RHB

Pengemaskinian Terma dan Syarat

Terma Baru

29. Terma dan Syarat utk RHB Pay Anyone™ dengan Siri

29 RHB Pay Anyone™ dengan ciri arahan suara SIRI hanya terdapat pada Apple iPhone versi 10 dan keatas.

24. Keistimewaan Gaya Hidup

Umum

  • III. RHB Bank berhak untuk menawarkan tawaran khusus kepada pelanggan atau kumpulan pelanggan yang layak/terpilih.

28. RHB Premier

28.1 Fungsi 'untuk menghubungi' dan 'menghantar SMS kepada Kakitangan yang Dibenarkan' seperti yang terpapar pada halaman "Hubungi Kami" adalah tertakluk kepada ketersediaan kakitangan tersebut. Anda boleh menghantar e-mel kepada RHB Bank di ibanksupport@rhbbank.com.my atau menghubungi talian utama Premier untuk sebarang Bantuan.
28.2 Anda sedang mengakses Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now dengan tema dan ciri RHB Premier. Sekiranya anda tidak lagi menjadi pelanggan RHB Premier, anda akan mengakses Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now tanpa tema dan ciri RHB Premier.
28.3 Semua maklumat / berita yang dipaparkan melalui aplikasi ini tidak harus dikongsi / diterbitkan dalam alat komunikasi atau iklan lain. Maklumat / Berita yang dipaparkan adalah untuk tujuan rujukan anda semata-mata, dan RHB Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian kepada pelaburan anda sebagai hasil daripada keputusan anda berdasarkan maklumat / berita yang dipaparkan. RHB Bank berhak pada bila-bila masa untuk mengubah, mengubah suai, memadam atau menambah maklumat / berita yang dipaparkan dengan memberikan notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada anda.
28.4 Maklumat / Berita yang dipetik daripada sumber luar tidak semestinya mewakili pendapat / pandangan RHB Bank.


Terma dan Syarat untuk Perbankan Internet dan Mudah Alih RHB

Terma dan syarat yang mengawal penggunaan Perbankan Internet dan/atau Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Perkhidmatan ini") kepada pelanggan yang layak, bagi membenarkan mereka mengakses secara elektronik dan menggunakan Akaun serta produk, perkhidmatan dan kemudahan perbankan yang lain yang disediakan oleh RHB Bank Berhad (No Syarikat: 6171-M), RHB Islamic Bank Berhad (No Syarikat : 680329-V), RHB Investment Bank Berhad (No Syarikat : 19663-P), RHB Asset Management Sdn Bhd (Company No : 174588-x ) dan entiti-entiti lain di dalam Kumpulan Perbankan RHB kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Kumpulan RHB" (melalui www.rhbgroup.com (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Laman Web"))

Dengan mendaftar sebagai pengguna Perbankan Internet RHB dan mengakses Perkhidmatannya, adalah dianggap bahawa anda mengetahui dan bersetuju untuk mematuhi dan menerima terma dan syarat dan ini dianggap sebagai persetujuan di antara anda sebagai Pelanggan, dan kami sebagai RHB Bank Berhad, untuk akses dan/atau penggunaannya.

Terma dan syarat yang terkini ini mengatasi mana-mana terma dan syarat terdahulu yang anda mungkin pernah terima atau akses melalui laman web dan/atau peralatan mudah alih. Penggunaan dan/atau akses perkhidmatan yang berterusan akan dianggap sebagai tanda penerimaan anda terhadap terma dan syarat kami yang terkini.

Persetujuan ini adalah untuk dibaca bersamaan dengan Terma-terma Mengakses RHB Bank dan apa jua bentuk arahan yang dibekalkan oleh mana-mana entiti RHB di dalam Kumpulan RHB yang menyediakan perkhidmatan kepada anda, termasuk apa jua terma dan syarat di mana entiti-entiti Kumpulan RHB akan tetapkan dari masa ke semasa.Jika terdapat konflik di antara perjanjian ini dan juga perjanjian lain yang anda mungkin ada dengan RHB Bank, RHB Islamic Bank atau mana-mana subsidiari, sekutu dan/atau rakan niaganya, terma dan syarat ini mengatasi yang lain dalam penggunaan Perbankan Internet dan Perbankan Mudah Alih.

1. Definisi
Dalam Terma dan Syarat ini, jika konteks yang sebaliknya diperlukan, terma-terma berikut membawa maksud seperti yang terkandung:
  1.1 "ID Akses " bermaksud mana-mana yang berikut: -
a) Kad ATM / Kad Debit; atau
b) nombor kad kredit; atau
c) apa jua jenis nombor pengenalan untuk akses yang diberi kepada anda oleh RHB Bank.
  1.2 "Akaun" bermaksud mana-mana satu atau lebih daripada satu akaun bersama dengan RHB Bank dan/atau RHB Islamic Bank Berhad dan/ atau RHB Investment Bank Berhad dan/atau mana-mana entiti di dalam Kumpulan Perbankan RHB termasuk akaun simpanan, kredit, semasa, pelaburan, deposit tetap, pinjaman atau apa jua akaun yang boleh diakses melalui Perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih di bawah Laman Web, yang ditentukan oleh RHB Bank dari masa ke semasa.
  1.3 "Aplikasi" merujuk kepada aplikasi yang akan dipasang ke dalam alat mudah alih pengguna; tertakluk kepada perubahan yang perlu dibuat, dan yang diubah oleh terma dan syarat ini.
  1.4 "ATM" bermaksud mana-mana Mesin ATM RHB di mana ia berada.
  1.5 "PIN ATM" bermaksud nombor pengenalan meribadi anda, sama ada diberi oleh RHB Bank atau RHB Islamic Bank, jika anda mendaftar melalui mana-mana SSO atau dipilih oleh anda melalui mana-mana ATM, selaras dengan prosedur langganan Perkhidmatan ATM.
  1.6 "Hari bekerja" bermaksud mana-mana hari di mana RHB Bank dibuka untuk tujuan perniagaan di Selangordan Wilayah Persekutuan.
  1.7 "Kandungan" bermaksud apa jua dan kesemua bahan, maklumat, grafik, teks, imej, link, iklan dan data yang dipaparkan atau terkandung dalam Laman Web.
  1.8 "CVV2/CVC2" bermaksud nombor 3 digit yang tertera di belakang Kad Kredit RHB Bank atau Kad Kredit RHB Islamic Bank Berhad anda.
  1.9 "Undang-undang Kawalan Pertukaran Wang" bermaksud notis Pentadbiran Pertukaran Asing di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan apa jua garis panduan dan/atau peraturan-peraturan yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia ke atas kawalan pertukaran wang atau kawalan matawang dari masa ke semasa.
  1.10 "Pengenalan Diri" bermaksud ID Akses, Nama Pengguna, Kata Laluan, Perkataan Rahsia, Kata Laluan Sekali (KLS), Kod Keselamatan dan mana-mana satu atau lebih daripada satu yang serupa.
  1.11 "Perkhidmatan Perbankan Internet" bermaksud produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh RHB Bank kepada anda, melalui Internet melalui Laman Web selaras dengan terma dan syarat ini atau apa jua kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang ditentukan oleh RHB Bank.
  1.12 "Pautan" bermaksud sebuah link yang ditanda sebagai perkataan yang menyerlah dengan warna berbeza dan/atau grafik (cth: logo tanda niaga atau butang) di Laman Web yang memberitahu pengguna tentang kewujudan link ke laman yang lain di Internet atau World Wide Web pada sesuatu laman, selain daripada Laman Web tersebut.
  1.13 "Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih" bermaksud Perkhidmatan Perbankan Internet yang disediakan oleh RHB Bank, perkhidmatan yang boleh diakses oleh anda melalui Internet/GPRS/3G atau apa jua media elektronik yang diluluskan oleh RHB Bank Berhad, selaras dengan terma dan syarat ini atau apa jua kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang ditentukan oleh RHB Bank.
  1.14 Alat Mudah Alih bermaksud alat mudah alih atau apa jua alat komunikasi lain yang digunakan untuk mengakses perkhidmatan Perbankan Mudah Alih.
  1.15 "Kata Laluan Sekali (KLS)" bermaksud kod gabungan abjad dan nombor yang sah bagi satu transaksi sahaja apabila anda melakukan mana-mana transaksi berisiko tinggi. KLS akan dihantar bersama dengan Kod Keselamatan melalui SMS ke nombor telefon mudah alih anda yang berdaftar. Anda harus memastikan bahawa Kod Keselamatan yang dipaparkan pada Laman Pengesahan adalah sama dengan Kod Keselamatan yang dihantar melalui SMS, sebelum anda memasukkan OTP untuk melengkapkan transaksi.
  1.16 "Kata Laluan" bermaksud aksara gabungan abjad dan nombor yang dibentuk oleh anda, unik bagi anda, dan hanya diketahui oleh anda dan sistem komputer RHB Bank sahaja, di mana ia mengesahkan ID Masuk anda apabila anda mengakses Perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih, dan beserta dengan ID Masuk anda merupakan sebahagian lagi tandatangan elektronik anda.
  1.17 "Personal Financial Management (PFM)" bermaksud aplikasi yang ditawarkan kepada pelanggan yang layak untuk membantu mereka merancang dan menguruskan kewangan. PFM boleh mengkategorikan transaksi dan menambah akaun dari beberapa institusi yang akan dipaparkan pada satu halaman termasuk visualisasi data seperti aliran tunai, corak perbelanjaan, matlamat, nilai bersih dan pengurusan hutang.
  1.18 "RHB Bank" bermaksud RHB Bank Berhad (No. Syarikat: 6171-M), sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia Akta Syarikat 1965 dan memiliki lesen untuk melaksanakan perniagaan perbankan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, memiliki pejabat berdaftar di Level 9, Tower One, RHB Centre Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, dan termasuk subsidiari, pengganti dalam hakmilik dan serah hak dan di mana yang boleh digunakan mana-mana satu daripadanya.
  1.19 "Perkhidmatan atau Perkhidmatan-perkhidmatan"bermaksud produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh RHB Bank dan boleh diakses oleh anda melalui Internet/GPRS/3G atau apa jua media elektronik yang diluluskan oleh RHB Bank Berhad, selaras dengan terma dan syarat ini atau apa jua kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang ditentukan oleh RHB Bank.
  1.20 "Penyedia Perkhidmatan" bermaksud penyedia perkhidmatan untuk perkhidmatan-perkhidmatan PFM.
  1.21 "Perkataan Rahsia" bermaksud aksara gabungan abjad dan nombor yang dibentuk oleh anda, unik bagi anda, dan hanya diketahui oleh anda dan sistem computer RHB Bank sahaja, akan dipaparkan di skrin selepas anda memasukkan Nama Pengguna untuk log masuk. Ini merupakan fungsi pengesahan bersama yang digunakan oleh RHB Bank untuk pengesahkan bahawa laman Login adalah yang asli daripada Laman Web RHB Bank.
  1.22 "Kod Keselamatan" bermaksud kod unik 6 digit yang akan dipaparkan pada "Laman Pengesahan" untuk apa jua transaksi berisiko tinggi dan juga akan dihantar melalui SMS kepada nombor telefon mudah alih anda yang berdaftar. Anda perlu memastikan bahawa Kod Keselamatan yang dipaparkan pada Laman Pengesahan adalah yang serupa dengan Kod Keselamatan yang dihantar melalui SMS.
  1.23 "SSO" bermaksud mana-mana satu atau lebih daripada satu cawangan RHB Bank atau RHB Islamic Bank dan /atau outlet Jualan dan Perkhidmatan, di mana-mana lokasi.
  1.24 "Terma-terma Lazim" bermaksud terma dan syarat lazim RHB Bank yang sedia ada, yang mengawal Akaun, produk, perkhidmatan dan item RHB Bank, sama ada produk, perkhidmatan atau item tersebut diakses atau ditawar melalui Perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih.
  1.25 "Terma dan Syarat" bermaksud bahawa terma dan syarat untuk Mengakses dan Penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih yang diubahsuai daripada masa ke semasa.
  1.26 "Nama Pengguna" bermaksud nama yang dibentuk daripada beberapa aksara,dipillih oleh anda dan unik kepada anda dan merupakan sebahagian daripada tandatangan elektronik anda di bawah ini dan adalah satu-satunya cara yang membenarkan anda akses ke sistem Perbankan Internet RHB Bank, di mana sistem ini boleh mengenalpasti pengenalan diri anda dan juga Akaun anda apabila anda mengakses Perkhidmatan Perbankan Internet dan/atau Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih.
  1.27 Penggunaan ekspresi "kami" dan "RHB " bermaksud entiti-entiti di dalam RHB Bank atau mana-mana entiti lain di dalam syarikat Kumpulan RHB, rakan niaga dan kontraktor mereka, atau salah satu daripadanya (mengikut kesesuaian).
  1.28 Penggunaan ekspresi "anda" bermaksud pelanggan Kumpulan RHB, di mana namanya mempunyai satu atau lebih akaun dipegang oleh entiti di dalam Kumpulan RHB dan setiap seorang yang menggunakan atau dibenar menggunakan ID Masuk dan Kata Laluan, Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih atau apa jua akses yang mungkin diwujudkan atau diluluskan oleh RHB Bank.
  1.29 "Laman Web" bermaksud laman web RHB di http://www.rhbgroup.com
2. Cara memulakan permohonan dan mengakses Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih RHB
  2.1 Tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di sini, Perbankan Internet dan/atau Perbankan Mudah Alih disediakan untuk permohonan dan pendaftaran oleh pelanggan RHB yang sudah mempunyai akaun simpanan/semasa dan/atau akaun kad debit/kredit bersama RHB Bank atau RHB Islamic Bank dan di mana akaunnya sah apabila Perkhidmatannya diakses dan/atau digunakan, melakukan pendaftaran dalam talian pertama kali di Laman Web untuk memulakan penggunaan Perkhidmatan. Walau apa pun di atas, kami mungkin atas budi bicara mutlak kami menolakpendaftaran kepada pelanggan yang mengakses pada kali pertama dan/atau mengubah kriteria kelayakan di atas tanpa memberi sebarang sebab. 
  2.2 Untuk pendaftaran dalam talian di Laman Web untuk penggunaan perkhidmatan Perbankan Internet RHB, ID Akses dan maklumat yang diperlukan seperti PIN Kad ATM/Debit atau CVV2 Kad Kredit. Kemudiannya, anda akan membentuk Nama Pengguna, Kata Laluan dan Perkataan Rahsia anda untuk mengakses perkhidmatan ini.
  2.3 Setelah Berjaya mendaftar dengan Perbankan Internet RHB, anda boleh menggunakan ID Masuk dan Kata Laluan yang sama untuk mengakses Perbankan Mudah Alih.
  2.4 Dengan mendaftar dan mengakses ke Perbankan Mudah Alih, anda akan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat dan anda telah bersetuju dan menerima kesemua risiko yang dikaitkan dalam melakukan apa jua transaksi melalui Internet/GPRS/3G atau apa jua media elektronik yang diluluskan oleh RHB Bank Berhad.
  2.5 Kesemua Akaun anda (termasuk Akaun Bersama) yang telah dipaut kepada ID Akses akan secara automatik dipautkan dan  boleh diakses di bawah Perkhidmatan melalui Nama Pengguna, tertakluk kepada nombor maksimum Akaun yang ditentukan oleh RHB Bank dari masa ke semasa. Anda boleh melaksanakan untuk paut kepada Akaun baru atau membuang Akaun sedia ada daripada Nama Pengguna dengan menggunakan fungsi ‘Urus Akaun’ yang terdapat di  Perbankan Internet. Anda faham dan sedia maklum bahawa anda sentiasa mematuhi tanggungjawab anda di bawah Klausa 4 dan 6 di bawah ini, dan RHB Bank tidak bertanggungjawab untuk apa jua kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh akibat dari kecuaian pihak anda. Walau apa pun yang terkandung di sini atau sebaliknya, dan walaupun pematuhan peribadi anda dengan prosedur langganan Perkhidmatan, RHB Bank layak (tapi tidak berkewajipan) untuk menghalang akses anda kepada Perkhidmatan sehingga RHB Bank telah menerima surat kebenaran tentang pemegang akaun bersama anda (jika berkaitan) untuk akses dan penggunaan Perkhidmatan.
  2.6 Anda dikehendaki menyediakan maklumat semasa yang benar, tepat dan lengkap tentang diri anda dan akaun anda yang disenggarakan di dalam laman web lain dan anda bersetuju untuk tidak memutarbelitkan identiti anda atau maklumat akaun anda. Anda bersetuju untuk memastikan maklumat akaun anda adalah yang terkini dan tepat, dan anda perlu memaklumkan kepada pihak kami di atas sebarang perubahan, kerana RHB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk apa jua kehilangan atau kerosakan yang dialami akibat dari kecuaian pihak anda. Walau apa pun yang terkandung di sini atau sebaliknya, dan walaupun pematuhan peribadi anda dengan prosedur langganan Perkhidmatan, RHB Bank layak (tapi tidak berkewajipan) untuk menghalang akses anda kepada Perkhidmatan sehingga RHB Bank telah menerima surat kebenaran tentang pemegang akaun bersama anda (jika berkaitan) untuk akses dan penggunaan Perkhidmatan.
3. Pindahan Dana (termasuk kesemua perkhidmatan Pindahan Dana, Bayaran Bil, Isian Semula Pra-Bayar dan Permohonan Syer IPO)
  3.1 Anda perlu memastikan wang mencukupi di dalam Akaun anda untuk membolehkan RHB Bank melaksanakan arahan untuk mendebit akaun anda untuk pindahan dana.
    3.1.1 Transaksi yang ditawarkan oleh Perbankan Internet RHB
  • Pindahan di antara akaun-akaun anda (termasuk akaun bersama)
  • Pindahan ke Pihak Ketiga (Pindahan terbuka dan kegemaran)
  • Bayaran Bil (Pembayaran terbuka dan kegemaran)
  • Perkhidmatan Pra-Bayar (Isian Semula Pra-Bayar terbuka dan kegemaran)
  • Penghantaran Wang ( perintah pembayaran dan pindahan telegraf asing)
  • Interbank GIRO – IBG (Pemindahan terbuka dan kegemaran)
  • Pemindahan Segera (Pemindahan terbuka dan kegemaran)
  • Simpanan Tetap (Simpanan, Pengeluaran Simpanan Tetap Sebelum Tempoh Matang, Pengeluaran Simpanan Tetap Matang)
  • Pelaburan (Tawaran Awam Permulaan - Permohonan Syer)
  • Perkhidmatan PayPal (Penghantaran wang dan isian Semula Akaun PayPal
  • Pembelian cek bank dalam bentuk Arahan Bayar (Payment Order)
  • Permohonan Kad Kredit dan Pembiayaan Peribadi
  • Pembelian dan pembaharuan Insurans RHB
  • ePenyata (Pengurusan ePenyata dan Paparan ePenyata)
  • Pengurusan Kewangan Peribadi– My Money Tools
    3.1.2 Transaksi yang ditawarkan oleh Perbankan Mudah Alih RHB
  • Pindahan di antara akaun-akaun anda (termasuk akaun bersama)
  • Pindahan ke Pihak Ketiga (Pindahan Kegemaran dan Terbuka)
  • Bayaran Bil (Pembayaran Kegemaran dan Terbuka)
  • Perkhidmatan Pra-Bayar (Isian Semula Pra-Bayar Kegemaran dan Terbuka)
  • Interbank GIRO – IBG (Pemindahan terbuka dan kegemaran)
  • Pemindahan Segera (Pemindahan terbuka dan kegemaran)
  • Perkhidmatan PayPal (Penghantaran wang dan isian Semula Akaun PayPal
  • Pengurusan Kewangan Peribadi– My Money Tools

