PENGUMUMAN

Bantuan Kewangan COVID-19 Untuk Pemegang Polisi

1

Skim Ansuran Premium Cov-Aid yang ditawarkan oleh RHB semasa COVID-19

1. Skim ini ditawarkan melalui permohonan, kelulusannya akan dinilai mengikut kes, berdasarkan kelayakan setiap permohonan.


2. Bantuan ini bermatlamat untuk mengekalkan perlindungan kepada pemegang polisi terutamanya PKS yang berhadapan dengan kekangan kewangan sementara yang berpunca daripada pandemik COVID-19.

Kelayakan

Individu dijangkiti, yang tertakluk kepada kuarantin di rumah secara mandatori atau mengalami kehilangan pendapatan*; dan

PKS** yang mengalami kehilangan pendapatan akibat kesan ekonomi yang berpunca daripada situasi COVID-19.

Tarikh perlu bayar premium dari 18 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 (termasuk kedua-dua tarikh).

Amaun premium RM1,500 dan ke atas.

Pemegang polisi sedia ada dan baru boleh memohon skim ini.

Semua kelas dengan perlindungan insurans lebih 6 bulan, kecuali insurans motor.

*Contoh kejadian yang membawa kepada kehilangan pendapatan: pembuangan kerja, pemotongan gaji dan komisen untuk individu; dan kehilangan pendapatan perniagaan untuk yang bekerja sendiri dan PKS.

**Sila rujuk Lampiran 1.

Soalan Lazim

Kelas yang Layak
Kemalangan Diri, Rawatan, Kredit Bon/Perdagangan, Kebakaran, Pelbagai, Kejuruteraan, Liabiliti, Kargo Marin, Kapal Marin, Pakej
Kelas yang Tidak Layak
Motor
1.  Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon?

Borang Permohonan untuk Skim Ansuran Premium hendaklah dihantar menerusi emel atau serahan tangan berserta keterangan ringkas bagaimana anda terkesan akibat pandemik COVID-19, termasuk sebarang kehilangan pendapatan; dan


Bukti berdokumen kehilangan pendapatan:

  • Individu : Slip gaji 3 bulan kebelakangan, surat pembuangan atau pemberhentian kerja.
  • PKS : Sebarang dokumen sokongan.


Anda boleh menyerahkannya menerusi ejen, cawangan atau jabatan Perkhidmatan Pelanggan kami di:

RHB Insurance Berhad
Level 12B, West Wing, The Icon
No 1, Jalan 1/68F, Jalan Tun Razak,
55000 Kuala Lumpur
Tel: 1300 220 007
Emel : rhbi.general@rhbgroup.com

2.  Bilakah saya akan menerima keputusan permohonan saya?

Sekiranya diluluskan:

  • Anda akan dimaklumkan mengenai Surat Tawaran berserta Lampiran terma dan syarat penerimaan menerusi emel.
  • Anda perlu menandatangani dan mengembalikan Surat Tawaran dan Lampiran tersebut, serta sampai kepada kami mengikut bilangan hari seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran tersebut.


Sekiranya ditolak:

  • Anda akan dimaklumkan menerusi emel.
  • Premium tertunggak akan perlu dibayar serta-merta atau mengikut tempoh waranti premium.


Proses permohonan akan mengambil masa 10 hari bekerja.
3.  Bagaimana Skim Ansuran berfungsi?
Premium Perlu Dibayar Bil. Ansuran
  • RM1,500 – RM5,000
sehingga 3 bulan
  • >RM5,000
sehingga 6 bulan

Ansuran pertama akan perlu dibayar dalam bulan pemulangan Surat Tawaran dan Lampiran yang ditandatangani atau 1 bulan selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan, yang mana kemudian.

4.  Bilakah saya perlu mula membayar ansuran premium?

Sekiranya diluluskan, ansuran pertama akan perlu dibayar dalam bulan pemulangan Surat Tawaran dan Lampiran yang ditandatangani atau 1 bulan selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan, yang mana kemudian.


Ansuran seterusnya hendaklah dibuat pada atau sebelum tarikh perlu dibayar; jika tidak, baki premium akan perlu dibayar sepenuhnya.

5.  Apakah yang akan terjadi kepada perlindungan insurans saya sekiranya saya gagal membayar ansuran?
Polisi tersebut akan dibatalkan mengikut terma dan syarat polisi. Namun begitu, kewajipan anda untuk membayar premium untuk tempoh yang menjadi risiko masih kekal.

Mohonlah Skim Ansuran Premium Cov-Aid RHB

Mohon sekarang

2

Skim Bantuan Premium COV-AID yang ditawarkan oleh RHB semasa COVID-19

Bantuan sementara pembayaran premium oleh PKS yang terjejas
teruk disebabkan pandemik COVID-19 dan PKP.

