau

                   vii.        Pematuhan kami dengan mana-mana penghakiman Mahkamah atau mana-mana Perintah Mahkamah, dan/atau apa-apa dekri atau arahan atau perintah sama ada atau tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang yang dikeluarkan oleh mana-mana tribunal, badan, entiti atau pihak berkuasa yang dibentuk secara sah, yang timbul daripada mana-mana tindakan Mahkamah atau prosiding Mahkamah atau daripada apa-apa tindakan prosiding atau tuntutan selain daripada Mahkamah dan yang terpakai kepada atau diarahkan kepada atau dalam apa-apa cara berkaitan dengan anda, dan/atau Akaun tersebut yang apa jua huraiannya yang disenggarakan dengan anda, dan/atau apa-apa maklumat, butiran atau perkara yang terkandung dalam Akaun tersebut.

21.2   Kami dan Penyedia Perkhidmatan (sekiranya berkaitan) dan gabungan masing-masing, penyedia akaun atau mana-mana gabungannya tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga bagi apa-apa perbelanjaan, kos, kerugian dan/atau ganti rugi yang dialami, sama ada secara langsung atau tidak langsung, teladan, turutan, luar jangka, punitif, kerugian khas atau ganti rugi, kehilangan pendapatan atau niat baik, penggunaan, data atau kerugian tak ketara lain (termasuk mana-mana pihak ketiga). Anda hendaklah melepaskan kami daripada semua liabiliti yang apa jua pun dan bagaimana sekalipun yang akan timbul secara langsung atau tak langsung atau yang berkaitan dengan akses kepada, penyenggaraan, apa-apa penggunaan atau berupa penggunaan anda akan apa jua Perkhidmatan/kemudahan kami dan/atau Kad/PIN/kata laluan oleh anda atau mana-mana orang lain atau sebagai hasil apa-apa tindakan atau peninggalan atau pelanggaran anda akan mana-mana terma dan syarat ini.

21.3   Sekiranya kami menanggung liabiliti atau atas permintaan anda, kami berhak untuk terus memiliki apa-apa dana, sekuriti, wang yang terdapat pada kredit anda dan barangan berharga lain yang didepositkan dengan kami atau yang hendak didepositkan dengan kami (sama ada didepositkan dengan cara sekuriti, jagaan selamat atau untuk apa-apa tujuan khusus yang lain) yang menjadi milik anda, dan kami akan mempunyai hak untuk mengekalkan dana, wang atau sekuriti tersebut dan barangan berharga lain atau mana-mana bahagian daripadanya dan boleh juga untuk tidak melayani apa-apa cek yang dikeluarkan atau apa-apa pengeluaran yang anda buat daripada Akaun sehingga liabilitinya telah diselesaikan.

21.4   Kami tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kerugian keuntungan, kerugian perniagaan, kerugian penggunaan, kehilangan nama baik, kerugian simpanan atau kerugian turutan, khas, luar jangka, tak langsung, teladan atau punitif yang lain yang anda alami disebabkan apa-apa kelewatan dalam prestasi atau tiada prestasi atau pelanggaran mana-mana obligasi kami sama ada yang timbul daripada apa-apa kecuaian melampau, pelanggaran terma dan syarat ini atau bagaimana sekalipun terjadi.

21.5   Apabila melibatkan pelaksanaan aplikasi berkaitan IBG, Kiriman Wang dan FTT, kami atau mana-mana koresponden atau ejen kami tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap kerosakan, gangguan, peninggalan, kesilapan, kelewatan atau daripada salah tafsir apabila diterima menerusi kawat, kabel, teleks, atau mel atau menerusi apa-apa cara pun. Kami boleh menghantar apa-apa pesanan berkaitan pemindahan ini dalam bahasa yang jelas, kod atau sifer sebagaimana yang kami anggap sesuai. Bagi arahan IBG, nombor akaun adalah titik rujukan antara bank asal dengan bank penerima.

21.6   Anda dikehendaki mengisytiharkan bahawa semua maklumat dan komunikasi yang diberikan samada bertulis atau/dan dokumen yang ditandatangani dan/atau disebarkan secara elektronik melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih adalah benar, betul dan mematuhi Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 dan Akta Bank Negara Malaysia 1958. Segala rekod kami dan apa juga komunikasi daripada pihak anda termasuk sewaktu atau sebelum penggunaan atau capaian kepada Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih dalam apa jua bentuk medium (termasuk media penyimpanan informasi elektronik) akan diterima sebagai bukti muktamad. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa maklumat yang tidak tepat, tidak benar atau tidak lengkap, seperti mana kami diberikan kebenaran untuk mendedahkan maklumat yang ada kepada Bank Negara Malaysia sebagai mematuhi Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 dan Akta Bank Negara Malaysia 1958.

21.7   Anda tidak akan memegang kami sebagai bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang mungkin anda tanggung secara langsung atau tidak langsung berkaitan apa-apa perkhidmatan, atas apa-apa sebab sekalipun termasuk tetapi tidak terhad pada kerosakan atau tidak berfungsinya komputer, talian hubungan terminal, sistem pemprosesan data atau talian transmisi atau apa-apa peralatan lain sama ada atau tidak adalah milik kami, cubaan atau tindakan sebenar keganasan, perebakan epidemik, kuasa Tuhan atau apa-apa keadaan yang disebabkan force majeure.

21.8   Tanggung rugi ini hendaklah berterusan tanpa mengambil kira penamatan mana-mana Perkhidmatan dan/atau penutupan Akaun.

 

22.  Notis Umum

22.1   Atas budi bicara kami, kami boleh memberikan apa-apa komunikasi atau notis kepada anda menerusi apa-apa cara atau kaedah sebagaimana yang kami anggap sesuai termasuk tanpa had melalui pos, melalui pemberitahuan dalam media massa, dengan meletakkan notis di cawangan kami, dengan menyisipkan notis ke dalam penyata akaun berkala, melalui penghantaran elektronik (termasuk melalui faksimile, telefon tangan, peranti lain atau internet) atau dengan menerbitkannya di Laman Sesawang kami atau di ATM atau di terminal lain di bawah kawalan kami.

22.2   Notis atau komunikasi sedemikian daripada kami akan dianggap telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan di dalam notis atau penerbitan dan/atau tarikh diposkan ke alamat terakhir anda yang diketahui dan/atau dengan menghantar atau mentransmisikan notis ke nombor faksimile, nombor telefon mudah alih/nombor peranti, e-mel atau alamat lain yang didaftarkan dengan kami.

22.3   Semua notis atau komunikasi daripada kami termasuk e-mel dan apa-apa lampiran padanya, mungkin rahsia dan ditujukan semata-mata untuk kegunaan oleh penerima yang ditujukan. Jika anda bukan penerima yang dimaksudkan bagi notis atau komunikasi tersebut, anda mesti tidak mengambil apa-apa tindakan berdasarkan kandungannya, tidak juga menyalin atau menunjukkannya kepada sesiapa sahaja.

22.4   Komunikasi elektronik tidak boleh dijamin sebagai selamat atau bebas virus. Kami tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kerugian atau ganti rugi yang anda alami atau tanggung disebabkan kejadian sedemikian.

 

23.  Arahan dan Notis tentang Akaunon Accounts

23.1   Semua notis yang anda berikan kepada kami mestilah secara bertulis dan anda tandatangani dan dihantar ke cawangan tempat Akaun disenggarakan. Apa-apa notis sedemikian akan berkuat kuasa hanya apabila kami telah memperakui penerimaan notis sedemikian. Anda bersetuju bahawa apa-apa arahan berkaitan apa-apa perubahan atau pindaan termasuk tetapi tidak terhad pada perubahan terhadap mandat Akaun hanya boleh dikuatkuasakan oleh pihak kami sekurang-kurangnya tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan arahan secara bertulis.

23.2   Penerimaan dan tindakan kami terhadap apa-apa arahan daripada anda tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang kami tentukan.

23.3   Anda mengaku janji untuk menasihati kami dengan serta-merta akan apa-apa perubahan yang boleh menjejaskan operasi Akaun secara langsung atau tidak langsung termasuk tetapi tidak terhad pada perubahan nama anda, alamat, butir hubungan atau butir lain dengan memberikan notis bertulis kepada kami, yang sekiranya gagal dilakukan, kami berhak untuk bergantung pada butir terakhir yang diketahui yang didaftarkan dengan kami.

23.4   Sekiranya terdapat sebarang perubahan berkenaan dengan maklumat mastautin cukai anda/FATCA, anda dengan ini bersetuju untul memaklumkan kepada pihak Kumpulan Perbankan RHB nombor rujukan cukai negara asing dan/atau bukti dokumen yang diperlukan dalam tempoh 30 hari dari tarikh perubahan tersebut. Anda mengizinkan dan memberi kebenaran kepada pihak Kumpulan Perbankan RHB untuk mengambil sebarang tindakan berikut, jika berkenaan:

                      i.        Mengenakan sebarang penahanan bayaran yang berkenaan ke atas akaun tersebut

                     ii.        Melaporkan atau mendedahkan atau menukar sebarang maklumat yang relevan berhubung dengan akaun anda kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi hasil cukai Negara asing mengikut kepatuhan dan keperluan perlaporan cukai pendapatan

                    iii.        Menamatkan (dengan memberikan notis terlebih dahulu) hubungan kontrak di antara anda dengan kami

23.5   23.5 Semua arahan anda hendaklah kekal berkuat kuasa bagi pembayaran yang dibuat atau arahan yang dilaksanakan dengan niat baik walaupun berlaku apa-apa kematian, kebankrapan atau penggulungan atau pembatalan apa-apa arahan sedemikian dengan apa-apa cara oleh anda, sehingga kami menerima notis bertulis dengan dokumen yang membuktikan kematian, kebankrapan, penggulungan atau pembatalan sedemikian.

23.6   23.6 Apa-apa pembayaran atau pemindahan dana yang hendak dibuat atau dilaksanakan menurut apa-apa arahan tetap yang diberikan kepada kami hendaklah tertakluk pada baki minimum yang disenggarakan dalam Akaun yang daripadanya dana dibayar atau dipindahkan sebagaimana yang boleh kami tentukan dari semasa ke semasa.

 

24.  Pemberitahuan Elektronik dan Peringatan

24.1   Untuk menerima peringatan dan/atau pemberitahuan daripada kami bagi pembayaran bil, pemindahan dana, dan waktu henti sistem, anda dikehendaki memilih saluran yang digemari sama ada menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), pesanan selamat dan/atau e-mel luar daripada Nama Pengguna dengan menggunakan fungsi "Pemberitahuan" yang disediakan dalam talian.

24.2   Anda boleh juga memberikan peringatan kepada benefisiari berkaitan pemindahan dana yang telah anda buat dengan menetapkan e-mel dan nombor telefon mudah alih mereka semasa "tambah kegemaran" bagi pemindahan dana atau fungsi "pemindahan terbuka" yang disediakan menerusi Perbankan Internet.

 

25.  Hak untuk Menolak Urus Niaga

25.1   Maka dengan ini anda bersetuju bahawa kami berhak menurut budi bicara mutlak kami untuk tidak menerima apa-apa deposit apa-apa wang atau cek dan atau membenarkan atau menjalankan apa-apa urus niaga lain termasuk pengeluaran wang berkaitan akaun anda termasuk tetapi tidak terhad pada apa-apa pemindahan wang dan pemindahan telegrafi dari atau ke akaun anda dengan memberikan sebabnya kepada anda.

 

26.  Antipengubahan Wang dan Menentang Pembiayaan Keganasan

26.1   Bagi mematuhi undang-undang tempatan atau asing, peraturan, kod sukarela, arahan, penghakiman atau perintah mahkamah, perjanjian antara mana-mana ahli Bank dengan mana-mana pihak berkuasa, pengawal selia, atau agensi penguatkuasaan, polisi (termasuk polisi kami), amalan terbaik, sekatan kerajaan atau embargo, keperluan pelaporan di bawah undang-undang urus niaga kewangan dan permintaan atau tuntutan mana-mana pihak berkuasa, pengawal selia, tribunal, agensi penguatkuasaan, badan penukaran tempatan atau asing, kami boleh:

                      i.        dihalang daripada memasuki atau menyempurnakan urus niaga yang melibatkan orang atau entiti tertentu (misalnya orang atau entiti yang dengan sendirinya disekat atau berkaitan dengan atau berurusan dengan (secara langsung atau tidak langsung) mana-mana orang atau entiti yang disekat di bawah sekatan ekonomi dan dagangan yang dikenakan oleh mana-mana pengawal selia dalam apa-apa perundangan tempat kami beroperasi atau oleh mana-mana organisasi supranasional, badan rasmi termasuk, tetapi tidak terhad pada, Her Majesty's Treasury, Bangsa-bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, Pejabat Kawalan Aset Asing atau mana-mana negara); atau

                     ii.        melaporkan urus niaga yang meragukan atau berpotensi melanggar sekatan terhadap sesebuah pihak berkuasa dalam mana-mana perundangan yang kepadanya kami mungkin perlu atau bercadang untuk dedahkan. Urus niaga yang terlibat termasuk yang boleh:

a)             melibatkan peruntukan kewangan kepada mana-mana orang yang terlibat atau disyaki terlibat dalam keganasan atau apa-apa tindakan keganasan;

b)             menjadi relevan terhadap penyiasatan bagi pengelakan undang-undang cukai yang sebenar atau cubaan, penyiasatan bagi atau pendakwaan seseorang atas suatu kesalahan terhadap mana-mana undang-undang yang terpakai; atau

c)             melibatkan orang atau entiti yang boleh dikenakan sekatan.

 

26.2   Kami boleh memintas dan menyiasat apa-apa pesanan pembayaran dan maklumat atau komunikasi lain yang dihantar kepada atau oleh anda dan boleh melengahkan, menyekat atau menolak untuk membuat apa-apa pembayaran dan penyaringan pembayaran yang boleh menyebabkan kelewatan dalam memproses maklumat tertentu.

 

E.    MAKLUMAT, KEIZINAN, PERISYTIHARAN DAN NOTIS PRIVASI

27.  MAKLUMAT

27.1    Anda mesti memberitahu kami dengan serta-merta jika anda menyedari bahawa apa-apa maklumat yang telah anda berikan kepada kami telah berubah atau tidak betul atau mengelirukan.

27.2    Sekiranya dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan, maka dengan ini anda memberikan keizinan kepada kami untuk mencari apa-apa maklumat berkaitan anda dengan mana-mana biro kredit atau agensi rujukan kredit dan semua fi carian hendaklah anda tanggung.

27.3    Anda mewakili dan mewarankan bahawa:

27.3.1    Anda mempunyai kuasa dan semua kebenaran yang perlu terhadap aset anda sendiri dan melaksanakan apa-apa perniagaan anda, untuk menyertai setiap Perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda dan untuk mematuhi apa-apa obligasi di bawah terma dan syarat ini.

27.3.2    Obligasi anda di bawah setiap Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah sah, mengikat dan boleh dikuatkuasakan; semua maklumat yang anda berikan adalah benar, lengkap dan tidak mengelirukan;

27.3.3    Tidak ada perubahan memudaratkan yang ketara dalam maklumat yang anda berikan kepada kami;

27.3.4    Anda menerima tanggungjawab sepenuhnya bagi semua urus niaga yang dilaksanakan, termasuk urus niaga yang dilaksanakan menerusi perkhidmatan perbankan elektronik dan terutamanya untuk ketepatan dan kelengkapan arahan anda kepada kami; dan

27.3.5    Anda hendaklah memastikan bahawa sistem dan apa-apa sistem komputer lain yang menerusinya anda akan mengakses perkhidmatan perbankan elektronik adalah bebas daripada apa-apa masalah mekanikal, elektronik, kegagalan atau kerosakan data, virus komputer, perisian hasad dan pepijat. Kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa masalah elektronik, mekanikal, kegagalan atau kerosakan data, virus komputer, perisian hasad dan pepijat atau masalah berkaitan yang boleh disebabkan oleh perkhidmatan yang diberikan oleh mana-mana Penyedia Perkhidmatan, penyedia rangkaian, pelayan atau sistem setara lain yang seumpamanya.

27.3.6    Representasi dan waranti ini dan yang berkaitan di bawah Fasal 20 hendaklah digunakan dan kekal terpakai setiap kali anda memohon Perkhidmatan baharu dengan kami. Anda mesti memberitahu kami sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang menyebabkan anda tidak dapat mengulangi sebenar-benarnya representasi dan waranti ini.

27.4   Apa-apa maklumat yang kami berikan kepada anda adalah untuk tujuan rujukan sahaja. Kami akan membuat yang terbaik untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan lengkap. Walau bagaimanapun, kami tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap ketepatan atau kelengkapan maklumat yang diberikan.

 

28.  Pengesahan, Kebenaran dan Perisytiharan

28.1    Bagi semua Akaun:

28.1.1    Anda bersetuju bahawa kami berhak mengenakan caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan kepada anda pada kadar sebagaimana yang kami beritahu kepada anda dari semasa ke semasa. Semua caj perbankan apabila kena dibayar akan didebitkan daripada Akaun.

28.1.2    Anda mengizinkan dan memberikan kebenaran kepada kami untuk mendebitkan akaun anda dan mengembalikan dana yang salah dikreditkan, jika ada.

28.1.3    Anda bersetuju bahawa kami berhak melakukan apa-apa atau semua yang berikut jika kami mendapati bahawa dan/atau diberitahu akan penipuan/wang palsu/tunai/instrumen pembayaran/pemindahan atau hasil daripada apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang, didepositkan ke dalam akaun:

                                      i.   meletakkan tanda/tindik sama ada amaun spesifik yang dipersoalkan atau amaun keseluruhan dalam Akaun (mengikut mana-mana yang berkaitan) dan tidak membenarkan pengeluaran

                                     ii.   mendebitkan amaun daripada Akaun dan/atau mengembalikan dana yang dianggap timbul daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang.

                                    iii.   menutup Akaun (dengan memberikan notis terlebih dahulu); dan/atau

                                    iv.   menamatkan (dengan memberikan notis terlebih dahulu) hubungan kontrak anda dengan kami.

28.1.4    Anda bersetuju untuk memberikan notis bertulis kepada kami sekiranya anda ingin menutup Akaun.

28.1.5    Anda hendaklah secara bersama dan berasingan mengaku janji untuk terus menanggung rugi kami terhadap semua kerugian, tuntutan, permintaan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain yang apa jua pun dan apabila sahaja berlaku atau yang timbul daripada kebenaran ini menurut Terma dan Syarat ini tertakluk pada tetapi tidak terhad pada pemberian maklumat terkini kepada kami dengan serta-merta dan dengan betul akan apa-apa perubahan dalam perincian Akaun, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, nombor telefon mudah alih, nombor faks dan sebagainya yang kami perlukan untuk menghubungi kami.

28.1.6    Maka dengan ini anda bersetuju bahawa apa-apa proses pengesahan pengenalan hendaklah dilakukan menerusi pengesahan GMPC sahaja dan sekiranya berkaitan, termasuk pengesahan tandatangan.

28.1.7    anda mengizinkan dan membenarkan RHB Banking Group (yang akan termasuk RHB Bank, anak syarikatnya dan syarikat berkaitan), pengarah masing-masing, pegawai, kakitangan dan ejen untuk mendedahkan, berkongsi dan/atau mengesahkan maklumat atau dokumen berkaitan urusan anda, akaun, kemudahan, pengarah dan/atau pihak yang sangat berkepentingan terhadap dan/atau dengan pihak yang berikut termasuk, tanpa had:

                                      i.   apa-apa syarikat dalam RHB Banking Group, sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk apa-apa tujuan termasuk, tanpa had bagi jualan silang, pemasaran dan promosi Perkhidmatan RHB Banking Group;

                                     ii.   mana-mana pihak berkuasa/pengawal selia/pihak sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang atau peraturan untuk memperoleh maklumat seumpamanya atau melalui mahkamah;

                                    iii.   mana-mana pihak yang memberikan sekuriti untuk tujuan kemudahan yang diberikan kepada anda; ejen RHB Banking Group, termasuk tanpa had, vendor, pedagang dan/atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga berkaitan dengan apa-apa Perkhidmatan yang diberikan oleh RHB Banking Group di mana sahaja terpakai;

                                    iv.   juruaudit, peguam bela dan/atau penasihat profesional lain berkaitan peruntukan perkhidmatan oleh RHB Banking Group menurut perjanjian ini, atau berhubung dengan persediaan apa-apa kemudahan atau dokumen sekuriti, jika berkaitan, atau apa-apa tindakan atau prosiding untuk perolehan semula wang yang genap masa untuk dibayar dan kena anda bayar, sekiranya berkaitan;

                                     v.   biro kredit dan/atau agensi pelaporan kredit, agensi pencegahan penipuan, agensi pemungutan hutang dan pertubuhan berkaitan industri/kewangan; dan

                                    vi.   mana-mana pemegang serah hak berpotensi atau orang lain yang bercadang menyertai apa-apa perkiraan kontrak yang memerlukan pendedahan akan maklumat sedemikian.

 

28.2    Akaun Semasa

28.2.1    Anda mengizinkan untuk dan membenarkan kami membayar semua cek yang dikeluarkan atas Akaun Semasa anda dan untuk mendebitkan Akaun anda sama ada dalam kredit atau selainnya. Sekiranya anda adalah sebuah syarikat, pembayaran bagi cek hendaklah menurut resolusi Lembaga Pengarah yang diberikan kepada kami. Dipersetujui bahawa dengan ketiadaan apa-apa pengaturan khusus, kami tidak terikat untuk menerima apa-apa cek apabila akaun tidak mencukupi dalam kredit.

28.2.2    Anda mengizinkan untuk dan membenarkan kami untuk tidak melayan dan mengembalikan cek yang pada pendapat munasabah kami, mempunyai apa-apa bentuk pengubahan (sama ada ditandatangani balas oleh pengeluar atau selainnya).

 

28.3    Akaun Bersama/Perkongsian

28.3.1    Anda mengizinkan untuk dan membenarkan kami untuk membolehkan operasi Akaun sebagaimana ditunjukkan pada Kad Tandatangan Spesimen.

28.3.2    Anda mengizinkan untuk dan membenarkan kami meletakkan semua amaun daripada cek dan instrumen lain yang diterima yang memihak kepada semua atau kedua-dua atau mana-mana daripada anda (mengikut mana-mana yang berkaitan) terhadap kredit akaun bersama kami. Walau bagaimanapun, kami berhak menolak pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab sekalipun apa-apa cek atau instrumen yang diterima.

28.3.3    Sekiranya berlaku kematian mana-mana pemegang Akaun, sila rujuk Fasal 7 di atas.

 

28.4   Perisytiharan

28.4.1    Anda mengisytiharkan bahawa anda bukan seorang bankrap yang tidak dilepaskan

28.4.2    Anda memperakui bahawa pengendalian Akaun Semasa anda adalah dikawal melalui Garis Panduan bagi Sistem Maklumat Cek Tak Layan (DCHEQS) sebagaimana yang dikeluarkan oleh BNM.

28.4.3    Anda mengaku janji untuk melakukan yang berikut bagi membolehkan kami mematuhi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan keperluan pengawalseliaan/akta yang dan boleh dikenakan dari semasa ke semasa:

                                      i.      mengisytiharkan bahawa anda akan melakukan jagaan sewajarnya untuk memastikan Akaun anda tidak digunakan dalam apa-apa cara sekalipun untuk menggalakkan aktiviti penipuan dan/atau menyalahi undang-undang;

                                     ii.      memberikan kepada kami semua maklumat dan dokumen yang relevan, sebagaimana dan apabila diminta; dan

                                    iii.      membenarkan kami melaksanakan mana-mana yang berikut (jika berkaitan) jika kami berpandangan bahawa pengendalian akaun menggagalkan langkah usaha wajar (atau usaha wajar yang diperkukuh mengikut mana-mana yang berkaitan) yang kami lakukan;

a.    menolak pembukaan apa-apa akaun baharu;

b.    menutup akaun (dengan memberikan notis terlebih dahulu); dan

c.    menamatkan (dengan memberikan notis terlebih dahulu) hubungan kontrak anda dengan kami.