Nota:

  1. Perbankan Mudah Alih boleh memindahkan wang kepada pindahan kegemaran yang telah ditentukan melalui Perbankan Internet RHB sahaja
  2. Isian semula pra-bayar, pindahan wang dan pembayaran terbuka hanya terdapat pada peranti iOS (iPhone & iPad)
  3.2 Had transaksi dikenakan oleh Perbankan Internet RHB dan/atau Perbankan Mudah Alih RHB di atas budi bicara mutlak, di mana had semasa adalah seperti berikut: -
Transaksi Had Asal (RM) Pengemaskinian Had Dibenarkan (RM)
Pindahan di antara akaun anda 
(termasuk akaun bersama)
Tidak ada had 0 – Tidak ada had
Pindahan MCA 30,000 3,000 – 50,000
Pindahan ke Pihak Ketiga dalam RHB 10,000 0 – 30,000
Pindahan Segera 5,000 0 – 30,000
Pidahan ke Bank lain - IBG 5,000 0 – 30,000
Hantar Wang Melalui PayPal 3,000 0 – 3,000
Bayaran Bil ke akaun anda Tidak ada had 0 – Tidak ada had
Bayaran Bil 5,000 0 – 50,000
Bayaran Bil (Pelaburan) 5,000 0 – 1,000,000
JomPAY 10,000 0 – 50,000
Tambah Nilai 500 0 – 500
Tambah Nilai Akaun PayPal 3,000 0 – 3,000
Pindahan Telegrafik (TT) Asing
20,000
Pengemaskinian tidak dibenarkan
Transaksi lain
(Payment Order dan Western Union)
20,000 Pengemaskinian tidak dibenarkan
Insuran Atas Talian – Pembelian & Pembaharuan Tidak ada had Tidak ada had
  3.3 Operasi had diatas tertakhluk kepada baki wang di dalam akaun anda, dan RHB Bank dengan ini berhak untuk mengubah had tersebut dengan memberi notis kepada anda dari semasa ke semasa selepas ini.
    3.3.1 RHB Bank tidak akan bertanggungjawab untuk apa jua kelewatan atau kegagalan pindahan dana. Anda dinasihatkan untuk memberi tempoh yang sewajarnya untuk RHB Bank melaksanakan pembayaran bil / pindahan wang / kiriman wang dan / atau untuk memaklumkan anda tentang masalah atau halangan mengenainya. RHB Bank akan hanya bertanggungjawab untuk pindahan dana yang telah disahkan dalam surat kepada anda yang ianya telah berjaya dilaksanakan.
    3.3.2 RHB Bank bebas dalam mewakili anda untuk menggunakan mana-mana pihak ketiga yang berkecuali dalam menerbitkan draf permintaan, cek juruwang atau dalam melaksanakan jenis kiriman wang yang lain (seperti Pindahan Dana IBG dan perkhidmatan RHB-PayPal) dan tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa liabiliti atas kelewatan, bukan kiriman wang atau bukan resit deposit dana sepertinya yang terbit daripada daripada pihak ketiga yang berkecuali.
    3.3.3 RHB Bank akan atas budi bicara mutlaknyanya menentukan susunan atau kepentingan pindahan dana yang diarahkan oleh anda, dan atas budi bicaran mutlaknya menggunakan kemudahan overdraf (jika berkaitan) untuk melaksanakan pindahan dana tersebut, daripada menggunakan Akaun yang lain (jika tidak dimaklumkan oleh anda) dan kemudiannya akan memindahkan dana daripada Akaun anda yang lain untuk melunaskan amaun yang tidak mencukupi di dalam akaun semasa anda. Sebagai tambahan, RHB Bank bebas untuk melaksanakan pindahan untuk amaun penuh bagi semua pembayaran kad kredit, jika kad kredit anda dibatalkan.
    3.3.4 Apa jua arahan untuk pindahan dana tertakluk kepada apa jua tatacara kini terbit dari atau di mana mungkin akan terbit di antara anda dan RHB Bank, berkaitan dengan Akaun atau apa jua keadaan perbankan yang termampu. Secara amnya, RHB Bank di sini mempunyai hak untuk: -
      3.3.4.1 Pada bila-bila masa menolak untuk melaksanakan mana-mana satu atau lebih daripada satu arahan pindahan dana (sama ada pindahan dana sekali sahaja atau arahan tetap / bayaran bil secara tetap) tanpa memberi sebarang sebab.; dan /atau
      3.3.4.2 Menentukan had, halangan atau syarat pada pindahan dana (sama ada jenis, matawang, sebab, nombor atau apa jua aspek daripadanya) seperti yang diperlukan oleh RHB Bank atau mana-mana pihak berkaitan atau pembekal perkhidmatan pembayaran.
4. PIN dan Ciri-ciri Keselamatan Lain
  4.1 Untuk anda mengakses dan menggunakan Perkhidmatan Perbankan Internet/Perbankan Mudah Alih, anda perlu mengisi nombor Kad ATM/Kad Debit anda beserta PIN Kad ATM/Kad Debit atau nombor Kad Kredit dengan nombor CVV2 atau CVC2 seperti yang diperlukan apabila anda mendaftar untuk menggunakan Perkhidmatan untuk kali pertama di http://www.rhbgroup.com.
    4.1.1 Pengguna Kad ATM / Debit
      4.1.1.1 Untuk anda mengakses dan menggunakan Perkhidmatan Perbankan Internet untuk melihat akaun SImpanan/Semasa atau baki Kad Kredit serta untuk melakukan transaksi kewangan, anda mesti mendaftar Kad ATM/Kad Debit anda apabila anda Log Masuk ke Perkhidmatan Perbankan Internet pada kali pertama.
      4.1.1.2 Setelah pendaftaran dengan menggunakan Kad ATM/Kad Debit anda diterima, anda perlu mengisi Nama Pengguna dan Kata Laluan. Setelah penerimaannya serta penerimaan anda terhadap terma dan syarat, akses anda ke Perkhidmatan Perbankan Internet akan diaktivasikan.
    4.1.2 Pengguna Kad Kredit
      4.1.2.1 Untuk anda mengakses dan menggunakan Perkhidmatan Perbankan Internet untuk melihat baki Kad Kredit dan sejarah transaksi, anda mesti mendaftar Kad ATM/Kad Debit anda apabila anda log masuk ke Perkhidmatan Perbankan Internet pada kali pertama.
      4.1.2.2 Setelah penerimaan pendaftaran Kad Kredit anda, anda perlu mengisi Nama Pengguna, Kata Laluan dan Perkataan Rahsia. Setelah penerimaannya serta penerimaan anda terhadap terma dan syarat, akses anda ke Perkhidmatan Perbankan Internet akan diaktifkan.
  4.2 Kemudian, anda perlu mengisi Nama Pengguna dan Kata Laluan sahaja hanya untuk akses seterusnya kepada Perkhidmatan Perbankan Internet / Perbankan Mudah Alih. Pengesahan perkataan rahsia (Secret Word) hanya diguna pakai untuk akses Perbankan Internet sahaja.
  4.3 Setelah selesai prosedur pendaftaran dan aktivasi via Perbankan Internet, anda dibenarkan memuat turun aplikasi untuk pemasangan ke dalam Telefon Mudah Alih dan akan diberi hak tidak eksklusif dan tidak boleh dipindah milik untuk menggunakan aplikasi, namun berdasarkan dan tertakluk kepada  perjanjian anda terhadap syarat-syarat berikut:
    4.3.1 Anda tidak akan menggunakan aplikasi ini untuk tujuan lain selain daripada mengakses akaun anda melalui perkhidmatan Perbankan Mudah Alih daripada alat Mudah Alih anda sendiri;
    4.3.2 Anda tidak akan memuat turun atau memasang aplikasi ini ke dalam alat mudah alih yang bukan milik anda atau mempunyai hak eksklusif dan anda tidak akan membenarkan atau membolehkan siapa-siapa mengakses aplikasi, atau meninggalkan alat mudah alih anda tanpa pengawasan yang membolehkan siapa-siapa mengakses aplikasi tersebut.
  4.4 Untuk melakukan transaksi kewangan atau menukar profil peribadi anda:
    4.4.1 Anda perlu mendaftar nombor telefon mudah alih dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Perbankan Internet di 03 9206 8118. Ini merupakan proses sekali sahaja. Namun, jika anda telah menukar nombor telefon anda, anda juga perlu mendaftar semula nombor telefon mudah alih tersebut sebagai langkah keselamatan perbankan internet.
    4.4.2 Anda perlu mengesahkan Kod Keselamatan dan kunci di dalam KLS yang dihantar secara automatik ke telefon mudah alih anda yang berdaftar dan dengan jayanya melengkapkan keperluan yang tertera di dalamnya.
  4.5 Transaksi kewangan Perbankan Mudah Alih hanya dibenarkan untuk pindahan kegemaran yang telah anda daftarkan di dalam Perbankan Internet anda. Kod Laluan Sekali tidak diperlukan untuk perkhidmatan ini.
  4.6 RHB Bank berhak pada bila-bila masa, untuk tidak mengesahkan atau membatalkan mana-mana atau kesemua Pengenalan anda dengan memberi notis terlebih dahulu dan anda akan dimaklumkan sebaik sahaja ia dianggap praktikal. Tindakan tidak mengesahkan atau pembatalan itu adalah efektif jika integriti atau keselamatan Pengenalan dikompromi atau disyaki ada yang dikompromi atau jika keselamatan dan integriti mana-mana bahagian Perkhidmatan terancam dalam apa jua cara sekalipun. Namun, RHB Bank tidak berobligasi untuk berkongsi sebab-sebab dengan anda, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kehilangan dan kerosakan yang anda mungkin alami, hasil daripada sebarang ketidaksahan atau pembatalan.
5. Pemberitahuan, Peringatan dan Pesanan
  5.1 Untuk anda menerima amaran dan/atau pemberitahuan dari RHB Bank untuk Bayaran Bil, Pindahan Dana dan ‘downtime’ sistem, anda perlu memilih saluran pilihan anda, sama ada melalui SMS, mesej selamat dan/atau email luar daripada Nama Pengguna anda dengan menggunakan fungsi ‘Pemberitahuan’ yang disediakan secara talian
  5.2 Anda juga boleh memberi amaran kepada penerima mengenai pindahan dana yang telah dilakukan dengan mendaftarkan email dan nombor telefon mudah alih mereka semasa ‘Add Favourite’ untuk Pindahan Dana atau semasa fungsi ‘Open Transfer’ yang disediakan dalam Perbankan Internet kami.
  5.3 Anda bersetuju untuk menerima pesanan dan pemberitahuan tolak daripada RHB Bank ke peranti berdaftar anda melalui Internet dan Perbankan Internet dan Perbankan Mudah Alih RHB Now.
  5.4 Jawapan anda kepada pesanan dan pemberitahuan tolak Perbankan Internet dan Perbankan Mudah Alih RHB Now akan dianggap sebagai maklum balas / arahan yang sah oleh anda kepada RHB Bank.
  5.5 RHB Bank akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memastikan ketepatan dan kesahihan Bahan dan Maklumat yang dihantar oleh Kakitangan yang Dibenarkan dari RHB Bank. RHB Bank berhak pada bila-bila masa, dengan syarat RHB Bank telah memberikan notis dua puluh satu (21) hari kalendar kepada anda, untuk membuat sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada bahan dan maklumat yang diberikan.
6. Tanggungjawab-tanggungjawab Anda Untuk Keselamatan
  6.1 Untuk memastikan bahawa anda seorang sahaja yang boleh mengakses dan memberi arahan menggunakan Perkhidmatan, anda harus patuh kepada prosedur keselamatan berikut:
    6.1.1 Adalah menjadi tanggungjawab anda agar Pengenal anda dirahsiakan. Anda tidak harus memberitahu mana-mana Pengenal anda kepada sesiapa – sungguhpun kepada pemegang akaun bersama, atau kakitangan Bank atau kakitangan bantuan. Jika anda dapati Pengenal anda telah diketahui oleh seseorang, anda perlu mengubahnya melalui Perkhidmatan kami secepat mungkin. Jika anda tidak dapat berbuat demikian, anda perlu memaklumkan pihak kami melalui email keibanksupport@rhbbank.com.my atau menghubungi 03 9206 8118.
    6.1.2 Anda tidak harus membiarkan orang lain melaksanakan Perkhidmatan ini bagi pihak anda, membiarkan komputer anda dalam keadaan boleh dicerobohi, ketika anda menggunakan Perkhidmatan kami, dan juga menyimpan Pengenal anda di komputer anda (agar anda secara automatik mengakses laman web tanpa perlu memasukkan nama Pengenal). Anda ketahui dan bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua kehilangan atau kerosakan (termasuk tanpa batasan, kehilangan dana) yang terjadi atau dialami oleh pihak anda atau pihak lain dalam keadaanapa jua atau kesemua maklumat atau dana anda telah diakses, digunakan atau bagaimana pun  oleh pihak ketiga semasa di dalam penggunaan Perkhidmatan ini.
    6.1.3 Malahan, anda juga bertanggungjawab ke atas anti-virus serta keadaan keselamatan komputer peribadi anda sendiri untuk mencegah penceroboh akses ke transaksi dan Akaun melalui Perkhidmatan ini.
    6.1.4 Anda perlu sentiasa memeriksa baki akaun anda berkala dan/atau setelah anda melakukan apa jua transaksi kewangan dan memberitahu kami dengan segera jika terdapat kesilapan. Jika anda mengesyaki terdapat akses yang mencurigakan atau tidak sah, sila hubungi kami dengan segera di ibanksupport@rhbbank.com.my atau hubungi 03 9206 8118.
    6.1.5 Anda perlu memastikan bahawa aplikasi yang dimuat turun untuk Perbankan Mudah Alih adalah yang asli.
    6.1.6 Semua kata laluan mesti disimpan rapi dan tidak harus didedahkan kepada sesiapa.
    6.1.7 Anda tidak harus meninggalkan Komputer / Alat Mudah Alih tanpa dikawal rapi, di mana Perbankan Internet anda boleh diakses dan dicerobohi oleh orang lain tanpa kebenaran anda.
    6.1.8 Jika anda kehilangan atau telah menggantikan atau berpisah milik atau hilang kawalan bagi Alat Mudah Alih, di mana Aplikasi ini telah dipasang, atau anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat seseorang yang mengakses akaun bank anda melalui Aplikasi ini, anda perlu memberitahu kami dengan segera untuk mengarahkan RHB Bank untuk membatalkan Pengenal anda serta-merta, dan mendapatkan Aplikasi baru untuk mendaftar kepada Perbankan Internet dan membenarkan anda mengakses Perkhidmatan Perbankan Internet/Perbankan Mudah Alih.
    6.1.9 Jika telefon mudah alih anda hilang atau dicuri, laporkan tentang sebarang pembayaran tidak sah yang dibuat melalui Perkhidmatan ini, akibat daripada kecurian atau kehilangan telefon tersebut, dengan segera.
  6.2 Jika anda mengesyaki transaksi yang tidak sah, kami akan menggantung akses dan penggunaan Perkhidmatan ini sehingga Pengenal baru dicipta.
7. Waktu Operasi
  7.1 Perkhidmatan biasanya akan disedia untuk digunakan 24 jam, 7 hari seminggu kecuali jika dinyatakan khusus dalam terma dan syarat ini atau dalam laman web.
  7.2 Sesetengah atau kesemua Perkhidmatan yang boleh diakses melalui web / aplikasi Perbankan Mudah Alih mungkin tidak terdapat pada waktu tertentu kerana keperluan penjagaan rutin, rosak atau kegagalan sistem, tuntutan berlebihan pada sistem dan / atau keadaan di luar kawalan kami. RHB Bank tidak warranti bahawa Perkhidmatan tersebut (atau sebahagian daripadanya) yang terdapat dalam web / aplikasi Perbankan Mudah Alih akan disediakan pada masa yang dinyatakan di sini. Dalam hal terjadi kegagalan atau gangguan dalam Perkhidmatan (atau sebahagian daripadanya), anda boleh menghubungi kami melalui e-mel diibanksupport@rhbbank.com.my atau melalui telefon 03 9206 8118. Sila ambil perhatian bahawa transaksi perbankan masih boleh dilakukan melalui saluran lain (cth. Cawangan, ATM, RHB Perbankan Telefon, dll).
