Memilih pelaburan patuh syariah boleh menjadi kunci kepada usaha melindungi dan mengembangkan kekayaan dalam jangka panjang. Kami akan menerangkan sebabnya, dan menunjukkan cara anda boleh mengguna pakai instrumen patuh Syariah dalam pengurusan kewangan anda.


Sofa anda sudah melendut di bahagian tengah. Malah, kerosakan tersebut telah lama terbiar. Cuti Hari Raya pula akan bermula tidak lama lagi, dan anda bakal menerima kunjungan sanak saudara serta rakan taulan. Pasti anda tidak mahu mana-mana tetamu terperangkap di dalam sofa, jadi anda mencari sofa baharu di dalam talian. Klik dan terus beli.

Kemudian anda teringat pula akan mesin basuh yang tidak lagi berfungsi dengan sempurna; mesin tersebut hanya berputar tetapi tidak berkesan. Anda pun beli yang baharu. Klik dan terus beli.

Tanpa disedari, jumlah perbelanjaan anda semakin besar. Sudah terlewat untuk membatalkan pesanan. Lagipun anda memang memerlukan barangan tersebut. Selepas Raya nanti, anda berjanji bahawa anda akan berdisiplin dan mula menguruskan kewangan anda.

Tetapi bagaimana pula dengan kadar inflasi? Keadaan ekonomi yang mencabar? Wang simpanan untuk persaraan? Adakah jumlah ini cukup? Tolong!   Sebelum anda mula pening kepala memikirkan tentang semua ini, tarik nafas panjang dan teruskan membaca. Terdapat pelbagai pilihan pengurusan harta yang disediakan khas untuk anda.

Dalam keadaan pasaran semasa, apakah satu-satunya perkara yang kita inginkan sebagai pelabur, selain pulangan? Kestabilan! Bila kita mahu kestabilan? Sekarang Juga!

Memandangkan kenaikan kadar inflasi menjejaskan nilai simpanan kita, ini bukan masa yang sesuai untuk memilih pelaburan yang berisiko tinggi semata-mata untuk mengejar potensi pulangan yang lebih tinggi, melainkan anda sanggup menabur wang dan berkemungkinan menanggung kerugian yang besar. Bagi menghadapi ketidakpastian dan ketidakstabilan pasaran dan ekonomi hari ini, pengurusan harta patuh Syariah mungkin penyelesaian terbaik bagi mereka yang khuatir tentang masa depan kewangan masing-masing. Lindungi kesejahteraan kewangan anda di dunia ini sambil meningkatkan bekalan amal anda untuk akhirat kelak.

Instrumen kewangan patuh Syariah boleh digunakan semua, tanpa mengira latar belakang agama atau kedudukan kewangan seseorang. Istilah “Patuh Syariah” mungkin nampak rumit, tetapi sebenarnya tidak. Sebagai perumpamaan, pendekatan ini bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh penjenayah kewangan terkanal, Jordan Belfort. Tumpuannya ialah terhadap perancangan kewangan jangka masa panjang yang beretika dan mampan.

Kemudahan perbankan dan pelaburan patuh Syariah boleh didapati di setiap peringkat perjalanan kewangan anda, sama ada Penciptaan/Pengumpulan Harta (Produk Pelaburan), Perlindungan Harta (Takaful), Penyucian Harta (Instrumen Kewangan Sosial), atau Pengagihan Harta (Perancangan Penggantian). Gabungkan kesemuanya untuk merangka sebuah rancangan kewangan yang serba lengkap, seperti yang diterangkan selanjutnya di dalam rencana ini. Anda juga boleh merujuk kepada rencana in untuk maklumat lanjut tentang proses pengurusan harta patuh Syariah.

Dalam proses pengurusan harta patuh Syariah, perlindungan harta bukan sahaja mempunyai maksud yang literal atau harfiah tetapi turut mencakupi penciptaan dan pengumpulan kekayaan serta pengagihan harta secara adil dan saksama. Skopnya yang lebih meluas, termasuk memperkasakan masyarakat dengan menyediakan penyelesaian kewangan yang membawa kesan positif dengan menyepadukan aspek wakaf dan sedekah dalam ekosistem kewangan Islam.

Perlu diingat bahawa undang-undang Syariah melarang transaksi yang menyokong industri atau aktiviti yang menimbulkan kesan sosial dan alam sekitar yang negatif, seperti perjudian, alkohol, makanan dan barangan tidak halal, riba (faedah), serta spekulasi yang melampau.

Satu lagi ciri yang bermanfaat ialah unsur perkongsian risiko risiko dalam instrumen pelaburan patuh Syariah. Transaksi yang dilaksanakan seharusnya menggalakkan kesaksamaan, keadilan dan keterangkuman sosial, serta kemakmuran ekonomi. Urus niaga perlu mencerminkan akauntabiliti, ketelusan dan perlindungan undang-undang bagi semua pihak. Perkongsian risiko – dan ganjaran – menggalakkan ikhtiar untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan ketelusan kerana semua pihak akan lebih berusaha ke arah matlamat umum iaitu melindungi modal satu sama lain. Kita menanggung risiko bersama-sama.

Setelah menerangkan manfaat kemudahan kewangan patuh Syariah, mari kita tinjau bagaimana anda boleh menggunakannya bagi setiap aspek pengurusan kewangan anda untuk meraih manfaat yang maksima.