28.4.4    Anda memperakui bahawa pembukaan, pengendalian, penyenggaraan dan penutupan Akaun tertakluk pada terma dan syarat yang terpakai yang mengawal pengendalian akaun yang relevan yang anda tandatangani untuk, undang-undang Malaysia dan peraturan lain yang terpakai, notis dan arahan daripada BNM dan mana-mana pihak berkuasa yang relevan.

28.4.5    Anda mengisytiharkan bahawa maklumat di atas adalah lengkap, betul, tidak mengelirukan kerana kami akan bergantung pada maklumat yang anda berikan bagi apa-apa Perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda. Seterusnya, anda mengaku janji untuk membekalkan kepada kami dengan apa-apa maklumat terkini, maklumat atau dokumen selanjutnya yang diminta dari semasa ke semasa sebaik sahaja boleh dilakukan atas permintaan kami bagi perkara yang sama.

28.4.6    Maka dengan ini anda memperakui bahawa anda telah dimaklumkan akan kebolehinsuranan produk/akaun, dan telah menerima, membaca dan memahami sistem insurans deposit yang diberikan oleh PIDM.

 

29.  29. Notis Privasi

29.1    Anda memahami bahawa kami akan menggunakan, mengumpul, menyimpan, berkongsi dan/atau memproses maklumat peribadi anda termasuk, tanpa had, butir hubungan anda, maklumat latar belakang, data kewangan dan maklumat lain yang relevan dengan permohonan untuk produk dan/atau perkhidmatan:

                      i.        i. yang telah anda sediakan dalam bentuk atau menerusi mana-mana hubungan lain dengan RHB Banking Group (yang hendaklah termasuklah syarikat pemegangan, anak syarikat, dan mana-mana syarikat bersekutu, dan mana-mana syarikat yang dihasilkan daripada penstrukturan semula, penggabungan, jualan atau perolehan), atau

                     ii.        ii. yang telah diperoleh daripada analisis pembayaran kami dan urus niaga/perkhidmatan lain dalam RHB Banking Group, atau

                    iii.        iii. telah diperoleh daripada pihak ketiga seperti majikan, pemohon/pemegang akaun bersama, penjamin, wakil undang-undang, pertubuhan berkaitan industri/kewangan, pihak berkuasa kerajaan/pengawal selia, biro kredit atau agensi pelapor kredit, peruncit, rangkaian sosial dan agensi pencegahan fraud atau organisasi lain;

bagi mana-mana dan/atau semua tujuan yang berikut ("Tujuan"), jika berkaitan:

a.      menyediakan produk dan/atau perkhidmatan dan memberitahu anda akan perubahan atau perkembangan penting ciri-ciri;

b.      mengemas kini dan menguruskan ketepatan rekod RHB Banking Group;

c.      mencegah, mengesan atau mendakwa jenayah, dan mematuhi obligasi undang-undang dan pengawalseliaan;

d.      penilaian dan analisis termasuk kredit/pinjaman/risiko insurans/tingkah laku penskoran/analisis pasaran dan produk dan kajian pasaran;

e.      komunikasi dan memastikan kepuasan pelanggan, yang mungkin termasuk menjalankan tinjauan untuk menambah baik kualiti Perkhidmatan kami, bertindak balas terhadap pertanyaan dan aduan dan amnya untuk menyelesaikan pertikaian;

f.        menentukan jumlah keterhutangan anda dan mendapatkan semula hutang anda terhadap kami;

g.      menyenggara sejarah kredit untuk rujukan masa kini dan masa akan datang;

h.      membolehkan penama serah hak RHB yang sebenar atau dicadangkan, atau peserta atau subpeserta RHB untuk menilai urus niaga anda yang bertujuan menjadi subjek penyerahan hak, penyertaan atau sub-penyertaan;

i.        melindungi kepentingan RHB Banking Group dan sokongan lain atau tujuan berkaitan;

j.        jualan silang, pemasaran dan promosi Perkhidmatan RHB Banking Group dan sekutu strategiknya; dan

k.      untuk acara korporat (termasuk acara jaringan, pelancaran Perkhidmatan dan sebagainya/peraduan, gambar foto atau imej boleh diambil dan boleh digunakan untuk penerbitan RHB Banking Group.

 

29.2    Anda faham dan memperakui bahawa adalah perlu bagi kami untuk memproses maklumat peribadi anda untuk Tujuan tersebut, yang tanpanya kami tidak akan dapat memberikan produk/perkhidmatan yang anda inginkan daripada kami dan untuk memberitahu anda akan perubahan atau pembangunan penting Perkhidmatan. Sekiranya anda telah memberikan kepada kami maklumat peribadi yang sensitif (terutamanya maklumat yang terdiri daripada kesihatan fizikal/mental anda untuk permohonan Perkhidmatan insurans), maka anda dengan ini memberikan kepada kami kebenaran yang nyata untuk memproses perkara yang sama dalam cara yang dihuraikan dalam Notis Privasi ini. Selanjutnya, anda faham bahawa anda boleh melaksanakan/mengubah pilihan anda berkaitan penerimaan bahan pemasaran (termasuk jualan silang, pemasaran dan promosi sebagaimana yang dihuraikan di atas) pada bila-bila masa dengan melayari www.rhbgroup.com atau menghubungi Pusat Jagaan Pelanggan sebagaimana diberikan dalam bahagian F di bawah.

29.3    Anda faham yang anda mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda (atau maklumat peribadi yang sensitif, jika berkaitan) kepada syarikat yang lain dalam RHB Banking Group, Penyedia Perkhidmatan, pedagang dan rakan strategik, vendor termasuk agensi pengumpul hutang, penasihat profesional, pertubuhan berkaitan industri/kewangan, biro kredit atau agensi pelaporan kredit dan agensi pencegahan fraud, agensi kerajaan, institusi kewangan lain dan mana-mana ejen mereka yang berkaitan, pesuruh dan/atau orang sedemikian, sama ada terdapat di dalam atau di luar Malaysia untuk Tujuan tersebut, jika berkaitan, dengan sepanjang masa tertakluk pada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan, piawaian, garis panduan dan/atau obligasi) yang terpakai bagi kami.

29.4    Anda selanjutnya memahami bahawa anda boleh meminta pembetulan (jika maklumat anda tidak tepat, tidak terkini, tidak lengkap dan sebagainya), akses kepada (fi langganan boleh dikenakan), atau pemadaman (jika anda tidak lagi berada dalam Perkhidmatan dengan RHB Banking Group) akan maklumat peribadi atau had memproses padanya pada bila-bila masa selepas itu dengan menyerahkan permohonan sedemikian melalui pos, e-mel, atau faks ke alamat sebagaimana yang diberikan di Bahagian F di bawah.

29.5    Anda mengakui bahawa RHB Banking Group boleh mengubah suai atau mengemas kini Notis Privasinya dari semasa ke semasa, satu salinannya boleh didapati di www.rhbgroup.com dan bahawa anda boleh menyalurkan apa-apa aduan atau pertanyaan yang ada dalam cara yang dinyatakan di atas.

29.6   Dengan memberikan maklumat peribadi dan menandatangani borang permohonan atau di mana relevan, anda mengizinkan kami untuk memproses maklumat peribadi anda bagi apa-apa pendedahan yang perlu dan memindahkan maklumat anda kepada pihak ketiga yang relevan di luar negara, untuk Tujuan tersebut, jika berkaitan.

29.7   Anda bersetuju untuk mendedahkan dan/atau memindahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga yang relevan sebagai hasil apa-apa penstrukturan semula, jualan atau perolehan mana-mana syarikat dalam RHB Banking Group, dengan syarat bahawa penerima menggunakan maklumat peribadi anda untuk Tujuan tersebut, jika berkaitan.

29.8   Anda juga mewakilkan dan mewarankan bahawa anda telah memperoleh dengan memadai keizinan individu daripada pihak ketiga (misalnya keluarga, pasangan, pihak berkaitan, pemegang kad tambahan dan/atau orang yang dihubungi ketika kecemasan dan sebagainya) yang maklumat peribadinya telah anda dedahkan kepada kami untuk membolehkan kami memproses perkara yang sama berkaitan Tujuan tersebut, jika berkaitan.

 

[Perenggan yang berikut hanya terpakai untuk Pelanggan RHB Investment Bank Berhad]

29.9   Anda memahami bahawa RHB Investment Bank Berhad dikawal selia oleh Bursa Malaysia, dan bahawa maklumat peribadi anda mungkin didedahkan kepada entiti Bursa yang relevan (yang akan termasuk Bursa Malaysia Berhad, Bursa Malaysia Securities Berhad, Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd, Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, Bursa Malaysia Derivatives Clearing Berhad, atau Bursa Malaysia Derivatives Berhad, dan sebagainya (secara bersama disebut "Bursa Malaysia") untuk tujuan undang-undang, pengawalseliaan dan pentadbiran, jika berkaitan. Sekiranya maklumat peribadi anda diberikan kepada Bursa Malaysia, anda faham bahawa amalan perlindungan data peribadi Bursa Malaysia adalah sebagaimana yang dihuraikan dalam Notis Data Peribadi Bursa (yang boleh didapati di http://www.bursamalaysia.com/personal-data-notice) akan terpakai.

 

[Perenggan yang berikut hanya terpakai untuk penjamin individu]

29.10 Penjamin individu memahami bahawa sebagai penjamin, kami akan memproses maklumat peribadi penjamin individu menurut Tujuan yang dihuraikan di atas dan bahawa penjamin individu akan mempunyai hak yang sama untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi penjamin individu sebagaimana yang dihuraikan di atas.

 

[Perenggan yang berikut hanya terpakai untuk penandatangan/orang yang dihubungi bagi pelanggan korporat kami yang dibenarkan, jika ada]

29.11 Sebagai penandatangan/orang yang dihubungi untuk syarikat yang dibenarkan, penandatangan yang dibenarkan faham bahawa maklumat peribadi pengarah, pemegang saham individu, kakitangan dan sebagainya, boleh kami kumpul dan proses untuk Tujuan yang dihuraikan di atas. Penandatangan yang dibenarkan mewakili dan mewarankan bahawa penandatangan yang dibenarkan berhak memberikan maklumat peribadi berkenaan kepada kami dan/atau kebenaran orang yang mengizinkan yang sesuai telah diperoleh untuk membolehkan kami memproses maklumat peribadi tersebut untuk Tujuan tersebut.

 

30.  Usaha Wajar Pelanggan

30.1   Keizinan anda untuk dan membenarkan kami atas budi bicara kami, untuk melaksanakan usaha wajar bagi mengenal pasti dan mengetahui latar belakang anda. Jika dikehendaki, anda akan mengeluarkan dokumen tertentu seperti perisytiharan atau menyediakan dokumen tertentu kepada kami untuk tujuan usaha wajar. Sekiranya gagal dilakukan, kami berhak menggantung, menutup atau mengehadkan penggunaan Akaun termasuk tidak membenarkan apa-apa pemindahan dana kepada pihak ketiga.

 

31.   Pindaan Terma dan Syarat

31.1   Terma dan syarat ini mendahului semua terma dan syarat sebelum ini yang mengawal Perkhidmatan yang dinyatakan di dalam dokumen ini, melainkan kami nyatakan secara khusus. Kami berhak meminda, membekalkan, mengubah dan/atau menggantikan terma dan syarat ini atau memperkenalkan terma dan syarat baharu untuk produk atau perkhidmatan baharu dengan memberikan notis dua puluh satu hari (21) kalendar kepada anda sebelum terma dan syarat baharu berkuat kuasa menurut Fasal 26 di atas.

31.2   Terma dan syarat ini hendaklah dikawal oleh dan tertakluk pada undang-undang, peraturan dan garis panduan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh BNM, Persatuan Bank-bank Malaysia dan badan relevan lain di bawah undang-undang yang terpakai. Apa-apa produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda adalah tertakluk pada undang-undang, peraturan dan garis panduan tersebut.

31.3   Operasi berterusan atau tidak menutup Akaun atau menggunakan Perkhidmatan selepas tarikh kuat kuasa perubahan terma dan syarat sedemikian akan dianggap sebagai membentuk penerimaan bagi perubahan sedemikian tanpa keraguan anda.

31.4   Terma dan syarat ini boleh disediakan atas permintaan daripada mana-mana cawangan kami atau daripada Laman Sesawang atau menerusi apa-apa saluran penghantaran sebagaimana yang kami tentukan dari semasa ke semasa.

31.5   Kami boleh menawarkan ciri baharu atau tambahan, Perkhidmatan kepada anda dan penerimaan anda akan penggunaan ciri tambahan, produk dan perkhidmatan akan dianggap sebagai penerimaan akan terma dan syarat dan terma tambahan sebagaimana yang kami nyatakan.

31.6   Terma dan syarat ini bersama-sama dengan penambahan seterusnya, pemadaman atau pindaan yang kami buat dari semasa ke semasa akan terpakai bagi apa-apa Akaun akan datang yang mungkin akan anda senggarakan dengan kami.

31.7   Walau bagaimanapun, dalam kes kecemasan atau bagi melindungi keselamatan perkhidmatan yang diberikan, termasuk Perbankan Telefon, Perbankan Internet dan/atau Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih atau dalam keadaan lain yang di luar kawalan kami, apabila kami mendapati adalah perlu untuk mengubah, mengubah suai, membuang atau menambah kepada terma dan syarat ini tanpa notis kepada anda, kami akan memberitahu anda akan perubahan sedemikian sebaik sahaja boleh dilakukan dan/atau alasan bagi perubahan sedemikian. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses berterusan anda dan penggunaan terma dan syarat ini (sebagaimana yang diubah dan diubah suai dari semasa ke semasa) akan membentuk penerimaan anda akan apa-apa perubahan, pembuangan, pengubahsuaian atau penambahan terma dan syarat ini.

 

32.  Undang-undang yang Mengawal/Badan Pengawalseliaan

32.1   Terma dan Syarat ini hendaklah tertakluk pada kawalan oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia atau (jika berkaitan) undang-undang yang wujud di negara yang terbabit dalam urus niaga atau penggunaan dan undang-undang, peraturan dan garis panduan BNM, Persatuan Bank-bank Malaysia dan badan lain yang berkaitan, yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Tanpa mengehadkan keluasan makna ayat yang sebelumnya, anda hendaklah menggunakan Perkhidmatan secara ketat dalam mematuhi undang-undang Kawalan Pertukaran. Sekiranya berkaitan, anda hendaklah mendapatkan apa-apa kelulusan relevan daripada Bank Negara Malaysia menurut undang-undang Kawalan Pertukaran.

32.2   Menjadi tanggungjawab anda untuk mematuhi undang-undang Malaysia atau mana-mana negara lain yang terpakai tanpa kami dipertanggungjawabkan untuk memberitahu atau memaklumkan anda akan undang-undang sedemikian.

 

33.  Berasingan

33.1   Mana-mana terma dan syarat dalam terma dan syarat ini yang tidak boleh dikuatkuasakan, tidak sah atau dilarang hendaklah tidak menjejaskan kesahan terma dan syarat yang masih ada.

 

34.  Waris Terikat

34.1   Anda tidak boleh menyerahkan hak dan kepentingan anda dalam Akaun dan/atau Perkhidmatan tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu. Obligasi dan liabiliti anda hendaklah berterusan tanpa mengambil kira apa-apa perubahan melalui penggabungan, pembinaan semula atau selainnya dalam perlembagaan anda.

 

F.     PERTANYAAN

Kami menghargai maklum balas anda dan mempunyai sasaran untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang kukuh. Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan atau memerlukan bantuan selanjutnya berkaitan Perkhidmatan, Perbankan Telefon atau Perbankan Internet dan Perbankan Mudah Alih, sila hubungi Pusat Mesra Pelanggan kami, datang ke mana-mana cawangan kami atau layari Laman Sesawang kami di www.rhbgroup.com

 

RHB Bank Berhad

Tel: 03-9206 8118

Customer Care Centre

Fax: 03-9206 8088

Level 6, Menara AA

E-Mail: customer.service@rhbgroup.com

Jalan Tun Razak

 

50400 Kuala Lumpur

 

 

Anda mungkin dikehendaki mendedahkan semua maklumat yang relevan berkaitan pertanyaan, atau aduan atau pertikaian tetapi tidak terhad pada nama anda, nombor Akaun yang relevan, butir pertanyaan atau aduan, amaun yang terlibat dalam pertanyaan atau aduan, sebagaimana yang relevan. Sekiranya apa-apa komunikasi melibatkan maklumat rahsia anda berkaitan Akaun atau urus niaga yang dibuat berkaitan pertanyaan atau aduan, kami menggalakkan komunikasi menerusi Pesanan Selamat. Sekiranya anda terus meluaskan komunikasi berkaitan maklumat sedemikian menerusi pesanan tak selamat, anda bersetuju untuk dan mengaku janji bahawa semua risiko yang sedia wujud berkaitan dengan cara komunikasi sedemikian dan tidak akan, pada bila-bila masa, memegang kami sebagai bertanggungjawab atau liabel terhadap keselamatan maklumat sedemikian sekiranya berlaku apa-apa kehilangan berkaitan dengannya.

 

Aduan dan pertanyaan anda akan disiasat dan dilayan. Anda akan dimaklumkan hasil penyiasatan atau jawapan terhadap pertanyaan dalam masa sepuluh (10) hari perniagaan selepas penerimaan pertanyaan atau aduan sedemikian.

 

Sekiranya lebih masa diperlukan untuk menjalankan penyiasatan, tempoh yang dinyatakan dalam fasal di atas akan dilanjutkan ke tempoh yang munasabah sebagaimana diperlukan yang tidak melebihi tiga puluh (30) hari dari tarikh pertanyaan atau aduan sedemikian diterima. Anda akan dimaklumkan secara bertulis menerusi pesanan selamat alasan kelewatan dan keperluan masa tambahan untuk menyelesaikan aduan.

 

Jika anda tidak berpuas hati dengan hasil penyiasatan atau aduan, anda boleh merayu terhadap hasil sedemikian dengan merujukkan aduan kepada Bank Negara Malaysia atau Financial Ombudsman Scheme (FOS).

 

G.    TAKRIFANS

 

Dalam kedua-dua bahagian Terma dan Syarat Umum dan Khusus, melainkan konteksnya menurut dokumen ini menghendaki yang sebaliknya, perkataan dan ungkapan yang berikut hendaklah mempunyai makna yang berikut:

 

(i)            Perkataan "Kami", "Bank" dan "RHB" bermaksud RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M), sebuah bank berlesen yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dengan alamat berdaftarnya di Level 9, Tower 1, RHB Centre, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur dan/atau entiti lain dalam RHB Banking Group, rakan kongsinya dan kontraktornya, atau mana-mana satu daripadanya (sekiranya berkaitan).

 

(ii)           Perkataan "Anda", "Diri Anda", "Pelanggan" dan/atau "Pemegang Akaun", bermaksud pemilik dan/atau pemilik bersama bagi Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank.

 

(iii)          "ID Akses" bermaksud mana-mana satu yang berikut: nombor Kad ATM/Kad Debit; atau nombor kad kredit, atau apa-apa nombor pengenalan akses lain yang kami berikan kepada anda.

 

(iv)          "Akaun" bermaksud mana-mana satu atau lebih akaun yang termasuklah simpanan, kredit, semasa, berbilang mata wang, pelaburan, deposit tetap, pinjaman atau apa-apa akaun lain yang anda miliki dengan kami dan boleh diakses menerusi Perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih di bawah Laman Sesawang atau apa-apa saluran lain sebagaimana yang kami tentukan dari semasa ke semasa (sekiranya berkaitan).

 

(v)           "Aplikasi" dirujuk sebagai aplikasi yang dipasang kepada peranti mudah alih pengguna, tertakluk pada perubahan yang perlu dibuat dalam pentafsiran, dan sebagaimana yang kami pinda dari semasa ke semasa.

 

(vi)          "ATM" bermaksud Mesin Juruwang Automatik atau mesin yang dikendalikan melalui kad, sama ada yang kami miliki atau dimiliki oleh bank peserta lain atau institusi kewangan, atau Rangkaian ATM Visa/Master Global, atau rangkaian bersekutu lain, yang dengannya kami mempunyai pengaturan sedia ada untuk membenarkan anda menggunakan Kad pada mesin sedemikian.

 

(vii)         "Kad ATM" bermaksud kad atau peranti lain yang kami keluarkan untuk anda yang boleh anda akses menggunakan ATM, bersama-sama dengan PIN/kata laluan yang relevan.

 

(viii)        "PIN ATM" bermaksud nombor pengenalan peribadi sama ada kami peruntukkan jika anda mendaftar menerusi mana-mana SSO kami atau anda pilih menerusi mana-mana ATM menurut tatacara langganan dengan Perkhidmatan ATM.

 

(ix)          "Hari Perbankan/Hari Perniagaan" bermaksud suatu hari apabila kami dibuka untuk perniagaan di Malaysia dan jika apa-apa tempoh masa jatuh pada suatu hari, yang bukan Hari Perniagaan/Hari Perbankan, maka tempoh tersebut dianggap hanya luput pada hari Perniagaan/Perbankan berikutnya.

 

(x)           "BNM" bermaksud Bank Negara Malaysia.

 

(xi)          "Kad" bermaksud suatu kad ATM, suatu kad debit atau kad kredit atau semuanya, sebagaimana konteksnya menghendakinya.

 

(xii)         "Kandungan" bermaksud ada-apa bahan, maklumat, grafik, teks, imej, Pautan, iklan dan data yang dipaparkan atau terkandung dalam Laman Sesawang.

 

(xiii)        "Tempoh Bertenang" bermaksud tempoh apabila anda boleh membatalkan pelaburan tanpa bayaran dan akan menerima amaun pelaburan awal yang penuh.

 

(xiv)        "Pengesahan" bermaksud dokumen dan bukti pengesahan lain yang kami keluarkan kepada anda yang mengesahkan atau membuktikan pelaburan dan mengandungi terma relevan akan Pelaburan Produk Berstruktur;

 

(xv)         "Tarikh Akhir dan Masa" bermaksud tarikh dan masa sebagaimana yang kami tentukan dan maklumkan kepada anda sebagai tarikh dan masa akhir apabila Bank mesti menerima Amaun Prinsipal;

 

(xvi)        "Confirmation" means the documents and other confirming evidence issued by us to you confirming or evidencing the investment and containing the relevant terms of the Structured Products Investments;

 

(xvii)       "Cut-off Date and Time" means such date and time as determined by us and notified to you to be the latest date and time by which the Bank must receive the Principal Amount;

 

(xviii)      "CASA" bermaksud akaun semasa atau akaun simpanan;

 

(xix)        "CM CASA" means Commodity Murabahah current and savings account

 

(xx)         "Ejen Perkhidmatan Pelanggan" bermaksud kakitangan dan/atau wakil yang ditempatkan di meja bantuan untuk membantu anda melalui telefon dalam mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan dan juga melaksanakan urus niaga perbankan tertentu menurut arahan anda;

 

(xxi)        "CVV2/CVC2" bermaksud nombor tiga digit yang terdapat di belakang Kad Kredit RHB;

 

(xxii)       ""Konvensyen Kiraan Hari" bermaksud yang berkaitan pengiraan Faedah, bilangan hari dalam tempoh faedah tersebut apabila faedah terakru sebagai pecahan daripada bilangan hari dalam setahun. Berdasarkan konvensyen dan jenis mata wang bilangan hari dalam setahun mungkin 365 hari atau 360 hari;

 

(xxiii)      "Kad Debit" bermaksud kad atau peranti lain yang kami keluarkan kepada anda untuk membuat pembayaran secara debit terus daripada akaun. Kad debit boleh juga menjadi kad ATM;

 

(xxiv)     "Wakil yang Dinamakan" bermaksud individu yang anda lantik dan benarkan secara wajar (dalam keadaan sama ada anda adalah sebuah badan korporat atau tidak diperbadankan, syarikat atau perkongsian) untuk melaksanakan mana-mana atau semua yang berikut:

a.      Memegang log masuk ID dan PIN perbankan telefon bagi pihak anda; dan

b.      Mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan bagi pihak anda;

menurut terma dan syarat ini dan/atau penggunaan Perkhidmatan oleh Wakil Dilantik anda akan dianggap telah mengakses dan/atau gunakan dan akses sedemikian dan/atau penggunaannya hendaklah mengikat ke atas anda;

 

(xxv)       "e-Penyata" bermaksud penyata perbankan akaun dalam bentuk elektronik yang dihantar ke peti e-mel anda yang boleh anda lihat dan cetak daripada terminal komputer;

 

(xxvi)      "Khidmat e-Penyata" bermaksud perkhidmatan yang kami berikan kepada anda apabila pendaftaran anda berjaya, anda akan dapat menerima e-Penyata dan melihat serta mencetaknya.