8. Arahan
  8.1 Anda bersetuju dan tidak boleh ditarik balik dan memberi kuasa kepada kami untuk bertindak ke atas semua arahan anda (termasuk pemindahan dana, pembayaran bil, menghentikan arahan bayaran, dll) melalui Perkhidmatan selepas anda berjaya Masuk ke Perkhidmatan, dan menerima tanggungjawab penuh untuk semua Arahan, dan khususnya untuk memastikan ketepatan dan kelengkapan Arahan anda, dan juga untuk memastikan bahawa arahan yang sama tidak sengaja dihantar kepada kami dua kali.
  8.2 Semua Arahan diterbitkan selepas berjaya masuk ke Perkhidmatan, ketika diterima oleh pihak kami, harus dilakukan sesuai dengan prosedur, had dan syarat-syarat yang ditentukan oleh kami dan undang-undang ditetapkan dari masa ke masa. Kami boleh menunda atau menolak dalam melaksanakan atau menentukan keutamaan atau menjalankan arahan tersebut, tanpa memberi notis terlebih dahulu berdasarkan budi bicara mutlak kami, pada bila-bila masa tanpa memberikan alasan apapun kepada anda. Sila ambil perhatian bahawa transaksi tertentu hanya boleh diproses pada waktu perbankan biasa dan mungkin mengambil beberapa hari bekerja untuk menyelesaikannya, meskipun waktu operasi Perkhidmatan dilanjutkan.
  8.3 Semua Arahan diterbitkan selepas berjaya masuk ke Perkhidmatan tersebut akan mengikat anda, setelah ia dihantar kepada kami sama ada arahan telah diterbitkan oleh anda atau orang lain, sama ada sah atau tidak dan walau apa pun  kesalahan, penipuan, atau pemalsuan. Kami tidak akan bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan (termasuk tanpa terhad kepada, kehilangan dana) yang dialami atau ditanggung oleh anda sebagai akibat dari:
    8.3.1 apa-apa arahan yang tidak sah atau transaksi yang dilakukan menggunakan Pengenal anda, sebagai hasil dari kecuaian anda terhadap kewajipan anda berdasarkan Klausa 6 perjanjian ini;
    8.3.2 penolakan kami untuk bertindak atas apa-apa arahan diberikan kepada kami di bawah, menurut pendapat mutlak RHB Bank, dalam keadaan mencurigakan atau tidak teratur;
      8.3.2.1 arahan dikuatkuasakan oleh kami tanpa memeriksa ketepatan dan / atau kelengkapan arahan tersebut, walaupun RHB Bank berhak atas budi bicara sendiri untuk mencari pengesahan tersebut dari anda, atau
      8.3.2.2 kecuaian anda terhadap setiap terma dan syarat sini, termasuk tetapi tidak terhad kepada cek tendang disebabkan oleh dana yang tidak mencukupi dalam Akaun anda selepas pendebitan kos dan bayaran berdasarkan Klausa 11 di sini, dan anda di atas kecuaian anda terhadap Klausa 8.7 dokumen ini.
  8.4 Selepas anda telah memberikan arahan, anda tidak boleh membatalkan atau menukar arahan itu. Namun, di atas permintaan anda, di atas budi bicara kami secara mutlak, (tetapi tidak diwajibkan untuk) bersetuju untuk menarik semula, membatalkan, atau sebaliknya mengubah setiap arahan terdahulu daripada anda. Seluruh kos dan bayaran yang dikeluarkan oleh kami dalam melaksanakan setiap permintaan tersebut harus ditanggung oleh anda dan akan didebitkan dari Akaun anda,yang difikirkan sesuai oleh RHB Bank.
  8.5 Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memberitahu kami:
    8.5.1 setelah menerima data yang tidak lengkap, rosak atau tidak tepat atau maklumat dari kami mengenai mana-mana dan semua arahan dan transaksi  Perkhidmatan ini.
    8.5.2 setelah menerima data atau maklumat yang bukan seharusnya dituju pada anda dan anda akan memadam data atau maklumat tersebut dengan segera dan tidak menyimpan salinan data tersebut (atau salinan daripadanya).
    8.5.3 setelah sedar, atau di mana anda mengesyaki atau mempunyai alasan untuk percaya bahawa setiap arahan yang dihantar oleh anda belum diterima oleh kami atau tidak tepat termasuk tanpa had apa jua kesalahan bayaran, kekeliruan dan kepalsuan atau pindahan dana tidak sah dari atau kepada Akaun anda.
9. Hak-hak &Liabiliti-liabiliti Terhadap Pihak Ketiga
  9.1 Pada masa anda mungkin memerlukan perkhidmatan dan / atau perisian yang disediakan oleh pihak ketiga, yang tidak di bawah kawalan kami, untuk mengakses dan mengendalikan Perkhidmatan Perbankan Internet / Perbankan Mudah Alih. Dalam hal ini, anda memahami dan bersetuju seperti berikut: -
    9.1.1 Anda bertanggungjawab untuk dan tidak akan dengan apa-apa cara mengarah pihak Bank untuk bertanggungjawab ke atas setiap perkhidmatan dan/atau perisian melalui mana anda mengakses Perkhidmatan Perbankan Internet / Perbankan Mudah Alih yang tidak dikendalikan oleh kami;
    9.1.2 Anda akan bertanggung jawab untuk memastikan bahawa perisian yang disediakan kepada anda sesuai dengan mana-mana komputer, sistem komputer atau peranti lain dari mana anda mengakses Perkhidmatan Perbankan Internet / Perbankan Mudah Alih dan perisian lain dalam komputer atau pembekal perkhidmatan yang lain di peranti lain;
    9.1.3 Anda akan terikat oleh semua terma dan syarat yang ditentukan oleh perkhidmatan tersebut dan / atau perisian tersebut yang digunakan oleh anda untuk mengakses Perkhidmatan Perbankan Internet / Perbankan Mudah Alih tanpa melibatkan kepada kami;
    9.1.4 kami tidak akan bertanggungjawab atas segala kerugian atau kerosakan atau bayaran lain atau bayaran yang mungkin ditanggung oleh anda dengan penggunaan perkhidmatan tersebut dan / atau perisian tersebut.
  9.2 Anda memahami bahawa setiap akses kepada web atau Perkhidmatan Perbankan Internet / Perbankan Mudah Alih, perbankan akan dilakukan melalui pembekal perkhidmatan internet yang relevan, pembekal rangkaian atau pembekal komunikasi rangkaian atau pembekal perkhidmatan yang lain di negara dari mana perkhidmatan tersebut dicapai, dan setakat ini akses tersebut juga akan patuh kepada dan ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan negara itu dan setiap terma dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan internet oleh  pembekal rangkaian atau pembekal komunikasi rangkaian atau pembekal perkhidmatan lain yang relevan.
  9.3 Kami tidak menjamin keselamatan dan kerahsiaan maklumat yang dihantar melalui pembekal perkhidmatan internet, operator rangkaian atau pembekal rangkaian komunikasi atau sistem setara dalam bidang kuasa mana-mana melalui Perkhidmatan Perbankan Internet / Perbankan Mudah Alih. Selain hal tersebut, anda menerima dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap kegagalan elektronik mekanik, data atau rasuah, virus komputer, pepijat atau masalah berkaitan yang boleh tercetus daripada perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan internet yang relevan, rangkaian atau komunikasi operator rangkaian atau pembekal perkhidmatan yang lain.
  9.4 RHB Bank akan, dari masa ke masa, di atas budi bicara mutlak, menampilkan produk pihak ketiga atau perkhidmatan tertentu di Laman Web ini, atau pautan ke laman web pihak ketiga tersebut di Laman  Web kami. RHB Bank akan berusaha untuk memastikan kualiti minimum dan piawaian untuk semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam Laman Web kami dan aplikasi Perbankan Mudah Alih, kerana pembelian produk atau perkhidmatan langsung dari pihak ketiga yang berkaitan, kami tidak boleh membuat kenyataan atau jaminan dari pihak ketiga tersebut dan / atau tentang kualiti atau piawaian terhadap produk atau perkhidmatan mereka.
  9.5 Anda perlu menanggung rugi, mempertahankan  dan memastikan kami tidak bertanggungjawab ke atas setiap dan semua tuntutan, tindakan, penilaian, kerosakan, kos, kerugian, kos (termasuk kos undang-undang peguam dan pelanggan) dan kewajipan lain yang timbul dari pelanggaran dan / atau bertentangan dan / atau ketidaksesuaian ketentuan berdasarkan Klausa 9.
10. Peralatan dan Perisian
  10.1 Anda juga bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk komputer anda, sistem atau peranti lain dari mana anda mengakses Perkhidmatan Perbankan Internet, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyelenggaraan, operasi dan persetujuan penggunaan komputer seperti, sistem atau peranti lain dan itu adalah tanggungjawab anda untuk memenuhi kriteria yang dikuatkuasakan oleh kami dari masa ke masa berhubung dengan komputer anda, sistem atau peranti lain dari mana anda mengakses Perkhidmatan Perbankan Internet (termasuk perisian yang digunakan).
  10.2 Anda tidak akan mengakses perkhidmatan menggunakan komputer, sistem atau peranti lain yang bukan milik anda kecuali anda telah menerima izin dari pemilik. Anda juga perlu memastikan bahawa setiap komputer, sistem atau peranti lain dari mana anda mengakses dan menggunakan Perkhidmatan Perbankan Internet harus diselenggara dan harus bebas dari apapun, virus kecacatan atau kesalahan. Anda juga harus memastikan bahawa PC atau komputer riba anda dipasang dengan anti virus terbaru dan perisian anti-spyware dan bahawa perisian sentiasa dipasang dan dikemaskini dengan pola yang terbaru. Anda juga perlu memastikan bahawa anda memuat turun aplikasi dari saluran yang dipercayai menggunakan aplikasi asli dan semua aplikasi dimuat turun adalah di bahawa risiko anda sendiri.
  10.3 Sebarang bahan yang dimuat turun ataupun diperolehi melalui penggunaan Perkhidmatan adalah di atas budi bicara dan risiko anda sendiri dan anda bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan terhadap sistem komputer atau kehilangan data yang disebabkan oleh pemuat turunan bahan tersebut. Tiada panduan atau informasi, samada secara lisan atau bertulis yang anda dapati daripada RHB Bank atau Penyedia Perkhidmatan melalui atau daripada Perkhidmatan akan memberi jaminan yang tidak dinyatakan secara jelas dalam terma-terma ini.
11. Fi dan Caj
  11.1 RHB Bank berhak, dari masa ke masa, dengan notis minimal 21 (dua puluh satu) hari, untuk levi fi dan caj, atau mempelbagaikan fi dan caj yang ada, untuk mengakses dan / atau penggunaan Perkhidmatan atau untuk setiap produk atau barang yang disediakan dalam laman web ini, selaras dengan peraturan yang tersedia, peraturan-peraturan atau arahan lain yang dikenakan oleh pihak pihak berkuasa berkaitan. Akses dan penggunaan berterusan menandakan penerimaan anda terhadap fi dan caj yang dikenakan.
  11.2 Kos dan bayaran tersebut adalah hanya berkaitan dengan akses dan penggunaan Perkhidmatan atau Laman Web atau produk atau perkhidmatan yang disediakan di bawahnya. Anda mungkin juga akan bertanggungjawab atas kos lain atau bayaran yang dikenakan oleh RHB Bank untuk transaksi dan arahan yang dibuat berdasarkan atau bersesuaian dengan Perkhidmatan ini (termasuk caj bank, caj pentadbiran, pemprosesan fi, caj faedah, dll) di mana adalah perlu dibayar kepada kami di bawah Terma-terma Standard atau di bawah setiap perjanjian lain, terma-terma, syarat-syarat, atau prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh RHB Bank dari masa ke masa.
  11.3 Anda juga bersetuju untuk membayar semua cukai, levi, duti setem dan cukai kerajaan yang timbul daripada akses dan penggunaan Perkhidmatan atau Laman Web.
  11.4 Sila ambil perhatian bahawa RHB Bank berhak untuk secara automatik mendebit Akaun untuk semua fi dan caj untuk akses dan enggunakan Perkhidmatan, dan setiap fi kerajaan, cukai, levi dan / atau duti setem dan fi dan caj lain yang perlu dibayar ke atas transaksi yang dilakukan oleh anda dari masa ke masa, yang dinyatakan di sini. Kami akan memberitahu anda untuk setiap debit yang dibuat oleh kami.
  11.5 Sila juga ambil perhatian bahawa jika Akaun anda didebitkan melebihi amaun yang perlu akibat daripada RHB Bank untuk mendebit dari Akaun and jumlah yang telah dikeluarkan daripada Akaun andatermasuk faedah dan apa jua bank lain, kos pentadbiran atau caj lain yang dikenakan oleh kami merupakan hutang perlu dibayar kepada kami, akan mengguna pakai faedah fasiliti overdraf biasa dan  kadar penalti.
12. Sekatan Ke Atas Perkhidmatan Perbankan Internet / Perbankan Mudah Alih
  12.1 Sebagai syarat-syarat penggunaan Laman Web / aplikasi Perbankan Mudah Alih  yang dibenarkan, anda beraku janji bahawa anda tidak akan menggunakan web / Aplikasi (atau perkhidmatan, maklumat atau produk) untuk tujuan haram atau melanggar undang-undang atau yang telah nyata dilarang di bawah undang-undang atau dengan terma dan syarat. Anda tidak perlu menggunakan web / aplikasi Perbankan Mudah Alih  (atau perkhidmatan, maklumat atau produk) dengan cara apapun yang boleh merosakkan, melumpuhkan, membebankan, korup atau merosakkan Laman Web atau peranti keras atau aplikasi dan sistem perisian, protokol keselamatan, maklumat / rangkaian pembekal perkhidmatan atau operasi lain atau mengganggu penggunaan Laman Web. Anda tidak akan cuba untuk mendapatkan akses tidak sah ke akaun (lain selain anda sendiri) atau sistem peranti keras dan perisian, protokol keselamatan, maklumat / rangkaian pembekal perkhidmatan atau operasi lain yang berkaitan dengan Laman Web / Aplikasi Perbankan Mudah Alih, melalui menggodam, mencuri kata laluan atau lain-lain cara. Anda tidak akan memperoleh atau berusaha mendapatkan bahan atau maklumat melalui apa-apa cara yang tidak sengaja di Laman Web atau Perkhidmatan Perbankan Internet / Perbankan Mudah Alih.
  12.2 Tambahan kepada sekatan-sekatan dan syarat-syarat di atas untuk kebenaran penggunaan ke akses ke Laman Web / Aplikasi Perbankan Mudah Alih anda tidak akan mengubah, menyalin, mengedar, menghantar, menggunakan atau berurusan dengan produk, perkhidmatan, maklumat atau kandungan Laman Web / Aplikasi Perbankan Mudah Alih tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada kami melainkan ianya dibenarkan seperti yang tertera pada terma dan syarat. Selanjutnya, anda tidak akan menerbitkan atau menghantar kandungan yang tidak sah ke atau melalui Laman Web / Aplikasi Perbankan Mudah Alih termasuk tanpa had batasan, kandungan yang (i) melanggar undang-undang, lucah, cabul, mencemarkan, melanggar privasi, kasar atau tidak menyenangkan; (ii) "JunkMail", "spam", "surat berantai", atau bentuk lain dari suatu bahan yang tidak sah, dan (iii) mengandungi virus atau fail atau program yang boleh mengganggu, mematikan, membebankan, korup atau merosakkan laman web atau peranti keras dan sistem perisian, protokol keselamatan, maklumat / rangkaian pembekal perkhidmatan atau operasi yang lain.