1. Skim ini ditawarkan melalui permohonan, kelulusannya akan dinilai mengikut kes, berdasarkan kelayakan setiap permohonan dan tertakluk kepada jumlah dana skim sebanyak RM5 juta.


2. Bantuan ini bermatlamat untuk mengekalkan perlindungan kepada pemegang polisi terutamanya PKS yang berhadapan dengan kekangan kewangan sementara yang berpunca daripada pandemik COVID-19.

Kelayakan

PKS* yang mengalami kehilangan pendapatan akibat kesan ekonomi situasi COVID-19.

PKS dengan polisi yang bermula antara 1 Mac 2020 dan 31 Disember 2020 (termasuk pada kedua-dua tarikh), tertakluk kepada ketersediaan dana di bawah skim ini.

Pemegang polisi baru dan sedia ada boleh memohon skim ini.

*Takrif PKS oleh BNM diringkaskan kepada 2 kategori:

1. Pembuatan: Perolehan Jualan tidak melebihi RM50 juta ATAU kakitangan sepenuh masa yang tidak melebihi 200 orang; dan

2. Perkhidmatan dan Sektor Lain: Perolehan Jualan tidak melebihi RM20 juta ATAU kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.

Soalan Lazim

1.  Apakah kelas insurans yang terlibat?
Secara amnya semua kelas insurans. Namun begitu, Syarikat berhak untuk mengenepikan sebarang kelas insurans yang tertentu.
2.  Bagaimana Skim Bantuan Premium COV-AID berfungsi?

  • Peratusan bantuan premium adalah dalam lingkungan 10% hingga 50%, bergantung kepada tahap kesan COVID-19 kepada pelanggan.
  • Bantuan maksimum bagi setiap pelanggan adalah RM5,000. Tiada had bagi bilangan polisi yang layak untuk PKS.
  • Sah untuk amaun premium polisi yang lebih daripada RM1,000.
  • Bantuan premium ini adalah premium kasar sebelum cukai perkhidmatan dan duti setem.

3.  Bagaimana cara memohon Skim BantuanPremium COV-AID?

  • Borang Permohonan untuk Skim Bantuan Premium ini hendaklah dihantar menerusi emel atau serahan tangan berserta keterangan ringkas bagaimana anda terkesan akibat pandemik COVID-19, termasuk kehilangan sebarang pendapatan;dan
  • Dokumen sokongan sebagai bukti kehilangan pendapatan.
  • Hanya premium bagi polisi yang akan diperbaharui dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan akan dipertimbangkan untuk bantuan. Permohonan berasingan mesti dibuat untuk bantuan premium bagi polisi-polisi ini apabila perlu diperbaharui dalam tempoh 3 bulan.

Anda boleh menghantar permohonan menerusi ejen, cawangan atau Pusat Hubungan Pelanggan kami di:


RHB Insurance Berhad
Level 12B, West Wing, The Icon
No 1, Jalan 1/68F, Jalan Tun Razak,
55000 Kuala Lumpur
Tel: 1300 220 007
Emel : rhbi.general@rhbgroup.com

4.  Bilakah saya akan mengetahui keputusan permohonan tersebut?

Sekiranya diluluskan:

  • Anda akan dimaklumkan mengenai Surat Tawaran berserta Lampiran terma dan syarat penerimaan menerusi emel.
  • Anda perlu menandatangani dan mengembalikan Surat Tawaran dan Lampiran tersebut, dan mestilah sampai kepada kami dalam tempoh bilangan hari yang dinyatakan dalam Surat Tawaran.

Kelulusan mendapatkan bantuan adalah sekali sahaja dan bagi setiap premium yang perlu dibayar, dan ia bukan diskaun/bantuan peratusan bagi polisi. Oleh itu, endorsan seterusnya tidak akan layak menerima diskaun/bantuan yang sama secara automatik. Bantuan untuk setiap endorsan seterusnya yang disertai premium tambahan adalah tertakluk kepada kelulusan Syarikat.


Sekiranya ditolak:

  • Anda akan dimaklumkan menerusi emel.
  • Baki premium belum jelas akan perlu dibayar serta-merta atau mengikut tempoh waranti premium.


Proses permohonan akan mengambil masa sehingga 10 hari bekerja.