 

(xxvii)     "Undang-undang Kawalan Mata Wang" bermaksud notis Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan apa-apa dan semua garis panduan dan/atau peraturan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau pengawal mata wang yang lain dari semasa ke semasa.

 

(xxviii)    "Pertukaran" bermaksud Bursa Malaysia atau pertukaran lain yang seumpamanya dengan Terbitan Rujukan yang mungkin disenaraikan dan disebut, sebagaimana yang ditentukan dalam Lembar Terma Induk dan/atau Pengesahan;

 

(xxix)      "Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing (FATCA)" yang telah diluluskan sebagai sebahagian daripada Akta Hiring Incentive to Restore Employment (HIRE), secara amnya menghendaki Institusi Kewangan asing dan entiti bukan-Kewangan asing melaporkan aset asing yang dipegang oleh pemegang akaun A.S mereka atau tertakluk kepada penangguhan pembayaran boleh ditahan. Akta HIRE juga mengandungi undang-undang yang menghendaki orang A.S. melaporkan, bergantung kepada nilai, akaun kewangan asing mereka dan asset-aset asing.

 

(xxx)       "Dana" bermaksud unit amanah atau skim pelaburan lain bagi unit tersebut yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa yang relevan bagi jualan kepada pihak awam;

 

(xxxi)      "Maklumat" bermaksud prospektus, laporan tahunan atau laporan berkala lain atau laporan akaun, penulisan dan bahan promosi, dan maklumat statistik berkaitan Pelaburan;

 

(xxxii)     "Faedah" bermaksud amaun faedah yang kena dibayar berkaitan dengan Pelaburan Produk Berstruktur, sebagaimana ditentukan oleh Bank;

 

(xxxiii)    "Perbankan Internet" bermaksud Perkhidmatan yang kami berikan kepada anda menerusi Internet melalui Laman Sesawang menurut terma dan syarat ini atau apa-apa peraturan dan garis panduan lain yang kami tentukan;

 

(xxxiv)    "Pengenal" bermaksud ID Akses, Nama Pengguna, Kata Rahsia, Kata Laluan Satu Kali (OTP), Kod Keselamatan dan mana-mana satu atau lebih perkara yang sama;

 

(xxxv)     "Pelaburan" bermaksud unit dalam Dana atau skim pelaburan bersama lain yang boleh kami agihkan dari semasa ke semasa atau pada bila-bila masa;

 

(xxxvi)    "Perkhidmatan Pelaburan" bermaksud perkhidmatan yang merujuk Terma dan Syarat ini sebagaimana yang kami berikan berkaitan Pelaburan;

 

(xxxvii)   "JomPay" bermaksud skim pembayaran bil negara oleh Bank Negara Malaysia (BNM) diketuai oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear) untuk mempublisitikan dan menggalakkan penggunaan pembayaran bil dan invois dalam talian. Perkhidmatan ini ditawarkan menerusi kemudahan Perbankan Internet/Perbankan Mudah Alih institusi kewangan yang turut serta.

 

(xxxviii)  "Pautan" bermaksud pautan antara satu produk kepada suatu saluran dan/atau kata hiperpautan ke Laman Sesawang yang mengisyaratkan pengguna akan pautan sedia ada ke laman lain pada internet. Hal ini juga bermakna satu pautan yang ditandakan sebagai satu perkataan yang diserlah, perkataan yang diwarnakan dengan warna berbeza dan/atau grafik (misalnya logo yang menjadi cap dagang atau satu butang) pada Laman Sesawang yang mengisyaratkan pengguna Laman Sesawang akan kewujudan pautan ke halaman lain pada Internet atau World Wide Web di tapak lain selain Laman Sesawang.

 

(xxxix)    "Lembar Terma Induk" bermaksud Lembar Terma Induk dan/atau Lembar Terma yang kami keluarkan kepada anda dan kami laksanakan/dianggap dilaksanakan, dari semasa ke semasa berkaitan Pelaburan Produk Berstruktur yang termasuklah terma utama, obligasi berkaitan, andaian yang mendasarinya, asas harga, analisis keadaan untuk menggambarkan kesan pergerakan pasaran ke atas Pelaburan Produk berstruktur dan/atau maklumat lain yang seumpamanya berkaitan Pelaburan Produk Berstruktur, sebagaimana yang dirasakan relevan dengan syarat jika kedua-dua Lembar Terma Induk dan Lembar Terma dikeluarkan berkaitan Pelaburan Produk Berstruktur, peruntukan lembar terma (yang dilaksanakan atau dianggap diterima oleh pelabur) hendaklah mendahului berkaitan Pelaburan Produk Berstruktur apabila terdapat ketakseragaman;

 

(xl)          "Tarikh Matang" bermaksud tarikh matang Pelaburan Produk Berstruktur sebagaimana yang ditetapkan dalam Lembar Terma Induk dan/atau Pengesahan dan termasuklah apa-apa ubahsuaian, semakan atau perluasan terhadap Tarikh Matang awal yang asal;

 

(xli)         "Kejadian Kejatuhan Pasaran" bermaksud apa-apa penggantungan atau pengehadan yang dikenakan ke atas dagangan Terbitan Rujukan pada Hari Perniagaan Pertukaran semasa tempoh satu setengah jam yang berakhir pada Masa Penilaian pada Tarikh Penilaian;

 

(xlii)       "Perbankan Mudah Alih" bermaksud Perkhidmatan Perbankan yang kami tawarkan, yang perkhidmatannya boleh anda akses menerusi Internet/GPRS/3G atau apa-apa perantaraan elektronik lain yang kami luluskan menurut terma dan syarat ini atau apa-apa undang-undang dan peraturan lain yang kami tentukan.

 

(xliii)       "Peranti Mobil" bermaksud peranti boleh alih atau peranti komunikasi lain yang seumpamanya yang digunakan untuk mengakses perkhidmatan Perbankan Mudah Alih;

 

(xliv)        "Pelaburan Bukan Prinsipal yang Dilindungi" bermaksud Pelaburan Produk Berstruktur dengan kelemahan maksimum yang menimpa anda kemungkinannya adalah kehilangan Amaun Prinsipal yang dilaburkan;

 

(xlv)        "Tempoh Pemerhatian" bermaksud yang berkaitan Pelaburan Produk Berstruktur, hari atau suatu tempoh masa yang pada masa itu suatu ketentuan dibuat berkaitan Terbitan Rujukan sebagaimana dihuraikan dalam Terma dan Syarat bagi Pelaburan Produk Berstruktur khusus, dan yang akan menentukan Faedah atau Amaun Pembayaran yang dibayar bagi Pelaburan Produk Berstruktur;

 

(xlvi)       "Kata Laluan Satu Kali (OTP)" bermaksud kod abjad angka unik yang hanya sah bagi urus niaga tunggal apabila anda melaksanakan apa-apa urus niaga risiko tinggi. OTP akan dihantar bersama-sama dengan Kod Keselamatan melalui SMS ke nombor telefon mudah alih berdaftar. Anda mesti memastikan yang Kod Keselamatan yang dipaparkan pada laman Pengesahan merupakan yang tepat dengan Kod Keselamatan yang dihantar menerusi SMS sebelum memasukkan OTP untuk melengkapkan urus niaga.

 

(xlvii)      "Kata Laluan" bermaksud serantai aksara abjad angka yang anda pilih yang unik kepada anda dan hanya anda yang mengetahuinya dan sistem komputer kami mengesahkan ID SignOn anda apabila anda mengakses Perbankan Internet dan/atau Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih dan bersama-sama dengan ID SignOn membentuk bahagian lain tandatangan elektronik;

 

(xlviii)     "PayPal" bermaksud satu perkhidmatan yang membolehkan anda membuat pembayaran dalam talian, menghantar dan menerima wang;

 

(xlix)       "Maklumat Peribadi" berkenaan dengan Anda dan mana-mana Orang yang Mengawal, bererti:


     (i) di mana anda dan mana-mana Orang Mengawal adalah individu, nama penuh, tarikh dan tempat kelahiran, alamat kediaman, alamat surat-menyurat, maklumat hubungan (termasuk nombor telefon) dan sebarang nombor pengenalan pembayar cukai ("TIN") nombor keselamatan sosial, kewarganegaraan, residensi dan residensi cukai atau (jika berkenaan) apa-apa maklumat lain yang diperlukan oleh Kumpulan Perbankan RHB berhubung dengan Pelanggan dan mana-mana Orang Yang Mengawal;


     (ii) di mana Pelanggan dan mana-mana Orang Yang Mengawal adalah syarikat/entiti, nama penuhnya, tarikh dan tempat penubuhan atau pembentukan, alamat berdaftar, alamat tempat perniagaan, nombor pengenalan cukai, status cukai, residensi cukai, alamat berdaftar, alamat tempat perniagaan, pengesahan status/klasifikasi CRS atau (jika berkenaan) maklumat lain yang diperlukan oleh Kumpulan Perbankan RHB berhubung dengan setiap pemegang saham utama dan orang yang mengawalnya.

 

(l)            "Pengurusan Kewangan Peribadi (PFM)" bermaksud permohonan yang ditawarkan kepada anda jika anda layak untuk membantu anda merancang dan menguruskan kewangan. PFM boleh mengkategorikan urus niaga dan menambah akaun daripada banyak institusi menjadi satu pandangan yang akan termasuklah data yang boleh dilihat seperti aliran tunai, aliran perbelanjaan, sasaran, nilai bersih dan pengurusan hutang.

 

(li)           "PIN" bermaksud Nombor Pengenalan Peribadi yang diberikan kepada anda untuk digunakan bersama-sama dengan Kad.

 

(lii)          "PDPA" bermaksud Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

 

(liii)         "PIDM" bermaksud Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.

 

(liv)         "Amaun Prinsipal" atau "Amaun Pelaburan" bermaksud amaun dalam mata wang yang ditetapkan dalam Lembar Terma Induk dan/atau Pengesahan yang hendaklah atau telah anda letakkan dalam Akaun dan kami terima untuk pelaburan dalam Pelaburan Produk Berstruktur menurut Terma dan Syarat ini. Setiap amaun pelaburan awal hendaklah tidak kurang daripada amaun minimum yang kami tentukan dari semasa ke semasa;

 

(lv)          "Lembar Serlah Produk" merujuk dokumen yang kami berikan menurut garis panduan yang terpakai yang mengandungi butiran dan maklumat produk penting akan Pelaburan Produk Berstruktur untuk membuat keputusan termaklum dan untuk memudahkan perbandingan antara produk;

 

(lvi)         "Profit" ertinya amaun keuntungan yang kena dibayar berkaitan dengan produk yang ditawarkan oleh RHB Islamic Bank Berhad, yang ditentukan oleh RHB Islamic Bank Berhad.

 

(lvii)        "Pelaburan Prinsipal Dilindungi" bermaksud Pelaburan Produk Berstruktur dengan Amaun Prinsipal yang dilaburkan dilindungi sepenuhnya dengan syarat Pelaburan Produk Berstruktur dipegang sehingga matang;

 

(lviii)       "Terbitan Rujukan" bermaksud suatu kontrak kewangan yang nilainya bergantung pada satu atau lebih aset yang mendasarinya manakala aset yang mendasari boleh termasuk tetapi tidak terhad pada, kadar faedah, kadar pertukaran mata wang asing, pendapatan tetap, harga ekuiti dan komoditi dan apa-apa gabungan atau indeks daripadanya yang membentuk bahagian Pelaburan Produk Berstruktur sebagaimana yang dinyatakan dalam Lembar Terma Induk dan/atau Pengesahan;

 

(lix)         "Pemegang Pelaburan Berdaftar" bermaksud RHB Bank Berhad;

 

(lx)          "RHB Bank Berhad" bermaksud RHB Bank Berhad (Company No. 6171-M), sebuah bank berlesen yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dan dengan alamat berdaftarnya di Level 9, Tower One, RHB Centre, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.Â

 

(lxi)         "RHB Banking Group" bermaksud RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M), anak syarikatnya, syarikat bersekutu dan berkaitan dari semasa ke semasa dan sekiranya konteksnya menghendaki sedemikian, hendaklah bermaksud mana-mana satu atau lebih daripadanya.

 

(lxii)        "RHB Investment Bank Berhad" bermaksud RHB Investment Bank Berhad (No. Syarikat 19663-P), sebuah bank berlesen yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dan dengan alamat berdaftarnya di Level 9, Tower 1, RHB Centre, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

 

(lxiii)       "RHB Islamic Bank Berhad" bermaksud RHB Islamic Bank Berhad (Company No. 680329-V), sebuah bank berlesen yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dan dengan alamat berdaftarnya di Level 9, Tower One, RHB Centre, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

 

(lxiv)       "Penyata Pendedahan Risiko" bermaksud penyata pendedahan risiko umum tentang Pelaburan Produk Berstruktur yang perlu anda perakui dan terima sebagai syarat mendahului untuk melabur dalam Pelaburan Produk Berstruktur;

 

(lxv)        "Perkhidmatan" bermaksud apa-apa produk dan/atau perkhidmatan yang kami berikan;

 

(lxvi)       "Penyedia Perkhidmatan" bermaksud pihak yang menyediakan perkhidmatan;

 

(lxvii)      "Kata Rahsia" bermaksud rantaian aksara abjad yang anda pilih yang unik kepada anda dan hanya anda yang mengetahuinya dan sistem komputer, akan dipaparkan pada skrin selepas anda memasukkan Nama Pengguna Log Masuk. Fungsi ini adalah pengesahan bersama yang anda gunakan untuk mengesahkan bahawa laman log masuk adalah daripada tapak asli kami.

 

(lxviii)     "Kod Keselamatan" bermaksud kod 6 digit yang akan dipaparkan pada "Laman Pengesahan" bagi apa-apa urus niaga risiko tinggi dan akan juga dihantar melalui SMS ke nombor telefon mudah alih yang didaftarkan. Anda perlu memastikan yang Kod Keselamatan yang dipaparkan pada Laman Pengesahan adalah sama seperti Kod Keselamatan yang dihantar melalui SMS;

 

(lxix)        "Siri" merujuk kepada "pembantu pintar" yang dibina yang membolehkan pengguna peranti Apple menggunakan arahan suara bahasa semula jadi untuk mengendalikan peranti mudah alih dan aplikasinya. Pengguna boleh mengucapkan perintah dan menerima pengesahan yang boleh didengar dari Siri untuk menghantar mesej, membuat panggilan, menetapkan peringatan, beroperasi iTunes dan banyak lagi

 

(lxx)        "SSO" bermaksud mana-mana satu atau lebih entiti RHB dalam Cawangan RHB Group dan/atau Outlet Jualan dan Perkhidmatan, di mana jua letaknya;

 

(lxxi)       "Tempoh Jualan" bermaksud tempoh sebelum Tarikh Dagangan, apabila kami boleh menerima pesanan daripada anda dalam suatu tempoh masa. Apabila terdapat Tempoh Jualan bagi Pelaburan Produk Berstruktur, terma akhir yang kami laksanakan/laburkan mungkin berbeza daripada tempoh berarah yang diberikan kepada anda. Kami akan, atas usaha terbaik melaksanakan/melaburkan Pelaburan Produk Berstruktur berdasarkan terma sedekat mungkin dengan terma berarah, bagaimanapun hal ini tertakluk pada keadaan pasaran. Tempoh bertenang akan terpakai semasa Tempoh Jualan;

 

(lxxii)      "Tarikh Mula" bermaksud tarikh apabila Amaun Prinsipal bagi Pelaburan Produk Berstruktur akan didepositkan dengan kami, sebagaimana ditentukan dalam Lembar Terma Induk dan/atau Pengesahan;

 

(lxxiii)     "Pelaburan Produk Berstruktur /Pelaburan Berstruktur" bermaksud pelaburan yang berkaitan dengan Terbitan Rujukan dan mana-mana pelaburan produk berstruktur lain yang seumpamanya yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti yang akan ditawarkan oleh Bank dari semasa ke semasa, dengan Pelaburan Produk Berstruktur boleh dilaksanakan dalam Ringgit Malaysia atau mata wang asing yang kami terima. Istilah Pelaburan Produk Berstruktur hendaklah ditafsirkan sebagai bermaksud mana-mana satu Pelaburan Produk Berstruktur yang anda laburkan dengan kami;

 

(lxxiv)     "Maklumat Cukai" berkenaan dengan Pelanggan dan mana-mana Orang yang Mengawal, iaitu:
(i) sebarang dokumentasi atau maklumat (dan penyata-penyata, borang-borang, representasi, pengecualian dan persetujuan yang disertakan sebagaimana yang diperlukan oleh Kumpulan Perbankan RHB dari semasa ke semasa atau seperti yang diberikan oleh Pelanggan dan mana-mana Orang yang Mengawal dari semasa ke semasa) berkaitan, secara langsung atau tidak langsung, kepada status cukai Pelanggan dan mana-mana Orang Yang Mengawal;
(ii) Maklumat Peribadi Pelanggan dan mana-mana Orang Yang Mengawal;
(iii) Maklumat Akaun; dan
(iv) sebarang maklumat lain yang diterima oleh mana-mana ahli Kumpulan Perbankan RHB berhubung dengan Pelanggan, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) maklumat yang dikumpulkan dan dikekalkan menurut prosedur Pencegahan Pengubahan Wang Haram / Ketahui Pelanggan (AML / KYC).

 

(lxxv)      "Tenor" bermaksud, yang berkaitan Pelaburan Produk Berstruktur, tempohnya bermula pada dan termasuklah Tarikh Mula dan berakhir pada, tetapi tidak termasuk, Tarikh Matang, sebagaimana yang ditentukan dalam Lembar Terma Induk dan/atau Pengesahan;

 

(lxxvi)     "Lembar Terma" bermaksud lembar terma berarah atau akhir bagi Pelaburan Produk Berstruktur, walau bagaimana sekalipun disebutkan, yang mungkin diberikan oleh Bank kepada Pelanggan sebelum atau sebaik sahaja selepas pelaksanaan Pelaburan Produk Berstruktur yang menetapkan terma ekonomi utama dan terma lain yang terpakai bagi Pelaburan Produk Berstruktur berasaskan yang berarah atau akhir sebagaimana yang dipersetujui oleh Pelanggan;

 

(lxxvii)    "TIN" (termasuk "bersamaan berfungsi") bermaksud "nombor rujukan cukai negara asing" atau bersamaan fungsi jika tiada TIN. TIN adalah gabungan huruf atau nombor yang unik yang diberikan oleh suatu bidang kuasa kepada individu atau Entiti yang digunakan bagi mengenal pasti individu atau Entiti untuk tujuan mentadbir undang-undang cukai bidang kuasa tersebut. Butiran lanjut mengenai TIN yang boleh diterima pakai boleh didapati di pautan berikut [ https://www.oecd.org/tax/automatic-exchange/crs-implementation-and-assistance/tax-identification-numbers].
Sesetengah bidang kuasa tidak mengeluarkan TIN. Walau bagaimanapun, bidang kuasa ini sering menggunakan beberapa nombor integriti yang tinggi dengan tahap pengenalan yang setara ("bersamaan berfungsi"). Contoh jenis nombor tersebut termasuk, untuk Entiti, kod/nombor pendaftaran perniagaan /syarikat

 

(lxxviii)   "Rekod Urus Niaga" bermaksud penyata berkala yang kami berikan kepada anda berkaitan Akaun Pelaburan;

 

(lxxix)     "Kos Unwinding" bermaksud (i) kos dana berkaitan penamatan/penarikan balik awal Amaun pelaburan dan (ii) kos penamatan, pencairan atau penubuhan semula kedudukan lindung nilai atau dagangan berkaitan Terbitan Rujukan yang terbenam;

 

(lxxx)      "UTMC", berkaitan dengan Dana, bermaksud syarikat pengurusan unit amanah yang menguruskan Dana.

 

(lxxxi)     "Nama Pengguna" nama yang dihasilkan daripada rantaian aksara yang anda pilih yang unik kepada anda, membentuk satu bahagian tandatangan elektronik menurut dokumen ini dan merupakan satu-satunya cara untuk membenarkan sistem Perbankan Internet kami mengenali anda dan Akaun anda apabila anda mengakses Perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih;

 

(lxxxii)    "Tarikh Sah" bermaksud tarikh matang Kad sebagaimana yang dicetak pada Kad;

 

(lxxxiii)   "Western Union" bermaksud perkhidmatan yang membolehkan anda menghantar wang secara dalam talian ke bank di negara dipilih atau kepada ejen di lokasi dipilih di seluruh dunia;

 

(lxxxiv)  "Laman Sesawang" bermaksud Laman Sesawang korporat RHB di http://www.rhbgroup.com

 

(lxxxv)   Perkataan "Ringgit Malaysia" dan singkatan "RM" bermaksud mata wang Malaysia yang sah;

 

(lxxxvi)   Perkataan yang membawa maksud tunggal hendaklah termasuk yang jamak dan sebaliknya;

 

(lxxxvii)  Perkataan yang membawa maksud jantina lelaki hendaklah termasuk yang perempuan, neutral dan sebaliknya;

 

(lxxxviii) Apa-apa rujukan terhadap terma dan syarat dengan apa-apa nama dalam bentuk, pernyataan, brosur dan dokumen lain yang telah kami berikan adalah rujukan bagi terma dan syarat relevan yang terkandung dalam terma dan syarat ini;

 

(lxxxix)   Apa-apa istilah perbankan yang tidak dinyatakan secara khusus atau dihuraikan di dalam dokumen ini hendaklah ditafsirkan sejajar dengan amalan umum bank dan institusi kewangan di Malaysia;

 

(xc)         Apa-apa rujukan terhadap peruntukan undang-undang termasuklah apa-apa ubahsuaian, penggabungan atau percantuman semula pada masa berkuat kuasa dan semua instrumen undang-undang atau perintah adalah dibuat menurut dokumen ini.

 

(xci)        Apa-apa terma yang berkaitan dengan teknologi komputer yang tidak ditentukan, ditakrifkan atau dihuraikan di dalam dokumen ini hendaklah ditafsirkan menurut amalan umum dan dagangan syarikat komputer dan industri teknologi maklumat di Malaysia;

 

(xcii)       Sekiranya terdapat dua atau lebih orang atau pihak yang terdapat dalam ungkapan "anda", perjanjian, waad, penetapan, aku janji, terma dan syarat yang dinyatakan yang hendak dibuat dan ke atas anda dengan ini hendaklah dianggap dibuat untuk dan di pihak anda di dalam dokumen ini hendaklah dianggap dibuat untuk atau mengikat ke atas orang sedemikian atau pihak yang secara bersama dan berasingan.