  12.3 Pada setiap masa anda bersetuju untuk sentiasa memastikan dana yang mencukupi dalam (s) Akaun anda untuk memudahkan permintaan yang diberikan berdasarkan terma dan syarat ini.
13. Pemilikan Hak Harta Intelek
  13.1 Anda dibenarkan untuk menggunakan kandungan yang dihantar kepada anda melalui Perkhidmatan-perkhidmatan ini hanya pada Perkhidmatan-perkhidmatan sahaja seperti yang tertakluk di bawah terma dan syarat ini.
  13.2 Kami dengan ini menyatakan kami memiliki, sama ada kini atau di masa depan, semua hak berdaftar dan tidak berdaftar (termasuk semua hak-hak moral) di Perkhidmatan Perbankan Internet / Perbankan Mudah Alih, kandungan, aplikasi dan Laman Web serta hak-hak undang-undang dan hak lain yang menguntungkan dan kepentingan apapun yang berkaitan berdasarkan undang-undang Malaysia dan semua negara di dunia untuk tempoh penuh daripadanya, bersama dengan apa jua pembaharuan dan pemanjangan tempoh.
  13.3 Tiada yang terkandung di sini akan dianggap boleh melaksanakan atau memberikan lesen tersurat atau tersirat (atau hak lain) kepada anda untuk menggunakan, mengeluarkan semula, menyalin atau berurusan dengan salah satu atau lebih daripada pemilikan hak intelektual atau hak-hak yang ditetapkan dalam perenggan tersebut di atas. Perkhidmatan Perbankan Internet / Perbankan Mudah Alih dan hak-hak-hak yang diberikan kepada anda berdasarkan terma  dan syarat yang dibuat adalah hanya untuk kegunaan akses dan peribadi anda. Apa jua hak yang tidak diberikan kepada anda di dalam terma dan syarat ini adalah sepenuhnya dan secara khususnya dimiliki oleh RHB Bank.
  13.4 Anda melesenkan kepada RHB Bank dan Penyedia Perkhidmatannya sebarang maklumat, data, kata laluan dan bahan atau kandungan lain (secara kolektif, "Kandungan Pelanggan") yang anda berikan melalui atau kepada Perkhidmatan-perkhidmatannya. RHB Bank dan Penyedia Perkhidmatannya boleh menggunakan, mengubah suai, memaparkan, menyebarkan dan mereka kandungan bahan baru menggunakan Kandungan Pelanggan untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda. Dengan penyerahan Kandungan Pelanggan, anda secara jelas bersetuju dan berjanji bahawa pemilik Kandungan Pelanggan tersebut telah bersetuju bahawa, tanpa sebarang had masa, dan tanpa sebarang pembayaran fi, RHB Bank dan Penyedia Perkhidmatan boleh menggunakan Kandungan Pelanggan untuk tujuan yang dinyatakan di atas. Antara RHB Bank dan Penyedia Perkhidmatan, RHB Bank adalah pemilik maklumat sulit akaun anda.
  13.5 Anda atau melalui pihak ketiga, tidak akan melakukan atau berusaha melakukan tindakan melanggar undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada penganiayaan, penyambung tidak sah, menghantar spam, metatagging, dan / atau pelalabahan.
  13.6 Anda bersetuju untuk tidak melakukan kejuruteraan balikan atau kompil balik sebarang teknologi Perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa aplet Java yang berkaitan dengan Perkhidmatan.
  13.7 Dari masa ke masa, RHB Bank akan mengeluarkan arahan atau arahan berkaitan dengan penggunaan hak intelektual dan pemilikan milik RHB Bank (atau untuk penciptanya) dan anda perlu mematuhi mana-mana dan semua perintah atau arahan tersebut.
14. Kenyataan dan Jaminan
  14.1 Melainkan dinyatakan secara terperinci disini, dan sejauh yang diizinkan oleh undang-undang, anda faham dan bersetuju bahawa penggunaan Perkhidmatan dan semua maklumat, produk dan isi kandungan lain (termasuk dari pihak ketiga) termasuk dalam atau boleh diakses dari Perkhidmatan adalah di atas risiko anda sendiri. Perkhidmatan ini disediakan atas dasar "seadanya" dan "seperti yang tersedia". Kami dan Penyedia Perkhidmatan secara khususnya menafikan semua dan apa-apa jaminan, perwakilan, cagaran atau sokongan, secara implikasi atau nyata, lisan atau bertulis, termasuk dan tidak terhad kepada jaminan untuk kebolehdagangan, kesesuaian untuk sesuatu tujuan, ketepatan, kualiti, kecukupan, keselamatan, ketersediaan, kebolehpercayaan, ketepatan masa, bukan pelanggaran dan/atau kesempurnaan sebarang produk, perkhidmatan, maklumat, isi kandungan atau apa-apa (termasuk produk pihak ketiga, perkhidmatan, maklumat dan isi kandungan) yang terkandung di dalam Laman Web atau disediakan untuk anda mengikut Perkhidmatan Perbankan Internet/Perbankan Mudah Alih atau terma dan syarat ini atau prestasi, penggunaan dan operasi apa-apa yang dinyatakan di atas. RHB Bank dan Penyedia Perkhidmatan tidak memberi sebarang jaminan bahawa (i) Perkhidmatan akan menepati keperluan anda (ii) Perkhidmatan akan berjalan tanpa gangguan, tepat pada waktunya, selamat dan bebas dari kesilapan, (iii) keputusan yang diperolehi dari penggunaan Perkhidmatan adalah tepat atau boleh dipercayai, (iv) kualiti sebarang produk, perkhidmatan, maklumat atau bahan lain yang dibeli atau didapati oleh anda melalui Perkhidmatan akan menepati jangkaan anda atau (v) apa-apa kesalahan di dalam teknologi akan dibetulkan (vi) Perkhidmatan tidak akan digantung, dihentikan atau dibatalkan di atas apa-apa sebab dan sebagainya.
  14.2 Anda juga bersetuju bahawa anda telah tidak bergantung pada kenyataan atau jaminan yang dibuat oleh kami dan kecuali bagi mereka,waranti perwakilan atau jaminan yang telah tegas dinyatakan di dalam Terma dan Syarat ini. Kenyataan, baik bertulis atau lisan, yang diberikan oleh pegawai atau wakil-wakil dari RHB Bank adalah dianggap tidak sah dan tidak mempunyai pengaruh undang-undang apapun
15. Kewajipan & Gantirugi
  15.1 Kami dan Penyedia Perkhidmatan mahupun mana-mana anggota gabungan kami dan mereka, penyedia akaun atau mana-mana anggota gabungan mereka akan hanya bertanggungjawab di atas kehilangan dan kerosakan secara langsung disebabkan oleh kecuaian melampau dan/atau keingkaran sengaja. Dalam apa keadaan sekalipun, kami serta Penyedia Perkhidmatan mahupun mana-mana anggota gabungan kami dan mereka, penyedia akaun atau mana-mana ahli mereka akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan, secara langsung atau tidak, secara teladan, turutan, kebetulan, punitif, kehilangan atau kerosakan khas, atau kehilangan pendapatan, keuntungan, nama baik, penggunaan, data atau kehilangan yang tidak dapat diterangkan (termasuk mana-mana pihak ketiga) walau bagaimana ianya timbul, dan semua kerosakan berikut yang dinyatakan pengecualian.
  15.2 Peruntukan di atas akan digunapakai walaupun RHB Bank atau Penyedia Perkhidmatan telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan disebabkan oleh (i) penggunaan atau kegagalan menggunakan Perkhidmatan, (ii) kos mendapatkan pengantian barangan dan perkhidmatan, (iii) apa-apa produk,data, maklumat atau perkhidmatan yang dibeli atau didapati atau mesej yang diterima atau transaksi yang dilakukan, melalui atau dari Perkhidmatan; (iv) akses yang tidak dibenarkan atau pengubahsuaian transmisi atau data; (v) penyata atau kelakuan mana-mana individu terhadap Perkhidmatan; (vi) penggunaan,kegagalan menggunakan, penggunaan yang tidak dibenarkan, perkhidmatan atau bukan perkhidmatan mana-mana laman penyedia akaun pihak ketiga, walaupun penyedia telah dinasihatkan sebelum ini tentang kemungkinan kerosakan tersebut; atau (vii) apa-apa perkara lain berkaitan dengan Perkhidmatan.
  15.3 Tanpa prangsaka kepada kenyataan am  di atas, anda memahami bahawa anda secara peribadi bertanggungjawab untuk kegunaan dan akses kepada Perkhidmatan Perbankan Internet / Perbankan Mudah Alih dan / atau Laman Web, Aplikasi dan dengan ini bersetuju untuk membebaskan, mempertahankan RHB Bank terhadap apa jua, setiap dan semua tuntutan, permintaan, tuntutan, tindakan, penilaian, kerosakan, kos, kerugian, kos (termasuk kos undang-undang dan bayaran pada peguam dan pelanggan) dan kewajipan lain apapun dan apapun penyebabnya yang mungkin timbul atau ditanggung oleh RHB Bank dalam memberikan Perkhidmatan Perbankan Internet / Perbankan Mudah Alih kepada anda, sama ada dicetuskan daripada atau berhubung dengan Perkhidmatan ini: -
    15.3.1 Kegagalan anda untuk mengamati kewajipan keselamatan anda berdasarkan Klausa 6 dokumen ini, dan / atau tindakan atau kelalaian seterusnya dari setiap orang yang menggunakan Pengenal anda sebagai akibat dari kegagalan anda mengamati kewajipan tersebut untuk tunjuan tanggungjawab keselamatan;
    15.3.2 kesalahan meniru tanda dagangan, atau hak cipta, atau hak milik intelek yang lain dari pihak ketiga (sila lihat Klausa 13 perjanjian ini);
    15.3.3 setiap tindakan menyalahi undang-undang, tidak bermoral dan / atau kelalaian, kesalahan atau kelalaian melalui Perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad pada penipuan komputer,pencemaran nama baik, dll (sila lihat Klausa 12 perjanjian ini), dan / atau kegagalan anda untuk mengamati undang-undang yang berkaitan dan / atau peraturan-peraturan yang berlaku (sila lihat Klausa 16 perjanjian ini), dan / atau
    15.3.4 kegagalan anda untuk memastikan bahawa anda mempunyai dana yang mencukupi dalam Akaun anda, dan / atau mengeluarkan Arahan transaksidengan notis terdahulu dan / atau selaras dengan terma dan syarat yang berkaitan dengan hal tersebut (sila lihat Klausa 3.3.2 dan 12.3 dokumen ini, dan Ayat 9 umumnya).
Semua pihak dengan ini bersetuju bahawa peruntukan ini akan berkuatkuasa sejauh mana yang diizinkan undang-undang.
  15.4 Syarat-syarat Klausa 15 di sini akan efektif seluas dan sejauh yang diizinkan oleh undang-undang. Rujukan untuk istilah "kami" dalam Klausa 15 sini dan di tempat lain mengenai kewajipan RHB Bank harus meliputi, bilamana berlaku, syarikat-syarikat dalam kumpulan RHB, rakan kongsi mereka dan kontraktor serta pengarah-pengarah RHB Bank, pekerja, kakitangan, agen dan / atau wakil.
16. Penggantungan dan Penamatan Perkhidmatan
  16.1 Walaupun terdapat peruntukan lain terkandung di sini, pihak Bank boleh pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis dan tanpa harus memberikan alasan apapun kepada anda, akan menghentikan, menangguhkan atau menamatkan Perkhidmatan Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih  (atau sebahagian daripadanya) atau hak anda untuk mengakses dan menggunakan Perkhidmatan Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih (atau sebahagian daripadanya), tanpa syarat atau sebaliknya, di atas budi bicara kami sendiri secara mutlak. RHB Bank juga boleh, atas budi bicara secara mutlak, boleh mengenakan syarat di atas penggantungan termasuk tempoh penggantungan dan penyambungan semula Perkhidmatan dan keperluan sebelum penyambungan dilakukan.
  16.2 Setelah penamatan Perkhidmatan kami tidak diwajibkan untuk bertindak atas setiap arahan anda, baik yang diterima sebelum atau selepas tarikh efektif penamatan dan yang belum atau sudah dilaksanakan oleh kami, atas budi bicara mutlak Jika ada hal luar biasa atau kegiatan yang kami menghendaki anda untuk mematuhinya, anda harus bertindak dan mematuhi semua langkah yang diperlukan oleh kami untuk menjadikan segala penyelesaianatau penamatan semua aktiviti di bawah efektif terhadap Perkhidmatan atau Laman Web. Setiap dan semua hak-hak dan lesen yang diberikan kepada anda di bawah ini akan tamat dengan serta-merta. Penamatan atau penggantungan Perkhidmatan ini oleh kami, berdasarkan Klausa 16 sini tidak akan memberikan anda hak dan anda mengenepikan kesemua hak untuk apa jua tuntutan pada pihak Bank, apa jua dan kesemua kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh anda secara langsung atau tidak langsung hasil dari pembatalan atau penggantungan.
17. Undang-undang dan Bidang Kuasa
  17.1 Terma dan syarat ini akan dikawal oleh dan ditafsirkan sesuai dengan undang-undang Malaysia. Kesemua pihak harus patuh kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah di Malaysia, namun RHB Bank mempunyai hak untuk meneruskan tindakan terhadap anda di mahkamah di negara-negara lain yang  bidang kuasanya ditubuhkan.
  17.2 Tanpa dengan cara apapun tanpa had atau prasangka menyekat kehendak am Klausa 17 sini, anda bersetuju bahawa:
    17.2.1 isu dan penggunaan Perkhidmatan dan terma dan syarat ini tertakluk kepada garis panduan Bank Negara Malaysia dan / atau peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dari masa ke masa. Tanpa menghadkan kehendak am ayat sebelumnya, anda akan menggunakan Perkhidmatan ini selaras dengan undang-undang Pertukaran Kawalan. Dimana sesuai, anda akan mendapatkan dari Bank Negara Malaysia kelulusan yang relevan berdasarkan undang-undang Pertukaran Kawalan.
    17.2.2 Semua transaksi atau penggunaan oleh anda di bawah atau berdasarkan Perkhidmatan ini tidak akan melanggar undang-undang Malaysia atau (jika ada) undang-undang negara ini, yang berkaitan dengan transaksi atau penggunaannya. Ini akan menjadi kewajipan anda sepenuhnya untuk mematuhi undang-undang Malaysia atau negara-negara lain tanpa mewajibkan Bank untuk memberitahu atau memaklumkan anda tentang undang-undang tersebut.
18. Notis
  18.1 Selain daripada yang dibekalkan secara khusus di dalam terma dan syarat atau jika diberitahu oleh RHB Bank kepada anda, dari masa ke semasa, apa jua dan semua notis, arahan atau apa jua bentuk komunikasi yang harus diberi oleh anda kepada RHB Bank akan diberi:-
    18.1.1 Melalui mesej via perkhidmatan Perbankan Internet, di mana akan menjadi efektif hanya setelah RHB Bank mengakui penerimaan dengan menghantar mesej selamat kepada anda via perkhidmatan Perbankan Internet; atau
    18.1.2

