Malaysia

15 September 2020

Klinik Bantuan Pembayaran Pinjaman / Pembiayaan RHB

Kami ingin membantu mengatasi masalah kewangan anda

Tempoh Moratorium akan berakhir pada 30 September 2020. Sekiranya anda menjangkakan kesukaran untuk membayar ansuran bulanan anda pada akhir tempoh Moratorium, kami amat menggalakkan anda untuk menghadiri klinik bantuan pembayaran kami untuk berbincang mengenai pembayaran bagi pinjaman / pembiayaan anda.

Tarikh: 19 & 26 September dan 3 & 4 Oktober 2020
Masa: 9.00 am - 2.00 pm
Lokasi: Senarai cawangan

Sila bersiap sedia dengan dokumen yang diperlukan seperti butiran di bawah agar kami dapat memproses permohonan anda dengan segera.

Pelanggan individu:

Pelanggan yang telah kehilangan pekerjaan / sumber pendapatanPelanggan yang mengalami pengurangan gaji / pendapatan:
Senarai dokumen yang diperlukan:Senarai dokumen yang diperlukan:
Individu yang Bergaji
  • Surat penamatan pekerjaan ATAU Surat dari Majikan yang menyatakan individu telah diberikan cuti tanpa gaji selama 3 bulan minimum dengan gaji penuh
  • Penyata KWSP terkini (i-Akaun) yang tidak menunjukkan caruman KWSP ATAU
  • Akuan berkanun oleh pelanggan
Individu yang Bergaji
  • Surat potongan gaji ATAU
  • Penyata KWSP (i-Akaun) terkini yang menunjukkan pengurangan caruman KWSP
  • Slip gaji 2 bulan sebagai perbandingan (sebelum & selepas pengurangan gaji)
  • Akuan berkanun oleh pelanggan
Individu yang Bekerja Sendiri
  • Bukti penutupan / penggulungan perniagaan ATAU
  • Akuan berkanun oleh pelanggan
Individu yang Bekerja Sendiri
  • Penyata Bank 6 bulan yang terkini ATAU
  • Akuan berkanun oleh pelanggan
Program Bantuan Pembayaran Pinjaman / Pembiayaan yang lain bagi Pelanggan individu yang mengalami kesukaran pembayaran:
Senarai dokumen yang diperlukan:Senarai dokumen yang diperlukan:
Individu yang Bergaji
  • Slip gaji 1 bulan terkini ATAU
  • Penyata komisen 1 bulan terkini ATAU
  • Penyata KWSP terkini
Individu yang Bekerja Sendiri
  • Penyata bank peribadi / syarikat 3 bulan terakhir yang membuktikan pendapatan melalui pekerjaan sendiri
Pelanggan yang tidak mempunyai dokumen seperti yang disenaraikan di atas boleh mengemukakan dokumen pendapatan jenis lain untuk menyokong permohonan mereka, termasuk:
  • Dokumen pendapatan tanggungan (pasangan / ibu bapa / anak-anak)
  • Faedah / keuntungan Deposit Tetap/Berjangka, Dividen, Pendapatan Sewa dll.
  • Aset di bawah pengurusan (AUM): Akaun Semasa / Akaun Simpanan / Saham sebut harga / Amanah saham tak dihalang
  • Akuan berkanun oleh pelanggan

Pelanggan PKS:
Pelanggan PKS yang ingin mendapatkan bantuan lebih lanjut juga digalakkan untuk mengunjungi klinik ini. Sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Penyata Bank 6 bulan terkini
  • Akaun teraudit syarikat terkini

Nota: Selain daripada senarai di atas, dokumen-dokumen tambahan lain mungkin diperlukan oleh pihak Bank berdasarkan kes demi kes, sebaik sahaja proses permohonan dimulakan. Kami akan menilai keadaan kewangan semasa anda, dan menasihatkan anda mengenai bantuan yang paling sesuai untuk kemudahan pinjaman / pembiayaan anda dengan kami.

Kami sedia membantu anda.