 

(xciii)      Tajuk dalam Perjanjian ini dimasukkan semata-mata untuk kemudahan rujukan dan hendaklah tidak menjejaskan pentafsiran peruntukan yang terkandung di dalam dokumen ini.

(xciv)      "Standard Pelaporan Bersama (CRS)" telah dihasilkan sebagai respons kepada permintaan G20 dan diluluskan oleh Majlis Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) pada 15 Julai 2014, memerlukan bidang kuasa untuk mendapatkan maklumat daripada institusi kewangan mereka dan secara automatik menukar maklumat tersebut dengan bidang kuasa lain setiap tahun. Ia menetapkan maklumat akaun kewangan yang akan dipertukarkan, institusi kewangan yang diperlukan untuk melaporkan, pelbagai jenis akaun dan pembayar cukai yang dilindungi, serta prosedur ketekunan wajar yang perlu diikuti oleh institusi kewangan.

(xcv)        "Orang yang Mengawal" bermaksud individu-individu yang mengawal sesebuah entiti. Dimana entiti itu dianggap sebagai Entiti Bukan Kewangan Pasif ("Pasif NFE") maka Institusi Kewangan dikehendaki menentukan sama ada Orang yang Mengawal ini adalah Orang yang Dilaporkan. Takrif ini sepadan dengan istilah "pemilik benefisial" yang dinyatakan dalam Cadangan 10 dan Nota Interpretatif pada Cadangan 10 Cadangan Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (seperti yang digunapakai pada bulan Februari 2012).

        Dalam hal amanah, Orang yang Mengawal adalah pengurus, pemegang amanah, pelindung (jika ada), benefisiari atau kelas-kelas benefisiari, atau mana-mana orang lain yang menggunakan kawalan berkesan yang muktamad terhadap amanah tersebut (termasuk melalui rangkaian kawalan atau pemilikan). Di bawah CRS, pengurus, pemegang amanah, pelindung (jika ada), dan benefisiari atau kelas-kelas benefisiari sentiasa dianggap sebagai Orang yang Mengawal amanah, tanpa mengira sama ada mereka menjalankan kawalan ke atas aktiviti-aktiviti amanah tersebut atau tidak.

        Di mana pengurus amanah adalah satu Entiti maka CRS menghendaki Institusi Kewangan untuk mengenal pasti Orang yang Mengawal dan apabila diperlukan melaporkannya sebagai orang yang mengawal keatas amanah tersebut. Dalam kes pengaturan undang-undang selain daripada amanah, Orang yang Mengawal bermaksud orang yang sama atau berkedudukan yang sama.


PART B   :   TERMA DAN SYARAT KHUSUS

Section A, Section B and Section C of these Specific Terms and Conditions are to be read together with the Standard Terms and Conditions for the Services offered by RHB Bank Berhad to you.

 

Terma dan Syarat Khusus ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Terma dan Syarat Umum bagi produk yang kami tawarkan kepada anda. References to the "Bank" in Section D refers to RHB Islamic Bank Berhad.

A.       AKAUN

1.     AKAUN SEMASA

Cek dan Buku Cek

1.1           Anda hendaklah pada setiap masa hanya menggunakan cek yang dibekalkan oleh Bank untuk digunakan dengan apa-apa Akaun Semasa RHB.

1.2           Anda hendaklah mengaku janji untuk memastikan keselamatan semua cek pada setiap masa dan untuk membuat laporan polis dengan segera dan memaklumkan kepada Bank secara bertulis berkenaan kehilangan cek dan sekiranya gagal berbuat demikian, Bank tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang timbul daripada kehilangan cek yang berlaku dengan apa-apa cara pun

1.3           Anda hendaklah memastikan bahawa dana yang ada dalam Akaun adalah mencukupi pada setiap masa bagi pembayaran cek yang dikeluarkan.

1.4           Bank berhak menolak untuk melunaskan cek yang mana tandatangan pemegang Akaun berbeza daripada spesimen tandatangan yang diberikan atau cek yang tidak ditunaikan menurut cara yang boleh diterima oleh Bank.

1.5           Apa jua perubahan tidak boleh dibuat pada cek. Bank berhak untuk tidak melunaskan dan kemudiannya memulangkan, cek yang menurut pendapat Bank telah diubah (sama ada ditandatangani balas oleh penyuruh bayar atau selainnya). Bank juga berhak untuk tidak melunaskan apa-apa cek yang cacat atau mempunyai kesilapan teknikal termasuk tetapi tidak terhad kepada cek lewat tarikh, cek yang tidak konsisten perkataan dan angkanya atau yang mempunyai tulisan tangan yang tidak dapat dibaca.

1.6           Bank akan merekodkan apa-apa arahan yang bertentangan bagi pembayaran cek hanya apabila surat arahan ditandatangani oleh Pemegang Akaun diterima oleh Bank dan Bank tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang disebabkan oleh kegagalan pemegang Akaun untuk memaklumkan kepada Bank.

1.7           Semua cek, termasuk semua cek yang tidak digunakan adalah tetap hak milik Bank dan apabila Akaun ditutup, sama ada oleh Pemegang Akaun atau oleh Bank, semua buku/helaian cek yang belum digunakan yang dikeluarkan kepada Pemegang Akaun berkenaan dengan akaun semasa hendaklah dikembalikan kepada Bank.

1.8           Cek hendaklah tertakluk kepada semua kaedah, peraturan, dasar dan garis panduan yang terpakai termasuk tetapi tidak terhad kepada garis panduan Bank Negara Malaysia tentang Sistem Pemangkasan dan Penukaran Cek (CTCS).

 

Mengeluarkan terlebih wang

1.9          Pengeluaran terlebih wang tidak dibenarkan melainkan Pemegang Akaun mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada Bank. Faedah ke atas pengeluaran terlebih wang bagi Akaun Semasa hendaklah dikira berdasarkan baki debit harian pada kadar yang ditetapkan oleh Bank dan hendaklah didebitkan kepada Akaun secara bulanan atau pada selang masa seperti yang ditetapkan oleh Bank.

 

Cek Tidak Laku

1.10        Bank berhak untuk tidak melayan apa-apa cek yang dikeluarkan oleh Pemegang Akaun sekiranya dana dalam Akaun tidak mencukupi bagi pembayaran cek ("Cek Tidak Laku").

1.11        Bank berhak untuk menutup atau mengenakan sekatan/syarat ke atas semua atau mana-mana Akaun Pemegang Akaun dengan Bank sekiranya ia tidak dikendalikan secara memuaskan atau telah disenaraikan dalam Sistem Maklumat Cek Tidak Laku (DCHEQS) atau di mana-mana biro kredit atau mana-mana organisasi atau perbadanan sama ada atau tidak biro, organisasi atau badan sedemikian pernah diperakui atau diperakui atau diluluskan oleh mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa atau badan berperaturan.

 

Penyata Akaun

1.12        Penyata Akaun akan dikeluarkan kepada Pemegang Akaun pada setiap bulan kecuali untuk Pemegang Akaun Maxcash.

 

Akaun Maxcash

1.13        Bank boleh juga mengenakan sekatan pengeluaran wang, seperti sekatan terhadap berapa kali pengeluaran wang secara percuma yang boleh dibuat dalam satu bulan kalendar; Bank berhak untuk mengenakan caj perkhidmatan ke atas apa-apa pengeluaran wang yang dibuat melebihi sekatan itu.

1.14        Bank berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, mengubah syarat bagi kelayakan faedah dan sekatan pengeluaran wang dengan memberikan notis kepada Pemegang Akaun menurut Fasal 7 diatas.

1.15        Penyata Akaun akan dikeluarkan kepada Pemegang Akaun pada setiap suku tahunan.

 

 

 

RHB Smart Account

 

KELAYAKAN

1.16        RHB Smart Account ("Akaun") dibuka untuk kedua-dua individu Pemastautin dan bukan Pemastautin yang berumur lapan belas (18) tahun dan lebih dalam satu nama sahaja ("Pemegang Akaun"). Bagi Akaun ini, akaun bersama tidak dibenarkan.

1.17        Pemilik Tunggal, Perkongsian, Pengamal Profesional, Kelab, Persatuan, Pertubuhan, Sekolah, Organisasi Bukan Kerajaan dan entiti perniagaan yang lain tidak layak membuka atau mengendalikan RHB Smart Account.

1.18        Untuk membuka akaun, pemegang akaun dikehendaki memberikan alamat e-mel yang sah dan nombor telefon mudah alih untuk didaftarkan dengan RHB Now / Membuka Akaun RHB dalam Talian.

1.19        Setiap pelanggan yang layak dibenarkan membuka hanya satu (1) akaun, sama ada Islamik atau Konvensional.

 

CIRI DAN SYARAT AKAUN

1.20        Deposit awal yang minimum untuk membuka Akaun ialah Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000).

1.21        Tiada pencadang diperlukan untuk membuka Akaun, kecuali untuk akaun luaran (iaitu akaun yang dibuka oleh bukan pemastautin) yang membuat permohonan untuk buku cek.

1.22        Kemudahan buku cek disediakan atas permintaan. Terma dan syarat umum adalah terpakai berserta dengan fi dan caj untuk kemudahan sedemikian.

1.23        Kemudahan Overdraf tidak disediakan untuk Akaun ini.

1.24        Pemegang akaun akan memperoleh Kadar Faedah Asas, yang dikira berdasarkan baki akaun harian. Kadar Faedah Asas yang diperoleh akan dikreditkan ke dalam Akaun pada hari terakhir setiap bulan

 

JULAT BAKI

KADAR FAEDAH ASAS SETAHUN

Kurang RM1,000

0.00%

RM1,000 dan lebih

0.50%

 

 

PENGIRAAN FAEDAH ASAS

 

Baki Akhir Harian x Faedah Asas

Jumlah Hari Sebenar untuk Tahun Tersebut

 

 

*Kadar faedah asas ialah faedah yang dikira setiap hari dan dikreditkan setiap bulan.

 

 

KADAR FAEDAH BONUS

Pemegang akaun yang memenuhi keperluan di bawah dalam sebulan kalendar layak mendapat Kadar Faedah Bonus tambahan:

1.25        Baki Purata Bulanan (BPB)* mestilah RM1,000 dan lebih.

1.26        *BPB ditakrifkan sebagai jumlah baki kredit akaun harian di penghujung hari untuk bulan/jumlah hari dalam kalendar bulan tersebut.

1.27        Untuk menikmati Kadar Faedah Bonus bagi "BAYAR", "BELANJA" & "LABUR", Pemegang Akaun mesti memenuhi keperluan untuk "SIMPAN" sebagaimana dinyatakan dalam Jadual 1.

1.28        Kadar Faedah Bonus yang diperoleh akan dikreditkan ke dalam Akaun pada hari ke-15 bulan kalendar pada bulan berikutnya.

 

Jadual 1

KATEGORI

KADAR FAEDAH BONUS SETAHUN

KEPERLUAN

     i.   SIMPAN

1.5% kadar bonus setahun atas akaun BPB sehingga RM100,000

Deposit minimum ialah RM2,000 dalam sebulan. Sila rujuk Fasal 1.29 di bawah.

    ii.   BAYAR

0.5% kadar bonus setahun atas akaun BPB sehingga RM100,000

Pembayaran bil minimum 3 kali secara dalam talian/melalui Perbankan Mudah Alih dalam sebulan. Sila rujuk Fasal 1.30 di bawah.

   iii.   BELANJA

0.5% kadar bonus setahun atas akaun BPB sehingga RM100,000

Perbelanjaan terkumpul sebanyak RM1,000 ke atas Kad Debit atau Kad Kredit RHB dalam sebulan. Sila rujuk Fasal 1.31 di bawah.

   iv.   LABUR

1.0% kadar bonus (kadar sama rata) atas nilai pelaburan bersih

Pembelian produk kewangan RHB yang layak dengan jumlah minimum RM1,000. Sila rujuk Fasal 1.38 di bawah.

 

 

1.29        Berhubung dengan syarat yang ditetapkan dalam Jadual 1 untuk kategori "SIMPAN":

1.29.1  "SIMPAN" bermaksud jumlah simpanan baharu dalam Akaun Pemegang Akaun. "SIMPAN" dibahagikan kepada dua kategori seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah.

 

SIMPAN (JADUAL A)                                          

(Urus niaga di bawah dimasukkan untuk Kadar Bonus

URUS NIAGA TIDAK MENYIMPAN (JADUAL B)

(urus niaga di bawah terkecuali daripada Kadar Bonus)

i)        Deposit Tunai

ii)      Deposit Tunai Pos

iii)     Pemindahan Kredit

iv)     Kredit Deposit Tetap

v)      Kredit Perintah Juruwang

vi)     Kredit Draf Permintaan

vii)    Kredit Pemindahan Telegrafi/ RENTAS/ IBG

viii)   Pembiayaan Peribadi /Kewangan Segera

ix)     Kredit Auto RHB

 

x)      Kredit Pembayaran MARA

xi)     Kredit Pembayaran KWSP

xii)    Deposit Kiriman Wang /Pesanan Pembelian

xiii)   REFLEX- Kredit Pemindahan Dana

xiv)   REFLEX-Kredit Pembayaran Gaji

xv)    REFLEX- Kredit Auto

xvi)   Kredit MCA

xvii)  Kredit Pendahuluan Tunai IBK

xviii) Kredit ATM IBFT di RHB

xix)   Kredit ATM IBFT di MEPS

i)      Pemindahan Dana dalam akaun semasa / simpanan RHB

ii)     Deposit Cek

 

1.30        Berkaitan dengan keperluan yang ditetapkan dalam Jadual 1 untuk kategori "BAYAR": category:

1.30.1  "BAYAR" membawa maksud pembayaran yang dibuat daripada Akaun Pemegang Akaun melalui RHB Now atau Perbankan Mudah Alih RHB Now untuk membayar bil utiliti atau bil lain di bawah organisasi pengebilan yang mengambil bahagian. "Bayar" dibahagikan kepada dua kategori seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah.

 

BAYAR (JADUAL A)    

  (urus niaga di bawah dimasukkan untuk Kadar Bonus)

BAYAR (JADUAL B)

(urus niaga di bawah terkecuali daripada Kadar Bonus)

Pembayaran bil di bawah Pengebil Lain dan JomPAY yang dibuat kepada organisasi pengebilan melalui RHB Now atau Perbankan Mudah Alih RHB NowÂ

i)   Pembayaran kepada mana-mana Kad Kredit RHB

ii)  Pembayaran kepada mana-mana Pinjaman RHB

 

1.31        Berhubung dengan syarat yang ditetapkan di dalam Jadual 1, iaitu syarat untuk kategori "BELANJA":

1.31.1  "BELANJA" bermaksud jumlah perbelanjaan runcit Pemegang Akaun. "BELANJA" dibahagikan kepada dua kategori seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah:

 

PERBELANJAAN RUNCIT (JADUAL A) (Urus niaga di bawah dimasukkan untuk Kadar Bonus)

PERBELANJAAN RUNCIT

(JADUAL B)

(urus niaga di bawah terkecuali daripada Kadar Bonus)

(i) Pembelian runcit di dalam negara dan di luar negara

i) Pelan Pembayaran Mudah (EPP)

ii) Pemindahan Baki (BT)

iii) Lebihan Tunai

iv) Baki Kad Kredit yang Belum Dijelaskan

v)   Caj Kewangan

vi)  Fi Tahunan

vii) Caj Pembayaran Lewat

viii)  Urus Niaga Balikan

ix)    Urus Niaga yang Dipertikaikan

x)     Urus Niaga Kad Bersifat Penipuan

xi)    Fi Penggantian Kad

xii)   Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

xiii)  Dail - Ansuran

xiv)  Fi dan Caj lain

 

1.32        Semua jumlah urus niaga runcit yang dicajkan ke atas dan dimasukkan dalam perbelanjaan kad kredit dan/atau kad debit Pemegang Akaun Prinsipal dan tambahan (jika berkaitan) RHB dalam bulan kalendar akan dikumpulkan untuk pengiraan jumlah keseluruhan yang dicajkan.

1.33        Bagi Kad Debit sedia ada atau baharu, kad tersebut perlu ditandakan sebagai RHB Smart Account utama bagi melayakkannya mendapat Kadar Bonus di bawah kategori "BELANJA".

1.33.1  Pelbagai kad di bawah profil pelanggan yang sama boleh digunakan bagi mendapat jumlah perbelanjaan terkumpul. Walau bagaimanapun, untuk melayakkan perbelanjaan runcit kad debit, RHB Smart Account mesti ditandakan sebagai akaun utama bagi kad debit yang berkaitan.

1.33.2  Semua perbelanjaan runcit dengan tarikh dicatatkan dalam bulan kalendar yang sama akan dikumpulkan untuk pengiraan. Apa-apa jumlah urus niaga runcit yang tidak dicatatkan tidak akan dikira. RHB tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kegagalan atau kelewatan dalam transmisi atau pencatatan apa-apa urus niaga runcit. Rekod RHB bagi tarikh pencatatan apa-apa urus niaga runcit adalah mutakhir, muktamad dan mengikat.

1.33.3  Jika berlaku urus niaga yang tidak sah atau dibalikkan (pembatalan perbelanjaan), pengiraan faedah bonus bagi bulan kalendar akan menggunakan jumlah perbelanjaan bersih selepas ditolak jumlah yang tidak sah. Misalnya, jika seorang Pemegang Akaun berbelanja RM2,000 pada 5 Disember menggunakan kad kredit RHB, seterusnya berlaku urus niaga yang tidak sah berjumlah RM500 dalam kad kredit RHB tersebut pada 15 Disember 2016, pengiraan faedah bonus bagi bulan Disember 2016 akan dikira berdasarkan jumlah perbelanjaan bersih sebanyak RM1,500.

1.33.4  Jumlah yang berikut yang terhasil menerusi penggunaan kad kredit dan/atau kad debit RHB dikecualikan daripada pengiraan jumlah urus niaga runcit:

                                        i. fi dan caj kad kredit dan/atau kad debit (misalnya fi tahunan, kewangan dan caj pembayaran lewat, dan sebagainya),

                                       ii. pemindahan baki/Pelan Pembayaran Mudah (EPP)/Lebihan Tunai,

                                      iii. jumlah yang ditukarkan kepada Pelan Ansuran/Dail-Ansuran,,

                                      iv. urus niaga yang tidak sah, dibalikkan atau dibatalkan dalam bulan kalendar tersebut, dan

                                       v. jumlah lain yang seumpamanya sebagaimana yang diberitahu oleh RHB dari semasa ke semasa.

 

1.34        Jika kad kredit dan/atau kad debit RHB ditamatkan atas apa-apa sebab sekalipun, sama ada oleh Pemegang Akaun atau RHB, maka semua jumlah yang dicajkan dan dicatatkan dalam bulan kalendar penamatan tersebut (jika ada) dibatalkan daripada pengiraan jumlah urus niaga runcit. Misalnya, jika pelanggan yang layak menamatkan kad kredit RHB-nya pada 30 Oktober 2016, maka semua jumlah yang dicajkan dan dimuatkan pada kad kredit yang ditamatkan tersebut dari 1 Oktober 2016 hingga 30 Oktober 2016 (jika ada) dibatalkan dan tidak akan dikira.

 

1.35        Berkaitan dengan syarat yang dinyatakan di dalam Jadual 1 bagi kategori "LABUR":

1.35.1  "LABUR" bermaksud pembelian produk kewangan RHB dengan jumlah minimum sebanyak RM1,000 yang terkumpul dalam bulan kalendar. Pembayaran bonus akan dibayar berdasarkan jumlah pelaburan bersih.

1.35.2  Jumlah Pelaburan Bersih = Jumlah Keseluruhan Pelaburan - [(Caj Jualan & Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)].

1.35.3  Untuk menikmati Kadar Bonus, pembelian mesti dilakukan menerusi Cawangan RHB Retail Bank dan atau RHB Islamic Bank.

1.35.4  Hanya jumlah pembelian yang disahkan bagi produk kewangan RHB dalam bulan kalendar yang sama akan dikumpulkan bagi pengiraan faedah bonus.

1.35.5  Faedah bonus akan hanya dibayar selepas tempoh bertenang (jika ada).

1.35.6  Produk kewangan RHB seperti Pelaburan bukan-KWSP, Skim Persaraan Persendirian (SPP) dan dana Unit Amanah (UA) yang mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% atau lebih adalah layak diambil kira.

 

1.36        Berikut adalah beberapa gambaran bagi pengiraan faedah untuk Faedah Asas dan Faedah Bonus:

 

Senario A: Pelanggan A memenuhi syarat bagi "SIMPAN" dan "BAYAR".

Tarikh

Urus Niaga

Pengiraan Faedah

6 Ogos 16

Pelanggan A membuka RHB Smart Account dengan jumlah sebanyak RM2,000.

BPB

=RM[7(2,000)+1,500+11(1,400)+7(1,350)]/31 =RM1,301.61

 

Kadar Faedah Asas

=RM[7(2,000)+1,500+11(1,400)+7(1,350)] x0.5%/366

=RM0.55

 

Kadar Faedah Bonus

ü  BPB > RM1,000

ü  Memenuhi keperluan untuk "Simpan" & "Belanja"

=RM1,301.61x(1.50%+0.50%)x31/366

=RM2.21

13 Ogos 16

Pelanggan A membayar sebanyak RM500 daripada RHB Smart Account untuk menyelesaikan bil Astro.

14 Ogos 16

Pelanggan A membayar sebanyak RM100 daripada RHB Smart Account kepada Telekom.

25 Ogos 16

Pelanggan A membayar sebanyak RM50 daripada RHB Smart Account kepada Celcom.

 

 

Senario B: Pelanggan B memenuhi syarat bagi "SIMPAN", "BELANJA" dan "LABUR"

Tarikh

Urus Niaga

Pengiraan Faedah

1 Sep 16

Pelanggan B mempunyai jumlah sebanyak RM3,000 dalam RHB Smart Account.

BPB

=RM[7(3,000)+14(5,000)+9(4,500)]÷30 =RM4,383.33

Kadar Faedah Asas

=RM[7(3,000)+14(5,000)+9(4,500)]x 0.50%/366   = RM1.80

Kadar Faedah Bonus

ü  BPB > RM1,000

ü  Memenuhi keperluan untuk "Simpan", "Belanja" & "Labur"

=RM4,383.33x(1.50%+0.50%)x30/366 + (1.00% x RM2,000)

=RM7.19+ RM20

8 Sep 16

Pelanggan B mendepositkan sebanyak RM2,000 ke dalam RHB Smart Account.

20 Sep 16

Pelanggan B berbelanja sebanyak RM600 menggunakan kad kreditnya.

22 Sep 16

Pelanggan B berbelanja sebanyak RM500 menggunakan kad debitnya.

27 Sep 16

Pelanggan B membeli produk kewangan RHB bernilai RM2,000.

 

 

 

 

Senario C: Pelanggan C memenuhi syarat bagi "BAYAR", "BELANJA" dan "LABUR" tanpa "SIMPAN".

Tarikh

Urus Niaga

Interest Computation

1 Oct 16

Pelanggan C mempunyai jumlah sebanyak RM8,000 dalam RHB Smart Account.

BPB

=RM[7(8,000)+12(8,900)+12(8,700]÷31

=RM8,619.35

 

Kadar Faedah Asas

=RM[7(8,000)+12(8,900)+12(8,700]x0.50%÷366

=RM3.65

 

Kadar Faedah Bonus

Tidak layak kerana Pelanggan C tidak memenuhi syarat deposit minimum 'SIMPAN' sebanyak RM2,000.