Dalam surat yang ditandatangani oleh anda dan dihantar melalui pos berdaftar, di mana akan menjadi efektif setelah memperolehi resit penerimaan oleh RHB Bank, di alamat berikut: 

RHB Bank Berhad (6171-M)
Perbankan Internet & Perbankan Mudah Alih 
Jabatan e-Banking 
Aras 12, Menara AA,
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

  18.2 Sebagai tambahan kepada cara sedia ada, RHB Bank juga mungkin memberi makluman kepada anda mengikut mana-mana cara yang difikirkan sesuai oleh RHB Bank:-
    18.2.1 melalui mesej selamat via perkhidmatan Perbankan Internet, yang akan menjadi efektif 24 jam selepas ia dihantar
    18.2.2 melalui surat elektronik kepada alamat surat elektronik terakhir anda, selaras dengan rekod RHB Bank, yang akan menjadi efektif 24 jam selepas ia dihantar;
    18.2.3 dengan meletakkan makluman atau komunikasi tersebut di Laman Web, di mana (jika tidak ditulis di makluman atau komunikasi) akan menjadi efektif pada hari ia dimaklumkan;
    18.2.4 melalui apa jua cara memberi makluman yang difikirkan sesuai olh RHB Bank dari masa ke semasa.
  18.3 Kecuali di mana ia disediakan khususnya di bawah Termterma dan Syarat-syarat ini untuk tempoh yang ditetapkan untuk pemberitahuan, apa juanotis yang diberi atau perlu diberi oleh RHB Bank, di sini boleh diberi dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai oleh RHB Bank, dan ia terus menjadi efektif atau dalam bila-bila jangkamasa yang ditetapkan oleh RHB Bank.
19. Pertanyaan dan Penyelesaian Pertikaian
  19.1

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan yang memerlukan bantuan lanjut berkaitan Internet dan Perbankan Mudah Alih, anda boleh menghubungi 03 9206 8118, atau emel kepada customer.service@rhbgroup.com.

Sekiranya anda mempunyai aduan atau pertikaian, anda boleh menulis ke alamat di bawah atau menghubungi kami di 03 9206 8118 dan sila nyatakan sifat aduan anda:

Service Quality & Service Recovery Management
RHB Banking Group
Level 6, Menara AA
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Fax: 03-9206 8088

  19.2 Anda mungkin akan diperlukan untuk mendedahkan semua maklumat yang relevan yang berhubungan dengan pertanyaan, aduan atau pertikaian anda tetapi tidak terhad kepada nama, nombor akaun, perihal pertanyaan atau aduan, jumlah yang terlibat dalam pertanyaan atau aduan anda, yang mana berkemungkinan adalah berkaitan. Jika sebarang komunikasi melibatkan maklumat sulit berhubung akaun anda atau transaksi yang dibuat berhubung dengan pertanyaan atau aduan anda, kami menggalakkan komunikasi melalui Mesej Selamat. Sekiranya anda meneruskan untuk melanjutkan maklumat sulit melalui mesej tidak selamat atau emel, anda bersetuju untuk mengendalikan semua risiko yang berkaitan dengan mod komunikasi menghubungkan maklumat sulit dan tidak boleh, pada bila-bila masa jua, mempertanggungjawabkan kepada RHB Bank atau RHB Islamic Bank ke atas keselamatan maklumat sulit berhubung akaun anda atau transaksi yang dibuat yang mengakibatkan kerugian di pihak anda.
  19.3 Aduan dan pertanyaan anda akan disiasat dan dikendalikan dalam tempoh masa sepuluh (10) hari bekerja selepas menerima pertanyaan atau aduan anda.
  19.4 Sekiranya lebih banyak masa diperlukan untuk menjalankan siasatan, tempoh yang dinyatakan dalam Fasal 19.3 di atas akan dilanjutkan kepada satu tempoh yang munasabah yang difikirkan perlu, tidak melebihi tiga puluh (30) hari dari tarikh pertanyaan atau aduan tersebut diterima. Anda akan dimaklumkan secara bertulis melalui mesej selamat sebab kelewatan dan keperluan untuk melanjutkan masa bagi menyelesaikan aduan anda.
  19.5 Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan hasil siasatan atau aduan anda, anda boleh membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan dengan mengajukan rayuan anda kepada Bank Negara Malaysia atau Biro Pengantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau FMB).
20. Polisi Privasi
  20.1 Setelah berjaya mendaftar sebagai pengguna Perbankan Internet RHB atau Perbankan Mudah Alih RHB dan mengakses Perkhidmatan, anda memperakui bahawa anda telah membaca Notis Privasi RHB, dan membenarkan RHB Bank memproses maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan, termasuk pendedahan yang diperlukan dan pemindahan luar negara kepada pihak ketiga yang berkenaan, jika perlu.
  20.2 RHB menilai kepercayaan anda terhadap kami dan menghargai untuk menjaga sekuriti dan maklumat rahsia yang anda berikan kepada kami sebagai pelanggan RHB yang telah mendaftar unutk Perkhidmatan ini. Sebagai kumpulan bank yang focus kepada pelanggan, kami komited untuk menjaga privasi setiap individu seperti yang dinyatakan di dalam Polis Privasi kami.

21. Kerahsiaan

Anda dengan ini memberi kebenaran kepada RHB Bank, dan pengarah-pengarahnya, pegawai-pegawai, kakitangan, ejen dan mana-mana individu, dimana mengikut keperluan kapasitinya atau pejabat layak menerima maklumat anda atau dokumen berkaitan hubungan atau akaun untuk dedah lampir/kongsi maklumat atau dokumen kepada syarikat lain di dalam Kumpulan Perbankan RHB (untuk tujuan klausa 21.1 ini, dimana ianya merangkumi syarikat pemegang RHB Bank, anak syarikatnya, mana-mana syarikat yang bersekutu dengannya, dan/atau mana-mana syarikat atau cawangan disebabkan penstrukturan, penggabungan, penjualan atau pengambilalihan), sama ada di dalam atau di luar Malaysia, untuk tujuan memberikan anda Perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemakluman kepada saya/kami tentang pengurusan kewangan saya/kami dan penjualan silang, pemasaran dan promosi produk dan perkhidmatan Kumpulan Perbankan RHB."

22. Pemberhentian

Jika mana-mana peruntukan atau separa peruntukan oleh terma dan syarat ini atau menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh digunapakai, ianya akan diubah sehingga takat yang minimum untuk menjadikan ianya sah, dan boleh diguna pakai. Jika perubahan itu tidak boleh dilakukan, peruntukan atau separa peruntukan yang relevan akan dipadamkan. Sebarang perubahan atau pemadaman peruntukan atau separa peruntukan dibawah klausa ini tidak akan memberi kesan kepada pengesahan dan penguatkuasaan seluruh perjanjian ini.

23. Umum
  23.1 Terma dan syarat ini akan dibaca bersama dengan Terma-terma Standard. Jika terdapat apa jua ketidakselarasan atau konflik di antara Terma-terma dan Syarat-syarat dan Terma-terma Standard , Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan mengatasinya.
  23.2 RHB Bank memiliki hak untuk mengubah, menukar, memadam atau menambah terma dan syarat ini dengan memberi anda notis terlebih dahulu. Namun, dalam keadaan penting atau demi melindungi keselamatan Perkhidmatan Perbankan Internet/ Perbankan Mudah Alih atau apa jua keadaan di luar kawalan pihak Bank, apabila RHB Bank memikirkan perlu untuk mengubah, menukar, memadam atau menambah Terma-terma dan Syarat-syarat ini tanpa memberi notis terdahulu kepada anda, RHB Bank akan memberitahu anda tentang perubahan tersebut sejurus perubahan itu dilakukan dan/atau sebab perubahan itu. Ia adalah diterima bahawa dalam memastikan anda sentiasa mengetahui yang terkini dalam Terma-terma dan Syarat-syarat, anda dikehendaki untuk bersetuju mengakses dan membaca Terma-terma dan Syarat-syarat ini dari masa ke semasa.Anda juga bersetuju dan menerima bahawa akses dan penggunaan berterusan Terma-terma dan Syarat-syarat (sepertimana diubah dan ditukar dari masa ke semasa) akan dianggap penerimaan anda tentang apa jua variasi, pemadaman, perubahan dan penambahan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini.
  23.3 Tajuk yang digunakan dalam terma dan syarat ini adalah untuk rujukan dan kemudahan sahaja dan tidak akan dipertimbangkan dalam interpretasi atau pembinaan terma dan syarat ini.
  23.4 Rekod-rekod RHB Bank dan apa jua komunikasi oleh anda semasa atau selepas penggunaan dan akses kepada Perbankan Internet / Perbankan Mudah Alih ini dalam apa jua bentuk atau medium (termasuk media penstoran maklumat elektronik) akan menjadi bahan bukti daripadanya Apa jua dan kesemua komunikasi yang diberi melalui Perbankan Internet / Perbankan Mudah Alih mematuhi bersama-sama ini akan dianggap sah, tepat, asli dan akan dianggap efektif seperti dokumen bertulis atau yang bertandatangan.
  23.5 Terma dan syarat di dalam Perjanjian ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sekiranya terdapat percanggahan di antara kedua-dua versi Perjanjian, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Melayu.

24. Keistimewaan Gaya Hidup

Ia adalah perkhidmatan yang ditawarkan di Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now ("RHB Now Mobile App"), sebuah aplikasi mudah alih yang dimiliki oleh Bank ("Fungsi")

Bank

RHB Bank Berhad [No Syarikat: 6171-M] dan/atau RHB Islamic Bank Berhad [No Syarikat: 680.329-V] ("Bank") sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan/atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, yang mempunyai pejabat berdaftarnya di Tingkat 9, Tower One, RHB Centre, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur dan termasuk anak-anak syarikatnya, pengganti dalam hak milik dan penerima serah hak dan di mana berkenaan, mana-mana salah seorang daripada mereka. Peranan Bank adalah untuk memudahkan transaksi pembayaran antara Pembeli dan Pedagang.

Pembeli dan Produk

Fungsi(-Fungsi) ini membolehkan anda ( "Pembeli") untuk membuat pembelian dalam talian untuk barangan dan perkhidmatan yang dipaparkan dalam RHB Now Mobile App (selepas ini dirujuk sebagai " Produk(-produk) "). Pembeli perlu menjadi pengguna Perbankan Internet RHB yang berdaftar dan/atau pengguna Perbankan Mudah Alih untuk layak membuat pembelian Produk(-produk) tersebut.

Pedagang

Bank hanya menyediakan pegadang/Pedagang yang terpilih (selepas ini dirujuk sebagai "Pedagang") untuk RHB Now Mobile App yang membolehkan produk mereka didapati di dalam RHB Now Mobile App ini. Pembelian anda yang sebenarnya adalah tertakluk kepada terma dan syarat standard Pedagang tersebut dan syarat jualan dan/atau mana-mana terma dan syarat jualan tertentu yang lain sebagaimana yang tertakluk kepada Produk tertentu. Semua perjanjian yang berkaitan dengan penjualan dan pembelian Produk melalui RHB Now Mobile App ini adalah di antara anda dan Pedagang masing-masing. Anda bertanggungjawab ke atas cukai atau duti (termasuk cukai barangan dan perkhidmatan) terhadap Produk dan diselesaikan secara langsung dengan Pedagang. Memandangkan Produk itu adalah daripada Pedagang tersebut, ia adalah menjadi tanggungjawab Pedagang untuk mengenakan anda dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan ("CBP(GST)") yang berkenaan. Walau bagaimanapun, jika pembelian anda layak mendapat pelepasan di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014 dan anda ingin menuntut pelepasan tersebut daripada CBP(GST) pada pesanan pembelian anda, anda hendaklah terus menghubungi Pedagang tersebut dan menyediakan butiran pembelian anda untuk memperoleh pelepasan CBP(GST). Butir-butir pembelian boleh diperolehi di laman perakuan di mana anda boleh mendapatkan nombor rujukan, nama pembeli dan tarikh pembelian.

Umum/Am

  1. Dengan penggunaan RHB Now Mobile App ini untuk melaksanakan pembelian transaksi mana-mana Produk, anda secara umunya bersetuju dengan terma dan syarat yang digariskan di sini. Jika anda tidak bersetuju atau menerima dengan mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan di sini, anda dinasihatkan supaya segera memberhentikan penggunaan atau mengakses Fungsi(-Fungsi) ini.
  2. Kami berhak untuk menukar, mengubahsuai atau mengubah kandungan dan terma dan syarat di ini dari semasa ke semasa tanpa notis mengikut budi bicara Bank. Oleh itu Pembeli dinasihatkan supaya membaca dan mematuhi terma dan syarat ini dari semasa ke semasa.
  3. RHB Bank berhak untuk menawarkan tawaran khusus kepada pelanggan atau kumpulan pelanggan yang layak/terpilih.

Polisi Penghantaran

  1. Semua pembelian Produk yang dilakukan oleh Pembeli akan dilindungi oleh syarat-syarat penghantaran biasa Pedagang. Bank tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang penghantaran yang lewat atau kualiti atau kesesuaian Produk tersebut.
  2. Tiada penghantaran Produk akan dibuat untuk yang menggunakan alamat P.O. Box (P.S).
  3. Penghantaran Produk hanya akan dibuat terhadap perakuan penerimaan bertulis Produk oleh penghuni yang beralamatkan kediaman untuk tujuan penghantaran dan jika di mana alamat tersebut adalah alamat pejabat, penerimaan oleh mana-mana pegawai/anggota pejabat tersebut. Pengakuan itu hendaklah disifatkan sebagai pengakuan penerimaan oleh Pembeli.
  4. Pedagang akan mengatur untuk menyampaikan Produk kepada Pembeli dalam tempoh masa seperti yang dinyatakan pada penerangan produk di RHB Now Mobile App. (Jika tiada aral melintang) selepas penerimaan pengesahan pembelian dan pembayaran oleh Pembeli.
  5. Penghantaran Produk dalam tempoh masa untuk penghantaran adalah menjadi tanggungjawab Pedagang dan Bank tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kelewatan atau kegagalan untuk menyampaikan produk-produk tersebut. Pelanggan hendaklah merujuk terus kepada Pedagang untuk sebarang penghantaran lewat dan/atau tuntutan sekiranya tidak menerima Produk yang dibeli.

Dasar Pemulangan dan Bayaran Balik

  1. Pelanggan hendaklah merujuk terus kepada Pedagang bagi tujuan pemulangan Produk. Sekiranya Bank menerima aduan pelanggan melalui saluran perkhidmatan pelanggan, semua pertanyaan, komen dan aduan akan dikemukakan kepada Pedagang berkenaan untuk tindakan pengendalian selanjutnya.
  2. Pemulangan Produk tertakluk kepada caj tambahan oleh Pedagang dalam situasi di mana Produk gagal untuk disesuaikan dengan pesanan yang telah dilakukan oleh Pembeli dan ini adalah disebabkan oleh Pembeli gagal menyediakan arahan yang tepat atau lengkap ketika membuat pesanan melalui RHB Now Mobile App.
  3. Kesemua permintaan pemulangan Produk adalah tertakluk kepada kelulusan Pedagang masing-masing dan bagi mengelakkan keraguan, tiada pembatalan pesanan atau pertukaran produk untuk item lain atau sama atau berbeza nilai adalah tidak dibenarkan.
  4. Pemulangan Produk hendaklah dibuat terus kepada Pedagang dalam keadaan dibungkus dan dibalut dengan selamat dan sebarang kos penghantaran bagi pemulangan Produk hendaklah ditanggung oleh Pembeli.
  5. Semua pemulangan Produk boleh ditukar dengan Produk daripada perihal/jenis yang sama seperti yang dinyatakan dalam halaman "Pengesahan Pesanan". Bayaran balik Produk hanya akan dibuat jika Pedagang tidak mempunyai stok yang mencukupi untuk mengantikan Produk yang dikembalikan.