Penciptaan/Pengumpulan Kekayaan

Dalam Islam, kekayaan boleh dikumpul menerusi dua cara: 1) usaha sendiri 2) harta pusaka. Usaha sendiri merangkumi pendapatan dari pekerjaan dan pelaburan dalam saham atau instrumen lain yang dibenarkan. Memang dibenarkan –malah anda digalakkan – untuk bekerja keras bagi membina simpanan agar anda boleh bersara dengan selesa. Produk-produk ini boleh membantu anda menabung sebahagian daripada pendapatan anda, malahan boleh digunakan untuk meraih keuntungan.

Klik di sini untuk meninjau produk penciptaan/pengumpulan harta patuh Syariah kami.


Perlindungan Harta

Melindungi harta yang telah anda kumpul adalah satu komponen yang penting dalam rancangan kewangan yang kukuh. Setelah mengumpul harta, sudah tentu anda mahu melindunginya daripada sebarang keadaan tidak diduga supaya anda dan orang-orang tersayang boleh terus mendapat manfaat. Di RHB Islamic, pendekatan kami untuk melindungi aset berharga anda disesuaikan mengikut keperluan dan matlamat anda. Klik sini untuk meninjau pilihan produk Takaful kami.

Penyucian Harta

Penyucian harta ialah aspek penting pengurusan kewangan patuh Syariah yang menyumbang kepada kesejahteraan sosial dan menjadi kunci kepada usaha membawa kesan positif menerusi keadilan dan kesaksamaan sosial. Dalam bulan Ramadan yang mulia, ada baiknya kita merenung kembali akan keberkatan dan rezeki yang telah diterima, dan menyucikan harta adalah cara yang baik untuk mengingatkan diri kita bahawa kekayaan duniawi patut dikongsi bersama.

Zakat, rukun Islam yang ketiga, merupakan satu kewajipan ke atas seluruh umat Islam yang berkemampuan. Zakat bertujuan menyucikan harta seseorang dengan menyumbang sebahagian daripada harta demi manfaat masyarakat. Zakat boleh disalurkan kepada golongan asnaf yang layak menerimanya.

Di RHB, anda boleh membayar zakat dengan mudah dengan hanya beberapa klik menerusi RHB Online – tidak perlu beratur di pusat zakat! Anda turut mengurangkan risiko terlupa menunaikan kewajipan ini.


Cara membayar Zakat
Ikuti langkah-langkah berikut untuk membayar Zakat anda di dalam talian menggunakan JomPAY.
Zakat_BM-hari raya 1
RHB Islamic telah bekerjasama dengan lebih 40 badan kebajikan, di mana anda boleh memberi sumbangan berdasarkan kategori-kategori berikut:
Charity_BM-hari raya 2
Untuk maklumat lanjut tentang JomPay masjid-masjid yang turut serta, klik sini.

Wakaf ialah satu bentuk sedekah yang lebih tinggi. Wakaf merujuk kepada peruntukan sesuatu aset khusus (mawquf) oleh pemberi atau waqif (anda) ke dalam pentadbiran pemegang amanah, yang terikat di bawah instrumen undang-undang, dengan menetapkan penggunaan khusus bagi aset tersebut demi manfaat masyarakat. Wakaf seumpama endowmen yang patuh Syariah. Sebagai contoh, anda boleh mewakafkan sebidang tanah untuk dijadikan taman pemuliharaan alam atau menukarkan sebuah bangunan menjadi rumah anak yatim. 

Terdapat pelbagai pilihan untuk berwakaf:
Wakaf_BM-hari raya 3
Pengagihan Harta

Tujuan kita bertungkus lumus mencari rezeki untuk mengumpul dan melindungi harta adalah supaya kita boleh mewariskannya kepada generasi akan datang. Untuk mengelakkan sebarang masalah dan pertikaian yang tidak dapat diselesaikan selepas pemergian kita, ada baiknya untuk kita merancang terlebih dahulu menggunakan instrumen pengagihan harta Islam berikut. Rakan kongsi kami yang berkepakaran boleh memberi nasihat dan membantu anda merangka rancangan yang komprehensif untuk harta anda, bagi memastikan keperluan anda dipenuhi serta harta pusaka anda diagihkan dengan cara yang paling cekap dan berkesan, tanpa sebarang kemusykilan.

Berbincanglah dengan Pengurus Hubungan anda hari ini untuk mencipta pelan Pengurusan Harta Patuh Syariah yang komprehensif untuk memenuhi keperluan anda sekarang dan di masa depan.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin daripada kami semua di RHB!



perbankan logo-hari raya 4
Bagi mengelakkan sebarang keraguan, RHB Islamic Bank hanya mempromosi dan menguruskan promosi berkaitan dengan produk RHB Islamic Bank dan saranan yang berkaitannya sahaja.

Pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan dokumen yang berkenaan termasuk tetapi tidak terhad kepada prospektus dan memorandum maklumat yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan juga Lembaran Maklumat Produk sebelum melabur. Pelabur juga seharusnya mempertimbangkan semua yuran dan caj yang terbabit sebelum melabur. Harga unit dan pengagihan pendapatan, jika ada, mungkin turun dan juga naik; dan prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi di masa hadapan. Unit-unit akan dikeluarkan selepas menerima borang pendaftaran yang dirujuk dan disertakan bersama Prospektus. Salinan bercetak prospektus dan Lembaran Maklumat Produk boleh didapati di cawangan RHB/Pusat Premier dan pelabur berhak untuk meminta Lembaran Maklumat Produk.

Bahan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

RHB Islamic Bank Berhad 200501003283 (680329-V)

Join RHB Premier Today
Close

Switch to RHB Premier today

Please fill in the fields below so we can get in touch with you.