8 Oct 16

Pelanggan C membayar 3 bil berjumlah RM200 daripada RHB Smart Account kepada TNB, Syabas dan Maxis menerusi RHB Now (Perbankan Mudah Alih)

20 Oct 16

Pelanggan C membayar 3 bil berjumlah RM200 daripada RHB Smart Account kepada TNB, Syabas dan Maxis menerusi RHB Now (Perbankan Mudah Alih)

22 Oct 16

Pelanggan C berbelanja sebanyak RM1000 menggunakan kad kreditnya.

27 Oct 16

Pelanggan C membeli produk kewangan RHB bernilai RM3,000.

 

 

1.37        Kadar Faedah Asas dan Kadar Faedah Bonus mungkin berubah dari semasa ke semasa dan Pemegang Akaun boleh mengetahui kadar terkini di laman sesawang RHB di www.rhbgroup.com.

1.38        Sekiranya berlaku penutupan akaun atau status akaun adalah tidak aktif, Pemegang Akaun tidak layak mendapat apa-apa Kadar Faedah Asas atau Kadar Faedah Bonus bagi bulan kalendar tersebut.

1.39        Penyata Akaun Bulanan bagi RHB Smart Account boleh diperoleh menerusi RHB Now.

 

Semua RHB Smart Account yang di atas layak mendapat perlindungan PIDM.

2.     AKAUN SIMPANAN

Buku Simpanan

2.1           Apabila buku simpanan dikeluarkan berhubung dengan akaun simpanan, Pemegang Akaun mestilah menunjukkan buku simpanan itu apabila pengeluaran wang dibuat di mana-mana cawangan Bank.

2.2           Entri dalam buku simpanan boleh dibuat sama ada dengan disahkan oleh mesin atau dimasukkan secara manual di bawah tanda tangan pegawai yang diberi kuasa oleh Bank.

2.3           Butiran dalam buku simpanan bukanlah konklusif baki semasa akaun simpanan kerana deposit mungkin dibuat atau item dikenakan caj tanpa membuat apa-apa entri dalam buku simpanan.

2.4           Buku simpanan yang rosak, salah letak atau cacat boleh digantikan dengan yang baru dengan syarat adanya Surat Tanggung Rugi yang ditandatangani dengan sempurna dan disetemkan, dan tertakluk kepada pembayaran fi perkhidmatan.

 

Penyata Akaun Simpanan

2.5           Penyata Akaun akan dikeluarkan kepada Pemegang Akaun pada setiap suku tahunan kecuali untuk Pemegang Akaun Buku Simpanan.

 

Akaun Simpanan Junior

2.6           Untuk membuka Akaun ini, seorang daripada Pemegang Akaun hendaklah di bawah umur 18 tahun.

2.7           Bank berhak untuk menukarkan Akaun kepada produk lain yang sesuai seperti mana diputuskan oleh Bank, jika Akaun tidak lagi dipegang oleh Pemegang Akaun yang berumur di bawah 18 tahun.

 

Akaun Future Saver RHB

2.8           Future Saver RHB ialah akaun simpanan berasaskan penyata yang hanya tersedia bagi akaun bersama dengan ibu bapa/penjaga sah bagi mereka yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan kanak-kanak kurang 18 tahun

 

A. Pengiraan Faedah Asas dan Faedah Bonus

 

                 i.       Faedah Asas dikira dengan merujuk baki kredit harian di dalam akaun pada asas harian pada kadar faedah yang ditentukan oleh Bank. Faedah Asas dikira menggunakan formula di bawah, dan akan terakru pada asas harian dan dikreditkan ke dalam akaun pada hari terakhir bulan berkenaan.

 

Pengiraan Faedah Asas

Jumlah baki kredit harian X % faedah asas setahun X Jumlah hari kalendar dalam bulan berkenaa

Jumlah hari sebenar setahun

 

                 ii.      Faedah Bonusdikira dengan merujuk Baki Hari Terakhir bulan sebelum di dalam akaun dan tertakluk pada terma yang berikut

 

a.     Seorang pemegang Akaun layak mendapat Faedah Bonus hanya jika Baki Hari Terakhir bulan semasa adalah lebih tinggi daripada Baki Hari Terakhir bulan sebelumnya, dengan baki tambahan minimum sebanyak RM100 bagi Simpanan Biasa RM100 dan/atau RM300 bagi Simpanan RM300. Baki tambahan minimum, yang pada keadaan semasa ditetapkan pada RM300 dan RM300 boleh berubah dari semasa ke semasa dengan notis diberikan kepada pemegang Akaun menurut Klausa 5 T&S Generik bagi T&S Akaun Bank

b.     Faedah Bonus dikira menggunakan formula yang di bawah, dan akan dikreditkan ke dalam Akaun pada hari pertama kalendar selepas bulan semasa

 

Pengiraan Faedah Bonus

Baki Hari Terakhir bagi [Bulan N - Bulan N-1] X % Faedah Bonus setahun X Jumlah hari kalendar dalam bulan berkenaan

Bilangan hari sebenar bagi tahun tersebut

N = bulan semasa

 

c.      Jika pemegang Akaun gagal memenuhi keperluan minimum amaun tambahan sebagaimana yang dinyatakan dalam (b)(i) di atas, Akaun tersebut hanya berhak mendapat faedah asas bagi bulanan tersebut. Faedah Bonus bulanan akan diteruskan apabila pemegang Akaun memenuhi keperluan minimum amaun tambahan sebagaimana yang dinyatakan di dalam (b)(i)

d.     Kadar Faedah Bonus maksimum dihadkan pada RM50 sebulan

 

B. Perlindungan Insurans

 

                  i.   Perlindungan Insurans Pelengkap digambarkan seperti jadual di bawah:

 

 

Pemegang Akaun

Jenis Insurans

Ibu bapa/Penjaga Sah

Term Life Insurance Protection (TL), ditaja jamin oleh Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad

Kanak-kanak

Personal Accident Insurance Protection (PA),

ditaja jamin oleh by RHB Insurance Berhad

a)      T&S Khusus bagi insurans pelengkap tersedia ada di cawangan RHB jika perlu. The specific terms and conditions for the complimentary insurance are available upon request at the branches.

 

C.    Kelayakan Insurans: Tahun 1 ke Tahun 5 dari tarikh pembukaan Akaun

 

                  i.    Setiap Akaun berhak mendapat Perlindungan Insurans Pelengkap ("Insurans") dengan syarat mempunyai tidak lebih daripada satu (1) kali luput dalam baki tambahan minimum sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Klausa A(ii)(a) di atas dalam setiap tahun pada ulang tahun Akaun dalam 5 tahun pertama sejak Akaun dibuka

 

D.    Kelayakan Insurans: Tahun 6 ke atas dari tarikh pembukaan akaun

 

i.   Dari Tahun 6 ke atas, pemegang akaun masih akan menikmati perlindungan insurans sebagaimana diberikan di dalam Jadual jumlah yang Dijamin di dalam Apendiks 1 dan 2 dengan Baki Hari Terakhir Bulanan minimum sebanyak RM5,000 dalam Future Save 100 dan Baki Hari Terakhir Bulanan minimum sebanyak RM5,000 dalam Future Save 300. Dengan mengandaikan pemegang Akaun tidak memenuhi kirteria Baki Hari Terakhir Bulanan Minimum pada bulan Oktober 2020, Perlindungan Insurans tidak lagi berkuat kuasa pada 31 Oktober 2020. Pemegang akaun tidak lagi berhak mendapat Perlindungan Insurans walaupun mengekalkan Baki Hari Terakhir Bulanan Minimum pada bulan berikutnya.

 

Semua akaun simpanan yang di atas layak mendapat perlindungan PIDM

 

 

3.     DEPOSIT TETAP

Peletakan Deposit

3.1      Simpanan Tetap boleh diletakkan untuk tempoh dalam gandaan satu (1) bulan sehingga tempoh enam puluh (60) bulan atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, sekiranya tarikh matang tidak jatuh pada Hari Perniagaan, apa-apa arahan pembaharuan / pelupusan oleh Pemegang Akaun akan dilakukan pada Hari Perniagaan yang berikutnya.

3.2      Bank berhak dengan memberi notis terlebih dahulu [tidak kurang daripada tujuh (7) hari kalendar] mengikut cara yang ditetapkan dalam Fasal 7 di atas untuk menetapkan dan mengubah, dari semasa ke semasa, amaun deposit minimum untuk membuka Akaun Deposit Tetap.

3.3      Kesahihan dan ketersediaan apa-apa dana yang didepositkan dalam Akaun Deposit Tetap melalui cek (-cek) adalah tertakluk kepada penjelasan cek tersebut.

 

Faedah

3.4       Semua Deposit Tetap dengan Pilihan Pembaharuan Auto akan diperbaharui secara automatik apabila matang mengikut budi bicara Bank bagi tempoh lanjutan yang sama pada kadar faedah semasa pada masa deposit itu diperbaharui. Faedah yang terakru akan dikompaun semasa pembaharuan.

Penarikan Balik Deposit Tetap

3.5       Sekiranya pelanggan menarik balik Deposit Tetap sebelum tarikh matang, yang berikut akan terpakai:

                           i.          Faedah tidak akan dibayar atas apa-apa Deposit Tetap yang lain jika ditarik balik sebelum tamat 3 bulan.

                          ii.  Faedah akan dibayar berdasarkan kepada 50% daripada kadar kontrak dan bulan yang digenapkan tertakluk kepada penggenapan sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh deposit diletakkan.

3.6       Pengeluaran separa Deposit Tetap sebelum tempoh matang adalah dibenarkan untuk semua Deposit Tetap yang baru dan yang diperbaharui dari tarikh 1 Jun 2011 dan seterusnya melainkan jika dinyatakan sebaliknya oleh Bank. Pengeluaran separa awal dibenarkan dalam gandaan RM1,000.00 dan baki Deposit Tetap mestilah tidak kurang daripada RM5,000.00 melainkan jika dinyatakan sebaliknya oleh Bank.

FD Senior dan FD P.A.Y.S

3.7      Peletakan deposit mesti dibuat dalam tempoh pemegangan yang ditawarkan oleh Bank dan Bank berhak untuk menentukan apa-apa tempoh pemegangan lain dari semasa ke semasa.

3.8      Pemegang Akaun mesti mengekalkan akaun Simpanan atau Akaun Semasa dengan Bank bagi pengkreditan faedah.

3.9      Pembayaran faedah dibuat sebulan sekali di mana faedah dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan dan Akaun Semasa yang ditetapkan.

3.10    Bagi penarikan balik pramatang, Bank berhak untuk mendapat balik faedah yang dikreditkan kepada akaun yang ditetapkan daripada amaun prinsipal pada masa penarikan balik.

3.11    Penarikan balik awal separa dibenarkan dalam gandaan RM1,000.00 dan baki di dalam FD Senior atau FD Pays hendaklah tidak boleh kurang daripada RM10,000.00.

3.12    Untuk membuka Akaun FD Senior, seorang daripada Pemegang Akaun mestilah berumur 50 tahun atau 50 tahun ke atas.

 

Semua deposit tetap yang di atas layak mendapat perlindungan PIDM

 

4.     AKAUN BERBILANG MATAWANG ASING / KOMODITI

Umum

4.1      Terma dan syarat ini terpakai bagi kedua-dua Akaun Deposit Bertempoh dan Panggilan (secara kolektif dirujuk sebagai "MCA") yang dibuka atau akan dibuka dengan Bank.

4.2      Bank berhak untuk menetapkan jenis mata wang asing yang boleh diterima dan kadar faedah bagi deposit tertakluk kepada tempoh pemegangan tertentu dan syarat yang perinciannya boleh dilihat sepenuhnya di www.rhbgroup.com

4.3      MCA adalah akaun bukan tunai. Hasil Eksport dan Bukan Eksport hanya boleh didepositkan melalui pindahan telegraf, draf bank asing, cek atau instrumen boleh niaga dalam bentuk dan kandungan yang boleh diterima oleh Bank. Hasil apa-apa Ringgit Malaysia atau cek mata wang asing lain, draf atau instrumen boleh niaga dan wang yang kena dibayar kepada Pemegang Akaun hendaklah dikreditkan kepada MCA pada kadar pertukaran yang akan ditentukan oleh Bank.

4.4      Tiada pengeluaran wang daripada akaun tersebut dibenarkan dalam apa-apa mata wang asing secara tunai. Bank akan menghantar satu makluman rasmi bagi semua jumlah wang yang diterima bagi kredit akaun.

4.5      Melainkan arahan diterima pada tarikh peletakan Deposit Bertempoh atau sekurang-kurangnya dua (2) hari perniagaan sebelum satu deposit bertempoh matang, satu Deposit Bertempoh akan diperbaharui secara automatik apabila matang bagi satu tempoh pemegangan yang sama bagi mata wang yang sama pada kadar faedah semasa pada masa deposit itu diperbaharui. Faedah yang terakru akan dikompaunkan semasa pembaharuan dibuat.

4.6      Bagi pembaharuan Deposit Bertempoh, Bank akan menghantar satu makluman rasmi ke alamat terakhir Pemegang Akaun yang didaftar dengan bank. Maklumat baru itu akan mengatasi dan menggantikan maklumat sebelumnya.

4.7      Pengeluaran wang pramatang Deposit Bertempoh tidak dibenarkan melainkan di bawah keadaan berkecuali dan mengikut budi bicara Bank. Apa-apa penarikan balik deposit pramatang akan menyebabkan denda yang akan ditentukan oleh Bank mengikut budi bicaranya.

4.8      Bank berhak untuk mengenakan caj perkhidmatan berhubung dengan operasi Akaun. Caj perkhidmatan yang terpakai akan dimaklumkan kepada Pemegang Akaun dari semasa ke semasa menurut cara yang ditetapkan dalam Fasal 10.2 Terma dan Syarat Umum. Penyata Akaun akan dikeluarkan kepada Pemegang Akaun setiap bulan.

4.9      Bank tidak bertanggungjawab atau bertanggungan bagi apa-apa kerugian yang berakibat daripada kiriman wang atau pindahan hasil apa-apa deposit yang ditarik balik di mana hasil sedemikian dikirim atau dipindahkan menurut arahan yang diberikan oleh Pemegang Akaun.

4.10    Tiada deposit boleh diserah hak, dicajkan, disandarkan atau selainnya dibebankan oleh Pemegang Akaun dalam apa-apa cara pun kecuali dengan mendapat persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Bank.

4.11    Bank tidak bertanggung jawab atau bertanggungan terhadap Pemegang Akaun bagi apa-apa penyusutan dalam nilai mata wang deposit disebabkan oleh cukai, impos, susut nilai atau turun nilai, atau kerana tiadanya mata wang itu disebabkan oleh sekatan terhadap kebolehtukaran, tuntutan, pindahan tanpa sukarela, kuasa tentera atau rampasan kuasa, atau apa-apa sebab pun yang di luar kawalan Bank.

4.12    Akaun yang mempunyai baki tertunggak sifar untuk tiga (3) bulan berturut-turut adalah tertakluk kepada penutupan dalam tempoh empat belas (14) hari perniagaan selepas notis bertulis diberikan kepada Pemegang Akaun.

4.13    Pemegang Akaun menerima risiko tindakan negara asing berhubung dengan tiadanya pembayaran balik deposit sekiranya pembayaran balik itu menjadi salah di sisi undang-undang atau tertunda oleh apa-apa tindakan atau perintah kerajaan bagi mata wang yang terbabit atau negara yang deposit itu diletakkan secara alternatif dan Bank hendaklah tidak dikenakan liabiliti disebabkan oleh apa-apa perubahan dalam undang-undang terpakai, peraturan atau perintah kerajaan, oleh negara bagi mata wang berkenaan, atau di negara yang deposit itu diletakkan.

4.15    Bank bebas pada bila-bila masa dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada Pemegang Akaun menurut cara yang ditetapkan dalam Fasal 13 Terma dan Syarat Umum untuk menolak selesai jumlah wang yang didepositkan atau mana-mana bahagiannya terhadap keterhutangan sedemikian di Malaysia dan luar negara, sebenar atau luar jangka, utama atau kolateral, bersesama dan berasingan walaupun keterhutangan sedemikian adalah dalam mata wang yang berbeza daripada deposit dan Bank diberi kuasa untuk menguatkuasakan apa-apa pertukaran yang perlu pada kadar pertukaran yang akan ditentukan oleh Bank.

4.16    Walau apa pun terma dan syarat di atas, pembukaan dan operasi MCA adalah tertakluk kepada amalan perbankan dan undang-undang Malaysia, Akta Perkhimatan Kewangan 2013 [Akta 758] , peraturan dan pengawalan Persatuan Bank-Bank Malaysia dan peraturan dan pengawalan badan berperaturan lain yang diperakukan oleh Bank Negara Malaysia termasuklah apa-apa pindaan yang dibuat pada undang-undang, peraturan dan pengawalan sedemikian dari semasa ke semasa.

 

Akaun Komoditi MCA

4.16     Membeli dan menjual pelaburan komoditi i.e. Emas dan Perak mestilah dibayar dengan Ringgit Malaysia (RM) sahaja.

 

Pelaburan asas minimum yang diperlukan:

Gold

                           i.  Individu: 5 grams

                          ii.  Perniagaan: 50 grams

                         iii.  Pembelian minimum yang berikut adalah 1 gram dalam gandaan 1 gram

 

Perak

                           i.  Individu: 300 grams

                          ii.  Perniagaan: 1000 grams

                         iii.  Pembelian minimum yang berikut adalah 10 grams dalam gandaan 1 gram

 

4.17     Pemegang Akaun tidak akan memperolehi sebarang faedah menerusi pelaburan komoditi. Oleh itu, pelaburan komoditi Pemegang Akaun akan diletakkan dalam bentuk panggilan tanpa faedah dan tiada peletakan tempoh akan dibenarkan.

4.18     Semua pembelian dan penjualan pelaburan komoditi Pemegang Akaun mesti dibuat melalui cawangan domisil RHB Pemegang Akaun kerana urus niaga antara cawangan tidak dibenarkan.

4.19     Baki pelaburan komoditi tidak boleh dipindahkan dari satu akaun ke akaun yang lain sama ada antara cawangan RHB atau ke bank lain. Oleh itu, pemindahan telegraf tidak boleh digunakan.

4.20     Penukaran kertas komoditi Pemegang Akaun kepada bentuk fizikal tidak dapat dilakukan buat masa ini.

4.21     Sijil pelaburan komoditi Pemegang Akaun tidak akan dikeluarkan kerana Bank, di peringkat cawangan akan hanya mengiktiraf urus niaga komoditi Pemegang Akaun melalui pengesahan sistem Bank pada borang permohonan Pemegang Akaun dan juga baki yang dinyatakan dalam penyata bulanan Pemegang Akaun atau yang ditunjukkan dalam pertanyaan baki perbankan internet RHB Now.

4.22     Penukaran daripada bentuk fizikal kepada bentuk kertas dan deposit ke dalam akaun Pemegang Akaun tidak boleh dilakukan sama sekali.

4.23     Harga pembelian dan penjualan komoditi mengikut kadar komoditi harian RHB akan diterbitkan di www.rhbgroup.com atau mana-mana Cawangan RHB

4.24     RHB berhak menerima atau menolak urus niaga yang pada pendapat RHB boleh melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan seperti Anti-Pengubahan Wang Haram, Undang-undang Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing dam sebagainya.

 

Semua akaun komoditi yang di atas layak mendapat perlindungan PIDM kecuali Pelaburan Emas dan Perak.

 

B.      PERKHIDMATAN PELABURAN

5.     Investment Services

5.1       Maklumat tentang Pelaburan dan Permintaan terhadap Pelaburan


5.1.1  Tertakluk pada peraturan dan/ atau undang-undang terpakai, Bank hendaklah menghantar maklumat yang relevan kepada Pelanggan.

5.1.2  Apabila diminta oleh Pelanggan untuk menebus Pelaburan dalam apa bentuk atau cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, maka Bank akan, selaku ejen kepada Pelanggan, memohon kepada UTMC yang berkenaan untuk menebus pelaburan yang diinginkan oleh Pelanggan.

5.1.3  Pelanggan dengan ini membenarkan Bank untuk mendebit Akaun Pelanggan, dengan syarat Akaun Pelanggan mempunyai wang yang mencukupi bagi permohonan dan pembelian Pelaburan seperti yang dikehendaki. Pelanggan bersetuju, sekiranya wang dalam Akaun Pelanggan tidak mencukupi untuk permohonan dan pembelian Pelaburan seperti yang dikehendaki oleh Pelanggan, Bank mempunyai budi bicara:

                                       i.          untuk tidak memohon Pelaburan yang diminta oleh Pelanggan; atau

                                      ii.   memohon untuk Pelanggan hanya amaun pelaburan di dalam Akaun Pelanggan yang jumlahnya mencukupi.

5.1.4  Jika Akaun Pelanggan merupakan akaun overdraf, Akaun Pelanggan akan dianggap mempunyai kredit yang mencukupi setinggi had kemudahan overdraf yang diberi oleh Bank kepada Pelanggan.

5.1.5  Pelanggan mengakui bahawa UTMC yang berkaitan mempunyai budi bicara untuk menerima atau menolak apa-apa permohonan Pelaburan, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, dan Bank tidak bertanggungjawab atau tidak dipertanggungjawabkan berkaitan apa-apa kerugian yang apa jua pun yang mungkin dialami oleh Pelanggan atau ditanggung disebabkan apa-apa kegagalan untuk membeli, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi Pelaburan yang diminta.

5.1.6  Dalam meminta Bank untuk memohon Pelaburan, Pelanggan mengesahkan bahawa dia telah membuat taksiran bebasnya sendiri atau telah bergantung kepada nasihat daripada penasihatnya sendiri berhubung dengan Pelaburan yang diminta itu; Pelanggan juga mengesahkan bahawa dia tidak bergantung kepada apa-apa pernyataan yang mungkin telah dibuat oleh Bank, sama ada tersirat atau tersurat, atau sebagaimana yang terkandung dalam apa-apa Maklumat yang telah dihantar oleh Bank kepada Pelanggan.

5.1.7  Pelanggan mengakui bahawa apa-apa permohonan Pelaburan yang dibuat kepada UTMC menurut permintaan Pelaburan akan dibuat atas nama Penama (Nominee).

5.1.8  Walaupun Bank akan berusaha untuk membuat permohonan Pelaburan dengan cepat dan cekap selepas menerima permintaan Pelaburan daripada Pelanggan, namun Bank tidak bertanggungjawab atau bertanggungan terhadap apa jua kerugian yang Pelanggan mungkin alami atau tanggung akibat apa-apa kegagalan Bank untuk membuat permohanan dalam tempoh tiga (3) Hari Niaga.

 

5.2       Pemegangan Pelaburan


5.2.1   Semua Pelaburan yang dibeli oleh Bank menurut permintaan Pelaburan yang dibuat oleh Pelanggan hendaklah dipegang oleh dan atas nama Penama. Sehubungan dengan itu, Pelanggan mengakui dengan nyatanya bahawa namanya atau kepentingannya dalam mana-mana Pelaburan mungkin tidak tercatat dalam mana-mana rekod UTMC yang berkenaan.

5.2.2   Walaupun dipegang oleh dan atas nama Penama, semua Pelaburan yang dibeli oleh Bank menurut permintaan Pelaburan oleh Pelanggan akan ditunjukkan dalam Akaun Pelaburan.