Penggunaan Keistimewaan Gaya Hidup dan Akses

  1. Pembeli boleh melihat di RHB Now Mobile App maklumat pemesanan Pembeli Produk, yang tertakluk kepada sekatan yang ditetapkan di dalam terma dan syarat ini.
  2. Pembeli tidak boleh:
    1. Menerbitkan semula apa-apa bahan dari produk(-produk) yang ditampilkan di dalam Keistimewaan Gaya Hidup;
    2. Menjual, menyewa atau mensub-lesenkan produk(-produk) yang ditampilkan di dalam Keistimewaan Gaya Hidup;
    3. Mempamerkan sebarang bahan(-bahan) / produk(-produk) yang ditampilkan di dalam Keistimewaan Gaya Hidup di khalayak ramai;
    4. Menghasilkan semula salinan, menyalin atau sebaliknya mengeksploitasi bahan(-bahan)/ produk(-produk) yang ditampilkan di dalam Keistimewaan Gaya Hidup untuk tujuan komersial;
    5. Menyunting atau mengubah apa-apa bahan(-bahan) produk(-produk) yang ditampilkan di dalam Keistimewaan Gaya Hidup; atau
    6. Mengagihkan semula bahan(-bahan)/produk(-produk) yang ditampilkan di dalam Keistimewaan Gaya Hidup [kecuali dengan jelas dinyatakan kandungan khusus disediakan untuk pengagihan semula contohnya seperti surat berita]

Penafian Jaminan dan Tanggungan dalam Keistimewaan Gaya Hidup

  1. Bahan-bahan dan maklumat dalam Fungsi ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada huraian Produk, maklumat, data, teks, imej, audio, video, pautan atau perkara lain (selepas ini dirujuk sebagai "Bahan dan Maklumat") disediakan secara "seadanya" dan "sebagaimana tersedia".
  2. Bank akan berusaha dan cuba memastikan ketepatan dan kesahihan Bahan dan Maklumat disediakan untuk Fungsi ini. Bank tidak membuat apa-apa jaminan, perwakilan atau pengendorsan yang nyata atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan hakmilik, kebolehdagangan, kegunaan, kesempurnaan, ketepatan, kualiti yang memuaskan, kebolehpercayaan, kesesuaian untuk tujuan tertentu Bahan dan Maklumat dan/atau fungsi pada barangan yang disediakan di Fungsi ini.
  3. Bank tidak akan dalam apa jua keadaan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian, ketegasan liabiliti atau apa-apa asas lain, termasuk tanpa had, secara langsung atau tidak langsung, khas, sampingan, turutan atau punitif atau kerugian keuntungan atau simpanan yang timbul berhubung dengan pembelian Produk, akses atau penggunaan atau ketidakupayaan untuk mengakses atau menggunakan Fungsi (atau mana-mana pautan pihak ketiga kepada atau daripada Fungsi itu), pergantungan pada maklumat yang terkandung di dalam RHB Now Mobile App atau Keistimewaan Gaya Hidup, sebarang isu berkaitan teknikal, perkakasan atau perisian kegagalan dalam apa juga bentuk, gangguan, kesilapan, peninggalan, kelewatan dalam operasi, virus komputer, atau sebaliknya. Klausa pengecualian ini hendaklah berkuatkuasa seperti yang dibenarkan oleh undang-undang.

Hak Cipta dan Tanda dagang Urus Niaga

Semua kandungan termasuk dalam Fungsi, seperti teks, grafik, logo, butang ikon, imej, klip audio, muat turun digital, penyusunan data, dan perisian, dimiliki dan/atau dilesenkan oleh Bank dan/atau pembekal kandungannya dilindungi oleh hak cipta, cap dagang dan undang-undang lain. Penyusunan semua kandungan dalam Fungsi ini adalah milik eksklusif Bank dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta.

Indemniti untuk Keistimewaan Gaya Hidup

Anda dengan ini bersetuju untuk menanggung kerugian dan terus bertanggungjawab terhadap kerugian Bank dari semua liabiliti, tuntutan, kerugian dan perbelanjaan, termasuk yuran perundangan yang mungkin ditanggung oleh Bank berhubung dengan atau yang timbul daripada:

  1. Penyalahgunaan oleh anda berkaitan dengan Fungsi dan perkhidmatan yang disediakan dengannya;
  2. Pelanggaran oleh anda terhadap terma dan syarat di dalam ini dalam apa juga keadaan, dan/atau;
  3. Apa-apa tuntutan harta intelek atau pelanggaran hak milik yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap Bank berkaitan dengan penggunaan dan akses RHB Now Mobile App dan/atau pembelian Produk oleh anda.

Mata Wang

Semua urus niaga dalam RHB Now Mobile App adalah dijalankan dan perlu dibayar dalam Ringgit Malaysia (MYR), kecuali dinyatakan sebaliknya.

25. Terma dan Syarat RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya - untuk Penghantar

  1. Definisi dan Tafsiran

    Terma dan ungkapan berikut hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: -

    "Kod Laluan" bermaksud senarai digit angka yang diberikan kepada penerima oleh penghantar untuk memudahkan pungutan Pembayaran oleh penerima RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.

    "Bank" bermaksud RHB Bank Berhad (No. Syarikat: 6171-M) dan / atau RHB Islamic Bank Berhad (No. Syarikat: 680.329-V), sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan di bawah Akta Perkhidmatan kewangan 2013, yang mempunyai pejabat berdaftarnya di Tingkat 9, Tower One, RHB Centre, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur dan termasuk anak-anak syarikatnya, pengganti dalam hakmilik dan penerima serah hak dan jika berkenaan, mana-mana satu daripada mereka.

    "Perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya", perkhidmatan yang mana Penghantar yang meminta pihak Bank untuk melakukan pembayaran untuk penerima untuk pungutan bayaran melalui RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya Pungutan Web atau Pungutan melalui RHB Now Mobile App.

    "Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya" bermaksud transaksi bagi pemindahan dana oleh Penghantar dari akaun Penghantar yang dikendalikan bank kepada penerima menggunakan perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.

    "Pungutan Web RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya" bermaksud pemindahan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya ke dalam mana-mana akaun bank yang dimiliki oleh penerima, yang termasuk/mengambil bahagian di dalam rangkaian Interbank GIRO (IBG) melalui laman web https://logon.rhb.com.my/payanyone

    "Pungutan RHB Now Mobile App" bermaksud pemindahan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya ke dalam mana-mana akaun bank yang dimiliki oleh penerima, yang termasuk/mengambil bahagian di dalam rangkaian Interbank GIRO (IBG) melalui modul pungutan pembayaran RHB Now Mobile App. "Dasar Privasi" bermaksud dasar dan prinsip yang berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan maklumat peribadi individu dan entiti yang berurusan dengan Bank sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa dan boleh didapati di laman web Bank masing-masing atau mengikut cara yang dianggap sesuai oleh Bank.

    "Anda" bermakna penghantar. Penghantar ini adalah orang yang melakukan Transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dan memohon Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dilakukan untuk penerima membuat pungutan.

  2. Anda mesti menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat sebelum anda boleh menggunakan Perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya . Jika anda berjaya mendaftar sebagai pengguna Perbankan Internet RHB Now dan/atau Perbankan Mudah Alih, yang berjaya membolehkan anda mengakses kepada Perkhidmatan dengannya, ia akan menjadi pengakuan dan persetujuan anda bahawa terma dan syarat yang mengikat anda dan terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, RHB Bank Berhad dan / atau RHB Islamic Bank Berhad ( "Bank"), bagi akses dan / atau penggunaan laman web ini.

  3. Perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya membolehkan anda untuk memindahkan dana kepada penerima melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar di Malaysia, E-mel atau akaun Facebook. Pungutan dana tersebut oleh Penerima boleh dibuat melalui Pungutan Web RHB Pay Anyone™ Web Collection atau Pungutan Perbankan RHB Now Mobile App. Untuk dapat menggunakan Perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya, anda perlu: -

    1. menjadi pelanggan Bank dan menjadi pengguna Perbankan Internet RHB Now dan/atau Perbankan Mudah Alih yang sah;
    2. telah memasang aplikasi RHB Now Mobile App pada telefon pintar anda;
    3. mempunyai akaun semasa peribadi atau akaun simpanan yang aktif dengan Bank;
    4. mematuhi terma dan syarat-syarat.
  4. Jika anda mahu menjalankan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya anda perlu mengemukakan permintaan transaksi untuk memulakan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya melalui RHB Now Mobile App, bergantung kepada nombor telefon yang diberikan oleh anda, Bank akan kemudian menghantar pemberitahuan melalui Perkhidmatan Pesanan ringkas (SMS), e-mel atau Private Facebook Wall Post kepada Penerima, memberitahu mereka bahawa RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya pindahan wang daripada anda sudah sedia untuk pungutan. Untuk melakukan permohonan transaksi ini, anda perlu:-

    1. memberikan maklumat sebagaimana yang diminta oleh Bank (termasuk maklumat perhubungan Penerima); dan
    2. menerima sembilan (9) digit Kod Laluan daripada Bank melalui SMS, yang mana nombor ini akan digunakan oleh Penerima untuk membuat pungutan bayaran berhubung dengan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya yang telah dilakukan. Kod Laluan ini akan luput dalam tempoh tiga (3) hari dari masa permintaan transaksi diterima oleh Bank ( "Tempoh Sah"). Maklumat ini boleh didapati apabila mengemukakan permintaan transaksi anda, dinyatakan pada halaman Maklumat Pemindahan.
  5. Sila pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat. Apabila permintaan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya telah dikemukakan, anda tidak akan dapat untuk menarik balik, membatalkan atau membuat apa-apa perubahan kepada permintaan transaksi anda.

  6. Bank mengikut budi bicaranya berhak untuk melambatkan, menghalang atau menolak untuk memproses atau membatalkan permintaan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dan tanpa perlu memberi sebarang alasan atas sebarang kelewatan, sekatan, penolakan dan/atau pembatalan.

  7. Transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya akan diproses ke akaun anda pada hari yang sama. Sementara menunggu pungutan dari Penerima, akaun anda akan diuntukkan untuk jumlah bayaran yang akan dijalankan ( "Peruntukkan Jumlah") itu. Amaun yang diuntukkan ini akan dilepaskan kembali ke akaun anda pada tiga (3) hari terakhir dari tarikh permintaan transaksi diterima oleh bank ( "Tempoh Sah"), jika Penerima tidak membuat pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya tersebut .

  8. Untuk Pungutan Web RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya oleh Penerima: -

    1. Penerima memerlukan kod laluan untuk membuat pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya .
    2. Kod Laluan ini dimaklumkan melalui SMS kepada anda oleh Bank selepas pengesahan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya anda
    3. Anda perlu memberi Kod Laluan kepada Penerima melalui panggilan sahaja. Anda tidak boleh:
      - Mendedahkan Kod Laluan untuk mana-mana orang lain selain daripada Penerima;

      - Benarkan mana-mana orang selain daripada Penerima untuk melihat, atau mendengar sewaktu anda memberikan Kod Laluan kepada Penerima;

      - Merakam/merekod Kod Laluan di mana-mana yang boleh menyebabkan kehilangan, kecurian atau penyalahgunaan;
    4. Jika Kod Laluan yang disediakan diterima oleh orang lain selain Penerima, orang lain tersebut mungkin boleh membuat pungutan Penerima Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.
    5. Setelah memberi Kod Laluan kepada Penerima, Penerima kemudiannya dikehendaki untuk log masuk ke https://logon.rhb.com.my/payanyone dan melengkapkan butiran-butiran berikut:
      - Pilih Kaedah Pungutan, sama ada melalui i) Mobile) E-mel atau iii) Facebook berdasarkan arahan yang diterima

      - Masukkan sama ada i) Nombor Telefon ii) Alamat E-mel atau iii) ID Facebook

      - Masukkan Kod Laluan

      - Masukkan butiran akaun perbankan di mana Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya hendak didepositkan.
    6. Jika mana-mana butiran di atas adalah tidak betul, pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya mungkin tidak berjaya atau ia akan dikreditkan kepada selain akaun yang betul. Semua butiran yang dimasukkan oleh Penerima pada https://logon.rhb.com.my/payanyone hendaklah betul dan tepat. Sepanjang memprosesan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya, Bank tidak dan tidak boleh bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan dan / atau kesahihan nombor akaun yang diberikan oleh Penerima.
    7. Jika Penerima gagal untuk memungut Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh permintaan transaksi diterima oleh bank, jumlah yang diperuntukkan akan dilepaskan semula ke akaun anda, dan Penerima tidak akan dapat mengutip Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.
    8. Bank akan memaklumkan kepada anda melalui SMS selepas setiap transaksi Pembayaran RHB Pay Anyone ™ yang berjaya. Sekiranya Penerima gagal untuk membuat pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone ™ dalam tempoh tiga (3) hari, Bank juga akan memaklumkan kepada anda untuk setiap transaksi Pembayaran RHB Pay Anyone ™ yang tidak dipungut.
  9. Pungutan RHB Now Mobile App oleh Penerima: -

    1. Penerima akan memerlukan kod laluan dalam usaha untuk membuat pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.
    2. Kod Laluan ini dimaklumkan melalui SMS kepada anda oleh Bank selepas pengesahan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya anda
    3. Anda perlu memberi Kod Laluan kepada Penerima melalui panggilan sahaja. Anda tidak boleh:
      - Mendedahkan Kod Laluan untuk mana-mana orang lain selain daripada Penerima;

      - Benarkan mana-mana orang selain daripada Penerima untuk melihat, atau mendengar sewaktu anda memberikan Kod Laluan kepada Penerima;

      - Merakam/merekod Kod Laluan di mana-mana yang boleh menyebabkan kehilangan, kecurian atau penyalahgunaan;
    4. Jika Kod Laluan yang disediakan diterima oleh orang lain selain Penerima, orang lain tersebut mungkin boleh membuat pungutan Penerima Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.
    5. Setelah memberi Kod Laluan kepada Penerima, Penerima kemudiannya dikehendaki untuk memuat turun RHB Now Mobile App dari App Store atau Play Store dan pilih " RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya " dan lengkapkan butiran-butiran berikut:
      - Pilih Kaedah Pungutan, sama ada melalui i) Mobile) E-mel atau iii) Facebook berdasarkan arahan yang diterima

      - Masukkan sama ada i) Nombor Telefon ii) Alamat E-mel atau iii) ID Facebook

      - Masukkan Kod Laluan
    6. Jika mana-mana butiran di atas adalah tidak betul, pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya mungkin tidak berjaya. Semua butiran yang dimasukkan oleh Penerima pada Pungutan RHB Now Mobile App hendaklah betul dan tepat. Sepanjang memprosesan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya, Bank tidak dan tidak boleh bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan dan / atau kesahihan nombor akaun yang diberikan oleh Penerima.
    7. Jika Penerima gagal untuk memungut Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh permintaan transaksi diterima oleh bank, jumlah yang diperuntukkan akan dilepaskan semula ke akaun anda, dan Penerima tidak akan dapat mengutip Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.
  10. Anda bersetuju untuk memberitahu Penerima bahawa anda telah memberi maklumat kepada Bank tentang nombor telefon bimbit/ Alamat E-mel / ID Facebook ID mereka untuk tujuan Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.

  11. Ia adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa butir-butir yang diberikan oleh anda adalah betul jika tidak Pembayaran RHB Pay Anyone™ / RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya anda mungkin tidak berjaya atau boleh dibayar kepada orang yang tidak diingini. Bank tidak akan mengesahkan bahawa butir-butir yang diberikan oleh anda adalah betul.

  12. Jika Penerima bercadang untuk mempertikaikan sebarang Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya gagal dan/atau jumlah pungutan melalui Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya, Penerima harus terus menghubungi anda.

