5 cara untuk melindungi diri anda daripada pemalsuan siber dan untuk melaksanakan Perbankan Internet dengan selamat

Jenayah pemalsuan siber berlaku setiap 3 saat, dari kecurian identiti hinggalah kepada memancing data dan menggodam. Ianya semakin meningkat namun langkah-langkah pencegahan terhadap pemalsuan siber juga semakin maju.

Pastikan anda berada di laman web yang betul

Anda sepatutnya mengakses HANYA DARI URL berikut:
Laman Web RHB Group - https://www.rhbgroup.com/index.html
Perbankan Internet RHB Now - https://logon.rhb.com.my

Pastikan anda log masuk dengan selamat

Perkataan Rahsia - Selepas memasukkan Nama Pengguna anda, pastikan Perkataan Rahsia yang betul dipaparkan pada skrin. Setelah itu, barulah anda boleh mengikuti langkah seterusnya.

Kata Laluan Sekali Guna (OTP) - Jangan sekali-kali kongsikan ‘OTP’ anda setelah menerimanya menerusi SMS.

Jangan abaikan gesaan kemas kini automatik peranti anda

Pastikan anda kerap mengemas kini peranti anda untuk menghalang penggodam mengambil kesempatan daripada kelemahan perisian.

Berfikir sebelum kanda menekan!

Jangan membalas emel atau melayari laman web yang tidak selamat yang meminta anda mengesahkan maklumat anda ataupun memastikan Nama Pengguna atau Kata Laluan anda.

Jika dirasakan ianya sukar dipercayai, kebiasaannya memang tepat sekali

Perisian “percuma” seperti ‘screen saver’ atau ‘smiley’, dan peraduan yang kononnya anda menangi biasanya disertakan dengan perisian hasad.

Apakah yang anda perlu lakukan untuk mengelak perisian hasad dan memancing data

Salah satu ancaman terbesar Internet adalah perisian hasad. Ianya datang dalam pelbagai jenis, jadi anda perlu mengelakkan daripada menjadi mangsa dalam bentuk serangan siber ini.

Apakah perisian hasad?

Menganggap perisian hasad sebagai seorang penggodam, di mana sebuah program hasad mengambil alih pelayar, dan lebih teruk lagi komputer atau peranti mudah alih anda.

Bagaimana untuk mengelakkannya?
Pasang perisian mencegah virus / hasad
Ini adalah langkah pertama yang mesti diambil untuk memastikan peranti anda bebas perisian hasad. Pastikan anda sentiasa mengemas kininya dan kerap melakukan imbasan.

Berfikir sebelum anda menekan!
Jangan buka lampiran emel daripada sumber yang tidak dikenali. Imbas semua fail yang dimuat turun dengan perisian mencegah virus/hasad sebelum membukanya.

Muat turun aplikasi daripada app store yang sah sahaja
Baca ulasan pengguna untuk mengesahkan bahawa aplikasi tersebut selamat. Semak polisi privasi bagi memastikan yang maklumat peribadi anda tidak dikongsikan.

Apa itu memancing data?

Memancing data adalah salah satu bentuk pemalsuan siber di mana penyerang ‘memancing’ maklumat seperti butiran log masuk atau maklumat akaun.

Bagaimana untuk mengelakkannya?
Lindungi diri anda daripada penipuan
Berwaspada terhadap emel yang datang daripada pengirim yang tidak dikenali dan meminta maklumat peribadi atau kewangan anda.

Berwaspada terhadap pautan luaran
Jangan melayari laman web bank anda dengan menekan pada pautan yang disertakan dalam emel. Sentiasa taipkan dalam URL pada pelayar anda.

Masukkan data anda dalam laman web yang selamat sahaja
Sesuatu laman yang selamat mestilah bermula dengan https://, dan pelayar anda mestilah menunjukkan ikon mangga yang terkunci.

6 tip keselamatan untuk mengelak pemalsuan Perbankan Internet

Pemalsuan Perbankan Internet merupakan ancaman yang sentiasa ada, malah ia semakin meningkat kepada individu dan syarikat. Memandangkan penjenayah ini menggunakan teknologi yang canggih, anda perlulah berwaspada terhadap segala risiko dan mengetahui semua langkah keselamatan.

Pastikan alamat laman web tersebut selamat

URL tersebut mestilah bermula dengan https://, dan pelayar anda mesti menunjukkan ikon mangga yang berkunci.

Sentiasa Menyemak Kata Rahsia anda

Setelah memasukkan Nama Pengguna, pastikan bahawa Kata Rahsia yang betul dipaparkan di skrin.

Gunakan Kata Laluan yang teguh

Elakkan penggunaan perkataan atau frasa biasa, dan jangan gunakan Kata Laluan menggunakan butiran daripada nama, huruf singkatan, atau tarikh lahir anda.