5.2.3    Bank berhak, dan berhak untuk memberi kuasa kepada Penama untuk melantik, tanpa kebenaran atau autoriti daripada Pelanggan, mana-mana bank, syarikat amanah atau syarikat ahli mana-mana bursa sekuriti untuk bertindak sebagai:

                                       i.          Penama-Kedua untuk memegang dan/ atau menjadi pemilik berdaftar bagi mana-mana Pelaburan yang dibeli oleh Bank selaras dengan permintaan Pelaburan oleh Pelanggan; dan/ atau

                                      ii.          pentadbir untuk membantu dalam perlaksanaan apa-apa obligasi yang ditetapkan oleh Terma dan Syarat ini; mengikut terma tersebut sebagaimana yang dianggap wajar oleh Bank, atas keleluasan mutlaknya, dengan syarat sekiranya Bank dan/ atau Penama telah mengambil langkah berhati-hati dan menggunakan kemahiran yang sewajarnya dalam melantik bank, syarikat amanah atau syarikat ahli mana-mana bursa sekuriti tersebut, maka Bank tidak akan bertanggungan atau bertanggungjawab terhadap apa-apa perbuatan untuk meninggalkannya berhubung dengan mana-mana Pelaburan.

 

5.3       Penebusan Pelaburan

 

5.3.1   Apabila diminta oleh Pelanggan untuk menebus Pelaburan dalam bentuk atau dengan cara sebgaimana yang ditetapkan oleh Bank, maka Bank akan, selaku ejen kepada Pelanggan, memohon kepada UTMC yang berkenaan untuk menebus pelaburan yang diinginkan oleh Pelanggan

5.3.2   Setelah menerima hasil penebusan atau pembayaran dividen daripada UTMC yang berkenaan, Bank akan mengkreditkan hasil atau dividen tersebut ke dalam Akaun Pelanggan. Bank boleh, jika diarahkan sedemikian oleh Pelanggan, membayar hasil atau dividen tersebut dalam bentuk cek. Bank berhak untuk mengenakan yuran berhubung dengan pengeluaran cek tersebut. Sekiranya Bank gagal mengkreditkan hasil atau dividen tersebut ke dalam Akaun Pelanggan seperti yang diarahkan oleh Pelanggan atas apa jua sebab, Bank berhak mengkreditkan hasil atau dividen tersebut ke dalam Akaun lain yang dimiliki oleh Pemegang Akaun Pelaburan di bawah parti yang sama atau membayar hasil atau dividen tersebut dalam bentuk cek kepada Pemegang Akaun Pelaburan di bawah parti yang sama tanpa notis terlebih dahulu kepada Pelanggan.

5.3.3   Walaupun Bank akan berusaha melakukan yang terbaik untuk mempercepatkan permohonan untuk penebusan Pelaburan berikutan permintaan daripada Pelanggan, Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang Pelanggan mungkin alami atau tanggung akibat daripada sebarang kegagalan oleh Bank untuk membuat permohanan dalam tempoh tiga (3) Hari Niaga.

5.3.4   Pelanggan mengakui bahawa hasil penebusan dibayar kepada Bank oleh UTMC yang berkenaan dan Bank tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kerugian yang Pelanggan mungkin alami atau tanggung akibat kegagalan oleh UTMC yang berkenaan untuk membayar hasil penebusan kepada Bank dalam mana-mana tempoh masa tertentu.

 

5.4 Jualan atau Permindahan Pelaburan

 

5.4.1   Tertakluk kepada apa-apa perubahan, peraturan dan/atau prosedur yang boleh dikenakan oleh Bank dari semasa ke semasa atau pada bila-bila masa, Pelanggan berhak untuk memohon supaya sebarang Pelaburan yang diminta olehnya dan dibelikan untuknya oleh Bank dipindahkan ke akaun Pelanggan lain Bank.

 

5.5       Pertukaran Pelaburan

 

5.5.1   Tertakluk kepada dasar sebagaimana yang digunakan oleh Bank dari semasa ke semasa, jika ada, berhubung dengan pelaburan yang berkaitan, Pelanggan boleh meminta pertukaran Pelaburan dalam bentuk atau dengan cara sebagaimana yang mungkin ditetapkan oleh Bank.

5.5.2   Bagi mengelakkan keraguan, pertukaran, jika dibenarkan di bawah dasar yang diamalkan, akan hanya melibatkan Pelaburan yang diedarkan oleh Bank sahaja.

5.5.3   Bank berhak untuk mengenakan yuran pertukaran untuk sebarang pertukaran yang dilakukan atas permintaan Pelanggan

 

5.6 Pendapatan daripada Pelaburan

 

5.6.1   Apabila menerima apa-apa pendapatan, pengagihan, bayaran dividen atau bayaran lain berhubung dengan Pelaburan yang dipegang dalam Akaun Pelaburan, Bank akan, melainkan sebaliknya diarahkan secara bertulis oleh Pelanggan, melaburkan semula pendapatan, pengagihan, bayaran dividen atau bayaran lain tersebut untuk membeli pelaburan yang sama dalam tempoh tiga (3) Hari Niaga dari tarikh penerimaan tersebut.

 

 

5.7 Urus Niaga dan Rekod Urus Niaga

 

5.7.1   Berhubung dengan semua urus niaga yang dibuat berkaitan dengan Pelaburan menurut Terma dan Syarat ini, Bank mempunyai budi bicara untuk menggenapkan harga Pelaburan kepada angka yang lebih tinggi atau lebih rendah sebagaimana yang disifatkan wajar oleh Bank atas keleluasaan mutlaknya.

5.7.2   Bagi mengelakkan keraguan, orang yang diberikan kuasa untuk mengeluarkan apa-apa arahan kepada Bank berhubung dengan mana-mana Pelaburan atau Akaun Pelaburan hendaklah merupakan orang yang sama yang diberikan kuasa untuk mengendalikan Akaun Pelanggan.

5.7.3   Bank boleh, atas budi bicara mutlaknya, menghendaki supaya Pelanggan memegang amaun pelaburan minimum dalam Akaun Pelaburannya sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank. Jika Pelanggan gagal berbuat demikian, maka Bank boleh menutup Akaun Pelaburan tersebut.

5.7.4   Bank akan, sekali dalam setiap enam (6) bulan atau tempoh masa lain sebagaimana yang mungkin ditetapkan oleh Bank atau mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan, memberikan kepada Pelanggan Rekokd Urus Niaga yang menunjukkan:

                                       i.          amaun Pelaburan yang dibeli dan ditambah kepada Akaun Pelaburan, jika ada;

                                      ii.          amaun Pelaburan yang ditebus dan dipotong daripada Akaun Pelaburan, jika ada;

                                     iii.          amaun Pelaburan yang ditukar dalam Akaun Pelaburan, jika ada;

                                     iv.          amaun Pelaburan yang dipindahkan ke atau dari Akaun Pelaburan, jika ada;

                                      v.         amaun apa-apa Pelaburan bonus yang diisytiharkan dan diterbitkan oleh mana-mana UTMC yang berkaitan dan ditambah kepada Akaun Pelaburan, jika ada; dan

                                     vi.         apa-apa "pecahan unit" atau "penyatuan unit" yang diisytiharkan dan dilaksanakan oleh mana-mana UTMC yang berkaitan bagi mana-mana Pelaburan di dalam Akaun Pelaburan, jika ada;

                                    vii.         dalam tempoh yang diliputi oleh Rekod Urus Niaga tersebut.

 

5.7.5   Kecuali bagi apa-apa kesilapan yang nyata, baki amaun Pelaburan dalam Akaun Pelaburan seperti yang ditunjukkan dalam Rekod Urus Niaga akan menjadi bukti muktamad bagi amaun Pelaburan yang berada dalam kedudukan kredit Pelanggan dalam Akaun Pelaburan seperti pada tarikh yang dinyatakan dalam Rekod Urus Niaga melainkan Pelanggan, dalam tempoh empat belas (14) hari tarikh dia dianggap telah menerima Rekod Urus Niaga tersebut, mengemukakan bantahan secara bertulis kepada Bank dengan menunjukkan mana-mana kesilapan dalam rekod tersebut.

 

5.8   Autoriti dan Arahan

 

5.8.1   Sebarang arahan yang melibatkan apa-apa perkara berkait dengan Pelaburan dan Akaun Pelaburan akan dibuat secara bertulis yang ditandatangani sewajarnya oleh orang yang diberikan kuasa untuk mengeluarkan arahan tersebut kepada Bank dan hendaklah diberi:

                                       i.         dalam boring yang ditetapkan dan yang disediakan oleh Bank, jika ada;

                                      ii.         melalui surat yang dihantar sendiri atau dihantar melalui pos prabayar; atau

                                     iii.         dihantar melalui facsimile

 

5.8.2   Bank sedia menerima arahan melalui telefon daripada Pelanggan tetapi arahan melalui telefon mesti disertakan dengan arahan dibuat secara bertulis sepertimana yang tertera diatas.

5.8.3   Berhubung dengan apa-apa arahan yang diterima secara bertulis daripada Bank, satu-satunya kewajipan pengesahan yang perlu dilakukan oleh Bank ialah untuk memastikan tandatangan yang tertera pada arahan yang dimaksudkan itu merupakan tandatangan orang yang diberikan kuasa untuk mengeluarkan arahan tersebut. Bank sama sekali tidak dikehendaki untuk mengesahkan kesahan tandatangan atau identiti orang yang bertanggungjawab menurunkan tandatangan tersebut.

5.8.4   Sekiranya Bank menbuat keputusan untuk mendapatkan pengesahan kesahan mana-mana tandatangan atau identiti mana-mana orang yang bertanggungjawab menurunkan tandatangan tersebut, tindakan tersebut tidak akan dalam apa-apa segi mengikat Bank berhubung dengan apa-apa arahan pada masa akan dating diberikan oleh Pelanggan yang sama dan Bank berhak untuk bergantung sepenuhnya kepada peruntukan Fasal 5.8.2 dalam Terma dan Syarat ini.

5.8.5   Arahan akan dianggap telah diterima oleh Bank hanya apabila ia sampai kepada pengetahuan Jabatan Perkhidmatan Pelaburan Bank; jika arahan itu diterima selepas jam 2.30 petang atau kemudian daripada itu pada Hari Niaga sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, arahan tersebut akan dianggap telah diterima pada Hari Niaga berikutnya.

5.8.6   Bank berhak atas budi bicara mutlaknya untuk enggan mematuhi apa-apa arahan yang, pada pendapat mutlak Bank, adalah tidak jelas atau kabur yang akan atau mungkin menyebabkan Bank untuk melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan (sama ada mempunyai apa-apa akibat undang-undang dan mengikat ataupun tidak). Bank tidak akan dipertanggungkan atau bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang Pelanggan mungkin alami atau tanggung akibat daripada keengganan Bank untuk bertindak dalam keadaan tersebut.

5.8.7   Arahan yang diberikan oleh Pelanggan untuk membatalkan arahan terdahulu hendaklah dianggap diberikan secara sah hanya sekiranya arahan terdahulu itu belum lagi dilaksanakan oleh Bank.

 

5.9       Fi, Caj dan Perbelanjaan

 

5.9.1   Dalam menggunakan Perkhidmatan Pelaburan, Pelanggan mengakui dengan nyatanya bahawa dia mengetahui mungkin terdapat yuran dan bayaran yang dikenakan oleh UTMC yang berkaitan bagi Pelaburan yang hendak dibeli, ditebus atau ditukar dan Pelanggan bersetuju dengan nyatanya bahawa, sekiranya berlaku penebusan, Pelanggan bersetuju dengan nyatanya bahawa prosid penebusan yang dikreditkan ke dalam Akaun Pelanggan adalah prosid yang bersih setelah ditolak yuran dan bayaran tersebut, jika ada.

5.9.2   Sebagai balasan kerana menggunakan Perkhidmatan Pelaburan yang disediakan oleh Bank, Pelanggan hendaklah membayar yuran tersebut sebagaimana mungkin ditentukan oleh Bank dari semasa ke samasa. Berhubung dengan mana-mana perkhidmatan yang tidak disebutkan dengan nyatanya di sini yang disediakan oleh Bank berkaitan dengan Perkhidmatan Pelaburan, yang dianggap oleh Bank sebgai luar biasa, Pelanggan bersetuju untuk membayar kepada Bank amaun tertentu sebagaimana yang dipersetujui antara Bank dengan Pelanggan dari semasa ke semasa.

5.9.3   Bank berhak untuk mendapatkan pembayaran balik daripada Pelanggan berhubung dengan perbelanjaan dan pembayaran balik yang mungkin ditanggung oleh Bank dalam melaksanakan obligasinya di bawah Terma dan Syarat ini atau yang perlu dibayar oleh Bank kepada mana-mana UTMC berhubung dengan mana-mana urus niaga Pelaburan

 

5.10     Mesyuarat Pemegang Unit

 

5.10.1     Pelanggan dengan nyatanya memperakui bahawa Pelanggan bukan Pemegang Berdaftar Pelaburan yang dipegang dalam Akaun Pelaburannya dan, sewajarnya tidak berhak untuk menghadiri apa-apa Mesyuarat Unit Pemegang yang boleh dipanggil berkaitan mana-mana Dana dengan unitnya dipegang oleh Pelanggan sebagai Pelaburan.

5.10.2     Sehubungan dengan itu, Bank tidak berkewajipan untuk memaklumkan kepada Pelanggan tentang apa-apa Mesyuarat Pemegang Unit yang mungkin diadakan bagi mana-mana Dana yang unitnya dipegang oleh Pelanggan sebagai Pelaburan, begitu juga Bank tidak berwajipan untuk mendapatkan arahan daripada Pelanggan berhubung dengan apa-apa perkara atau undi yang dicadangkan untuk dibincangkan atau diambil pada mana-mana Mesyuarat tersebut.

 

5.11     Notis

 

5.11.1     Sebarang komunikasi atau notis yang diberikan oleh Bank atau Penama bagi pihak Bank kepada Pelanggan boleh diberikan secara bertulis dan dihantar melalui pos prabayar atau faksimili yang dialamatkan kepada Pelanggan di alamat surat-menyurat yang diketahui atau nombor faksimili yang terdapat di dalam rekod Bank. Komunikasi atau notis berkenaan akan disifatkan sebgai telah diterima pada:-

                                          i.   hari ketiga (ke-3) selepas dipos, jika dihantar melalui pos prabayar, dan

                                         ii.   Apabila mesin faksimili penghantar mendaftarkan pengesahan bahawa penghantaran telah selesai dilakukan.

 

5.12   Penamatan

 

5.12.1   Perjanjian yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini boleh ditamatkan atas budi bicara Bank dengan notis bertulis oleh Bank kepada Pelanggan pada bila-bila masa dan boleh dibatalkan oleh Pelanggan dengan memberikan terlebih dahulu kepada Bank, notis bertulis yang tidak kurang dari 14 hari.

5.12.2 &npsp; Jika Pelanggan adalah lebih daripada seorang individu, Akaun Pelaburan akan terus tertakluk kepada mandat atau autoriti yang sama seperti Akaun Pelanggan apabila berlaku kematian atau ketidakupayaan mana-mana seorang atau lebih daripada seorang individu tersebut.

5.12.3   Apabila perjanjian yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini ditamatkan, Bank akan disifatkan sebagai telah diberikan kuasa oleh Pelanggan untuk meminta UTMC yang berkenaan supaya memindahkan Pelaburan kepada nama Pelanggan dan, dalam berbuat demikian Bank dan/atau Penama akan dilepaskan daripada sebarang tanggungjawab seterusnya terhadap Pelaburan itu dengan syarat Bank tidak akan dipertanggungkan untuk mengatur permindahan Pelaburan tersebut sehingga semua liabiliti Pelanggan kepada Bank menurut Terma dan Syarat ini (termasuklah apa-apa yuran dan perbelanjaan tertunggak yang perlu dibayar dibawah Terman dan Syarat ini) telah dijelaskan sepenuhnya

 

5.13   Tanggung Rugi

 

5.13.1   Pelanggan dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi dan memegang Bank, Penamanya dan atau/ kakitangan dan ejen masing-masing sebagai tidak bersalah, berkaitan apa-apa kerugian dan tanggung rugi yang boleh ditanggung atau dialami oleh Bank, Penamanya dan/ atau kakitangan dan ejen masing-masing yang timbul daripada, atau berkaitan dengan, prestasi Bank akan Perjanjian yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat dan dalam urusan perkhidmatan yang diberikannya, pada bila- bila masa atau daripada apa-apa sebab sekalipun, tetapi tidak terhad kepada, pembelian, pemegangan, pertukaran dan penebusan Pelaburan, pengendalian Akaun Pelanggan dan Akaun Pelaburan serta penguatkuasaan Terma dan Syarat ini, kecuali dan melainkan kerugian dan kerosakan tersebut telah ditanggung atau dialami akibat kecuaian melampau atau kemungkiran kewajipan yang disengajakan.

5.13.2   Bank, Penama dan/ atau kakitangan dan ejennya/ mereka masing-masing tidak akan bertanggungan kepada Pelanggan bagi atau berhubung dengan apa-apa kerugian atau kerosakan atau kegagalan untuk mematuhi atau kelewatan dalam mematuhi obligasinya/ mereka di bawah Terma dan Syarat ini yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh Force Majeure.

5.13.3   Pelanggan juga bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat yang berkaitan dengan perlaksanaan setiap pembelian, pertukaran atau penebusan mana-mana Pelaburan oleh Bank dan/ atau Penama.

5.14   Ketidak Eksklusifan

5.14.1   Perkhidmatan yang disediakan oleh Bank (dan/atau oleh Penama bagi pihak Bank) kepada Pelanggan di bawah Terma dan Syarat ini adalah tidak eksklusif dan Bank dan/ atau Penama dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan tersebut kepada orang ramai sebagaimana yang Bank dan/atau Penama, atas budi bicara mutlaknya fikirkan wajar, dan Bank mahupun Penama tidak akan bertanggung atau wajib:

                                          i.       Untuk memberikan penjelasan kepada Pelanggan tentang apa-apa faedah yang diterima oleh Bank dan/ atau Penama kerana menyediakan perkhidmatan tersebut kepada orang lain; atau

                                         ii.       Untuk mendedahkan kepada Pelanggan tentang apa-apa fakta atau perkara yang sampai kepada pengetahuan Bank atau Penama dan/ atau kakitangan dan ejennya/ mereka masing-masing semasa menyediakan perkhidmatan tersebut kepada orang lain atau semasa menjalankan urusannya/ mereka dalan apa-apa tugas lain atau dengan apa jua cara melainkan semasa menjalankan kewajipannya/ mereka di bawah Terma dan Syarat ini.

 

5.15   Perwakilan dan Jaminan oleh Pelanggan

 

5.15.1   Dengan memohon kepada Bank untuk peruntukan Perkhidmatan Pelaburan mengikut Terma dan Syarat ini, maka Pelanggan (dan jika Pelanggan itu lebih daripada seorang individu, maka setiap individu tersebut) dengan ini menyatakan, menjamin dan mengesahkan bahawa dia telah membaca Terma dan Syarat ini dan bersetuju untuk terikat dengannya dan dengan menerima Terma dan Syarat ini, Pelanggan tidak akan melanggar peruntukan mana-mana undang-undang, peraturan, perintah atau dekri mana-mana pihak berkuasa atau agensi kerajaan yang Pelanggan tertakluk kepadanya atau apa-apa kontrak, akujanji atau perjanjian lain yang mengikat Pelanggan, asetnya atau yang Pelanggan tertakluk kepadanya

5.16   Umum

 

5.16.1   Jika Pelanggan melibatkan lebih daripada seorang, maka perkara berikut akan ber:

 

                                           i.          liabiliti semua orang itu adalah secara bersama dan berasingan;

                                          ii.          Bank berhak untuk meminta orang itu untuk memberitahu kepada Bank secara bertulis sama ada urus niaga berhubung dengan Pelaburan hanya dilaksanakan berdasarkan arahan:

a.          seorang sahaja;

b.          dua orang atau lebih;

c.          semua orang; sentiasa dengan syarat bahawa orang yang berumur bawah lapan belas (18) tahun tidak layak untuk memberikan apa-apa arahan berhubung dengan Pelaburan;

                                         iii.          Bank berhak untuk bertindak atas arahan orang tersebut yang namanya mula-mula tertulis dalam Akaun Pelanggan;

                                         iv.          Bank akan menganggap orang yang namanya mula-mula tertulis dalam Akaun Pelanggan sebagai orang yang layak untuk menerima apa-apa wang yang perlu dibayar di bawah Terma dan Syarat ini dan penerimaan oleh orang tersebut bagi apa-apa wang yang perlu dibayar di bawah Terma dan Syarat ini berhubung dengan Pelaburan tersebut akan menjadi pelepasan yang baik kepada Bank; dimana komunikasi atau notis yang dikehendaki untuk diberikan kepada Pelanggan, adalah mencukupi bagi Bank untuk memberikan notis tersebut hanya kepada orang yang namanya mula-mula tertulis dalam Akaun Pelanggan

                                          v.          Tertakluk kepada subfasal (f) di bawah ini, sekiranya berlaku kematian salah seorang daripada mereka, Bank dan Penama akan mengakui orang yang masih hidup sahaja sebagai orang yang mempunyai apa-apa hak milik, hak atau kepentingan kepada dan dalam Pelaburan; dan

                                         vi.          Dimana satu-satunya orang yang masih hidup atau orang yang masih hidup adalah atau berada di bawah umur lapan belas (18) tahun, Bank dan Penama akan hanya mengiktirafkan estet atau harta pusaka orang atau orang-orang yang telah meninggal dunia tersebut sebagai mempunyai apa-apa hak milik, hak atau kepentingan kepada dan dalam Pelaburan

                                        vii.          5.16.2   Bank akan dan mengarahkan Penama supaya mematuhi peruntukan mana-mana undang-undang, peraturan atau perintah yang sekarang inin atau kemudian daripada ini berkuat kuasa yang bermaksud untuk mengenakan apa-apa kewajipan ke atas Bank dan/ atau Penama selaku pemegang kepada mana-mana Pelaburan untuk memberikan apa-apa pemberitahuan atau mengambil atau menahan diri daripada mengambil apa-apa tindakan.

5.16.3     Bank tidak bertanggungjawab untuk mengambil sebarang tindakan selain daripada yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat ini berhubung dengan apa-apa Pelaburan atau wang tunai Pelanggan yang dipegang oleh Bank dan/atau Penama di bawah Terma dan Syarat ini. Bank berhak untuk menerima dan bertindak, atau mengarahkan Penama untuk bertindak, berdasarkan sebarang nasihat daripada peguam dan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa tindakan yang diambil atau perkara yang dilakukan dengan niat yang baik bersandarkan kepada nasihat tersebut.

5.16.4     Bank berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk meminda atau mengubah mana-mana atau semua Terma dan Syarat ini dengan syarat Bank dengan seberapa segera yang boleh telah mengiklankan pindaan atau perubahan tersebut dengan menampalkan notis terlebih dahulu di cawangannya atau dengan sebarag cara lain sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Bank bagi tujuan ini.

5.16.5     Sekiranya pada bila-bila masa mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini tertakluk atau menjadi tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, atau didapati oleh mana-mana mahkamah atau badan pentadbiran bidang kuasa berwibawa sebagai menyalahi undang-undang, terbatal, tidak sah, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan, maka Terma dan Syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang menyalahi undang-undang, tidak sah, terbatal, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan itu tidak pernah membentuk sebahagian daripada Terma dan Syarat ini dan peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini akan kekal berkuat kuasa sepenuhnya dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang, tidak sah, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan itu atau pemisahannya daripada Terma dan Syarat ini.

 

6.     PELABURAN BERSTRUKTUR

6.1   Pelaburan Produk Berstruktur yang Ada

6.1.1 Pelaburan Produk Berstruktur yang ada hendaklah sama ada (i) Pelaburan Prinsipal yang Dilindungi atau (ii) Pelaburan Prinsipal Tidak Dilindungi.