  13. Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian kepada anda atau Penerima akibat daripada: Anda mendedahkan Kod Laluan kepada mana-mana orang selain daripada Penerima. KOD LALUAN ANDA ADALAH SULIT KEPADA ANDA DAN TIDAK BOLEH DIKONGSI BERSAMA ORANG LAIN SELAIN PENERIMA. ANDA PERLU BERHATI-HATI DALAM MEMBUAT PEMBAYARAN RHB PAY ANYONE™/ RHB E-ANG POW/ RHB E-DUIT RAYA TERUTAMA KEPADA ORANG YANG TIDAK DIKENALI. RHB BANK TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM SEBARANG KEADAAN/SITUASI JIKA ANDA TELAH BERKONGSI KOD LALUAN KEPADA ORANG LAIN SELAIN PENERIMA.

    1. Anda gagal untuk memberi Kod Laluan kepada Penerima.
    2. Anda gagal memahami bagaimana untuk mengendalikan / menggunakan perkhidmatan ini atau gagal untuk memastikan keselamatan Kod Laluan dan maklumat lain.
  14. Bank TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana orang akibat daripada: -

    1. Sebarang kegagalan atau kelewatan oleh anda untuk memberikan Kod Laluan kepada Penenrima dengan tepat dan betul untuk tujuan pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya;
    2. Jika ada orang selain daripada Penerima mengetahui Kod Laluan selain daripada akibat berlakunya penipuan atau kecuaian pekerja atau ejen Bank;
    3. Jika Kod Laluan yang dimasukkan oleh Penerima apabila melakukan pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya adalah tidak betul;
    4. Jika Bank menunda, menyekat atau enggan memproses Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya untuk sebarang sebab; dan
    5. BANK TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SEBARANG PENANGGUHAN ATAU PENUNDAAN SEBARANG MESEJ PEMBERITAHUAN KEPADA ANDA ATAU PENERIMA.
  15. Jumlah urus niaga yang boleh dipindahkan oleh anda (sama ada menurut suatu permohonan transaksi tunggal atau berbilang) adalah tertakluk kepada had harian maksimum agregat RM 1,000.00 sahaja. Had maksimum harian RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya adalah sub-had daripada had Interbank Giro (IBG). Ini adalah had maksimum yang dibenarkan dan had ini akan ditetapkan semula pada tengah malam (waktu Malaysia) setiap hari. Bank boleh, mengikut budi bicaranya, mengubah apa-apa had atau mengenakan had tambahan pada jumlah transaksi yang boleh dipindahkan oleh anda, sama ada pada setiap transaksi asas atau dan asas agregat, dengan memberikan notis terdahulu kepada anda.

  16. Anda memperakui dan bersetuju bahawa bagi tujuan Perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya, RHB Now Mobile App akan mengakses dan menggunakan maklumat dalam akaun Facebook anda dan/atau butir-butir perhubungan (contohnya, nama penerima, nombor telefon bimbit, alamat e-mel) yang disimpan pada telefon mudah alih anda, dan anda dengan ini bersetuju kepada Bank untuk akses dan menggunakan maklumat tersebut untuk penyediaan Perkhidmatan RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dan membenarkan Bank untuk menghubungi Penerima yang ditetapkan oleh anda dengan menggunakan maklumat tersebut (termasuk melalui pos peribadi di laman Facebook melalui akaun Facebook anda) bagi pihak anda.

  17. Bank berhak untuk mengenakan caj sebanyak RM 0.50 atau menyemak semula caj bagi penggunaan Perkhidmatan RHB Pay Anyone™ / RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dan/atau Aplikasi melalui pemberitahuan bertulis kepada anda. Caj atau semakan tersebut akan berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu. Pada masa anda terus menggunakan RHB Now Mobile App atau mengemukakan sebarang permintaan transaksi selepas pemberitahuan itu, anda dianggap telah bersetuju dan menerima caj atau semakan itu kepada bayaran tersebut.

  18. Penghantaran SMS berhubung dengan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya

    1. Bank dan/atau pembekal perkhidmatan tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai kawalan ke atas apa jua kesesakan trafik SMS, kegagalan rangkaian dan/atau gangguan yang mungkin dialami oleh pembekal perkhidmatan rangkaian telefon mudah alih masing-masing semasa proses menghantar SMS kepada anda yang boleh menyebabkan SMS tidak dihantar atau kelewatan penghantaran SMS selepas permintaan anda untuk transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat anda dan juga Penerima (dalam kes Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya) dikemas kini, tepat dan lengkap, jika tidak, pihak Bank dan/atau pembekal perkhidmatan tidak bertanggungjawab kerana kegagalan penerimaan SMS selepas permintaan anda untuk transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya
    2. Bank dan/atau pembekal perkhidmatan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawab jika anda dan/atau pembekal perkhidmatan rangkaian telefon mudah alih Penerima anda tidak dapat menyokong menerima sebarang SMS daripada Bank kerana sebarang sebab sekalipun dan anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda dan/atau perkhidmatan (untuk Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya) pembekal perkhidmatan rangkaian telefon mudah alih dapat menyokong menerima mesej SMS daripada Bank dan/atau pembekal perkhidmatan sebelum menggunakan perkhidmatan RHB Pay Anyone™ / RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya
  19. Indemniti

    Anda bersetuju dan mengakui bahawa Bank tidak membuat sebarang jaminan atau perwakilan berkenaan dengan RHB Now Mobile App dan/atau Perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya yang disediakan oleh Bank, sama ada nyata atau tersirat dan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang timbul sama ada dalam tort, kontrak atau tanggung rugi, berhubung dengan peruntukan di dalam ini sama ada dialami oleh anda atau mana-mana orang lain.

26. Terma dan Syarat RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya - untuk Penerima

  1. Am/Umum
    Ini adalah terma dan syarat pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya untuk menjaga penggunaan anda melalui RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya Web Collection atau RHB Now Mobile App Collection untuk mengutip bayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya yang dibuat oleh penghantar kepada anda.

  2. Definisi dan Tafsiran
    Terma dan ungkapan berikut hendaklah mempunyai maksud yang diberikan kepadanya melainkan jika konteksnya memerlukan makna yang lain: -

    "Kod Laluan" bermaksud senarai digit angka yang diberikan oleh penghantar untuk memudahkan pungutan Pembayaran oleh penerima RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya .

    "Bank" bermaksud RHB Bank Berhad (No. Syarikat: 6171-M) dan / atau RHB Islamic Bank Berhad (No. Syarikat: 680.329-V), sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan di bawah Akta Perkhidmatan kewangan 2013, yang mempunyai pejabat berdaftarnya di Tingkat 9, Tower One, RHB Centre, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur dan termasuk anak-anak syarikatnya, pengganti dalam hakmilik dan penerima serah hak dan jika berkenaan, mana-mana satu daripada mereka.

    "Pengirim" bermaksud individu yang melakukan transaksi RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dan meminta pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya tersedia untuk dipungut.

    "Perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya ", perkhidmatan yang mana Penghantar yang meminta pihak Bank untuk melakukan pembayaran untuk penerima untuk pungutan bayaran melalui RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya Pungutan Web atau Pungutan melalui RHB Now Mobile App.

    " Pembayaran RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya " bermaksud transaksi bagi pemindahan dana oleh Penghantar dari akaun Penghantar yang dikendalikan bank kepada penerima menggunakan perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya .

    "Pungutan Web RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya " bermaksud pemindahan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya ke dalam mana-mana akaun bank yang dimiliki oleh penerima, yang termasuk/mengambil bahagian di dalam rangkaian Interbank Giro (IBG) melalui laman web https://logon.rhb.com.my/payanyone

    "Pungutan RHB Now Mobile App" bermaksud pemindahan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya ke dalam mana-mana akaun bank yang dimiliki oleh penerima, yang termasuk/mengambil bahagian di dalam rangkaian Interbank Giro (IBG) melalui modul pungutan pembayaran RHB Now Mobile App.

    "Dasar Privasi" bermaksud dasar dan prinsip yang berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan maklumat peribadi individu dan entiti yang berurusan dengan Bank yang sedia ada dan bakal Bank sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa dan boleh didapati di laman web Bank masing-masing atau mengikut cara yang difikirkan sesuai oleh Bank.

    "Anda" bermakna penghantar. Penghantar ini adalah orang yang melakukan Transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dan memohon Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dilakukan untuk penerima membuat pungutan.

  3. Anda akan diberitahu bahawa Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya sudah boleh dipungut sama ada melalui SMS / Emel / Private Facebook Wall Post, yang dihantar kepada anda oleh Bank. Bank akan menggunakan segala usaha yang munasabah untuk menghantar SMS / E-mel / Private Facebook Wall Post, ini dengan secepat mungkin selepas Pengirim telah melaksanakan transaksi RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya. Walau bagaimanapun, Bank tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan dalam menghantar ini SMS / E-mel / Private Facebook Wall Post kepada anda.

    Untuk memungut Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya, Pengirim mesti menasihati anda tentang arahan pungutan termasuk Kod Laluan melalui panggilan kepada anda.

    Untuk memungut Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya melalui Pungutan Web RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya atau RHB Now Mobile App Collection, anda mesti memasukkan:

    Kod Laluan;

    Nombor telefon bimbit / Emel / ID Facebook anda;

    butiran nombor akaun anda yang anda ingin Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya untuk didepositkan ke dalam.

    Jika anda tidak memasukkan maklumat yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 3 (c), pungutan wang anda dari Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya tidak akan berjaya.

    Semua butiran yang dimasukkan oleh anda mestilah betul. Dalam pemprosesan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya yang dibuat melalui Pungutan Web RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya atau RHB Now Mobile App Collection, Bank tidak akan bertanggungjawab untuk memastikan nombor akaun yang dimasukkan oleh anda adalah tepat dan / atau bersepadan dengan nama akaun atau maklumat yang diberikan. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian (kerugian) atau kerosakan yang berbangkit daripada apa-apa kesilapan dalam arahan yang diberikan oleh anda yang menyebabkan anda tidak menerima Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.

    Anda mesti memungut wang Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh urus niaga seperti yang ditunjukkan di dalam terma dan syarat ( "Tempoh Sah"). Jika anda tidak berjaya memungut Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya dalam Tempoh Sah, permintaan untuk Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya akan luput dengan sendirinya dan dana akan menjadi hak milik pengirim. Anda tidak akan dapat memungut Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya selepas Tempoh Sah.

    Sebelum pemprosesan pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya anda oleh Bank, dana yang merupakan hak Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya akan kekal milik pengirim, dan Bank boleh membatalkan kuasa untuk anda untuk memungut Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya pada bila-bila masa sebelum pemprosesan.

    Jika pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya anda melalui Pungutan Web RHB Pay Anyone ™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya atau RHB Now Mobile App Collection berjaya, Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda melalui Interbank Giro (IBG).

    Anda tidak boleh:

    mendedahkan Kod Laluan kepada mana-mana pihak lain; atau

    merakam mana-mana sahaja Kod Laluan yang boleh hilang, dicuri atau disalahguna.

    Bank tidak akan bertanggungjawab:

    Di atas sebarang kegagalan atau kelewatan Pengirim untuk memberikan anda data transaksi yang betul untuk memungut Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya (termasuk Kod Laluan);

    jika mana-mana orang lain menyedari Kod Laluan tersebut;

    jika Kod Laluan atau butiran akaun yang dimasukkan oleh anda adalah tidak betul;

    jika RHB Bank membatalkan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya sebelum pemprosesan pungutan anda;

    jika RHB Bank lewat, menghalang atau enggan memproses Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya untuk apa-apa sebab.

    Anda mesti menghubungi Pengirim jika Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya tiada untuk anda memungut atau jika anda ingin mempertikaikan jumlah Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya.

  4. Persetujuan Memproses Maklumat Peribadi

    Pihak Bank menyimpan maklumat peribadi anda (contohnya nombor telefon bimbit, alamat e-mel, ID Facebook anda dan / atau butiran akaun bank) untuk membolehkannya memproses pungutan anda daripada Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya. Tanpa maklumat ini, Bank mungkin tidak dapat memproses pungutan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya anda.

    Anda dengan ini bersetuju dan membenarkan pegangan, pengumpulan dan penggunaan semua data peribadi yang diberikan kepada Bank dari domain awam, dan juga data peribadi yang timbul akibat daripada peruntukan perkhidmatan Pembayaran RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya kepada anda mengikut Dasar Privasi Bank sebagaimana yang dipinda dari masa ke semasa.

  5. Indemniti

    Anda bersetuju dan mengakui bahawa pihak Bank tidak membuat sebarang jaminan atau perwakilan dalam apa-apa jua berkenaan dengan RHB Now Mobile App dan / atau Perkhidmatan RHB Pay Anyone™/ RHB e-Ang Pow/ RHB e-Duit Raya yang disediakan oleh pihak Bank, sama ada nyata atau tersirat dan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang timbul sama ada dalam bentuk tort, kontrak atau indemniti, berhubung dengan peruntukan di dalam ini sama ada dialami oleh anda atau mana-mana orang lain.

 

27. Perjanjian Pengguna Penyata Elektronik RHB Bank
  27.1 UMUM
    27.1.1 Terma dan syarat yang terkandung dalam dokumen ini dan semua tambahan, pindaan dan variasi daripadanya hendaklah secara bersama membentuk penerimaan dan persetujuan antara anda dengan RHB Bank/RHB Islamic Bank ("RHB") ("Perjanjian ini"), bagi tujuan pendaftaran dan melihat e-Penyata oleh anda.
    27.1.2 Semua transaksi atau penggunaan oleh anda di bawah atau berdasarkan Perkhidmatan ini tidak akan melanggar undang-undang Malaysia atau (jika ada) undang-undang negara ini, yang berkaitan dengan transaksi atau penggunaannya. Ini akan menjadi kewajipan anda sepenuhnya untuk mematuhi undang-undang Malaysia atau negara-negara lain tanpa mewajibkan Bank untuk memberitahu atau memaklumkan anda tentang undang-undang tersebut.
  27.2 TAKRIF
    27.2.1

Dalam terma dan syarat ini, melainkan konteksnya menurut dokumen ini menghendaki yang selainnya, perkataan dan ungkapan yang berikut hendaklah mempunyai maksud yang berikut:

  1. Perkataan "kami", "kita", "Bank" dan "RHB" bermaksud RHB Bank dan/atau RHB Islamic Bank Berhad. Perkataan "anda" bermaksud pemilik dan/atau pemilik bersama yang akaunnya didaftarkan untuk mendapatkan perkhidmatan e-Penyata kami yang dihantar secara elektronik ke alamat e-mel internet anda.
  2. "Akaun" bermaksud akaun semasa, simpanan, kad kredit, pelbagai mata wang dan pinjaman/pembiayaan atau apa-apa akaun lain yang anda miliki dengan Bank.
  3. "e-Penyata" bermaksud Penyata Akaun Perbankan Konvensional/ Penyata Akaun Perbankan Islam dalam bentuk elektronik yang dihantar ke dalam peti e-mel anda, yang boleh anda lihat dan cetak daripada terminal komputer anda.
  4. "perkhidmatan e-Penyata" bermaksud perkhidmatan yang diberikan oleh Bank kepada anda, dan apabila pendaftaran anda berjaya, dimana anda akan dapat menerima e-Penyata anda dan menyemak serta mencetaknya.
  5. "Tarikh Penyata" bermaksud tarikh yang dinyatakan pada e-Penyata anda.
  6. Perkataan yang membawa maksud tunggal termasuk yang jamak dan sebaliknya.
  7. Perkataan yang membawa maksud jantina lelaki termasuk perempuan dan neuter dan sebaliknya.
  8. Apa-apa terma perbankan yang tidak dinyatakan, ditakrifkan atau dihuraikan dalam dokumen ini hendaklah ditafsirkan sejajar dengan amalan umum bank dan institusi kewangan di Malaysia.
  9. Apa-apa istilah berkaitan teknologi komputer yang tidak dinyatakan, ditakrifkan atau dihuraikan secara khusus dalam dokumen ini hendaklah ditafsirkan menurut amalan umum dan perdagangan syarikat komputer dan industri teknologi maklumat di Malaysia.
  10. Sekiranya terdapat dua orang atau lebih atau pihak yang terkandung dalam ungkapan "anda", perjanjian, waad, ketetapan, aku janji, terma dan syarat yang dinyatakan yang akan anda buat dan atas anda dalam dokumen ini hendaklah dianggap dibuat oleh anda dan di pihak anda menurut dokumen ini, hendaklah disifatkan dibuat oleh atau mengikat ke atas orang atau pihak sedemikian secara bersama dan berasingan.
    27.2.2 Semua transaksi atau penggunaan oleh anda di bawah atau berdasarkan Perkhidmatan ini tidak akan melanggar undang-undang Malaysia atau (jika ada) undang-undang negara ini, yang berkaitan dengan transaksi atau penggunaannya. Ini akan menjadi kewajipan anda sepenuhnya untuk mematuhi undang-undang Malaysia atau negara-negara lain tanpa mewajibkan Bank untuk memberitahu atau memaklumkan anda tentang undang-undang tersebut.
  27.3 PENERIMAAN PERJANJIAN
    27.3.1

RHB akan menyediakan Penyata Kad Kredit dan semua Akaun Perbankan kepada anda dalam bentuk elektronik ("e-Penyata") menurut pilihan yang telah anda buat apabila berjaya mendaftar dengan perkhidmatan e-Penyata dengan menghantar e-Penyata secara terus melalui e-mel ke alamat e-mel Internet yang anda berikan. RHB menurut budi bicaranya sendiri dan secara mutlak berhak untuk menolak pendaftaran anda.

