#JOMBIZ
Susah nak kembangkan perniagaan? Mulakan di sini.
RHB #JomBiz membantu anda meningkatkan jualan, mengurus aliran tunai, dan membina perniagaan yang lebih stabil. Untuk pemilik perniagaan mikro yang bersedia untuk berkembang.

RHB #JomBiz ialah program keusahawanan praktikal yang membantu usahawan mikro memperkukuh asas perniagaan, meningkatkan pengurusan kewangan, dan berkembang dengan lebih yakin dalam ekonomi masa kini.
Siapakah yang layak?
Kami menyokong usahawan mikro yang:
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Mempunyai jualan tahunan di bawah RM300,000
  • Berpendapatan isi rumah bulanan RM4,800 dan ke bawah


Keutamaan diberikan kepada:
  • Ibu / bapa tunggal
  • Orang kurang upaya
  • Individu menganggur sekurang-kurangnya 2 tahun yang ingin memulakan perniagaan
  • Penerima bantuan Baitulmal atau Zakat
Bagaimana RHB #JomBiz Membantu Anda

Melalui pembelajaran berstruktur dan bimbingan, anda akan:
  • Memperkukuh asas dan hala tuju perniagaan
  • Meningkatkan pengurusan kewangan dan aliran tunai
  • Mempelajari strategi pemasaran dan penjenamaan praktikal
  • Membina daya tahan menghadapi cabaran perniagaan
  • Meningkatkan keyakinan untuk mengembangkan perniagaan secara mampan.

Apa Yang Akan Anda Pelajari
  • Menetapkan visi dan matlamat perniagaan
  • Mengurus kewangan dengan berkesan
  • Strategi pemasaran dan pelanggan
  • Menyesuaikan diri dengan cabaran perniagaan
  • Membina jenama dan kehadiran dalam talian

Ambil langkah seterusnya untuk mengembangkan perniagaan anda. Mohon RHB #JomBiz hari ini. Untuk pemilik perniagaan mikro yang bersedia untuk berkembang.

*Dasar Privasi

**Terma-terma dan Syarat-syarat

Nota: Semua ruangan wajib diisi bertepatan dengan dasar privasi RHB. Maklumat anda dalam simpanan RHB adalah sulit dan tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan lain atau dikongsikan dengan pihak ketiga.


Close

You are about to enter a third party website and RHB Banking Group's privacy policy will cease to apply.

This link is provided for your convenience only, and shall not be considered or construed as an endorsement or verification of such linked website or its contents by RHB Banking Group.

RHB Banking Group also makes no warranties as to the status of this link or information contained in the website you are about to access.