6.2 Perjanjian untuk Melabur dalam Pelaburan Produk Berstruktur.

6.2.1 Anda bersetuju untuk melabur jumlah pokok dengan kami, untuk Produk Pelaburan Berstruktur sebagaimana yang dinyatakan dalam Lembar Terma Induk dan/atau Pengesahan bagi Tenor yang dinyatakan. Anda bersetuju untuk membayar kepada kami apa-apa amaun yang berkaitan dengan Pelaburan Produk Berstruktur sebagaimana yang dinyatakan di dalam atau yang ditentukan mengikut Lembar Terma Induk dan / atau Pengesahan yang perlu anda bayar. Kami akan menerima atau mendebitkan Jumlah Pokok daripada Akaun dalam mata wang yang kena dibayar (melainkan dikehendaki sebaliknya oleh Bank) sebelum Tarikh dan Masa Tamat Tempoh dalam dana penuh dan boleh dipindahkan secara bebas dalam mata wang yang diperlukan tanpa tolak selesai, tuntutan balas, sekatan atau syarat.

6.2.2 Kami mempunyai hak untuk tidak menerima apa-apa Jumlah Pokok yang diterima (atau untuk menerima hanya sebahagian daripada Jumlah Pokok tersebut) pada atau sebelum Tarikh Mula atau, jika dana tidak diterima mengikut Fasal 6.2.1. Dalam hal ini, kami akan memaklumkan anda dengan seberapa segera yang dapat dilakukan dan apa-apa dana yang diterima tetapi tidak diterima untuk tujuan Pelaburan Produk Berstruktur akan dibayar kepada Akaun seperti yang telah diberitahu kepada anda. Jika kami tidak diberitahu mengenai Akaun tersebut atau Akaun yang dimaklumkan telah berhenti operasinya, jumlah ini akan dibayar kepada mana-mana Akaun anda yang kami tentukan atau melalui cek atau dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Bank. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian, kerosakan atau perbelanjaan yang anda tanggung atau alami yang berkaitan dengan tiadanya penerimaan dana sedemikian.

6.2.3 Tanpa mengambil kira apa-apa peruntukan yang dinyatakan di sini, jika terdapat dana yang tidak mencukupi dalam Akaun untuk memenuhi Jumlah Pokok yang hendak kami debitkan, kami berhak menamatkan Pelaburan Produk Berstruktur (jika sudah melabur/dilaksanakan oleh Bank) dengan memberikan notis kepada anda sebagaimana yang ditetapkan dalam Fasal 26 Terma dan Syarat Umum dan anda bertanggungjawab terhadap apa-apa kos unwinding, caj atau fi pentadbiran yang kami tanggung dalam menamatkan Pelaburan Produk Berstruktur tersebut.

6.2.4 Arahan anda kepada kami untuk melabur dalam mana-mana Pelaburan Produk Berstruktur adalah muktamad dan apa-apa Pelaburan Produk Berstruktur yang kami laburkan untuk Pelanggan akan mengikat Pelanggan, walau apa pun perubahan dalam keadaan pasaran antara masa arahan dengan masa pelaburan. Tertakluk pada syarat yang dinyatakan di dalam Lembar Terma Induk berkenaan dengan Pelaburan Produk Berstruktur, jika kami menyebut istilah ("Sebut harga") bagi mana-mana Pelaburan Produk Berstruktur dan kami menerima Sebut Harga, dengan syarat Sebut Harga masih sah dan boleh didapati pada masa pelaburan / pelaksanaan, kami akan melaburkan / melaksanakan Pelaburan Produk Berstruktur mengikut Sebut Harga, yang mengikat anda. Tanpa mengambil kira apa-apa pun yang sebelumnya, anda mengakui dan menerima bahawa syarat akhir pelaksanaan / pelaburan oleh Bank mungkin berbeza daripada Sebut Harga kepada anda. Anda hendaklah atas dasar usaha terbaik anda melaksanakan / melaburkan Pelaburan Produk Berstruktur menurut terma yang sehampir mungkin dengan Sebut Harga tersebut tertakluk pada keadaan pasaran dan kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa perbezaan antara Sebut Harga dengan terma akhir sama ada disebabkan oleh atau yang timbul daripada apa-apa kelewatan antara masa penerimaan anda dengan masa pelaksanaan / pelaburan oleh kami atas apa-apa sebab sekali pun, termasuk apabila Pelaburan Produk Berstruktur dilaksanakan semasa Tempoh Jualan atau oleh sebab kesilapan operasi atau kegagalan sistem. Sekiranya berlaku keadaan pasaran yang buruk, dengan syarat kami pada setiap masa bertindak secara munasabah dan dengan niat yang baik, anda memperakui bahawa terma yang kami laksanakan / laburkan mungkin sangat berbeza daripada Sebut Harga. Dalam semua keadaan anda terikat dengan terma Pelaburan Produk Berstruktur apabila sahaja kami laksanakan / laburkan walau apa pun perbezaan antara Sebut Harga dan terma akhir.

6.2.5 Melainkan kami bersetuju yang sebaliknya dan tertakluk pada budi bicara kami, semua pembayaran daripada Jumlah Pokok dan/atau apa-apa faedah berkenaan dengan Pelaburan Produk Berstruktur hendaklah dibayar ke dalam Akaun.

6.2.6 Pelaburan Produk Berstruktur hendaklah dikawal oleh Terma dan Syarat yang terkandung di dalam dokumen ini, Lembar Terma Induk, Lembar Terma (jika berkenaan), Penyata Pendedahan Risiko, Pengesahan dan apa-apa dokumen lain, borang dan mandat yang anda laksanakan. Dokumen ini hendaklah dibaca bersama-sama sebagai satu dokumen tunggal dan hendaklah membentuk satu perjanjian antara Bank dengan Pelanggan. Berkaitan dengan Pelaburan Produk Berstruktur, sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara (i) peruntukan Lembar Terma Induk dengan Terma dan Syarat ini, peruntukan yang terdapat dalam Lembar Terma Induk hendaklah diguna pakai (ii) Lembar Terma Induk atau Lembar Terma dan Pengesahan, maka peruntukan Pengesahan akan mendahului.

6.2.7 Sekiranya Terma dan Syarat ini akan kami hantar kepada anda dan anda terima melalui e-mel, penerimaan e-mel tersebut menjadi bukti muktamad penerimaan anda akan terma dan syarat ini. Anda dikehendaki menandatangani dan mengembalikan salinan imbasan pelaksanaan terma dan syarat dengan salinan tersebut disifatkan sebagai salinan asal melainkan Pelanggan memohon salinan cetak Terma dan Syarat ini dihantar selepas menerima e-mel, dan dalam keadaan ini, anda perlu menandatangani dan mengembalikan salinan cetak pelaksanaan terma dan syarat kepada kami dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan.

6.3 Faedah ke atas Pelaburan Produk Berstruktur

6.3.1 Melainkan dinyatakan sebaliknya di dalam Lembar Terma Induk dan/atau Pengesahan, faedah bagi Pelaburan Produk Berstruktur boleh terakru atas Amaun Pokok pada kadar dan untuk Tenor yang disediakan di dalam Lembar Terma Induk dan/atau Pengesahan tersebut dan hendaklah dikira berdasarkan bilangan sebenar hari yang luput dalam Tenor tersebut dibahagikan dengan Konvensyen Kira Hari sebagaimana yang dinyatakan di dalam Lembar Terma Induk dan/atau Pengesahan.

6.3.2 Semua kadar, tetapan dan nilai yang diperlukan bagi maksud pengiraan Faedah dan semua perkara lain yang akan ditentukan atau ditetapkan berkenaan Pelaburan Produk Berstruktur akan kami muktamadkan dengan bertindak secara munasabah mengikut amalan pasaran semasa.

6.4 Pengesahan.

6.4.1 Sebaik sahaja dapat dilaksanakan selepas anda telah melabur dalam / melaksana Pelaburan Produk Berstruktur untuk anda, kami akan menghantar Pengesahan pelaburan tersebut melalui teleks, faks atau secara elektronik yang dengannya satu salinan cetak boleh dikeluarkan dan yang mungkin atau mungkin tidak memerlukan tandatangan / pengesahan anda.

6.4.2 Anda mengaku janji untuk menyemak, memeriksa dan mengesahkan kebenaran setiap Pengesahan dan hendaklah memaklumkan kepada kami tentang apa-apa penyelewengan atau percanggahan dalam masa 24 jam atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang dinyatakan di dalam Pengesahan, dari tarikh penerimaan Pengesahan, yang sekiranya gagal dilakukan, anda dianggap telah meluluskan dan menerima kandungan Pengesahan dan Pengesahan adalah muktamad dan mengikat anda. Sekiranya pengakuan / tanda tangan anda diperlukan pada Pengesahan, anda hendaklah dengan segera menandatangani dan mengembalikan Pengesahan (sama ada salinan cetak atau melalui e-mel) kepada kami dengan syarat bahawa kegagalan anda untuk menandatangani / mengakui Pengesahan sebagaimana yang dikehendaki tidak akan menjejaskan penerimaan syarat pelaburan produk berstruktur yang dinyatakan di dalam Pengesahan yang diperuntukkan dalam ayat sebelum ini dalam Fasal ini.

6.4.3 Tanpa mengambil kira peruntukan di atas, kami berhak untuk membetulkan kesilapan yang dibuat di dalam apa-apa Pengesahan berkaitan dengan Pelaburan Produk Berstruktur pada bila-bila masa dan/atau dari semasa ke semasa disebabkan kesilapan operasi di pihak kami atau di pihak yang lain.

6.4.4 Pelaksanaan anda akan Lembar Terma Induk/Pengesahan atau apa-apa dokumen lain yang difakskan kembali atau salinan imbasan e-mel kepada kami hendaklah boleh diterima di mahkamah sebagai bukti penerimaan yang sama dan hendaklah dianggap sebagai dokumen asal dan utama. Laporan penghantaran yang dihasilkan daripada faks salah satu pihak hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang baik dan penerimaan serentak.

6.5 Kematangan.

6.5.1 Melainkan jika dinyatakan di dalam Lembar Terma Induk dan/atau Pengesahan, tertakluk pada pembayaran Amaun Pokok dan jumlah lain (jika ada) yang dinyatakan di dalam Lembar Terma Induk dan / atau Pengesahan, pada Tarikh Matang Pelaburan Produk Berstruktur, Pelaburan Produk Berstruktur hendaklah tamat secara automatik dan kami akan membayar Jumlah Bayaran Balik termasuklah sekiranya berkaitan, faedah yang relevan (dikira menurut Fasal 6.3 di atas) untuk Tenor yang relevan.

6.6 Penebusan Awal atau Penamatan

6.6.1 Sekiranya anda memohon kepada Bank untuk menebus atau menamatkan Pelaburan Produk Berstruktur sebelum Tarikh Matang, kami boleh menurut budi bicara kami menerima atau menolak permohonan tersebut dengan atau tanpa apa-apa syarat. Kami tidak bertanggungjawab untuk memberikan apa-apa sebab jika menolak permohonan anda. Jika kami menerima permohonan tersebut, anda perlu mematuhi apa-apa syarat yang kami kenakan dan tertakluk pada pematuhan syarat yang sedemikian, kami akan membayar apa-apa jumlah Amaun Pokok sebagaimana yang terhasil daripada penamatan pramatang Pelaburan Produk Berstruktur ditolak kos dan caj seperti yang dinyatakan dalam Fasal 6.6.2 di bawah. Kami mengakui berkemungkinan bahawa Jumlah Bayaran Balik semasa penebusan atau penamatan awal itu akan menjadi lebih rendah (dan mungkin juga tidak wujud) berbanding dengan apabila Pelaburan Produk Berstruktur dilaburkan sehingga Tarikh Matang. Anda tidak berhak untuk menarik balik permohonan penamatan / penebusan awal apabila permohonan telah kami buat atau terima.

6.6.2 Sekiranya berlaku penebusan atau penamatan awal Pelaburan Produk Berstruktur, anda hendaklah menanggung rugi kami dan bersetuju terhadap apa-apa kerugian, kerosakan, kos atau caj (jika ada) atau fi pentadbiran yang dialami atau ditanggung untuk menebus atau menamatkan Pelaburan Produk Berstruktur mengikut Fasal 6.6.1, termasuk kos undang-undang, dan kos rungkai yang ditanggung berhubung dengan penamatan pramatang sedemikian yang akan ditolak daripada Jumlah Pembayaran Balik untuk Pelaburan Produk Berstruktur tersebut. Apa-apa kerugian, kerosakan, kos, caj dan fi hendaklah dikira mengikut formula seperti yang kami tetapkan dari semasa ke semasa dan kami boleh memotong nilai ini daripada Jumlah Pokok atau daripada apa-apa wang dalam Akaun atau apa-apa amaun lain (jika ada) yang kena dibayar kepada Pelabur.

6.6.3 Kami berhak menamatkan Pelaburan Produk Berstruktur dengan Pelaburan Produk Berstruktur mempunyai sifat yang boleh dipanggil dan syarat penamatan sedemikian adalah selaras dengan Lembar Terma Induk dan / atau Pengesahan.

6.7 Pembayaran.

6.7.1 Kami hendaklah dilepaskan daripada keseluruhan liabiliti kami di bawah terma dan syarat apabila pembayaran Jumlah Pembayaran Balik pada Tarikh Matang Pelaburan Produk Berstruktur dibuat atau, jika ditebus atau ditamatkan awal pada tarikh penebusan atau pada tarikh penamatan awal tersebut. Pembayaran Jumlah Pembayaran Balik sedemikian akan dikreditkan ke dalam Akaun yang akan kami beritahu anda atau jika kami tidak diberitahu mengenai Akaun tersebut atau Akaun tersebut sebagaimana yang dimaklumkan oleh pelabur telah tidak beroperasi, kepada mana-mana Akaun yang kami tentukan atau melalui cek atau dalam bentuk lain yang kami tentukan.

6.7.2 Kami boleh menukar apa-apa Amaun Pembayaran Balik dalam mata wang yang berbeza ke dalam satu mata wang dan dengan cara yang kami anggap sesuai pada kadar pertukaran yang lazim.

6.8 Pembayaran Balik.

6.8.1 Jika kami menerima notis bertulis yang dialamatkan kepada kami tentang kematian, kebankrapan, penggulungan atau apa-apa sebab lain yang menjejaskan kuasa, kewibawaan atau hak anda untuk melabur dalam Pelaburan Produk Berstruktur, kami hendaklah, melainkan jika kami menerima arahan untuk meneruskan Pelaburan Produk Berstruktur daripada waris anda yang sah, wasi, pentadbir, wakil diri atau wakil sah atau penerima rasmi yang dilantik untuk bertindak bagi pihak anda, menamatkan Pelaburan Produk Berstruktur sebelum Tarikh Matang yang dijadualkan menurut Fasal 6.6 dan khususnya tertakluk pada apa-apa kos, perbelanjaan dan caj yang dinyatakan dalam Fasal 6.6.2, dan akan membayar apa-apa jumlah yang terhasil daripada penamatan tersebut ke dalam Akaun, termasuk dalam hal Pelaburan Pokok Dilindungi.

6.8.2 Apabila kami dibentangkan dengan suatu perintah yang digarnis dan / atau injunksi Mareva dan / atau perintah dan / atau perintah yang sama dari semasa ke semasa sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang dikeluarkan terhadap Pelanggan, kami berhak untuk mempercepat dan mematangkan pembayaran balik mana-mana Pelaburan Produk Berstruktur seolah-olah pembayaran balik sebelum tarikh matang itu dibuat atas permohonan anda dan Jumlah Pembayaran untuk Pelaburan Produk Berstruktur hendaklah tertakluk pada dan ditentukan mengikut Fasal 6.6 di atas.

6.9 Percanggahan Kepentingan

6.9.1 Kami merupakan sebahagian daripada kumpulan kewangan yang besar dan bertindak serentak bagi jumlah pelanggan yang besar, dan juga untuk akaun kami sendiri. Oleh itu, percanggahan kepentingan tidak boleh dielakkan sepenuhnya. Anda mengakui bahawa kami dan sekutu atau pelanggan kami boleh: (a) memberi kesan ke atas urus niaga anda melalui agensi dan / atau dengan rakan niaga yang merupakan organisasi yang berkaitan atau seseorang yang tidak berkaitan dengan kami; (b) mempunyai kedudukan atau kepentingan langsung atau tidak langsung dalam Pelaburan Produk Berstruktur; atau (c) telah membeli atau menjual Pelaburan Produk Berstruktur sebagai prinsipal atau untuk pelanggan lain Bank. Kami atau sekutu dan pelanggan kami tidak bertanggungjawab ke atas atau secara khusus mendedahkan kepada anda apa-apa keuntungan, caj atau ganjaran yang dibuat atau diterima daripada mana-mana urus niaga sedemikian atau urus niaga lain yang berkaitan.

6.9.2 Perkhidmatan yang kami berikan kepada anda adalah tidak eksklusif dan kami tidak bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada anda apa-apa faedah yang diterima dalam menyediakan perkhidmatan pelaburan kepada orang lain atau untuk mendedahkan kepada anda apa-apa fakta atau perkara yang sampai kepada pengetahuan kami, dalam urusan menyediakan perkhidmatan kepada orang lain atau dalam apa-apa kapasiti lain atau dalam apa-apa cara sekalipun selain semasa menjalankan tanggungjawab kami.

6.10 Mata Wang Asing

6.10.1 Apa-apa mata wang asing, yang merupakan mata wang (atau sub-unit apa-apa mata wang) selain Ringgit Malaysia, dalam Akaun yang boleh (bersama-sama dengan apa-apa jumlah wang dalam mata wang asing yang sama yang didepositkan oleh pelanggan lain) dilaburkan oleh Bank dalam Pelaburan Produk Berstruktur yang anda persetujui dengan syarat anda telah membuka akaun mata wang asing dengan kami.

6.10.2 Tanggungjawab kami untuk membuat pembayaran dalam mata wang asing hendaklah tertakluk pada ketersediaan mata wang asing tersebut dan tertakluk pada caj komisen yang kami tentukan dari semasa ke semasa.

6.10.3 Melainkan jika dipersetujui sebaliknya, tiap-tiap bayaran yang diterima atau dibuat bagi Akaun dalam mata wang selain daripada mata wang Akaun tersebut, kami boleh menukarkannya ke dalam atau daripada mata wang Akaun tersebut pada kadar pertukaran Bank yang lazim. Anda hendaklah menanggung apa-apa kerugian, caj atau perbelanjaan pertukaran asing.

6.11 Akaun Bersama

6.11.1 Melainkan dipersetujui sebaliknya secara bertulis, jika Akaun dibuka atas nama lebih daripada seorang, maka akaun tersebut hendaklah menjadi akaun bersama dengan hak kemandirian dan setiap orang tersebut ("Pemegang Akaun Bersama") hendaklah secara bersama dan berasingan bertanggungjawab terhadap semua kewajipan yang berkaitan dengan akaun bersama. Liabiliti setiap Pemegang Akaun Bersama tidak boleh dibebaskan atau terjejas dalam apa-apa jua cara dengan kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau pencairan Pemegang Akaun Bersama yang lain.

6.11.2 Tanpa mengambil kira yang di atas, sekiranya berlaku kematian seorang Pemegang Akaun Bersama, kami boleh menyekat atau enggan membenarkan operasi akaun bersama sehingga Bank telah menerima bukti bahawa mana-mana duti harta pusaka atau kewajipan lain atau cukai yang kena dibayar dalam akaun bersama tersebut telah dibayar dan / atau untuk memulakan prosiding interplider sekiranya berlaku apa-apa tuntutan yang bercanggah.

6.11.3 Kiriman wang yang diterima yang memihak kepada Pemegang Akaun Bersama sahaja boleh dikreditkan kepada akaun bersama melainkan kami menerima arahan sebaliknya.

6.11.4 Tanggungjawab kami untuk memaklumkan Pemegang Akaun Bersama (jika berkaitan) hendaklah dilepaskan apabila Bank memberitahu akannya kepada mana-mana Pemegang Akaun Bersama.

6.11.5 Peruntukan yang dinyatakan di sini hendaklah mengawal hubungan undang-undang antara Pemegang Akaun Bersama dengan Bank semata-mata, tanpa mengira hubungan dalaman antara sesama Pemegang Akaun Bersama atau pengganti mereka.

6.12 Akaun Perkongsian

6.12.1 Jika mana-mana orang berhenti menjadi rakan kongsi disebabkan kematian, ketidakupayaan, persaraan, kebankrapan atau sama ada kami menerima notis pemberhentian itu atau tidak, kami berhak untuk memperlakukan rakan kongsi yang masih hidup atau yang terus menjadi rakan kongsi sebagai mempunyai kuasa penuh dan wibawa untuk meneruskan perniagaan firma perkongsian dan berurusan dengan semua asetnya dengan sebebas-bebasnya seolah-olah tidak ada perubahan dalam perkongsian itu dan apa-apa yang dilakukan menurut arahan oleh rakan kongsi yang masih hidup tersebut atau rakan kongsi yang masih berterusan hendaklah mengikat secara mutlak ke atas semua orang yang berkenaan.

6.13 Akaun Syarikat

6.13.1 Pelaburan Produk Berstruktur yang anda laburkan hendaklah dibenarkan melalui resolusi lembaga pengarah syarikat tersebut yang meluluskan syarikat untuk memasuki dan melabur dalam Pelaburan Produk Berstruktur, melantik dan membenarkan dan membenarkan penandatangan yang diberi kuasa untuk melaksanakan terma dan syarat ini dan semua borang dan dokumen lain yang diperlukan untuk melabur dalam Pelaburan Produk Berstruktur dan melantik serta membenarkan seorang wakil untuk berurusan dengan Bank berhubung dengan Pelaburan Produk Berstruktur tersebut.

6.14 Kuasa Bank

6.14.1 Kami dibenarkan (tetapi tidak diwajibkan) untuk menjalankan kuasa yang berikut mengikut budi bicara kami tanpa rujukan atau memberikan notis terlebih dahulu kepada Pelanggan; (a) untuk mematuhi semua undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa pengawal selia berkaitan dengan apa-apa Pelaburan Produk Berstruktur; (b) untuk menggunakan perkhidmatan mana-mana ejen pilihan Bank (sebagaimana dianggap sesuai oleh Bank, termasuk syarat yang membolehkan ejen untuk sub-mewakilkan prestasi sesetengah atau semua tugas ejen tersebut); dan (c) apabila wang yang kena dibayar bagi mana-mana Pelaburan Produk Berstruktur adalah dalam lebih daripada satu mata wang, kami memungut wang tersebut dalam mata wang tersebut dan / atau menukar wang tersebut dalam mata wang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; untuk mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan patut oleh Bank berkaitan dengan Pelaburan Produk Berstruktur tersebut.