    27.3.2 RHB berhak mengubah mana-mana bahagian atau semua terma dan syarat termasuk skop perkhidmatan e-Penyata pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya dengan memberikan notis awal dua puluh satu (21) hari kepada pemegang akaun. Pendaftaran berterusan anda bagi perkhidmatan e-Penyata selepas diberitahu akan perubahan sedemikian akan dianggap sebagai penerimaan anda bagi perkara yang sama.
    27.3.3 Anda hendaklah memberikan alamat e-mel terkini semasa pendaftaran perkhidmatan e-Penyata. Anda hendaklah juga memberitahu RHB akan apa-apa perubahan dalam alamat e-mel anda dengan mengemas kini alamat e-mel terkini anda di Perbankan Internet atau dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan atau mengunjungi mana-mana cawangan RHB kami untuk mengemas kini perubahan alamat e-mel dan/ atau dalam apa-apa cara yang disarankan oleh RHB menurut budi bicaranya sendiri dan secara mutlak. Bank memperakui bahawa alamat e-mel anda yang diberikan adalah milik dan kepunyaan anda.
    27.3.4 Apabila pendaftaran bagi perkhidmatan e-Penyata berjaya, anda akan menerima e-mel atau pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit anda setiap bulan atau secara berkala, mengikut mana-mana yang berkaitan, bermula dari tarikh penyata yang berikutnya bagi akaun (melainkan perkhidmatan e-Penyata ditamatkan dan/atau dibatalkan mengikut mana-mana yang berkaitan) memberitahu anda bahawa e-Penyata adalah tersedia untuk disemak dan dicetak.
    27.3.5

Anda bertanggungjawab sepenuhnya:

  1. Untuk memuatkan perisian komputer yang sesuai seperti Acrobat Reader dan/atau apa-apa perisian komputer yang lain yang dikehendaki untuk menyemak dan mencetak e-Penyata, sebagaimana dinasihatkan oleh RHB;
  2. Untuk menetapkan, menyelenggara dan menyemak semula secara seragam aturan, parameter atau konfigurasi berkaitan capaian ke komputer peribadi anda, peti e-mel dan Perkhidmatan Perbankan Internet;
  3. Untuk melihat dan memeriksa e-Penyata dengan serta-merta dan dalam cara yang tepat pada masanya. Dalam apa-apa keadaan, kemasukan dan baki yang ditunjukkan dalam e-Penyata akan dianggap betul melainkan anda memberitahu Bank akan apa-apa percanggahan dalam masa 14 hari dari tarikh dalam e-Penyata, tanpa mengambil kira bila anda membuka e-Penyata;
  4. Memberitahu Bank dengan serta-merta dengan menghantar e-mel ke customer.service@rhbgroup.com atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan RHB di 1300 888 742 sekiranya berlaku kelewatan atau kesilapan/kegagalan penghantaran e-Penyata atau jika terdapat apa-apa ketidakseragaman/ tuntutan akan apa-apa debit yang tidak dibenarkan yang muncul dalam e-Penyata, yang sekiranya tiada, anda disifatkan telah mendapat dan menerima semua butirannya.
  5. Untuk mengelakkan e-mel e-Penyata RHB daripada dimasukkan secara automatik ke dalam fail mel spam, anda dinasihatkan memasukkan alamat e-mel kami ke dalam Buku Alamat dan/atau senarai "Pengirim Dibenarkan‟ apabila mendaftar dengan Perkhidmatan e-Penyata.
    27.3.6 RHB akan dianggap telah menghantar dan anda telah menerima Penyata Akaun apabila Penyata Akaun telah dihantar ke alamat emel anda pada Tarikh Penyata yang relevan apabila anda telah memilih untuk menerima Penyata anda melalui e-mel. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, atau apabila berlakunya peristiwa tertentu sebagaimana ditentukan oleh RHB, RHB boleh menghantar Penyata Akaun bercetak ke alamat penghantaran terakhir yang diketahui atau yang direkodkan.
    27.3.7 Dengan menggunakan perkhidmatan e-Penyata dan/atau e-mel sebagai cara transmisi, anda dengan ini bersetuju untuk melepaskan RHB daripada apa-apa/semua tanggungjawab dan liabiliti yang timbul daripada salah guna sedemikian dan seterusnya bersetuju untuk membebaskan Bank dan selamat daripada semua kerugian, kos, ganti rugi yang anda alami dan berpunca atau disebabkan oleh anda terhadap apa-apa kesilapan, kelewatan atau masalah dalam penghantaran atau sekatan yang tidak dibenarkan atau tidak sah, pengubahan, manipulasi data elektronik atau selainnya.
    27.3.8 Apabila sahaja pendaftaran perkhidmatan e-Penyata berjaya, penyata bercetak bagi akaun tidak akan lagi dihasilkan dan dihantar kepada anda ke alamat terakhir anda yang diketahui. Bank akan menghasilkan e-Penyata pada Tarikh Penyata yang relevan dan anda bersetuju menerima dan melihat Penyata Akaun tepat pada masanya.
    27.3.9 Ketersediaan perkhidmatan e-Penyata hendaklah atas budi bicara mutlak Bank. Bank berhak untuk mengubah suai, menyekat, menarik balik, membatalkan, menggantung atau tidak meneruskan perkhidmatan e-Penyata tanpa memberikan apa-apa sebab sekalipun selepas memberikan notis terlebih dahulu kepada anda, dan dengan menggunakan perkhidmatan e-Penyata selepas apaapa ubahsuaian atau perubahan telah dilaksanakan, anda akan dianggap telah bersetuju dengan ubahsuaian atau perubahan sedemikian.
    27.3.10 Bank mahupun mana-mana pihak ketiga tidak membuat representasi atau menjamin bahawa anda akan mempunyai akses yang berterusan dan/atau tanpa gangguan kepada Perbankan Internet kami dan/atau sistem RHB dan/atau perkhidmatan e- Penyata dan/atau mana-mana bahagian daripadanya dan/atau apaapa fungsi yang sama tidak akan mempunyai kesilapan. Perkhidmatan e-penyata diberikan kepada anda "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana disediakan" dan RHB dan penyedia perkhidmatannya tidak membuat representasi atau waranti berkaitan perkhidmatan e-Penyata termasuklah tanpa had ke atas prestasi, ketersediaan, kandungan atau fungsinya.
    27.3.11 Di bawah apa-apa keadaan sekalipun, melainkan berpunca daripada kecuaian kasar dan keingkaran dengan sengaja, RHB atau pengarah, kakitangan, ejennya atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga akan dipertanggungjawabkan bagi apa-apa ganti rugi berturutan, langsung, tak langsung, luar jangka, ganti rugi khas atau punitif, kerugian, perbelanjaan dan apa jua pun yang boleh terhasil daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan e-Penyata atau kelewatan dalam mengepos atau tidak mengepos e-Penyata kepada perkhidmatan e-Penyata walaupun jika RHB telah dinasihati akan kemungkinan berlakunya ganti rugi sedemikian.
    27.3.12 Anda memahami bahawa Bank memerlukan maklumat dan anda dengan ini memberi kuasa kepada Bank untuk menggunakan, mendedahkan, mengumpul, mendapatkan dan/atau menukar, memproses, menyimpan, atau menghantar maklumat berkenaan dengan anda, akaun anda dan juga urusan anda. Walaupun RHB komited mengambil langkah munasabah dan menggunakan ikhtiar terbaik kami untuk memastikan bahawa maklumat yang dihantarkan dan diterima adalah selamat, anda menerima risiko yang berkaitan dalam penggunaan perkhidmatan e-Penyata dan bahawa RHB tidak boleh menjamin keselamatan maklumat yang dimaksudkan dan bahawa maklumat tersebut tidak boleh dicapai oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan. Anda bersetuju untuk tidak menyebabkan RHB bertanggung jawab bagi apa-apa kerugian atau ganti rugi yang dialami yang timbul daripada pendedahan sebagaimana dinyatakan dalam dokumen ini melainkan berpunca daripada kecuaian kasar dan keingkaran dengan sengaja oleh RHB.
       
  27.4

KESELAMATAN

    Anda bersetuju melindungi kerahsiaan dan keselamatan Akaun anda, Nombor Akaun, Pengenalan Pengguna dan Kata Laluan. Anda faham bahawa Pengenalan Pengguna dan Kata Laluan anda dengan sendirinya atau bersama-sama dengan maklumat yang berkaitan dengan Akaun anda boleh terdedah kepada laluan yang tidak dibenarkan kepada Akaun anda, e-Penyata atau apa-apa maklumat lain dalamnya yang berkaitan dengan Akaun anda.
  27.5 CAJ BANK
    RHB berhak mengenakan yuran/caj ke atas perkhidmatan e- Penyata dengan memberikan notis awal dua puluh satu hari (21) terlebih dahulu kepada anda dan anda hendaklah terikat dengan serta-merta apabila tamat tempoh tarikh notis untuk membuat pembayaran sedemikian bagi e-Penyata yang seterusnya. Amaun yuran/caj akan ditentukan oleh Bank menurut budi bicaranya sendiri dan secara mutlak. Anda dengan ini memberi kuasa kepada RHB (tanpa dipertanggungjawabkan) untuk mendebit yuran/caj daripada mana-mana akaun anda (sama ada deposit, semasa dan/atau selainnya) dengan RHB pada bila-bila masa dengan apa cara sekali pun dan kekerapan yang ditentukan oleh Bank.
  27.6 PENAMATAN
    Pembatalan perkhidmatan e-Penyata boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana pihak dengan memberikan notis terlebih dahulu. Apabila dibatalkan, Bank hendaklah pada tarikh penyata berikutnya yang relevan menghasilkan dan menghantar penyata bercetak ke alamat terakhir anda yang diketahui atau alamat penghantaran yang direkodkan atau dalam cara sebagaimana yang dianggap sesuai oleh Bank. Meskipun berlakunyer pembatalan perkhidmatan, anda masih terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat ini setakat ianya berhubung kait dengan obligasi atau liabiliti yang masih belum terlaksana atau dilepaskan.
  27.7 PENGASINGAN
    Sekiranya mana-mana bahagian terma dan syarat ini didapati tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian tersebut hendaklah dikecualikan daripada terma dan syarat ini, dan bahagian yang dikecualikan tersebut tidak seharusnya menjejaskan keboleh kuatkuasaan dan kesahan di sisi undang-undang akan terma dan syarat ini dalam apa-apa cara dan terma selebihnya hendaklah dikuatkuasakan secara berasingan sehingga ke tahap maksimum yang dibenarkan yang boleh memberikan kesan ke atas maksud sedia ada yang terkandung dalam terma dan syarat ini.
  27.8 PELEPASAN
    Jika RHB gagal untuk atau cuai dalam menguatkuasakan manamana terma dan syarat atau selainnya berkaitan perkhidmatan e- Penyata atas apa-apa sebab sekalipun, RHB tidak akan dianggap telah melepaskan haknya terhadap apa-apa kemungkiran yang sebelumnya, sedang berterusan atau yang selanjutnya, akan perkara yang sama atau mana-mana peruntukan lain yang dinyatakan dalam terma dan syarat ini.
     
     
28. RHB Premier
  28.1 Fungsi ‘untuk menghubungi’ dan ‘menghantar SMS kepada Kakitangan yang Dibenarkan’ seperti yang terpapar pada halaman “Hubungi Kami” adalah tertakluk kepada ketersediaan kakitangan tersebut. Anda boleh menghantar e-mel kepada RHB Bank di ibanksupport@rhbbank.com.my atau menghubungi talian utama Premier untuk sebarang Bantuan.
  28.2 Anda sedang mengakses Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now dengan tema dan ciri RHB Premier. Sekiranya anda tidak lagi menjadi pelanggan RHB Premier, anda akan mengakses Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now tanpa tema dan ciri RHB Premier.
  28.3 Semua maklumat / berita yang dipaparkan melalui aplikasi ini tidak harus dikongsi / diterbitkan dalam alat komunikasi atau iklan lain. Maklumat / Berita yang dipaparkan adalah untuk tujuan rujukan anda semata-mata, dan RHB Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian kepada pelaburan anda sebagai hasil daripada keputusan anda berdasarkan maklumat / berita yang dipaparkan. RHB Bank berhak pada bila-bila masa untuk mengubah, mengubah suai, memadam atau menambah maklumat / berita yang dipaparkan dengan memberikan notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada anda.
  28.4 Maklumat / Berita yang dipetik daripada sumber luar tidak semestinya mewakili pendapat / pandangan RHB Bank.
       
 

29. Terma dan Syarat RHB Pay Anyone™ dengan ciri arahan suara SIRI

Definisi dan Tafsiran: Terma dan penyata yang berikut akan mempunyai maksud yang diberikan kepadanya melainkan jika konteksnya mempunyai makna yang berbeza.
"Pengguna" bermaksud Pengguna Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now melalui Apple iPhone versi 10 dan keatas.
"Siri" merupakan "pembantu pintar" yang direka didalam peranti mudah alih Apple yang dapat mengesan arahan suara bahasa semulajadi untuk penggunaan peranti dan aplikasi didalamnya. Pengguna boleh menyebut arahan tersebut dan menerima pengesahan suara daripada Siri untuk menghantar mesej, membuat panggilan, menetap peringatan, menggunakan iTunes dan lain-lain.
29.1 Pengguna boleh menggunakan Siri untuk melancarkan pemindahan dana RHB Pay Anyone™ melalui telefon dengan maklumat mandatori praisi berbanding menaip secara manual ke dalam RHB Pay Anyone™. Informasi praisi boleh disunting sekiranya pengguna ingin menukar butiran yang terdapat pada halaman pratonton.
29.2

Nama penerima yang disebut melalui Siri:

  1. Merupakan ekstrak padanan dengan Senarai Pemanggil Pengguna.
  2. Nama Pemanggil yang sepadan dan yang pertama dalam senarai nombor telefon akan di populasikan ke RHB Pay Anyone™ melalui halaman masuk telefon.
29.3 Untuk melengkapkan transaksi, pengguna perlu log masuk ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now dengan memasukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan. Pengguna perlu menyemak dan mengesahkan maklumat dan masukkan OTP di halaman pratonton untuk menghantar pemindahan dana tersebut.
29.4 Data yang dipopulasi akan di gunakan untuk transaksi tersebut sahaja dan tidak akan disimpan dalam Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now.
29.5 Adalah menjadi tanggungjawab Pengguna untuk memastikan kerahsiaan segala maklumat mereka semasa menggunakan ciri arahan suara tersebut. Pengguna dinasihatkan untuk melakukan sendiri langkah berjaga-jaga ketika menggunakan perkhidmatan ciri arahan suara tersebut, terutamanya di kawasan awam kerana ini secara tidak langsung dapat mendedahkan maklumat peribadi atau butiran pembayaran mereka. Terma dan syarat ini perlu dibaca bersama Terma dan Syarat RHB Pay Anyone™ daripada klausa 25 hingga 26. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan diantara terma dan syarat ini dan semua yang terkandung dalam klausa 25 hingga 26, maka terma dan syarat ini akan digunakan untuk tujuan yang berkaitan dengan RHB Pay Anyone ™ dengan ciri arahan suara Siri.