5.  Apakah yang akan terjadi kepada perlindungan insurans sekiranya saya gagal membayar bahagian premium saya?
Anda masih bertanggungjawab membayar jumlah premium setelah ditolak sebarang bantuan premium yang sehubungan dengan terma dan syarat polisi, jika tidak Syarikat berhak untuk membatalkan polisi mengikut terma dan syarat polisi. Sebagai penegasan, sebarang bantuan premum yang diberi tidak boleh dianggap sebagai premium yang dibayar untuk polisi.
6.  Apakah yang akan terjadi sekiranya saya membuat keputusan untuk membatalkan atau mengurangkan jumlah diinsuranskan atau perlindungan polisi? Adakah saya berhak mendapat sebarang pemulangan premium?
Sekiranya berlaku pemulangan premium yang berpunca daripada endorsan atau pembatalan, amaun pemulangan akan dikira mengikut bahagian premium yang telah dibayar atau perlu dibayar oleh Pihak Diinsuranskan, tanpa mengira amaun bantuan premium yang diberi.

Mohonlah Skim Bantuan Premium COV-AID

Mohon sekarang

3

Dana Ujian COVID-19 (CTF)

Industri insurans dan takaful telah menyumbangkan sebanyak RM8 juta bagi mewujudkan sebuah dana bantuan khas atau Dana Ujian COVID-19 (CTF) demi menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengendalikan lebih banyak ujian COVID-19 di Malaysia.


Soalan Lazim

1.  Apakah itu Tabung Saringan COVID-19 (CTF) yang ditubuhkan oleh industri insurans dan takaful?

CTF ialah satu tabung bernilai RM8 juta yang ditubuhkan oleh industri insurans dan takaful bagi menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengendalikan lebih banyak ujian saringan COVID-19.


Tabung ini akan menyalurkan pembayaran balik tunai tetap sehingga RM300 untuk kos ujian saringan COVID-19, bagi individu yang dilindungi di bawah polisi insurans/ sijil takaful perubatan individu atau kelompok.

2.  Apakah Produk-Produk Insurans /Takaful Perubatan dan Kesihatan yang layak untuk pulangan balik RM300 dari Tabung Saringan COVID-19?

Produk-produk Insurans /Takaful Perubatan dan Kesihatan yang layak untuk pulangan balik RM300 dari Tabung Saringan COVID-19 adalah termasuk di bawah produk-produk yang ditakrifkan di bawah Garis panduan Insurans/ Takaful Perubatan dan Kesihatan oleh Bank Negara Malaysia.


Ini termasuk pelan perbelanjaan perubatan, pelan hospital dan pembedahan, pelan pendapatan hospital, pelan penyakit kritikal/pelan penyakit yang amat ditakuti dan pelan-pelan insurans/ Takaful lain yang memberi manfaat yang sama.


Tabung Saringan COVID-19 hanya untuk warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang menetap di Malaysia. Walau bagaimanapun, CTF tidak meliputi Skim Hospitalisasi Pekerja Asing.

3.  Siapakah yang layak untuk membuat tuntutan dari tabung CTF?

CTF hanya boleh diguna pakai bagi pemegang polisi insurans dan sijil takaful di bawah pelan insurans/takaful perubatan individu atau kelompok*, yang telah dirujuk oleh doktor yang berdaftar untuk ujian saringan COVID-19 di makmal swasta yang diperakui/diiktiraf dan disenaraikan di laman web COVID-19 KKM.

*untuk kelompok pekerja sahaja, tidak termasuk tanggungan.

Polisi insurans/sijil takaful anda mestilah masih berkuatkuasa pada 27 Mac 2020 dan pada masa ujian saringan COVID-19 dilakukan.

4.  Jika saya mempunyai lebih dari satu polisi insurans / sijil takaful perubatan dengan syarikat insurans dan pengendali takaful yang berlainan, adakah saya boleh membuat tuntutan dengan lebih dari satu syarikat?
CTF hanya akan membayar jumlah maksimum RM300 kepada setiap individu tanpa mengira jumlah ujian saringan COVID-19 yang telah diambil. Anda hanya boleh membuat satu kali tuntutan dari tabung CTF walaupun anda mempunyai lebih dari satu polisi insurans / sijil takaful perubatan.
5.  Siapakah yang boleh mengambil ujian saringan COVID-19 di bawah CTF?

Individu yang layak untuk membuat tuntutan dari CTF wajib dirujuk oleh doktor yang berdaftar dan adalah:

  • Dianggap sebagai Orang yang Disiasat (PUI) seperti ditakrifkan oleh KKM (versi yang terbaru seperti di bawah), atau
  • Mempunyai hubungan dengan kes positif COVID-19 (takrifan KKM seperti di bawah).


Takrifan kes Orang yang Disiasat (PUI) dikeluarkan oleh KKM, dikemaskini pada 25 Mac 2020.


Annex 1 di Garis panduan COVID-19 KKM dikemaskini dari semasa ke semasa:

  • Jangkitan pernafasan akut (serangan tiba-tiba bagi jangkitan pernafasan dengan salah satu: kesesakan bernafas, batuk atau sakit tekak) dengan demam atau tidak.