6.15 Representasi, Waranti dan Aku Janji

6.15.1 Pelanggan membuat representasi dan waranti seperti yang berikut

a) Jika Pelanggan adalah sebuah syarikat, dan Pelanggan diperbadankan dengan sewajarnya dan secara sah wujud di bawah undang-undang negara Pelanggan bagi perbadanan dan mempunyai kuasa penuh, wibawa dan hak yang sah untuk memiliki harta dan aset dan untuk menjalankan perniagaan dan untuk melaksanakan dan menerima Terma dan Syarat ini;

b) bahawa Pelanggan mempunyai kuasa penuh, wibawa dan hak undang-undang untuk membuka dan menyenggarakan Akaun dan melabur dalam Pelaburan Produk Berstruktur dan telah mengambil atau memperoleh semua tindakan dan persetujuan yang diperlukan untuk membenarkan Pelaburan dalam Pelaburan Produk Berstruktur, untuk menerima dan terikat dengan Terma dan Syarat dan melaksanakan tanggungjawab yang berkaitan dengan terma ini mengikut semua undang-undang, peraturan, dokumen perlembagaan dan polisi dalaman yang terpakai;

c) bahawa Terma dan Syarat ini membentuk obligasi undang-undang, sah, wajib dan mengikat ke atas Pelanggan yang dikuatkuasakan terhadap Pelanggan menurut Terma dan Syarat ini;

d) bahawa tiada litigasi, timbang tara atau prosiding pentadbiran sedang berlaku atau yang belum selesai atau diancam terhadap perniagaan atau aset Pelanggan;

e) bahawa pembukaan dan penyelenggaraan Akaun, pelaburan dalam Pelaburan Produk Berstruktur dan pelaksanaan obligasi di bawah Terma dan Syarat ini tidak akan melanggar mana-mana undang-undang, peraturan, kaedah, kod, adat dan kelaziman yang terpakai kepada Pelanggan atau merupakan pelanggaran mana-mana obligasi kontrak lain atau merupakan salah laku pasaran oleh Pelanggan [(termasuk tanpa had urus niaga dalaman atau tanpa mengambil kira kewujudan apa-apa hubungan atau perkaitan (jika ada) antara Pelanggan (atau mana-mana pemilik benefisiari, jika berkaitan) dengan syarikat yang mendasari mana-mana Pelaburan Produk Berstruktur];

f) setiap Pelaburan Produk Berstruktur yang dilaburkan oleh Pelanggan sebagai prinsipal dan bukan sebagai ejen atau sebagai apa-apa kapasiti lain, fidusiari atau selainnya dan bagi tujuan menguruskan Pelaburan Produk Berstruktur atau berkaitan dengan portfolio pelaburan Pelanggan, atau bidang perniagaan dan bukan untuk tujuan spekulasi;

g) Keputusan untuk melabur dalam Pelaburan Produk Berstruktur adalah berdasarkan penilaian dan pertimbangan Pelanggan sendiri tanpa bergantung pada apa-apa bahan yang disediakan atau nasihat yang diberikan oleh Bank atau wakilnya;

h) Jumlah yang dilaburkan dalam apa-apa Pelaburan Produk Berstruktur ialah dana daripada sumber yang sah dan tidak berkaitan dalam apa-apa cara jua secara langsung atau tidak langsung, dengan mana-mana aktiviti yang menyalahi undang-undang jenayah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 ("AMLA"); dan

i) Pelanggan menerima semua risiko yang timbul apabila Bank diberi kuasa untuk menerima dan bertindak ke atas arahan telefon, faks atau jenis elektronik lain-lain (seperti yang dipersetujui oleh Bank); representasi dan waranti di atas hendaklah disifatkan berulang secara berterusan selagi Pelanggan melabur dalam Pelaburan Produk Berstruktur dengan Bank.

6.15.2 Anda bersetuju dan mengaku janji dengan kami seperti yang berikut: -

a) untuk melaksanakan semua penyeteman, pemfailan atau pendaftaran semua dokumen yang dikehendaki di bawah undang-undang mana-mana bidang kuasa yang relevan;

b) untuk memberi maklumat kewangan dengan serta-merta kepada kami seperti yang dipohon dari semasa ke semasa;

c) untuk memaklumkan kami dengan serta-merta apa-apa perubahan terhadap representasi dan waranti di atas atau sekiranya representasi dan waranti tersebut tidak lagi tepat atau betul;

d) atas permintaan kami, untuk melakukan atau melakukan semua tindakan dan perkara dan melaksanakan atau mendapatkan pelaksanaan semua instrumen dan dokumen yang menurut budi bicara kami dianggap perlu atau wajar bagi memberikan kesan penuh terhadap Terma dan Syarat atau bagi mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada segala hak, kuasa dan remedi yang diberikan kepada Bank menurut Terma dan Syarat ini; dan

e) untuk memikul tanggungjawab bagi apa-apa pendedahan kepentingan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang, kod dan peraturan yang terpakai

6.15.3 Kami bergantung pada representasi dan waranti anda yang dinyatakan di sini dalam memasuki apa-apa Pelaburan Produk Berstruktur dengan anda.

6.16 Tanggung Rugi.

6.16.1 Kami tidak boleh, dalam apa-apa keadaan sekalipun, dipertanggungjawabkan terhadap kerosakan tidak langsung, kerosakan berturutan atau kerosakan khas dalam apa-apa bentuk atas apa jua sebab yang berkaitan dengan mana-mana Pelaburan Produk Berstruktur sama ada atau tidak dimaklumkan tentang apa-apa butiran atau keadaan yang berkaitan dengan anda, atau apa-apa kerugian, tindakan, prosiding, tuntutan atau permintaan berhubung dengan Pelaburan Produk Berstruktur atau pelaksanaan perkhidmatan seperti yang diperuntukkan di bawah terma ini.

6.16.2 Melainkan jika dinyatakan dengan jelas sebaliknya, Bank dan pengarah, pegawai, pekerja dan ejen tidak bertindak dan tidak mempunyai tanggungjawab untuk bertindak sebagai pemegang amanah atau fidusiari anda dan kami atau orang tersebut tidak boleh dianggap sebagai pemegang amanah atau fidusiari anda sama ada melalui Pelaburan Produk Berstruktur atau Terma dan Syarat ini atau selainnya.

6.16.3 Bank dan juga mana-mana pengarah, pegawai, pekerja atau ejen tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap anda bagi apa-apa perbelanjaan, kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh atau kerana anda disebabkan:

a) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh mana-mana Bank berhubung dengan Pelaburan Produk Berstruktur atau Terma dan Syarat termasuk apa-apa kelewatan atau tidak melaksanakan arahan Pelanggan yang timbul daripada apa-apa keadaan sekalipun termasuk kepincangan sistem;

b) penggunaan tanpa kebenaran atau memalsukan apa-apa tandatangan yang diberi kuasa;

c) apa-apa kerosakan, atau salah faham, kesilapan, pencacatan, penyelewengan, penduaan atau kelewatan dalam penghantaran maklumat dan arahan yang bagaimana sekalipun yang dilakukan dalam apa-apa sahaja cara;

d) pelaburan dalam Pelaburan Produk Berstruktur dan / atau dokumen lain di bawah Terma dan Syarat ini;

e) penutupan Akaun atau pengungkaian Pelaburan Produk Berstruktur, atas apa-apa sebab sekalipun;

f) apa-apa ketiadaan dana yang dikreditkan ke mana-mana akaun kerana sekatan terhadap kebolehtukaran atau pemindahan, tuntutan, pemindahan paksaan, peperangan atau perbalahan sivil atau sebab-sebab lain yang serupa yang di luar kawalan, dengan dalam keadaan ini, baik Bank mahupun mana-mana cawangan, anak syarikat atau gabungan atau pengarah, pegawai, pekerja atau ejen itu tidak akan dipertanggungjawabkan.

6.16.4 Anda hendaklah menanggung rugi kami sepenuhnya terhadap segala tindakan, prosiding, tuntutan atau permintaan yang boleh kami ambil atau buat terhadap atau alami dan apa-apa kos dan perbelanjaan, kerugian (termasuk kerugian pertukaran asing), cukai sekarang atau masa hadapan, fi guaman, perbelanjaan sendiri termasuk tanpa had duti setem yang ditanggung berkaitan dengan pembukaan dan penyenggaraan Akaun dan pelaburan dalam Pelaburan Produk Berstruktur, dan liabiliti lain yang mungkin kami tanggung berhubung dengan Pelaburan Produk Berstruktur atau Terma dan Syarat ini.

6.16.5 Sebagai balasan bagi persetujuan kami untuk menerima arahan anda (atau penandatangan yang anda benarkan) dari semasa ke semasa melalui faks atau e-mel, anda (atau penandatangan yang dibenarkan) bersetuju untuk menanggung rugi kami terhadap apa-apa dan semua kerugian, tuntutan, prosiding, kerosakan, kos dan perbelanjaan (termasuk kos guaman) walau bagaimana sekalipun berlaku atau kami alami yang timbul daripada atau berkaitan dengan apa-apa komunikasi faks atau e-mel daripada atau kononnya daripada kami (atau penandatangan yang dibenarkan). Kami tidak bertanggungjawab untuk mengesahkan keaslian faks atau e-mel tersebut.

6.16.6 Bagi mengelakkan keraguan, Fasal 6.16 ini tidak boleh ditafsirkan sebagai mengehadkan liabiliti Bank untuk bertindak di tahap yang lebih luas daripada yang dibenarkan oleh undang-undang atau dalam kes-kes penipuan sebenar atau kecederaan diri atau kematian akibat kecuaian kami.

6.17 Terma Lain

6.17.1 Peristiwa Gangguan Pasaran: Jika kami memutuskan keadaan atau kewujudan Peristiwa Gangguan Pasaran yang menjejaskan satu Pelaburan Produk Berstruktur, maka berkaitan dengan Pelaburan Produk Berstruktur tersebut, Tarikh Penilaian hendaklah yang pertama selepas Hari Perniagaan apabila tidak ada Peristiwa Gangguan Pasaran, melainkan jika terdapat Peristiwa Gangguan Pasaran pada setiap satu daripada lima (5) Hari Perniagaan atau apa-apa bilangan hari lain sebagaimana yang ditetapkan di dalam Lembar Terma Induk dan / atau Pengesahan sebaik sahaja selepas Tarikh Penilaian asal. Dalam keadaan ini, hari perniagaan ke-5 atau hari lain yang seumpamanya yang ditetapkan di dalam Lembar Terma Induk dan / atau Pengesahan hendaklah disifatkan sebagai Tarikh Penilaian, tanpa mengambil kira Peristiwa Gangguan Pasaran. Kami akan, kemudiannya menentukan dengan niat yang baik anggaran harga Terbitan Rujukan yang akan digunakan tetapi bagi Peristiwa Gangguan Pasaran, Masa Penilaian adalah pada hari perniagaan ke-5 atau hari lain yang seumpamanya yang ditetapkan dalam Lembar Terma Induk dan / atau Pengesahan.

6.17.2 Peristiwa Luar Biasa: Apabila berlaku apa-apa Peristiwa Luar Biasa, kami akan dengan budi bicara menentukan apa-apa pelarasan atau tindakan (termasuk penamatan awal Pelaburan Produk Berstruktur) yang perlu berkaitan dengan Pelaburan Produk Berstruktur yang terjejas oleh Peristiwa Luar Biasa. Pelarasan atau tindakan sedemikian boleh termasuk (tanpa had) menukar atau mengubah apa-apa faedah yang kena dibayar berkaitan dengan Pelaburan Produk Berstruktur, aset rujukan yang mendasarinya atau formula atau kaedah pengiraan apa-apa faedah, mata wang, tenor atau spesifikasi lain daripada satu atau lebih Pelaburan Produk Berstruktur, atau penggantungan perkhidmatan yang disediakan di bawah Terma dan Syarat ini atau penutupan Akaun atau selainnya. Kami akan memberitahu anda tentang apa-apa tindakan yang diambil dan dengan syarat tindakan itu dilakukan dengan niat yang baik, apa-apa pelarasan atau tindakan tersebut hendaklah mengikat ke atas anda dan anda bertanggungjawab terhadap semua kerugian, kerosakan, kos, caj dan / atau perbelanjaan yang kami tanggung disebabkan tindakan atau pelarasan tersebut.

6.17.3 "Peristiwa Luar Biasa" bermaksud apa-apa kejadian yang kami percaya dengan niat baik boleh memberikan kesan memudaratkan ke atas (i) kami atau (ii) hak kami berhubung dengan mana-mana Pelaburan Produk Berstruktur dan hendaklah termasuk tanpa had apa-apa bentuk kawalan pertukaran sekatan atau keperluan walau apa pun sifatnya yang menjejaskan ketersediaan, kebolehtukaran, kredit atau pemindahan wang, komoditi, sekuriti, instrumen kewangan atau dana, apa-apa bentuk hutang atau moratorium lain ke atas mana-mana bidang kuasa, orang atau entiti, apa-apa penurunan nilai, penukaran semula mata wang atau penyahwang atau mata wang asas, komoditi, sekuriti atau instrumen bagi apa-apa Pelaburan Produk Berstruktur dan / atau apa-apa bentuk atau sekatan atau kehendak yang dengan niat baik dan pendapat Bank mengubah atau menukar hak atau obligasi secara memudaratkan yang apabila diterima oleh Bank menjejaskan peletakan Pelaburan Produk Berstruktur tersebut.

6.17.4 Tolak Selesai dan Lien: Tanpa mengambil kira apa-apa peruntukan yang dinyatakan di sini dan sebagai tambahan kepada apa-apa hak tolak selesai yang kami ada sebagai satu undang-undang, di bawah Terma dan Syarat ini atau sebaliknya, kami boleh dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda untuk menggabungkan, menyatukan atau mencantumkan semua atau apa-apa akaun anda dengan apa-apa liabiliti terhadap kami dan boleh menolak selesai atau memindahkan apa-apa jumlah yang ada dalam kredit mana-mana akaun atau menolak selesai atau menuntut balas terhadap apa-apa aset anda yang ada pada kami atau dalam milikan mana-mana sekutu atau anak syarikat kami di mana-mana cawangan atau pejabat sehingga ke tahap sepenuhnya bagi semua baki yang perlu kami bayar di bawahnya, dalam atau bagi memenuhi apa-apa liabiliti anda terhadap Bank di bawah Pelaburan Produk Berstruktur, dan boleh berbuat demikian tanpa mengambil kira baki bagi apa-apa akaun dan liabiliti atau aset sedemikian mungkin tidak dinyatakan dalam mata wang yang sama dan kami dibenarkan untuk membuat apa-apa penukaran yang perlu pada kadar pertukaran kami sendiri atau apa-apa kadar pertukaran yang tersedia ada pada Bank.

Kami boleh pada bila-bila masa tanpa memberikan notis terlebih dahulu kepada anda mengekalkan baki mana-mana Akaun bersama-sama dengan apa-apa faedah yang terkumpul dan apa-apa fi lain yang kena dibayar ke atasnya sementara menunggu penyelesaian atas apa-apa jumlah yang berhubung dengan mana-mana Pelaburan Produk Berstruktur yang dipegang dengan kami.

Tiada apa-apa pun dalam Terma dan Syarat ini yang dianggap sebagai membentuk apa-apa sekatan atau penafian hak tolak selesai, gabungan atau lien yang berhak ke atas Bank pada bila-bila masa menurut undang-undang.

6.17.5 Tanggung Rugi Mata Wang: Sekiranya apa-apa amaun yang terhutang oleh anda atau apa-apa perintah atau penghakiman diberikan atau dibuat berhubung dengan atau berkaitan dengan Terma dan Syarat ini dan / atau Pelaburan Produk Berstruktur dan setiap Pelaburan Produk Berstruktur perlu ditukar dari mata wang yang perlu dibayar oleh Pelanggan ("mata wang kena dibayar") kepada mata wang lain ("mata wang lain") bagi maksud membuat atau mengemukakan tuntutan atau bukti terhadap Pelanggan, mendapatkan suatu perintah atau penghakiman di mana-mana mahkamah atau tribunal lain atau menguatkuasakan apa-apa perintah atau memberikan penghakiman atau dibuat berhubung dengan atau berkaitan dengan Terma dan Syarat ini dan / atau Pelaburan Produk Berstruktur, anda hendaklah, sebagai hutang bebas yang berasingan, menanggung rugi kami dan tidak menyalahkan kami daripada dan terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung disebabkan apa-apa perbezaan antara kadar pertukaran yang digunakan untuk menukar jumlah wang yang berkenaan daripada mata wang yang kena dibayar kepada mata wang lain, dengan kadar pertukaran apabila dibeli oleh Bank dalam keadaan perniagaan biasa bagi wang yang kena dibayar dengan mata wang lain apabila menerima suatu jumlah wang yang dibayar sepenuhnya, secara keseluruhannya atau sebahagiannya bagi perintah, penghakiman, tuntutan atau bukti yang sedemikian.

6.17.6 Faedah ke atas jumlah tertunggak: kami mungkin mengenakan faedah yang berkaitan dengan apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada anda dan tidak dibayar mengikut kadar sebagaimana yang kami tentukan sehingga semua jumlah wang itu dibayar sepenuhnya, sebelum dan juga selepas penghakiman.

6.17.7 Perubahan Keadaan: Jika kami menentukan bahawa disebabkan keadaan politik, ekonomi, ketenteraan, perundangan, fiskal atau keadaan lain, demi kepentingan terbaik Pelanggan atau Bank (seperti yang ditentukan oleh Bank menurut budi bicaranya), kami boleh (tetapi tidak diwajibkan), dengan memberikan notis kepada anda, mengambil tindakan untuk melantik seorang pengganti dalam bidang kuasa yang lain, memindahkan Pelaburan Produk Berstruktur kepada bidang kuasa yang lain, menukar undang-undang yang mengawal Terma dan Syarat ini atau menamatkan Pelaburan Produk Berstruktur ini pada kos Pelabur atau mengambil apa-apa tindakan lain yang kami fikirkan sesuai.

6.17.8 Syarat hanya dikuatkuasakan terhadap Bank di Malaysia: Melainkan jika kami sebaliknya dibenarkan, semua baki kredit (sama ada dalam Ringgit Malaysia atau mata wang asing) dalam Akaun akan dibayar balik hanya di cawangan Bank di Malaysia dan semua hak anda boleh dikuatkuasakan hanya terhadap Bank di Malaysia. Sama ada ibu pejabat mahupun mana-mana pejabat atau cawangan lain atau mana-mana sekutu Bank tidak boleh menanggung liabiliti untuk membayar balik wang yang dilaburkan dengan Bank atau Bank mempunyai apa-apa obligasi dan Pelanggan tidak berhak mengambil tindakan terhadap, atau menolak selesai terhadap aset Bank di luar Malaysia.

6.17.9 Ikrar Negatif: Dalam apa-apa cara sekalipun, anda tidak boleh membebankan, cagar, mengisytiharkan amanah bagi, menyerah hak pemindahan semua atau mana-mana Pelaburan Produk Berstruktur, hak, kepentingan atau faedah dalam atau bagi mana-mana Akaun yang disimpan dalam jagaan kami tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu. Kami boleh menyerah hak dan memindahkan semua atau mana-mana hak dan obligasi sebagaimana yang dinyatakan di dalam dokumen ini tanpa mendapat kebenaran anda terlebih dahulu.

6.17.10 Remedi terkumpul: Hak, kuasa, keistimewaan atau remedi yang diperuntukkan dalam Terma dan Syarat ini adalah terkumpul dan tidak eksklusif ke atas mana-mana hak, kuasa, keistimewaan atau remedi yang diperuntukkan oleh undang-undang.

6.17.11 Arahan: anda bersetuju bahawa apa-apa arahan anda (atau penandatangan yang anda benarkan) hendaklah atas risiko anda sendiri dan kami mungkin atas budi bicara kami, membuat keputusan untuk menganggap arahan tersebut dan tandatangan atau cap (jika ada) sebagai benar dan betul dan dikeluarkan daripada anda tanpa pengesahan lanjut dan anda (atau penandatangan yang dibenarkan) tidak mempunyai apa-apa tuntutan yang apa jua pun terhadap kami dalam melaksanakan budi bicara kami untuk bertindak ke atas arahan tersebut. Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan yang disebutkan sebelum ini, anda mengakui bahawa kami tertakluk pada obligasi sebuah institusi pelapor di bawah AMLA dan hendaklah, dengan serta-merta atas permintaan kami untuk menyediakan pengesahan lanjut bagi arahan sedemikian dan kami tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan yang timbul daripada kegagalan untuk bertindak atas arahan, sementara kami menunggu pengesahan arahan dalam bentuk dan cara yang memuaskan kami.

Kami tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana bertindak dengan suci hati atas apa-apa arahan tanpa mengambil kira yang kemudiannya diketahui bahawa arahan tersebut tidak anda berikan (atau penandatangan yang anda benarkan) atau apa-apa salah faham atau apa-apa kesilapan, kerugian atau kelewatan yang disebabkan oleh penggunaan perkhidmatan pos, peranti faks atau apa-apa peralatan lain untuk bentuk komunikasi elektronik yang lain.

Kami boleh merakamkan secara elektronik apa-apa perbualan antara anda (atau penandatangan yang anda benarkan) dengan kami dan boleh, mengikut budi bicara kami, mengekalkan salinan atau rakaman atau transkrip sedemikian walaupun kami tidak diwajibkan berbuat demikian atau boleh memadam atau memusnahkan perkara yang sama dari semasa ke semasa. Dengan memasuki apa-apa Pelaburan Produk Berstruktur dengan kami, anda (dan penandatangan yang anda benarkan) memberikan keizinan bagi rakaman sedemikian dan untuk mengeluarkan rakaman atau transkrip atau perkara yang sama sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding termasuk tetapi tidak terhad pada prosiding undang-undang.

6.17.12 Serah hak: (a) anda tidak boleh menyerah hak atau memindahkan apa-apa hak, faedah, kuasa atau obligasi anda di bawah Akaun atau apa-apa Pelaburan Produk Berstruktur atau Terma dan Syarat ini; (b) Terma dan Syarat ini hendaklah beroperasi untuk kebaikan kita dan manfaat kepada pengganti dan penerima serah hak kita, tanpa mengambil kira apa-apa perubahan melalui penggabungan, penyatuan atau selainnya dalam perlembagaan kami atau mana-mana pengganti atau serah hak. Kami boleh menyerah hak atau memindahkan semua atau mana-mana hak, kepentingan, kuasa atau obligasi di bawah Terma dan Syarat ini, apa-apa Akaun dan Pelaburan Produk Berstruktur dan boleh memberikan perkara yang sama kepada penerima pindahan yang hendaklah sesudah itu, semua hak, kepentingan dan kuasa berkenaan menjadi terletak hak padanya, yang dahulunya terletak hak pada kami. Kami hendaklah dibebaskan dan dilepaskan daripada apa-apa liabiliti atau tanggungjawab berkaitan dengan hak, kepentingan, kuasa atau obligasi yang dipindahkan sedemikian tetapi boleh mengekalkan semua hak, faedah, kuasa atau kewajipan yang tidak dipindahkan.

6.17.13 Cukai: Anda bertanggungjawab ke atas pembayaran apa-apa cukai yang dikenakan ke atas faedah dan / atau Jumlah Pokok termasuk apa-apa cukai barangan dan perkhidmatan (atau apa-apa cukai lain yang serupa) atau apa-apa cukai lain yang dikehendaki oleh undang-undang sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang perlu kami bayar berkaitan dengan mana-mana Pelaburan Produk Berstruktur dan / atau apa-apa amaun dalam apa-apa Akaun yang berkaitan dengannya.

6.17.14 Sijil: Sijil kami berkenaan Jumlah Pembayaran atau apa-apa amaun dalam apa-apa jumlah yang perlu kami bayar atau dibayar kepada kami menurut dokumen ini hendaklah muktamad, kecuali dalam hal kesilapan yang nyata. Tanpa mengambil kira apa-apa yang dinyatakan dalam peruntukan yang sebelum ini, kami berhak untuk membetulkan apa-apa kesilapan dalam mana-mana sijil tersebut.

6.17.15 Penyata Pendedahan Risiko: Anda akan menerima semua risiko yang timbul daripada pelaburan dalam Pelaburan Produk Berstruktur, termasuk tanpa had bagi apa-apa kerugian yang ditanggung disebabkan pelaburan dalam Pelaburan Produk Berstruktur. Anda diminta memberikan perhatian anda, mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami sepenuhnya Penyata Pendedahan Risiko ini (diberikan bersama-sama dengan Terma dan Syarat ini dan dibuktikan dengan tandatangan padanya).

 

C.       ISLAMIC

Untuk Terma dan Syarat produk Islamic, sila klik kepautan ini untuk maklumat lanjut mengenai www.rhbgroup.com.