PENGUMUMAN

Bantuan Kewangan COVID-19
untuk individu

Kepada mereka yang terkesan, kuatkan semangat. Kami sedar bahawa sokongan kewangan amat penting kepada mereka yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19, lebih-lebih lagi dalam tempoh sukar sebegini. Percayalah, RHB komited untuk membantu meringankan beban kewangan anda menerusi penyediaan Program Bantuan Khas.
Kelayakan
  • Sah untuk semua pelanggan pinjaman/pembiayaan runcit
Kad Kredit

Konvensional

  • Pelanggan boleh memilih untuk menukar baki belum jelas pada kad kredit mereka kepada pinjaman bertempoh tidak lebih daripada 3 tahun dengan faedah efektif tidak lebih 13% setahun.
  • Bagi pelanggan yang tidak dapat memenuhi pembayaran bulanan minimum selama 3 bulan berturut-turut, baki belum jelas pada kad kredit mereka akan ditukar secara automatik menjadi pinjaman bertempoh tidak lebih daripada 3 tahun dengan faedah efektif tidak lebih 13% setahun.

Islamik

  • Pelanggan boleh memilih untuk menukar baki belum jelas pada kad kredit-i mereka (prinsipal sahaja) kepada pembiayaan bertempoh tidak lebih daripada 3 tahun dengan kadar efektif tidak lebih 13% setahun.
  • Bagi pelanggan yang tidak dapat memenuhi pembayaran bulanan minimum selama 3 bulan berturut-turut, baki belum jelas pada kad kredit-i mereka (prinsipal sahaja) akan ditukar secara automatik menjadi pembiayaan bertempoh tidak lebih 3 tahun dengan kadar efektif tidak lebih 13% setahun.

Pembiayaan Peribadi
  • Sah untuk pelanggan yang tiada tunggakan melebihi 90 hari pada 1 April 2020.
  • Moratorium adalah penangguhan bayaran ansuran sehingga 6 bulan tanpa dikenakan caj pembayaran lewat
  • Amaun bayaran ansuran tetap tidak berubah selepas tamat Moratorium dan tarikh matang akan dilanjutkan selama 6 bulan.
  • Sekiranya pelanggan memerlukan tempoh lebih daripada 6 bulan, sila hubungi kami untuk pelan Penyusunan Semula & Penjadualan Semula.
Pembiayaan Perumahan/
Harta
  • Bagi pelanggan pinjaman/pembiayaan rumah yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020
  • Moratorium ini adalah penangguhan bayaran ansuran sehingga 6 bulan tanpa dikenakan caj pembayaran lewat
  • Faedah/Keuntungan akan terus dikenakan berdasarkan baki pembiayaan dan tidak akan terkompaun semasa tempoh Moratorium.
  • Amaun bayaran ansuran tetap tidak berubah selepas tamat Moratorium dan tempoh pinjaman/pembiayaan akan dilanjutkan selama 6 bulan.
  • Sekiranya pelanggan memerlukan lebih daripada 6 bulan tempoh penangguhan, sila hubungi kami untuk pelan Penyusunan Semula & Penjadualan Semula.
Pembiayaan Sewa Beli
  • Bagi pelanggan tiada tunggakan melebihi 90 hari pada 1 April 2020
  • Moratorium adalah penangguhan bayaran ansuran sehingga 6 bulan tanpa dikenakan caj pembayaran lewat.
  • Amaun bayaran ansuran akan kekal setelah Moratorium berakhir dan tarikh matang akan dilanjutkan selama 6 bulan.
  • Sekiranya pelanggan memerlukan tempoh lebih daripada 6 bulan, sila hubungi kami untuk pelan Penyusunan Semula & Penjadualan Semula
Pembiayaan ASB
  • Penangguhan bayaran ansuran sehingga 6 bulan dan penepian caj lewat, sekiranya ada.
  • Ansuran bulanan akan bermula seperti biasa dari bulan ke-7.
  • Amaun bayaran ansuran tetap tidak berubah selepas tamat Moratorium dan tempoh pinjaman/pembiayaan akan dilanjutkan selama 6 bulan.
  • Sekiranya pelanggan memerlukan tempoh lebih daripada 6 bulan, pinjaman/pembiayaan tersebut akan dianggap berada di bawah proses Penyusunan Semula & Penjadualan Semula sedia ada.
Tambahan untuk Pembiayaan Islamik
Melainkan pelanggan menyatakan sebaliknya dengan Bank, pelanggan bersetuju dengan perkara berikut bagi menikmati program Bantuan Kewangan COVID-19 semasa tempoh moratorium:
  • Lanjutan tempoh kemudahan pelanggan sebanyak tempoh bersamaan dengan moratorium, di mana berkenaan;
  • Sehubungan dengan klausa rebat (ibra’) yang dipersetujui untuk kemudahan pelanggan yang berkenaan, rebat yang lebih rendah boleh diberikan oleh Bank;
  • Sehubungan dengan kemudahan pelanggan yang mempunyai pengaturan sewaan (ijarah), Bank boleh memberi rebat penuh atau sebahagian pada bayaran ansuran.
*Untuk semua kemudahan pembiayaan Islamik, keuntungan tidak akan dipermodalkan (tidak terkompaun).
Suatu inisiatif oleh:

SOALAN LAZIM

Pembiayaan
Sewa Beli/-i

Pembiayaan
Peribadi/-i

Pembiayaan
Cagaran

Pembiayaan
ASB