DAN


  • Ada sejarah perjalanan ke / menetap di luar negara dalam masa 14 hari sebelum bermulanya sakit ATAU
  • Hubungan rapat* dalam masa 14 hari sebelum bermulanya sakit dengan kes sah COVID-19**.


ATAU


  • Menghadiri majlis umum yang dikaitkan dengan wabak COVID-19.


*Hubungan rapat ditakrifkan sebagai:

  • Petugas kesihatan berkaitan yang terdedah tanpa Kelengkapan Perlindungan Peribadi yang lengkap (termasuk memberikan rawatan terus untuk pesakit COVID-19, bekerja dengan pekerja penjagaan kesihatan yang dijangkiti COVID-19, melawat pesakit or menetap bersama pesakit COVID-19 di persekitaran tertutup).
  • Bekerja bersama dalam jarak dekat atau berkongsi persekitaran yang sama dengan pesakit COVID-19.
  • Pernah berada dalam perjalanan bersama dengan pesakit COVID-19 di dalam apa jenis kenderaan/pengangkutan.
  • Menetap di rumah yang sama dengan pesakit COVID-19.


**Kes sah COVID-19 ditakrifkan sebagai seorang yang telah mendapat pengesahan makmal mempunyai jangkitan COVID-19.
Nota: CTF tidak akan mengambil kira ujian Pandu Lalu yang disediakan oleh sebahagian makmal / hospital swasta.

6.  Adakah saya layak untuk membuat tuntutan dari CTF jika ujian saringan COVID-19 saya adalah negatif?
Ya, anda layak membuat tuntutan dari CTF tanpa mengambil kira keputusan ujian saringan.
7.  Jika saya memerlukan rawatan lanjut bagi COVID-19, adakah saya masih boleh membuat tuntutan dari CTF?
Tabung CTF adalah dikhaskan untuk ujian saringan COVID-19. Jika anda memerlukan rawatan lanjut, anda boleh menghubungi syarikat insurans / pengendali takaful anda untuk mengetahui lebih lanjut sama ada rawatan tersebut dilindungi di bawah polisi insurans / sijil takaful anda.
8.  Adakah saya boleh membuat tuntutan dari CTF jika ujian saringan dilakukan di rumah?
Tidak, buat masa sekarang CTF tidak mengambil kira ujian saringan yang dilakukan di rumah.
9.  Adakah saya boleh membuat tuntutan dengan CTF andainya saya membuat ujian saringan di mana-mana hospital atau makmal yang diperakui/diiktiraf tanpa berjumpa dengan doktor dahulu?
Tidak. Anda wajib berjumpa dengan doktor berdaftar, dan membuat ujian saringan di atas saranan atau arahan dari doktor berkenaan setelah menepati kriteria yang ditetapkan.
10.  Bilakah tabung ini dibuka dan adakah terdapat tarikh tutup untuk mendaftar?
CTF dibuka bagi ujian saringan yang dibuat bermula dari 27 Mac 2020, berdasarkan tuntutan yang dibuat terlebih dahulu. Sekiranya dana RM 8 juta telah habis, tabung ini akan dihentikan.
11.  Adakah terdapat hospital / makmal swasta yang khusus yang saya boleh membuat ujian saringan COVID-19?

Anda boleh pergi ke mana-mana doktor berdaftar di klinik atau hospital kerajaan atau swasta, dan jika anda menepati kriteria yang ditetapkan serta dinasihatkan oleh doktor yang berdaftar untuk membuat ujian saringan, sampel ujian akan diambil serta-merta pada waktu itu. Sila ambil maklum bahawa pada masa ini hanya saringan PCR COVID-19 (Polymerase Chain Reaction) diterima seperti makmal yang diiktiraf oleh KKM. Kit Ujian Pantas tidak akan diterima.


Ataupun, anda akan diarahkan untuk pergi ke mana-mana makmal yang diperakui/diiktiraf dan disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di laman web mereka.

12.  Jika saya membuat ujian secara percuma, bolehkah saya membuat tuntutan RM300 ini?
Tidak. Anda tidak layak membuat tuntutan RM300 jika anda menjalani ujian saringan secara percuma.
13.  Jika doktor menasihatkan saya untuk melakukan ujian saringan COVID-19 bagi tujuan pembedahan atau kemasukan ke hospital, adakah saya layak untuk membuat tuntutan?
Tidak. CTF tidak mengambil kira ujian saringan bagi pembedahan atau kemasukan ke hospital.
Untuk keterangan lanjut mengenai CTF, layari myctf.my


Suatu inisiatif oleh:

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)
dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA)

Kelayakan dan senarai lengkap makmal

Info lanjut

atau

Ketahui lebih lanjut mengenai cara untuk anda menuntut Dana Ujian COVID-19

Soalan Lazim Tuntutan