Sahkan semula transaksi menerusi Kata Laluan Sekali Guna (OTP)

Pastikan anda menerima Kata Laluan Sekali Guna (OTP) menerusi SMS. Ciri keselamatan ini mengesahkan bahawa anda yang melaksanakan transaksi tersebut.

Log keluar setelah transaksi anda selesai

Tindakan ini akan mengurangkan kemungkinan anda menjadi mangsa rampasan sesi dan eksploitasi ‘cross-site scripting’.

Semak rekod transaksi anda dengan kerap

Anda boleh mengesan sebarang percanggahan yang berlaku dengan memantau rekod transaksi dalam talian dan pemindahan.

5 tanda-tanda ketara penipuan dan cara mengelakkannya

Setiap tahun, beribu orang menjadi mangsa penipuan menerusi telefon. Kenali taktik-taktik terbaru dan tanda-tanda ketara mereka jadi anda boleh melindungi wang dan maklumat anda secara berkesan.

Anda menang! Tetapi setelah anda membayarnya

Anda menerima makluman yang anda telah memenangi sebuah peraduan; namun anda perlu membuat bayaran penyerahan, pemprosesan, cukai, duti, atau beberapa bayaran lain sebelum menerima hadiah tersebut.

Dirasakan amat sukar dipercayai

Tahniah! Anda memenangi hadiah utama dalam peraduan yang anda tidak pernah sertai. Ataupun, anda ditawarkan peluang pelaburan sekali seumur hidup yang menjamin pulangan lumayan.

“Kami perlukan nombor kad kredit anda”

Pihak bank tidak memerlukan butiran sedemikian melainkan anda menggunakan kaedah pembayaran khusus seperti itu.

Pembayaran secara tunai sahaja

Penipu dalam telepemasaran biasanya meminta bayaran secara tunai, berbanding cek atau kad kredit kerana wang tunai tidak boleh dikesan dan tidak boleh dibatalkan.

Peluang terhad yang anda tidak harus lepaskan

Sekiranya anda diminta membuat transaksi kewangan yang besar dengan segera, ia berkemungkinan besar tidak sah.

Bagaimana untuk mengelakkannya?

Tamatkan perbualan dengan mereka yang disyaki penipu telefon.

Abaikan mesej SMS yang dicurigai.

Jangan dedahkan:

  • Nama Pengguna dan Kata Laluan Perbankan Internet
  • Pin ATM
  • Butiran peribadi penuh melainkan anda pasti dengan siapa anda bercakap

Ketahui lebih lanjut mengenai pemalsuan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) dan cara mengelakkannya

Pemalsuan OTP adalah satu lagi bentuk pemalsuan siber. OTP (merupakan nombor enam digit yang dihantar kepada telefon mudah alih pemilik akaun bank* untuk mengesahkan sesuatu transaksi. Pemalsuan OTP terjadi apabila mangsa menerima OTP yang tidak diminta. Penjenayah akan menghubungi pemilik akaun bank, mendakwa yang OTP tersebut untuk dirinya dan telah tersalah hantar kepada mangsa disebabkan kesilapan semasa mendaftarkan nombor telefon mudah alihnya. Penjenayah akan menghubungi mangsa menerusi SMS / WhatsApp / panggilan dan meminta mangsa menghantar nombor OTP tersebut kepadanya. Sebaik sahaja ia diberi, penjenayah tersebut akan mencuri wang mangsa dengan OTP miliknya.

Bagaimana melindungi daripada pemalsuan nombor OTP

Pemalsuan OTP adalah salah satu bentuk pemalsuan siber di mana penipu cuba untuk melakukan transaksi.

No. OTP akan tetap dihantar kepada telefon mudah alih mangsa. Penipu akan menghubungi mangsa, mendakwa nombor OTP telah tersalah hantar dan meminta mangsa untuk membacakan kod tersebut. Sebaik sahaja penipu mendapat nombor OTP, dia akan mencuri wang menggunakan nombor OTPnya sendiri.

Bagaimana untuk melindungi diri?

Sekiranya anda menerima mesej sedemikian, abaikan sahaja.

Jangan layan sebarang panggilan atau membalas SMS daripada orang yang tidak dikenali yang meminta butiran maklumat anda.

Jangan dedahkan maklumat akaun, ID log masuk, Kata Laluan dan OTP anda kepada pihak ketiga. Sekiranya ragu-ragu, hubungi Pusat Panggilan RHB yang rasmi.

Tukar Kata Laluan perbankan dalam talian anda dengan segera sekiranya mengesyaki yang ia telah diketahui oleh pihak ketiga.

Lindungi Nombor OTP anda sentiasa.

Jangan dedahkan nombor OTP anda kepada pihak ketiga, lebih-lebih lagi jika anda menerimanya tanpa dipinta.

Semasa menjalankan transaksi RHB Now, pastikan OTP yang anda terima berpadanan dengan permintaan anda.